Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011.

Assalammualaikum =)


Alhamdulillah. Masih bernafas di hari terakhir 2011. Lagi berape jam, kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Pantas masa berlalu di akhir zaman ni. Ecece. Macam aku pernah hidup kat awal zaman pulak. Entri ini bukanlah bermaksud mengagungkan tahun baru orang barat, tapi entah la. Lebih kepada adat kebiasaan rasenye.huhu.

Kebanyakan umat Islam di Malaysia menunggu ketibaan tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah. Ramai yg menunggu tahun baru untuk berubah, meletakkan azam baru dsb. Tak salah. Namun hakikatnya perubahan itu perlu dilakukan pada bila-bila masa kerana kematian itu adalah suatu yg tidak dijangka.

Baiklah. 2011 bakal pergi. Apa yg aku lalui sepanjang tahun ini? Fikir sejenak. 

Banyak yg aku lalui tahun ini. Aku pun tak pasti sama ada tahun ini membawa perubahan yg lebih baik untuk aku. Adakah amalan ku masih sama seperti tahun sebelumnya? Adakah aku masih sama seperti tahun-tahun sebelum ini? Aku pun tak pasti.

Taknak taip panjang-panjang. Entri ini hanya ringkasan utk 2011 yg telah aku jalani. Jadi, apa yg aku dapat sepanjang tahun ini?

2011 merupakan titik permulaan siri kehidupanku yg baru. 9 Januari 2011, hari aku mendaftarkan diri sebagai pelajar Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Di sinilah bermulanya fasa baru kehidupanku.


Di sini, aku berkenalan dgn ramai kawan baru. Aku pelajari sistem baru. Fikiran yg lebih luas terdedah. Kehidupan baru yg tidak dapat ku duga. Kehidupan yg penuh dengan azam baru. Yela..azam berapi2, tapi pastu terkantoi di tengah jalan. Pastu buat azam baru lagi.huhu.. Tapi banyak yg aku pelajari.



Kemudian, di pertengahan tahun, aku menghadiri konvokesyen Politeknik Shah Alam utk penganugerahan Diploma. Setelah 3 tahun berpenat lelah, dari Julai 2007 sampai Jun 2010, akhirnya aku mendapat Diploma dengan Anugerah Ketua Jabatan. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Aku dapat dua keluarga angkat baru tahun ni. Satu di Kuala Nerang, tempat aku merantau semasa cuti semester. Satu lagi di Felda Aring 1, Gua Musang, Kelantan - di bawah program Baksis Persada. Semoga ukhuwah berkekalan.

Bermula tahun ni jugak la aku mula menjadi blogger. Menceritakan kisah hidup, berkongsi ilmu, merapu meraban, meluahkan perasaan dsb. Dunia blog sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupanku. Sejak buat blog, rase macam dah masuk satu dunia baru. Hidup ini indah bila dikongsi. Tapi kadang-kadang macam segan jugak nak buat blog.huhu.

Perubahan pada diri?

Dari segi fizikal, aku mula berkaca mata. Walaupun rabun tak teruk sangat, terpaksa pakai sebab kerap sangat pening. Mata tak boleh stress lama sangat. Dari segi dalaman? Aku rasa aku masih sama seperti dulu. Hati masih tidak berubah. Panas baran dan kawalan kesabaran masih lemah.

Hati dan perasaan?

Itu biarlah antara aku dan si dia yg tahu.heh.

Dari segi amalan?

Amalan baik? Taknak cerita. Tapi amalan buruk? Lagi la taknak cerita. Aku cuma berharap dapat berubah ke arah lebih baik. Menuju jalan kebenaran. Aku masih berusaha menuju Ilahi.

. . . . . . . . . . 

Itulah sedikit sebanyak perkara yg aku "highlight"kan sepanjang tahun 2011 ini. Sebagai muhasabah diri sendiri. Tahun makin bertambah, semoga amalan pun bertambah seiring dengan pertambahan usia. Semoga tahun yg mendatang lebih baik dari tahun yg sudah berlalu.

Maafkan segala kesalahan yg telah aku lakukan pada kalian. Halalkan segalanya yg telah aku ambil dan guna sepanjang tahun ini (patutnya cakap waktu tahun baru hijrah hari tu). Semoga kita terus menuju kejayaan yg abadi.

Selamat tinggal 2011!



Friday, 30 December 2011

Dakwah ?

Geledah file-file lame. Terjumpe plak file ni. Dah berabad dah gambar ni. Sekadar perkongsian. Saya tak kenal pun siapa pelukis asal. Cuma ingin menyampaikan mesej yg pelukis ingin sampaikan. Kalau tak nampak tulisan, klik dekat gambar. Wallahualam. =)

Menuju Sempadan Thailand

Assalammualaikum. 
Tak jawab dose, kalau jawab mengade2.

Ayat orang dulu-dulu waktu mule2 nak mengorat. Abaikan.heh.

Bukan nak cerita pasal cara-cara orang dulu mengorat. Tak2. Cuma nak cerita tentang trip minggu lepas. Hari Sabtu lalu, 24 Disember 2011. Saya dan kawan-kawan seperjuangan yg memperjuangkan perjuangan yang tak pernah diperjuangkan oleh orang-orang lain yg berjuang, pergi berjalan-jalan bagi melarikan diri dari bumi Sintok yg amat best (in sarcastic way). Bukan selalu nak berjalan-jalan buang duit ni. Heh.

Kami taktau sebenarnya ke mana nak pergi, tapi kami redah jela since hari ni takde aktiviti berfaedah yg kami dapat fikirkan. Kami menuju ke negeri Perlis. Ingat nak pergi Canada, tapi jauh sangat. Tanpa memikirkan anak bini kat rumah(memang takde lagi), kami bertolak dari UUM jam 10.30 pagi. Perancangan awal jam 9, tapi faham-faham jela orang bujang.

