Assalammualaikum..Salam Ramadhan al-Mubarak =)
Diam tak diam, perjalanan Ramadhan kali ini sudah berlalu separuh jalan. Pantas masa berlalu.. Terfikir sejenak, apakah amalan yg telah aku lakukan sepanjang perjalanan yg singkat ini?
Ramadhan. Aku merinduinya. Syukur ya Allah, kerana mengizinkan aku bertemu semula dengan bulan yg penuh barakah ini. Tetapi bila ia tiba, adakah aku benar-benar menghargai kehadirannya?..Tepuk dada, tanya iman.
Abu Hurairah telah berkata :
“Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.
Ramadhan. Hadiah dari Allah utk hambaNya. Medan untuk meningkatkan amalan, menghapuskan dosa yg telah lalu. Medan penggerak untuk mengubah diri menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih bertakwa.
Malam al Qadar.
Mampukah aku mencapainya? Malam yg teramat istimewa. Malam yg lebih baik dari seribu bulan. Beruntunglah mereka yg mencapainya. Aku juga mendambakannya. Tapi, Layakkah Aku? Hanya Allah yg tahu. Cita-cita ku utk mencapai malam tersebut. Semoga diberi kesempatan. Dan beberapa hari lagi, setelah berlalu 2/3 Ramadhan, akan datanglah malam tersebut. Apa yg kita lakukan ketika itu?
Semakin tiba di penghujung Ramadhan, masih penuhkah saf-saf terawih di surau, di masjid? Atau hanya sibuk melakukan persiapan menanti tibanya Aidilfitri? Ramai diantara temanku yg menghitung hari menanti Aidilfitri, tetapi tidak ada yg menghitung hari-hari Ramadhan yg telah dibiarkan berlalu begtu saja. Tanya diri sendiri.
Aku mencari nikmat sebenar Ramadhan, tetapi aku juga sering terleka. Tanpa sedar, aku membiarkannya berlalu pergi begitu saja. Aku sedar, aku hambaNya yg lemah..namun aku masih mencari peluang di segenap ruang Ramadhan ini..
Pesan sahabatku,
“Muda bukan syarat umur yg panjang, tua bukan syarat utk mati. Buatlah baik kepada siapa sahaja, berdoalah dan semoga terus berjaya dalam hidup yg singkat ini.”
-Mohamad Firdaus Mohamad.
Semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa menghargai dan mensyukuri segala nikmat Ramadhan yg telah dikurniakan. Terasa sedikit sangat peluang yg telah diambil sepanjang bulan ini. Semoga aku tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yg rugi. Sama-sama kita tingkatkan ibadah selagi diberi peluang..
Kerana aku tidak pasti..masih adakah Ramadhan untukku, selepas Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment