Friday 30 September 2011

Andai aku..


Andai dapat ku putar masa silam..
Akan ku betulkan segala kesilapan..
Agar ku tidak hidup dalam kekelaman..
Agar ku dapat hilangkan segala kekesalan..

model gambar ini (yg tak macam model pun) : Ramzi Al-Marbawy.hahah

Namun ku mengerti..
Masa tidak dapat diputar kembali..
Walau cuma sekali..
Walau cuma kali ini..

Hati-hati itu telah ku sakiti..
Hati-hati yg tak ku mengerti..
Dan kini hati ku yg tak mengerti..
Memikirkan hati mereka yg ku sakiti..

Andai ku katakan yg aku benar-benar menyesal..
Andai ku katakan yg aku benar-benar ingin berubah..
Adakah mereka mengerti?
Adakah diri ini dimaafi?

"Kenapa manusia asyik ulang kesilapan yg sama?"

Jika mereka mengetahui keinginan hati ini..
Jika mereka mengerti apa yg ku alami..
Jika mereka mengerti hati kecil ku ini..
Jika mereka mampu membuka hati utk diri ini..

Aku sedar..
Mudah utk meminta maaf..
Namun bukan mudah utk memaafkan..
Aku akur dengan hakikat itu..

Aku tidak pandai menyusun kata..
Apa lagi utk melontarkan kata..
Cuma mampu mencuba sedaya..
Agar dimaafi dia..

Aku berdoa tika sujudku..
Agar Allah aturkan bagiku..
Segenap peluang dan ruang bagiku..
Untuk ku perbetulkan segala kesilapanku..
Pada mereka yg telah terluka dgn diriku..


Aku sedar..Hidup utk dinikmati..Bukan utk dikesali..Namun tidak salah utk menoleh ke belakang..agar tidak diulang kesilapan di masa hadapan..







Thursday 29 September 2011

Berniaga di Pesta Konvo UUM 2011


Sempena Pesta Konvo UUM 2011 ni, aku telah diajak utk berniaga bersama-sama kawan2 seangkatan dengan aku, kot-kot la dapat cari duit lebih sikit. Thankx to Mila  sbb ajak aku berniaga dgn kawan2nye yg lain. Hari ni hari pertama berniaga, dan waktu tgh tulis entry ni, baru je balik dari gerai. Penat, tapi mata masih tak ngantuk. Esok da la kelas pkul 9.30pagi. Tapi takpe la since my roommate satu kelas esok. Ade la jugak "jam loceng" hidup.heh.

Pengalaman hari pertama kerja, alhamdulillah..best. Waktu mule2 datang, memang blurr kot. Taktau nak buat ape. Da la aku sorang je jantan, yg lain perempuan. Antara kawan2 yg niaga sekali adalah seperti berikut, Cikgu Murni, Hidayah Tajudin, Bushra, Kak Ana..(am i missing someone?) Kami niaga bawah orang, ade kakak 3orang. Kak Umi, Kak Mija dengan Kak Zati. Sekali tengok macam menakutkan, tapi dah kenal, baru tau diorang ok.. Pakwe Kak Ana pun ada sekali, tapi kejap2 je since dia urusetia Pesta Konvo tu.

Gambar ni je yg ade, pastu bateri habis. Da la tak clear. Maklum la camera murah.huhu.

My duty kat gerai tu just jaga duit, jadi cashier. Tak la penat fizikal sgt, otak yg penat. Jenuh nak menghafal segala harga-harga setiap bebola dan mende alah yg lain tu. Aku nak terangkan pun taktau camne, sampai satu tahap tu nak buat tambah tolak pun aku dah tak ingat.huhu. Tapi aku paling takut kalau terlebih kire. Tu yg mental sikit tu. Taknak la makan duit orang yg tak sepatutnya. Takut dihitung kat dalam kubur nanti..tapi yg penting, aku dah berusaha utk tidak salah kira dan tak berniat langsung nak makan duit orang. Kalau dah tersalah tu, maksudnye tak sengaje la. Bab-bab ni yg buat lemah sikit aku nak jadi tukang kira bil ni. Berat tanggungjawabnye. Hopefully tak tersalah kira sampai terlebih ambik duit orang. (terkurang takpe kot.)


Ramai jugak kawan2 yg datang. Terima kasih kat diorang sebab sudi datang dan membeli. heh. Ramai yg nak diskaun, tp bukan aku punye gerai der..kerja bawah orang je der.. Kalo den punyo kedai, dah lamo den baie free jo kek korang. Tapi apakan daya..aku hanye pekerja. Dapat kurangkan bawah RM1 je. Tu pun cover, takut2 kakak2 tu tau plak. (am i guilty?nanti potong gaji jela ye.huhu) So, kepada mereka2 yg baca entry ni, jangan mintak kurang da eh. Kami nak makan pun kene bayar tau. Sob3x. Sedih gile.huhu.

Seronok buat kerja, tak banyak tekanan. Cume mule2 niaga tu agak kelam kabut la sebab sistem takde. Orang datang ramai sekaligus, terkadang pening sbb taktau sape punye order. Btw, lupe nak cakap. Kami jual yong tau fu, spageti dgn keropok lekor. Serius sedap. Taktau la sambutan esok macam mane kan. Kalau bertambah ramai, maknenye betul2 la sedap. heh. Takpela kalau takde rezeki pun, yg penting dah usaha..kan? Yg penting pengalaman berniaga tu sangat berharga.heh.

Macam-macam ragam hari ni..hari esok macam mane plak ye? Harap-harap segala urusan dipermudahkan, dan semoga murah rezeki kami. InsyaAllah =) 


P/s : Kalau ada rezeki Allah nak bagi, ade la kan? =)



Tuesday 27 September 2011

Kaki Melangkah.


Semalam, aku berjalan..aku ambil kesempatan dari pembatalan kelas utk mencari ketenangan bagi jiwaku yg kemurungan. Aku berjalan dari dewan kuliah utk balik ke kolej. Tapi aku mengambil jalan yg jauh. Perjalanan ke bilik sudah sedia jauh, tapi aku jauhkan lagi perjalanan itu. Memang fikiran betul2 tengah dibebani bebanan yg membebankan "bebanan" yg sedia ada di bebanan(ok, merepek sekejap).



Aku berjalan sendiri. Aku menyumbat telinga dengan earphone utk menghiburkan hati. Di awal langkah, ku rasakan beratnya kaki ini hendak melangkah. Terkadang aku berhenti tanpa sebab. Terkadang aku ingin berpatah balik utk hanya menaiki bas. Aku pandang ke atas, kemudian ke bawah, dan kemudian melihat sekeliling. Aku mengeluh dengan tekanan yg aku hadapi.

Aku runsing. Aku keliru. Aku gelisah. Aku tertekan. Kenapa bahagia itu hanya sekejap?

Aku teruskan berjalan, sambil melihat kehijauan alam di sekitar ku. Aku lalui jalan2 yg jauh dan sukar. Aku tak tahu apa yg akan aku temui. Namun aku teruskan melangkah.

 Aku muhasabah diri. Aku merenung masa silamku. Jika tersilap langkah, mungkin aku boleh berpatah balik, namun aku tak akan dapat utk memutar kembali masa yg telah berlalu. Aku tak mungkin berpatah balik utk membetulkan keterlanjuran ku pada masa lalu.

Hati mereka yg telah ku sakiti, hati sendiri yg telah ku zalimi..aku sebak. Berapa kali harus ku ulangi kesilapan yg sama sebelum aku berubah? Aku runsing. Imanku mudah goyah. Sampai bila aku harus berada di takuk yg sama?

Ketika aku berjalan, aku mengingati dosa-dosaku terhadap Allah, dosa terhadap mereka yg ada dalam hidupku. Dunia ini telah aku kotori dgn kemungkaran. Aku telah mengundang kemurkaan Allah. Aku zalim.

Aku berdoa kepada Allah agar diberikan ketenangan dan keampunan. Aku percaya Allah sentiasa ada, cuma aku yg terpedaya dgn dunia hingga Allah tidak ku ingati. Allah sentiasa mengingati hambaNya, tetapi hambaNya jarang mengingatiNya. Betapa hinanya diriku, hanya mencari Dia ketika kesempitan.

Aku terus melangkah. Tiba-tiba, langkahku terhenti. Angin tiba-tiba bertiup ke arahku. Angin yg mendamaikan. Sedikit sebanyak menyejukkan tubuhku yg berpeluh. Dari mana angin ini datang, sedangkan aku berada di tempat yg terlindung? Rahmat Allah ada dimana-mana sahaja.

"Hati, damailah.." (dipetik dari blog warna-warni kehidupan.heh)

Ketika langkahku terhenti, pandangan ku melihat alam di persekitaranku. Tiba-tiba aku tersentak. Aku tersedar dari lamunan. Sudah berulang kali aku melalui jalan yg sama, namun baru kali ini aku menyedari kewujudannya. Kenapa aku tak pernah sedar tentang ini, padahal aku selalu mencarinya dalam hidupku?

Aku terus berhenti di sini. Di bawahku mengalir air sungai yg keruh. Walaupun keruh, air itu masih mengalir. Aku ditemani kehijauan. Akhirnya fikiran ku tenang. Benar, hijau itu mendamaikan.

Aku berfikir sejenak. Aku tahu, kegelisahan hati ini adalah kurniaan Allah agar aku tidak terus menerus terhanyut. Allah sayangkan aku, Dia tidak membiarkan aku terus terleka. Dia sedang memberi pengajaran kepada ku. Aku sedar, tiap kali aku melakukan kesalahan, tiap kali aku melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, Dia akan mendatangkan musibah kepadaku yg aku anggap sebagai “nasib malang” ketika itu. Aku tak sedar, itulah rahmat Allah kepadaku. Alhamdulillah, aku tidak tergolong dalam golongan istidraj.

Dia biarkan aku keseorangan agar aku mencariNya sebagai teman. Dia berikan aku kedukaan agar aku tidak terleka dengan keseronokan dunia. Dia jauhkan aku dari orang yg aku cintai supaya aku dapat mengukuhkan cintaku terhadap Ilahi.

Tiba-tiba azan berkumandang. Aku pelik. Walhal aku sedang memekakkan telingaku dengan lagu-lagu yg ku dengar dari earphone. Alhamdulillah, aku masih mampu mendengar seruan Ilahi memanggil aku. Subhanallah. Aku terus menuju jalan pulang.

Tika langkah menuju pulang, aku sedar, rahmat Allah itu luas. Dia sentiasa mengingati aku. Tika aku mencariNya, Dia sudah ada disampingku.

Benar, perjalanan yg jauh lebih bermakna dari perjalanan yg singkat. Walaupun di awalnya jalan itu nampak sukar, tetapi pengakhirannya memberi kepuasan yg lebih baik. Jalan yg sedikit orang melaluinya, tak bermaksud jalan itu tidak perlu dilalui.

“Ada rahsia yg tak mungkin akan engkau fahaminya..” - Biarkan, NowSeeHeart .



Saturday 17 September 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (7)

"Cahaya" di Hujung yg Kelam

Ok, sambung cerita. Lepas memancing tu, mak angkat suruh pergi jeti tempat jual ikan, ade buat makan2 sikit sempena Ramadhan yg bakal menjelang. Mak angkat cakap tiap-tiap tahun memang buat majlis camni, persatuan nelayan kat sane yg buat. Ingatkan ade kenduri kawin dekat jeti.huhu. So, lepas terbangun dari terbongkang sbb memancing, aku dgn Ramzi terus pi melantak. Sedap jugak. Maklum la dah dekat jeti, ikan yg dimasak semua fresh2. Heh.

Setelah 4 hari menyibuk di rumah orang, aku dengan Ramzi meneruskan perjalanan ke Jerantut. Ade ape kat sane? Mak Ngah aku duk kat sane, kat Jengka 14. Saje je jalan2. Lama dah tak datang sane. Waktu kecik2 dulu selalu datang sane waktu cuti sekola. Lagipun Mak Ngah duk sorang2 je. Suami dia dah takde. Anak dia plak dekat Kuala Terengganu. So saje la nak memeriahkan suasana. Sian Mak Ngah duk sorang2.

Petang tu bertolak ke rumah Mak Ngah. Nape tah bertolak petang2, tak ingat plak. Perjalanan ke Jerantut dari Kuantan memakan masa dalam 2 jam. Sampai-sampai dah malam. Aku plak tak ingat jalan. Bukak GPS cari Jengka 14, tapi jalan ape tah yg GPS tu bagi. Mengarut2. Masuk jalan lalu kuil la, pastu ade plak kerbau pendek berlari-lari, dengan jalan rosak dan berliku-liku. Ditambah plak dengan jalan gelap. Tawakal je.

Alhamdulillah, jumpe pun Jengka 14. Lega. Tapi, rumah Mak Ngah plak tak ingat kat mane. Pulak dah.huhu. setelah setengah jam mencari, jumpe pun. Rumah Mak Ngah dah berubah 100%, dulu papan, sekarang dah jadi rumah batu. Patut la aku tak cam.

Aku cadang nak duduk sekejap je..setakat 2,3 hari..abang dengan kakak aku pun nak datang, so ingat nak tunggu diorang sekali, pastu baru balik Perak.

Tetibe dapat sms dari Kak Teh, anak mak angkat kat Balok. Kire kakak angkat aku jugak la. Terkejut jap bace. Mesej tu berbunyi,

“Ain da bersalin.”

What? Adeh. Baru je sampai ke Jengka ni. Nak kene berpatah balik ke Kuantan. Ain tu anak family angkat juge. Baru je tahun lepas kawin rasenye. Rezeki diorang. Esoknye kami terus berpatah balik semula ke Kuantan sbb nak tengok kedatangan satu cahaya baru ke dunia ni. Heh.

kalau bayi keluar camni sekali dgn kulit telur, tak dapat nak bayang.huhu 

Dipendekkan cerita, kami sampai ke hospital Kuantan. Ape tah nama hospital tu, tak ingat pulak. Kak Teh pun ada sekali. Kak Teh pun membawa kami ke wad bersalin.

Sampai je kat wad, jumpe Ain. Laki dia pun ada sekali. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan. Alhamdulillah, anak yang dilahirkan sempurna sifat. Comel. Tapi aku terpelik sekejap bile tengok kat baby tu, ade bende pelik dekat pusat dia. Aku yg jakun ni pun tanye la, “eh, ade ketumbuhan ke??”, huhu. Bukan ketumbuhan la mangkuk, tu la tali pusat yg dipotong. Ahaha..buat malu je.

Hari tu jugak Ain dapat keluar wad dah. Laki dia pergi setel segala urusan nak keluar wad. aku seronok je bile tengok bayi yg baru lahir tu. Nama pun takde lagi. Aku pun suka2 panggil bayi tu “Aina”. Heh. Aku tanye, taknak letak nama lagi ke? Diorang takde nama lagi. So, aku pun suggest macam2 nama. Tapi ade satu nama yg aku bagi tu membuatkan leher ku dikarate oleh Kak Teh. Nama tu “Siti Fairuz Fuyyo”. Ahaha, ngokngek betul.

Siti Fairuz Fuyyo. hahah

Aku lihat bayi tu, aku lihat Ain dengan suami dia. Terfikir sekejap. Alhamdulillah, satu sinar baru sudah selamat tiba ke alam dunia ni setelah 9 bulan hidup di alam rahim. Masih baru, bersih dan suci seperti kain putih yg tiada noda. Semua manusia begini ketika tiba di fasa baru kehidupan ni. Aku terfikir bagaimana bayi ini akan jadi pada masa akan datang..bagaimana bayi ini akan dicorakkan, bagaimana acuan yg akan membentuk bayi ini. Besar tanggungjawab yg dipikul kedua ibu bapanya kerana mereka yg bertanggungjawab utk mencorak “kain putih” ini. Si suami sudah mempunyai amanah baru - sebagai seorang anak, suami dan bapa.

Aku lihat si ibu. Berat hatiku melihat keadaannya. Bukan senang melahirkan anak. Mukanya lesu, pucat, tapi bila melihat anaknya, terpancar senyuman kegembiraan seolah-olah tidak teringat langsung kesakitan yg dilaluinya ketika melahirkan anak tersebut. Betapa mulia dan besarnya pengorbanan yg dilakukan si ibu. Tak sanggup aku memikirkan keperitan yg dilaluinya. Tapi..adakah si anak akan mengingati dan menghargai jasa seorang ibu yg berkorban nyawa utk melahirkannya? Adakah si anak sanggup utk menjaga ibu seperti mana ibu menjaga dan melahirkannya? Sanggupkah si anak menyerahkan segala jiwa dan raga utk ibu yg bertarung nyawa utk melahirkannya apabila si anak sudah dewasa? Tanya diri sendiri..kita sebagai seorang anak, pernah ingatkah kita pengorbanan yg dilakukan oleh ibu kita? Kita tak mampu membalas jasa ibu walau diberi seisi dunia ini sebagai balasan sekalipun. Semoga kita menjadi anak yg soleh dan solehah, kerana syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Betapa mulianya martabat seorang ibu disisi Allah sehingga syurga sekalipun berada dibawah telapak kaki ibu..

“Hijrah kecil” kali ini membuatkan aku banyak tersedar dan insaf tentang kejadian diriku. Alhamdulillah, Dia memperlihatkan aku bagaimana asal diriku. Aku juga seperti bayi itu 21 tahun yg lepas. Bagaimana rupanya jika aku digambarkan di atas sehelai kain putih sekarang? Nauzubillah. Aku cuma berharap dan berusaha utk menjadi anak yg mengenang jasa, yg mampu menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku, yg mampu memberi cahaya kepada kedua mereka tika mereka di alam sana nanti..aku ingin membahagiakan mereka. Izinkan aku ya Allah.

Setelah semuanya selesai, kami berangkat pulang ke Balok sebelum aku dan Ramzi berpatah balik ke Jengka semula. Banyak pengajaran yg aku dapat hari ini. Alhamdulillah.

Perantauanku pada cuti kali ini semakin tiba ke penghujungnya. Tapi tercapaikah matlamat ku? Aku sendiri yg tentukan utk menghijrahkan diriku ini atau masih ditakuk yg lama..bukan senang utk berubah, tapi usaha itu penting. Hidayah Allah tidak datang bergolek, kita yg kena mencarinya..