Setelah tak sampai sejam perjalanan, signboard pertama yg menarik hati kami ialah Taman Ular. Kami pun menuju ke sana.


Kebetulan. Ada pertandingan Kucing Comel kat situ. Kami pun masuk jela. Kecuali Mat, kami semua suka kucing. Masuk kena bayar RM4. Cis.



Banyak kucing yg comel. Tapi yg sekor ni jugak yg menarik hati ku.


Comel kan? Siap ade kasut lagi. Memang "princess cat" habis. Tapi ular pun ade kat dalam pameran tu.


Arwah la ayam tu. Gile kejam. Pastu kat luar, kalian boleh jumpe spesis-spesis buaya, biawak, monyet, ular dan burung unta. Tapi nak upload gambar buaya je.huhu.


Itu buaya kerdil. Kecik je. Yang berdiri tu pun spesis buaya jugak. Hahah. (Zaid, aku gurau je.huhu)
Habis pusing dalam tu, kami semua dah berpeluh. So, kami pun mencari air untuk bermandi manda. Dan kami sampai ke Bukit Ayer, Perlis.



Siap ada letak renungan macam ni lagi. Tabik la. heh.


Kami naik atas sekali. Konon nak privasi. Pastu masing-masing termenung.



Kat situ dalam. Best main lompat-lompat je. Pastu berenang ke tepian. Sape yg tak cukup tinggi, silakan terjun kalau nak lemas.huhu.

Selesai mandi (tak lama mana pun) sebab ada mamat tu tak berani nak mandi tempat dalam. Kami pun salin pakaian dan menuju ke destinasi seterusnya. Destinasi terakhir. Wang Kelian, sempadan Malaysia-Thailand.



Dekat sini, orang Malaysia boleh masuk Thailand tanpa sebarang dokumen sesuka hati pada hari Sabtu dan Rabu kalau tak silap. Hari ni hari Sabtu, jadi memang boleh masuk la. Tak diperiksa langsung. Lepas berape lama berjalan-jalan, kami pun pulang. Kami masing-masing tak bawak duit banyak. Ingatkan dekat situ ade ATM.huhu.


Bai-bai Wang Kelian. Sekejap je singgah dekat sini.
Sem depan nak jelajah Thailand pulak. Untungnya belajar dekat UUM, dekat sangat nak pegi negara orang.
Itu je nak cerita.

Sekian.
^_^



Wednesday, 28 December 2011

Comel Minah tu

*gambar sekadar hiasan.

Dialog antara Jabit dan Kassim.

Situasi : Menggodek2 Facebook orang.


Jabit : "weh,comel minah tu.bukak gambar dia yg lain."
Kassim : "jap2. ha'ah la, comel gile doh."
Jabit : "eh,sape tu?"
Kassim : "minah tu jugak la, ni tak pakai tudung."
Jabit : "huh. gagal. harap muke je comel."
Kassim : "stok geli-geli bole la ni."
Jabit : "haha. bongok."
.....

Dialog hanya rekaan. Maaf jika ayat dialog di atas berbunyi kasar dan biadap. Tapi itulah fenomena yg muslimat tidak tahu (muslimin dah sedia maklum). Maaf jika menyinggung mana-mana pihak.

Pengajaran Pertama.
Muslimah. Kamu sudah cantik bertudung, sudah elok menutup aurat. Tapi kenapa tidak menutup sepenuhnya? Di luar kamu bertudung, namun di laman sosial, kamu mendedahkan segalanya. Di mana nilai dirimu? Di mana pegangan kamu? Di mana nilai agamamu?

Tepuk dada, tanya iman. Tak perlu saya berbicara tentang bagaimana menutup aurat dengan sempurna. Saya yakin muslimat amat arif tentang bagaimana menutup aurat yg sempurna.

Pengajaran Kedua.
Muslimin. Tahukah kesalahan kamu? Ingat lagi tak apa yg diajar ketika kamu di sekolah agama dulu?

Dari Jarir bin Abdullah, dia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a."

Pandangan pertama adalah rezeki, pandangan kedua adalah nafsu, dan pandangan ketiga adalah haram.... (hikayat ulama')

Lihat entry Antara Lawak dan Hukum.

Pengajaran Ketiga.
Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan, sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. Ini kerana, melalui raut wajah wanita itu, sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya. Lihat kelaku Jabit dan Kassim yg gatal tadi.

Cukuplah sekadar meletakkan gambar biasa, dengan niat sebagai perkenalan diri. Ada garis panduan yg dibenarkan oleh syarak.

Untuk selanjutnya, klik http://muis.ismaweb.net/2010/04/letak-gambar-muslimah-di-facebook/

Muslimin, kalian juga boleh mendatangkan fitnah kepada muslimat. Bagaimana? Ada masa saya terangkan. Takpun cari la sendiri.hahah (ape aku tulis ni?huhu)

Pengajaran Keempat.
Kebanyakan lelaki beragama inginkan bakal isteri yg beragama, yakni yg selalu digelar "muslimah sejati". Mat rempit pun menginginkan isteri yg bertudung. Kalau tidak mahu dijadikan bahan mainan bagi lelaki, peliharalah diri dan agama. InsyaAllah kamu bakal dapat yg sepadan dan sekufu denganmu.

Peringatan buat muslimin juga, anda juga akan dapat yg sepadan dengan dirimu. Janganlah memperlakukan muslimat sesuka hati. Janganlah menyentuh jika tidak mahu menyunting. Janganlah menyentuh sesuka hati kerana ia adalah dilarang.

Pengajaran Kelima.
Bak kata pepatah, masalah utama muslimat adalah aurat, masalah utama muslimin adalah syahwat.


Penutup Kata.
Entry ini bukanlah hendak menyalahkan atau memburukkan mana-mana jantina. Kita manusia, makhluk yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin kita tidak tahu, atau mungkin kita masih jahil, atau mungkin kita tahu, tapi masih melakukan. Mungkin. Peringatan buat diri sendiri.

