Angin bertiup kencang. Aku pandang ke atas..langit dipenuhi awan gelap. Hatiku serta-merta berubah melihat awan gelap sebegitu. Ya, hujan nak turun. Hatiku juga berubah menjadi mendung seperti awan di langit itu.
Hujan. Aku tak menggemarinya.
Aku ingat lagi..Pertama kali aku jatuh motor adalah ketika waktu hujan. Habis luka teruk. Kali kedua aku jatuh motor, juga ketika hujan. Motor aku teruk hancur di bahagian depan. Begitu juga dengan kali ketiga. Bila hujan turun, hatiku berubah angin. Aku jadi tak tenang.
Hujan seperti bala bagi aku. Menaiki motor ketika hujan menyebabkan rasa sejuk yg teramat sangat. Rasa sejuk terasa hingga ke tulang. Pengalaman yg sangat menyeksakan bila terpaksa meredah hujan menaiki motorsikal.
Banyak sebab lagi yg buatkan aku tak suka hujan. Hujan memberi pengalaman hitam dalam hidup aku. Aku tak dapat lupakan segala kesusahan yg aku alami ketika hari hujan. Aku tak suka hujan.
Ustaz waktu aku di SMKA dulu memberitahu bahawa hujan itu rahmat. Bila hujan, segalanya jadi bersih. tanah subur dan banyak lagi kebaikan hujan. Tapi aku tak menerima apa yg diperkatakan. Waktu hujan, banyak kemalangan terjadi. Hujan juga membawa kepada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Sehingga meragut nyawa, memusnahkan harta benda. Dan hujan sekarang hujan berasid, tak seperti dulu. Mana mungkin hujan itu rahmat.
“Suka hujan tak?”, tanya sahabatku.
“Tak. Saya paling tak suka hujan. Kenapa?”, balas aku.
“Ee..hujan best la. Takleh geng la kite.” Dia membalas.
Aku memberikan alasanku. Namun dia kata salah aku sendiri sebab tak berhati-hati. Salah sendiri, bukan salah hujan. Betul apa yg dikatakannya. Aku tersedar seketika.
Selepas 2 tahun perbualan dengan sahabatku itu, persepsi aku berubah. Aku mula menyukai hujan. Dan aku menanti hujan untuk turun setiap hari. Kenapa?
Sepanjang perjalanan aku waktu cuti kali ni buatkan aku banyak terfikir banyak perkara, termasuk persepsi aku tentang hujan. Dan aku mula menyedari hakikat sebenar. Hakikatnya, hujan itu rahmat.
“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)
Aku terfikir, kenapa Al-Quran menjelaskan bahawa hujan itu rahmat? Adakah kerana Al-Quran diturunkan di bumi Arab yg jarang ditimpa hujan? Hadirnya hujan menyuburkan tanah-tanah gersang di bumi Arab. Tetapi di Malaysia sentiasa dituruni hujan. Adakah hujan itu rahmat di bumi Malaysia?
Aku sedar, aku tak boleh memandang satu perkara itu dari satu sudut pandangan sahaja. Aku perlu melihatnya dari pelbagai aspek. Rahmat Allah itu luas pengertiannya.
Antara kebaikan hujan, membersihkan udara, menyuburkan tanah, membekalkan air yg merupakan sumber hidup terpenting bagi hidupan, dan banyak lagi.
Bagaimana pula hujan yg mengakibatkan bencana alam yg meragut nyawa, merosakkan harta benda dan merugikan manusia? Ada rahmat Allah yg tersirat. Bencana yang datang bukan hanya membawa duka semata-mata. Ianya membawa mesej seribu satu makna.
Bagaimana boleh banjir? Bukan salah hujan, tapi salah manusia sendiri yg gagal merancang pembangunan dan sistem saliran air. Sistem saliran yg tidak teratur, sampah dibuang merata-rata. Salah hujankah? Begitu juga dengan hujan asid, akibat dari aktiviti perkilangan, pelepasan karbon monoksida dsb. Salah hujankah bila berasid dan beracun? Anda tahu jawapannya.
Bencana alam yg berlaku juga merupakan ujian. Semua ujian yg diberikan Allah kepada manusia adalah penghapus dosa kepada mereka yg sabar menghadapinya. Juga sebagai peringatan kepada hambaNya tentang kekuasaanNya. Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Bukankah itu rahmat Allah disebalik ujian yg diberikan?
" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)
Aku sedar, aku tak patut mengeluh bila jatuh motor kerana jalan licin disebabkan hujan. Salah sendiri tak berhati-hati, bukan salah hujan. Aku juga tak patut mengeluh bila hujan memberikan aku kesusahan. Semua ujian adalah penghapus dosa. Dan itulah rahmat Allah, rahmat disebalik ujian yg diberikan.
Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, antara masa doa paling mustajab adalah ketika hujan. Seharusnya kita bersyukur kerana Malaysia selalu dituruni hujan, tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Beruntungkan kita?
Hujan membawa banyak kebaikan, cuma mata hatiku yg tak nampak hikmah sebenar disebalik apa yg terjadi. Sama-sama kita ambil iktibar.
Dan kini, hujan adalah kegemaranku. Semoga hujan itu bermanfaat bagiku. Maaf kerana tidak mensyukuri nikmatMu selama ini. Aku tak akan mengeluh lagi.
“Allahumma syaiyiban nafi’a”.
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
P/s : sy skema kali ni. jgn nak kutuk.
6 comments:
nice n3...(^___^) suker sgt dgn hujan..... Matahari ker, hujan ker, semua rahmat dari-Nya...
yup.btul2.semua tu rahmat Allah kan =)
toink..toink..
lollipop.
hujan 2 bes okeh.sgt.
bagus la da insaf :)
nnt jln2 la pulak kt my belog >_<
Yela cik molly :) eh?da ade blog??
ramai yg kufur bila hujan turun dgn kata2:
"ala... hujan la pulak"
"ishh.. asyik hujan je"
salahkan siapa? siapa yg Berkuasa turunkan hujan?
Hujan yg turun bagaikan mutiara...
setitik air hujan dibawa oleh satu malaikat rahmat..
Post a Comment