Ambil apa yg baik. Yang buruk tu datangnya dari kejahilan saya sendiri. Wallahualam.


P/s : kalau yg selalu bertudung pun ade isu camni, yg tak bertudung langsung tu camne pulak ye?


Wednesday, 21 December 2011

Nota#3 - Celupkan lalat itu

Rasulullah & Saintis...Kelebihan Mencelup Lalat....



“Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.

Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik.


Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas ‘sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit’. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik.

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.



Thursday, 15 December 2011

Syukur.


Final semakin tiba. Sekarang la masa yg paling sibuk. Nak makan pun takde masa. Assignment nak kene submit. Dengan event lagi. Kalau makan pun bawak bungkus je, makan dalam bilik. Tapi jangan tanya kenapa aku ade mase nak update blog ni.haha. Ade sedikit cerita yg nak dikongsi. heh.

Dua hari lepas, waktu balik kelas, aku terjumpa kawan yg baru balik kelas juge. Mereka ajak makan sekali. Aku pun ikut jela. Lagipun dah lama tak lunch dekat cafe.

Tengok lauk, ade lebih kurang je. Aku pun ambik jela ape yg ade. Dah bayar ape semua, aku duduk dan makan. Lauk-lauk yg aku ambik tu rasa tawar. Tak sedap. Aku pun complain la dekat kawan-kawan aku tu (nak complain dengan makcik cafe segan plak). Aku pun tak lalu nak makan. Entah macam mana, aku teringat kisah lama ketika aku belajar di Shah Alam dulu.

Dua tahun lepas.

Ketika itu aku pergi makan dengan kawan-kawan aku di Cafetaria. Makan dekat Shah Alam, al-maklumlah. Mahal. Tak macam harga dekat Sintok ni. Dekat sana nak makan pun kena cover-cover, takut termahal plak. Paling murah pun RM4. Paling mahal dekat RM6 aku kena. Bese la student, semua nak cut cost.

Dipendekkan cerita, waktu tu kami mula menjamah selera. Dengan lauk yg sedap, kami pun makan. Kemudian, datang seorang rakanku. Aziz namanya. Dia datang dari belakang dan menegur kami. Dia dah bungkus makanannya. Tapi sebab terjumpa kami, dia pun datang join nak makan sama. Kami pun mempersilakan. Lalu dia pun duduk dan buat keluar makanan dari plastik yg dibungkus dgn bekas polisterin.

Dia duduk disebelah aku. Mukanya sungguh ceria. Aku tertoleh ke arah dia ketika dia membuka bekas makanan polisterin tu. Aku tersentak. Ya Allah...

"NASI DENGAN KICAP JE..??"

Aku sebak. Lebih menikam dada, ketika dia membuka makanannya itu, raut wajahnya sungguh ceria dan tidak terpalit sedikit pun kekecewaan kerana hanya makan nasi dengan kicap. Dengan serta-merta, mata aku berair. Aku berasa sangat pilu kerana dia kawanku.

Aku bertanyakan dia,

"Weh. Kau takde duit ke? Kenapa tak beli lauk??"

"Takpe la Qi..ini je yg mampu..SYUKUR ALHAMDULILLAH..", sambil tersenyum melihat makanannya itu dan menyuapkannya dengan penuh selera.

 Aku terkelu. Aku tak dapat tahan air mata. Aku menawarkan utk belikan lauk untuknya, tapi dia menolak. Sedih. Aku makan dengan mata berair T_T

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Teringat kembali.

Peristiwa itu dah dua tahun berlalu. Hari ini aku teringat kembali bila makanan yg aku jamah ketika ini rasa tawar dan tak memenuhi selera aku. Mengenangkan peristiwa itu, mata aku kembali berair. Anda mungkin tak dapat merasai bila tidak melihat dengan mata sendiri. Hakikatnya, peristiwa itu sangat menyayat hatiku.

“Dan ingatlah, tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

Selama ini kita complain ini tak sedap, itu tak sedap. Bila lauk tak sedap, kita makan tak habis. Kita lupa ketika itu ada manusia yg lagi susah. Yang makan tak cukup, makan takde, makan sekali sehari, mencari makanan dengan meminta sedekah. Kita yg Allah berikan rezeki ni, tak bersyukur bila rezeki di depan mata.

Marilah kita bersyukur dengan rezeki yg kita ada hari ini. Biarlah makanan yg kita beli tidak sedap, tapi habiskanlah tanda kita bersyukur. Ingat pada saudara-saudara kita yg lain, yg tak cukup makan. Letakkan kita di tempat mereka supaya kita lebih menghargai nikmat yg kita peroleh. Ingat mereka yg kais pagi makan bekpes, kais siang makan lunch. 

Maaf. Terbuat lawak sikit.

Syukurlah dengan apa yang kita ada, syukurlah dengan apa yang kita dapatkan. Mensyukuri apa yang kita punya walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada rezeki berlimpah tapi tidak bersyukur.

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin.




P/s : bersyukur itu bukan dengan sekadar ucapan tahmid.

Monday, 12 December 2011

Nota#2 -13 Alasan Muslimah Enggan Tutup Aurat

<Muslimah Enggan Tutup Aurat, 13 Alasan.. Jawabnya?>
TIDAK mahu tutup aurat bagi wanita Islam, 13 alasan. Tetapi, ini jawapannya.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

(Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita..)

Saturday, 10 December 2011

Saat si dia menguji hati..

Saat si dia menguji hati, aku tertipu lagi....
Allah… Allah.....
Mengapa harus ada mereka untukku?
Sedang patah sayap mujahadahku...
sedang tersungkur aku...
sedang lemas aku...
semuanya kerana nafsu yang tidak berhenti menyeru....

Saat kakiku longlai, perkuatkanlah.....
Saat jiwaku hilang, pertemukanlah....
Saat hatiku hitam, kembalikanlah....
Saat tanganku megah, tunjukkanlah....
Saat cintaku menyimpang, hukumlah. Allah!....
Musibahkan aku, kifarahkan noda ini.. Allah....

Aku menadah doa, tanpa ada makna....
Aku meruntun pertolonganMu, hanya pada waktu sulitku.....
Sedang ku senang dengan nikmatMu,
terus hanyut aku bersama waktu.....

Allah...Ampunkan aku :'(



Sunday, 4 December 2011

2 Hari 3 Malam


Assalammualaikum wbt =D

Alhamdulillah, baru pulang dari Felda Aring 1, Gua Musang pagi tadi. 2 hari 1 malam aku berkampung di sana dengan 38 orang mahasiswa UUM. Lagi 2 malam dalam bas(pengarah program yg kecil tu suruh cakap camtu.huhu) Program Bakti Siswa anjuran Persada UUM tu bermula 2hb Disember hingga 3hb Disember 2011, masa yg singkat bagi kebiasaan program anak angkat atau Bakti Siswa. Tahu tak Persada tu ape? Persada tu singkatan bagi Permuafakatan Siswa Siswi Felda. Tapi aku anak Felda ke? Ofcoz la tak.ehe. Aku terlibat dengan program ni pun atas jasa rumate ku yg terchenta =P (nama beliau Mizi) Kalau tak memang tak la aku nak pegi program tu.

Kami bertolak pukul 11.56 malam 1hb Disember dari UUM. Masuk-masuk bas je aku berusaha utk tidur sebab dah malam kan. Oh ye, ade member seangkatan yg ikut, Zaid Arham. Sakit tengkuk tido dalam bas, tapi dah ngantuk punye pasal. Tido jela. Nasib baik ade "bantal" sebelah aku, Syawal nama "bantal" tu.hahah. Dialah bantal, dialah sumber habaku sebab sejuk gile babeng dalam bas.huhu.

Yg duduk sebelah aku tu la Syawal. Itulah "bantal" aku.hahah.

Dipendekkan cerita (sebab tertido je dalam bas), kami sampai di Felda Aring 1 pada jam 9.30pagi. 9 jam lebih perjalanan. Kami singgah jap dekat Felda Chiku 1, rumah sorang AJK Program(tak ingat name). Singgah bekpes jap.

Ok name beliau Shima Mohd.heh

Sampai-sampai je di Balai Raya Felda Aring 1, kami disambut oleh warga Felda dan majlis perasmian dan penyerahan anak angkat pun berjalan. Ni kali ketiga aku join program anak angkat, so tak la rase nervous ke ape bile menanti nama dipanggil utk diserahkan ke family angkat. And finally nama aku dipanggil.

bahasa kelantan yg diterjemah ke dialek Perak.heh

Nama ayah angkat aku tu Abdullah bin Shafie. Aku senasib dengan Emi, yg tinggi tu. Selesai semua urusan, kami pun pergi ke rumah family angkat masing-masing. Hari ni hari Jumaat, so kami pun pulang utk berehat dan bersiap-siap untuk solat Jumaat.

Balik di rumah, kami bertaaruf sesama kami. Sembang-sembang kemain lame. Aku decide nak panggil diorang abah dengan umi, sama macam panggilan mak ayah kandung aku.heh. Alhamdulillah, kami mudah mesra. Kat rumah dia ade sorang je anak perempuan yg baru nak masuk tingkatan satu, lagi sorang laki, tapi takde kat rumah. Baru tingkatan 4.

Lepas solat Jumaat, kami balik dan berkumpul semula. Sepatutnya ade gotong-royong, tapi ditukar dengan lawatan ke kilang kelapa sawit. Follow jelah.


Lepas lawatan singkat dekat kilang tu, kami singgah dekat rumah pengarah program yg sebenarnye berasal dari Felda Aring jugak(untungla dapat balik kampung free). 


Dan kemudian kami kembali ke Felda Aring 1 dan membuat sedikit preparation utk program esok. Dan malam pun tiba. Duduk kat rumah family angkat, aku asyik bersembang je dengan mak ayah angkat aku.huhu.

Ayah angkat banyak cerita pasal dia, anak-anak dia, kisah hidup dia dan macam-macam lagi. Takleh nak bagitau la kan, bende personal.huhu.

Aku dengan Emi nak mandi, tapi bila malam kami kene guna bilik air satu lagi sebab yg lagi satu takde lampu. Yg bilik air ade lampu plak takde pintu.huhu. Aku pun mencari-cari kain basah, dan aku terjumpe bendera biru(ala..yg ade logo dacing tu), pastu dengan selambe je aku buat kain basah.haha.

Malam tu kami solat jemaah di masjid, ade ceramah dan taklimat utk program esok.


HARI KEDUA.

Pagi tu kami diarahkan utk berkumpul jam 7.15 pagi, tapi macam biaselah kan, aku terbabas tido sampai 8.15 pagi.hahah. Emi pun same. Tapi takpela, bukan selalu. Lagipun pagi ni aku tak perlu datang awal sangat pun. Tahap ke"urgent"nan tu tak tinggi la. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan utk mengacau dan menjaga bubur asyura sampai siap. 

Muke tunjuk rajin.heh

Sape penah makan bubur asyura? Aku ingatkan macam bubur nasi, tapi last-last jadi kuih.huhu. 

Ok-ok, sindrom malas dah datang. So, dipendekkan cerita, ade sukaneka petang tu tapi aku tak join sebab kaki injured. Pastu pulang ke rumah, mandi, kemas beg utk pulang ke UUM. Sekejap sangat perantauan dekat sini.

Majlis Perasmian Penutup diadakan malam itu. Ramai orang datang. Meriah gile lah. Walaupun begitu, kami terpaksa menyingkatkan masa pertemuan sebab kami kena bertolak awal sebab esok ada kelas. Tepat pukul 11malam, majlis tamat dan kami membuat sedikit Majlis Penyerahan Kembali Anak Angkat..macam tula kot bunyinye.

Jumpe mak ayah angkat, beri sedikit cendehati, bersalaman, mintak halal segalanya dan terima kasih utk segala yg telah diberi. Mata umi dah berair, tapi gua cool je.huhu. Lepas tu kami ambil gambar sebagai kenangan.


Nak masukkan semua cerita dalam satu post ni memang panjang la kan. Ni jela serba sedikit perkongsian dari program tersebut. Sipi-sipi jam 12 malam, kami pun bertolak pulang ke Sintok, Kedah sambil melambai-lambai penuh girang, pastu bas tetibe tersangkut. Tak jadi nak bersyahdu. Spoil. huhu.

Dalam masa yg singkat ni, tak dapat nak belajar banyak benda. Cuma pengalaman yg bermakna. Aku belajar serba sedikit budaya di sini. Aku jugak dapat pendedahan sedikit tentang Felda, apa yg Felda beri kepada warganya. Kadang-kadang baca paper pun banyak tak betul. Felda dah buat banyak pembangunan utk penduduknya. Duduk dekat sane pun ade WiFi tau. Walaupun keadaan fasilitinya masih lemah, tapi masih diperbaiki dari masa ke masa.

Bila dah duduk sekali dengan warga Felda, merasa diri ni macam orang Felda jugak. Best suasana di sini. Warga Felda Aring 1 amatlah mesra. Aku "jatuh cinta" dengan warga felda di sini.ecewah.haha.

Terima kasih En. Abdullah bin Shafie dan keluarga kerana sudi menerima kami sebagai anak angkat. Walaupun pertemuan kita hanya sebentar, moga ukhuwah yg terjalin berkekalan selamanya. Moga di lain waktu berjumpa lagi. InsyaAllah.

Terima kasih =)




Wednesday, 30 November 2011

Aku Rindukan Mereka!

Assalammualaikum wbt.

(kalau nak feeling skit baca entry ni,download lagu kat bawah tu dulu, pastu baca slow-slow sambil dengar lagu.pergh.jiwang kot.hahah)

Adeh. Tak boleh tido plak. Thankx to my frens, Zaid Arham kerana mengetuk pintu dan membuatkan aku terjaga dari tidur =P Sekarang aku dah tak boleh tidur(seap ko esok). Disebabkan mata tak mampu terlelap lagi, aku tengok gambar-gambar dalam PC aku ni. Mane la tau lame-lame jadi ngantuk.huhu. Tetibe tergerak hati nak bukak gambar-gambar waktu belaja kat Poli dulu. Aku lihat gambar member seperjuangan dan sekamcingan aku seko-seko. Tetibe..hati rase sebak.

Ya Allah..aku rindukan mereka!


jangan harap aku nak letak gambar-gambar macho korang.hahah

Sahabat, sudah lama tak ketemu. Entry ini khas utk kalian. Aku tau kalau korang baca, sampai kiamat pun korang bahan aku kan? Takpela. Bukan jumpe pun =P Tapi seriously...aku rindu. Walaupun sekarang kita dah bawak haluan masing-masing. Walaupun ade yg duk Terengganu tak bagitau aku =P

Aku rindu kalian. Rindu nak makan bersama, lepak bersama, sembang-sembang, ambik "ubat" bersama, main snuker, jalan sama-sama, jatuh motor sama-sama.heh. Aku ingat lagi, waktu aku sakit, kalian membantu aku. Belikan ubat, tolong urut kepala, bahu, makan megi bersama, study same-same, pergi pejabat warden same-same, buat "rush" cari rokok same-same.aha. Aku tak akan lupa semua tu. 

Ingat tak? Kita ketawa bersama..kita pernah menangis bersama..Takut bersama..berani bila bersama..dan kita pernah berbalah..dan kita berbaik semula.. Tak mungkin persahabatan ini akan terputus..

Mudah air mata ini mengalir hanya bila salah seorang dari kita menceritakan kepahitan hidupnya..Mudah kita ketawa bila kawan buat lawak yg tak berape nak lawak pun..

Walaupun kamu tak cukup makan..kita tetap kongsi bersama walaupun dapat jamah sedikit..Walaupun kita ada hanya sedikit, tetap berkongsi..tak pernah kita makan bersama dan tidak berkongsi apa yg kita makan itu..

Bila masa aku sakit..bila masa kamu sakit.. Kamulah yg bersusah payah menjaga..Mengurut tanpa penat lelah..Malah sehingga kamu memandikan kawan kamu yg tak mampu berdiri dan kamu tidak merungut walaupun sedikit! Sungguh kalian yg terbaik.

Ya Allah..kamu semua sahabat sejati!

Ketahuilah, kalian semua sahabat terbaik yg pernah muncul dalam hidup aku.Kita senang bersama, susah bersama... Susah nak jumpa sahabat yg terbaik macam kalian semua. Khas utk member2 Gagak Hitam Generasi Kedua yg ku kasihi.heh.



Ramzi, Azmi, Den, Nazmi, Man, Apis, Syamir, Abey, Syami, Faiz tot tot,Wak, Syazwan, Ariel, Farhan dan Bulah. Lagu ini ditujukan khas utk kalian. Itupun kalau korang bukak blog aku ni la kan. =P


Senandung Ukhuwah -SIGMA

Diawal kita bersua..
Mencoba untuk saling memahami
Keping keping dihati terajut dgn indah
Rasakan persaudaraan kita

Dan masa silih berganti
Ukhuwah dan amanah tertunaikan
Berpeluh suka dan duka
Kita jalani semua
Semata mata harapkan ridhoNYA

Sahabat tibalah masanya
Bersua pasti ada berpisah
Bila nanti kita jauh berpisah
Jadikan robithoh pengikatnya
Jadikan do'a ekspresi rindu
Semoga kita bersua disyurga..



Semoga hingga ke akhirat kita bersahabat. Insya-Allah.

Terbaik dalam hidup aku!

Monday, 28 November 2011

Meniru?


Assalammualaikum brothers and sisters =)

Update blog sekejap. Finally, midsemester test dah habis. (yeah!) tapi tidak sebahagia yg disangka sebab paper last amat lah menensionkan jiwa dan raga ku ini. Susah nak ****! huhu. Paper ape? International Management, paper wajib utk kos aku ni. Aku berusaha datang kelas lebih awal dari biasa sebab nak duduk tempat yg strategik. The truth is aku tak habis study lagi utk test tu. Sempat baca semua, tapi tak sempat nak mengingat. Sebab lain aku datang awal pun sebab nak study kat sane je. Niat di hati nak bawak toyol, tapi aku batalkan niat aku tu. Biarlah tak dapat jawab pun. Tak guna dapat markah tinggi tapi hasil dari meniru. Ceh, yoyo o je. haha. Memang tak dapat meniru pun since aku duk kat meja paling depan.huhu. Rahmat sebenarnya.heh.

Teringat time skola dulu. Time ujian selaras, peperiksaan pertengahan tahun, bile cikgu keluar kelas sekejap je, semua pantas bertindak mengambil kesempatan. Waktu tu semua cepat bertindak dan proaktif. Hampeh betul. Paling best kalau cikgu tertidur dalam kelas waktu buat ujian. Aku pun terlibat dalam sindiket meniru ni. Memang takleh lari.huhu. Tapi takde la semua subjek. Teruk beno tu.

Eh? Jap. Meniru?

Oh, sungguh meniru itu perbuatan yg tak beretika.aha. Meniru itu adalah satu kesalahan. Tapi berape ramai dari kita yg tak pernah terlibat dalam sindiket meniru ini? Kalau tak meniru pun, bagi kawan tiru. It's just the same, cuma orang yg bagi meniru ni OK sikit la dari orang yg meniru sebab orang yg tak tiru tapi bagi meniru adalah orang yg berusaha sendiri. Tapi dua2 keadaan tetap sama. Bersubahat.

Put that aside. Semua tahu meniru itu adalah perbuatan tidak jujur. Besar implikasinya pada masa depan.

Okeyh, lihat situasi ni. Anda meniru ketika SPM. Hasilnya, SPM anda cemerlang dan anda berjaya masuk Matrikulasi/STPM/Diploma and so on. Ketika itu, anda juga meniru ketika exam. Dan seterusnya anda berjaya melanjutkan pelajaran ke ijazah. Ketika ijazah juga anda meniru ketika exam dan hasilnya anda berjaya menamatkan pengajian dengan segulung ijazah. Dari ijazah yg anda peroleh dari hasil meniru sepanjang hidup tu, anda dapat pekerjaan yg baik dengan gaji yg lumayan. Gaji yg anda peroleh tu anda bagi ibu ayah, isteri dan anak2 anda makan. Nampak tak? Berapa banyak saham yg ada dari satu tahap ke satu tahap yg lain?

Tak nampak lagi? Ok, senang cerita, meniru itu adalah sama je dengan menipu. So, sebarang hasil dari menipu adalah tidak berkat. Bila meniru itu adalah menipu, dan menipu itu pula adalah satu dosa, maka hasil dari itu adalah......? (nak cakap haram, takut salah pulak.huhu.). Tak la haram sebab kita buat kerja yg halal, kita berusaha utk dapat gaji, yg pastinya tidak berkat. Bayangkan, kita dapat kerja dari hasil menipu. Walaupun kesalahan tu nampak kecil, tapi ketahuilah besar natijahnya dalam hidup kita. Berbalik kepada entry sebelum ni ("Little Things"), meniru juga adalah salah satu perkara kecil yg membawa kepada perkara yg lebih besar.

Kenapa? Sebab..

Meniru = Tidak Jujur

Tidak Jujur = Menipu

Menipu = Munafik

Munafik = Dosa besar.

(kalau salah tolong betulkan.huhu)

Maka, tidak hairanlah jika belajar tinggi-tinggi, tapi masih tak dapat pekerjaan. Masih menganggur. Tidak hairanlah rezeki yg dapat sentiasa dirasakan tidak cukup. Tidak hairanlah juga jika generasi akan datang semakin teruk akibat dari makan hasil yg bersumberkan sesuatu yg tidak berkat. Dan banyak la lagi natijahnya. Kesimpulannya, janganlah meniru. Mungkin kita senang di dunia, tapi tidak di akhirat.

Peringatan untuk diri sendiri. Aku juga pernah lakukan perkara yg sama. Manusia tak lari dari buat kesilapan. Dah meningkat tua ni baru nak sedar. Kepada yg suka meniru tu, jom bertaubat. Sementara masih diberikan kesempatan. Astaghfirullahhal'azim. T_T

Untuk rujukan, silalah klik :

mymasjid.net
http://abubasyer.blogspot.com

Sama-sama muhasabah diri. Janganlah ulang perkara yg sama lagi.

Wallahualam.




P/s : adeh.takleh nak tiru dah.huhu

Friday, 25 November 2011

"Little Things"


Assalammualaikum wbt brothers and sisters =)

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan utk menaip di sini. First of all, saya dilanda sedikit kemurungan gara-gara menukar address blog ini. "Data-data peninggalan" dekat post2 sebelum ni telah hilang. Tapi takpe la. Bende dah jadi..nak buat camne.uhu.

Tadi tengah belek-belek buku. Tetiba terjumpe satu quote yg menarik perhatian diriku ini :

"Watch over the little things. A small leak will sink a great ship."


Faham maksudnye? Perkara yg kecil akan memberi kesan yg besar jika tidak diendahkan. Interpret la sendiri ye. Saya tetibe teringat khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W waktu terbaca quote tu.. Khutbah tu berbunyi macam ni :

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

Lihat kaitan antara kedua-duanya. Nabi pun dah pesan kat kita semua supaya berhati-hati dengan perkara kecil. Sekecil-kecil pun perkara tu, jika tidak dibendung, sebesar-besar kapal pun boleh karam. Apatah lagi iman kita ni. Jika kita tidak berwaspada, iman kita akan sama nasibnya seperti kapal tersebut.

Kita boleh lihat sendiri, ramai yg tak berwaspada dengan perkara kecil. Dari perkara kecil itulah yg akan membawa kepada perkara yg lebih besar. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Macam dosa-dosa kecil, jika selalu diulang, akan jadi dosa besar jugak. Kita tak pernah perasan..tapi itulah hakikat yg kita tak tahu.

Perkara kecil tu macam mane? Fikirla sendiri =P Eh, tak2.huhu. Contoh paling mudah adalah menutup aurat, makan berdiri, membazir dsb.. Itu yg nyata. Banyak lagi sebenarnya perkara yg kita tak perasan. Perkara-perkara kecil yg kita selalu pandang remeh. Syaitan itu bijak dalam memesongkan manusia. Walaupun kita buat perkara baik, tapi dari perkara baik itu syaitan mampu mengeluarkkan ia menjadi sebaliknya.

Sebagai contoh, kita buat status yg Islamic dekat Facebook, pada mulanya dengan niat utk berdakwah. Lepas tu kita selalu tengok status tu, berapa banyak "Like" yg kita dapat. Bila banyak "Like", dalam diam kita merasakan sedikit "bangga" dengan jumlah "Like" yg kita peroleh. Bila timbulnya sebutir zarah perasaan riak dalam hati, maka sia-sialah amalan kita. Macam tu la jugak bila kita bersedekah, syaitan mula mengeluarkan rasa riak dalam hati. "Wah, kau dah bersedekah, engkau pergi ke masjid, tak macam orang lain. Orang melihat engkau sebagai orang yg mulia. Berbanggalah engkau."

Lihat. Bijakkan makhluk laknatullah tu? Dah jadi topik riak la pulak.huhu.

Contoh lain, kita buang puntung rokok atau sampah kecil dalam tandas. Lama-lama saluran dalam tandas tersumbat sebab bende kecil tu terkumpul. Lepas tu bertakung la air dalam tandas tu. Akhirnya ribuan wang ringgit terpaksa dihabiskan utk menyelenggara tandas. Nak betulkan saluran tersebut menyebabkan perbelanjaan yg besar. Hanya berpunca dari sampah yg kecil. Jika di tandas awam atau tandas kolej, kita dah menyusahkan dan merugikan orang lain. Secara tak langsung, kita dah dapat kredit dari situ. Apa perhitungannya di akhirat kelak?

Nah, nampak tak bahana perkara kecil yg tidak dibendung?

Sebaliknya, lakukanlah perkara kecil yg baik seperti membuang sampah di tempat sepatutnya, memberi salam, bersedekah, membuang objek yg terdapat di laluan orang ramai, berzikir dan sebagainya. Lama-lama akan bermanfaat buat kita.

Maka berwaspadalah terhadap perkara-perkara kecil yg merosakkan. Saya tahu ramai yg dah tahu pasal ni. Cuma kadang-kadang kita terlupa. Sekadar ingatan bersama di hari Jumaat ini. Saya pun tak terlepas dari kesilapan. Maklumat tambahan, sila klik link ni ;

http://daawah.com/links/islamtazkirahdosakeciljadibesar.html

Nak cakap banyak lagi sebenarnye.tapi next time jela. (sindrom malas sudah menular.aha)


Wallahualam. =)

Saturday, 12 November 2011

A Plan. =)

Merancang sesuatu malam ini. Tapi apekah?
Cannot tell what am i going to do. Kenapa?
Sebab saya suka buat kejutan.heh.



Nota#1 - Antara Lawak dan Hukum


Saya masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

p/s: copy paste dari kawan yg copy paste dari Kupasan seorang ustaz berkaitan dengan AURAT.heh





Monday, 31 October 2011

Eh?


EH?

Baru teringat yg aku ade blog.hahah. Dah lama ghupenye tak update. (sebulan tu kire lame la kan?huhu) Semenjak dua menjak ni memang sibuk gile. Assignment berlambak, kuiz berlambak, midsem pun bersusun pas cuti..dengan meeting program lagi, berdating lagi.huhu. Tapi sebenarnye bukan tumpu semua tu pun. Sibuk main game ngan tido je sebenarnye.hahah. Kesian blog ini tak diupdate. Nak update cerita baru, tapi nanti2 la kot. =D

Terima kasih la kepada anda2 yg sudi membuka blog putih ni. (actually taktau nak design camne.buat putih jela tanpa background.huhu) Walaupun saya seorang blogger yg tak aktif, seribu penghargaan kepada mereka2 yg sudi mem"follow" blog saya ni. (baru 25 orang.heh.) Ok la kan. Baru buat blog berape bulan, tu pun tak update slalu. Tapi terfikir jap, kenape kisah sgt ade follower ke tak? Ramai ke tak ramai? Kadang2 terfikir, kenapa berblogging ni..? Kenape buat blog? Motif?

Terkadang waktu saya tgh blogwalking, ternampak komen2 yg mempromosikan blog sendiri, ade artikel baru la bagai, mintak follow blog dia balik, dan berbagai2 lagi. Pelik. Siap ade "page" dekat Facebook lagi. Motif? Nak jadi femes ke? Maybe sebab aku ni pun baru nak berjinak2 dengan dunia blog ni. Tu yg pelik kot. Well..Semua orang ada tujuan yg tersendiri kenapa mereka lakukan sesuatu perkara tu. Takpela, takde nak kondem mane2 pihak pun. Saja berfikir sekejap. Orang lain tu tak tau la kan. Tapi aku ni. Kenape aku buat blog?

.....

.....

.....

Hm.....

Nanti la aku fikir.hahah.

(ade sebenarnye, tapi tak cukup masa nak tulis kat sini sekarang.heh)



P/s : baru terperasan, kejap "aku", kejap "saya"..takde identiti betul aku nih.huhu




Friday, 30 September 2011

Andai aku..


Andai dapat ku putar masa silam..
Akan ku betulkan segala kesilapan..
Agar ku tidak hidup dalam kekelaman..
Agar ku dapat hilangkan segala kekesalan..

model gambar ini (yg tak macam model pun) : Ramzi Al-Marbawy.hahah

Namun ku mengerti..
Masa tidak dapat diputar kembali..
Walau cuma sekali..
Walau cuma kali ini..

Hati-hati itu telah ku sakiti..
Hati-hati yg tak ku mengerti..
Dan kini hati ku yg tak mengerti..
Memikirkan hati mereka yg ku sakiti..

Andai ku katakan yg aku benar-benar menyesal..
Andai ku katakan yg aku benar-benar ingin berubah..
Adakah mereka mengerti?
Adakah diri ini dimaafi?

"Kenapa manusia asyik ulang kesilapan yg sama?"

Jika mereka mengetahui keinginan hati ini..
Jika mereka mengerti apa yg ku alami..
Jika mereka mengerti hati kecil ku ini..
Jika mereka mampu membuka hati utk diri ini..

Aku sedar..
Mudah utk meminta maaf..
Namun bukan mudah utk memaafkan..
Aku akur dengan hakikat itu..

Aku tidak pandai menyusun kata..
Apa lagi utk melontarkan kata..
Cuma mampu mencuba sedaya..
Agar dimaafi dia..

Aku berdoa tika sujudku..
Agar Allah aturkan bagiku..
Segenap peluang dan ruang bagiku..
Untuk ku perbetulkan segala kesilapanku..
Pada mereka yg telah terluka dgn diriku..


Aku sedar..Hidup utk dinikmati..Bukan utk dikesali..Namun tidak salah utk menoleh ke belakang..agar tidak diulang kesilapan di masa hadapan..







Thursday, 29 September 2011

Berniaga di Pesta Konvo UUM 2011


Sempena Pesta Konvo UUM 2011 ni, aku telah diajak utk berniaga bersama-sama kawan2 seangkatan dengan aku, kot-kot la dapat cari duit lebih sikit. Thankx to Mila  sbb ajak aku berniaga dgn kawan2nye yg lain. Hari ni hari pertama berniaga, dan waktu tgh tulis entry ni, baru je balik dari gerai. Penat, tapi mata masih tak ngantuk. Esok da la kelas pkul 9.30pagi. Tapi takpe la since my roommate satu kelas esok. Ade la jugak "jam loceng" hidup.heh.

Pengalaman hari pertama kerja, alhamdulillah..best. Waktu mule2 datang, memang blurr kot. Taktau nak buat ape. Da la aku sorang je jantan, yg lain perempuan. Antara kawan2 yg niaga sekali adalah seperti berikut, Cikgu Murni, Hidayah Tajudin, Bushra, Kak Ana..(am i missing someone?) Kami niaga bawah orang, ade kakak 3orang. Kak Umi, Kak Mija dengan Kak Zati. Sekali tengok macam menakutkan, tapi dah kenal, baru tau diorang ok.. Pakwe Kak Ana pun ada sekali, tapi kejap2 je since dia urusetia Pesta Konvo tu.

Gambar ni je yg ade, pastu bateri habis. Da la tak clear. Maklum la camera murah.huhu.

My duty kat gerai tu just jaga duit, jadi cashier. Tak la penat fizikal sgt, otak yg penat. Jenuh nak menghafal segala harga-harga setiap bebola dan mende alah yg lain tu. Aku nak terangkan pun taktau camne, sampai satu tahap tu nak buat tambah tolak pun aku dah tak ingat.huhu. Tapi aku paling takut kalau terlebih kire. Tu yg mental sikit tu. Taknak la makan duit orang yg tak sepatutnya. Takut dihitung kat dalam kubur nanti..tapi yg penting, aku dah berusaha utk tidak salah kira dan tak berniat langsung nak makan duit orang. Kalau dah tersalah tu, maksudnye tak sengaje la. Bab-bab ni yg buat lemah sikit aku nak jadi tukang kira bil ni. Berat tanggungjawabnye. Hopefully tak tersalah kira sampai terlebih ambik duit orang. (terkurang takpe kot.)


Ramai jugak kawan2 yg datang. Terima kasih kat diorang sebab sudi datang dan membeli. heh. Ramai yg nak diskaun, tp bukan aku punye gerai der..kerja bawah orang je der.. Kalo den punyo kedai, dah lamo den baie free jo kek korang. Tapi apakan daya..aku hanye pekerja. Dapat kurangkan bawah RM1 je. Tu pun cover, takut2 kakak2 tu tau plak. (am i guilty?nanti potong gaji jela ye.huhu) So, kepada mereka2 yg baca entry ni, jangan mintak kurang da eh. Kami nak makan pun kene bayar tau. Sob3x. Sedih gile.huhu.

Seronok buat kerja, tak banyak tekanan. Cume mule2 niaga tu agak kelam kabut la sebab sistem takde. Orang datang ramai sekaligus, terkadang pening sbb taktau sape punye order. Btw, lupe nak cakap. Kami jual yong tau fu, spageti dgn keropok lekor. Serius sedap. Taktau la sambutan esok macam mane kan. Kalau bertambah ramai, maknenye betul2 la sedap. heh. Takpela kalau takde rezeki pun, yg penting dah usaha..kan? Yg penting pengalaman berniaga tu sangat berharga.heh.

Macam-macam ragam hari ni..hari esok macam mane plak ye? Harap-harap segala urusan dipermudahkan, dan semoga murah rezeki kami. InsyaAllah =) 


P/s : Kalau ada rezeki Allah nak bagi, ade la kan? =)