Indahnya Alam, Indahnya Ikatan
Dan kemudian hari Jumaat tiba selepas 3 hari aku keje di kantin skolah. Hari Jumaat kantin tak buka sbb sekolah kat Kedah cuti. So aku pun ikut Ramzi buat keje tarik dan menimbang getah skrap. Keje ni under Paksu dia plak. Anda semua tahu tak keje ni camne? Cewah. Ok2, kan ade orang menoreh getah..getah tu menitik ke dalam bekas. Bila getah tu da byk dan mengeras (mengeras...?), diorang keluarkan getah tu dari bekas dan jual getah2 tu dekat pembeli. Bile kami dapat je call dari mereka yg nak menjual, terus bergerak ke dalam setiap pelusuk kampung dgn menaiki lori utk membeli getah skrap.
Dan kemudian hari Jumaat tiba selepas 3 hari aku keje di kantin skolah. Hari Jumaat kantin tak buka sbb sekolah kat Kedah cuti. So aku pun ikut Ramzi buat keje tarik dan menimbang getah skrap. Keje ni under Paksu dia plak. Anda semua tahu tak keje ni camne? Cewah. Ok2, kan ade orang menoreh getah..getah tu menitik ke dalam bekas. Bila getah tu da byk dan mengeras (mengeras...?), diorang keluarkan getah tu dari bekas dan jual getah2 tu dekat pembeli. Bile kami dapat je call dari mereka yg nak menjual, terus bergerak ke dalam setiap pelusuk kampung dgn menaiki lori utk membeli getah skrap.
Buat kerja pagi-pagi membuatkan jiwa aku rasa lapang. Dengan keindahan sawah padi yg hijau, udara pagi yg bersih. Subhanallah. Seronok tinggal kat kampung rupenye. Biase la..sekali sekala aku datang, tu yg berseri-seri je hati ni bila tgk keindahan macam ni. Taktau la kalau dah lama-lama nanti kan..tapi aku yakin, aku tak akan bosan dengan alam yg indah ciptaan Allah ni.
Sampai je kat tempat penjual getah, aku pun turun dengan gaya seorang kuli. Ade jugak yg tegur, “Eh, ni pekerja baru ke?”, aku senyum sambil membalas, “A’ah, kuli baru..”, mereka ketawa kecil dengar aku cakap macam tu.
Getah skrap berbau busuk. Kalau kene badan, boleh membawa kegatalan yg amat sehingga menyebabkan kulit macam melecur dengan teruk (aku reka je). Tapi memang gatal la sbb aku dah terkena air getah tu.huhu. keje ni berat jugak la sebab nak kena timbang getah skrap tu berpuluh2 kilo gune bahu. Dapat yg 70kg pun da menggigil aku nak mengangkatnye. Paling berat 100kg aku dapat. Memang merana la bahu lepas tu. Tapi sepanjang buat kerja ni, hati aku rase tenang dan seronok je..tak macam waktu aku keje jadi drebar tu. Walaupun tak semahal bayaran jadi drebar, aku rase cukup dgn ape yg aku dapat. Paksu Ramzi tu bayar aku RM0.026 sen bagi setiap kilo yg dikutip. Selalunye dapat dalam satu ke dua tan lebih. So, darabkan la satu tan dgn 2.6sen. dua hari keje da dapat rm60. Kalau keje drebar,sehari rm60.tapi nikmat tenang ni mahal..aku tak menyesal pun meninggalkan keje drebar tu.
menjadi seorang penimbang yg berjaya
Kerja ni habis dalam area pkul 12pm-1pm. Dah siap basuh lori dan guni dari sisa-sisa air skrap getah, da dapat makan free, kami pun terus pulang. Time ni dah exhausted gile dah. Hari Jumaat plak tu..nak kene pergi masjid plak. Balik-balik je rehat jap, mandi-mandi dan terus siap berbaju Melayu untuk ke masjid.
Di masjid, of course la mengantuk sebab penat buat keje. Tapi takde la tidur pun. Aku tengok tok khatib tu sungguh lemah lembut membaca khutbah. Sayu-sayu je suara dia. Makin kuat dugaan mengantuk ni. Aku selalu perasan, bila di kampung, imam-imam semua dah lanjut usia. Beza plak keadaannya bila di bandar macam kat Shah Alam dan Puchong, imam-imamnye masih bole dikatakan muda. Aku terfikir sekejap. Mana imam-imam muda di kampung? Kat tempat aku pun macam tu jugak. Bukan nak kata salah atau tak betul. Tapi macam tu la senario sekarang. Imam yg muda jarang ada di kampung. Dan saya tahu, imam-imam sekarang pun ada segelintir yg mengejar harta (saya maksudkan “segelintir”, bukan semua). Yela, imam sekarang pun dah ade gaji, elaun. Ada yg bertelagah sebab nak jadi imam, ade yg tak puas hati bila jadi imam dan tak dapat bayaran. Macam-macam lagi la kalau nak cerita. Ape bendenye semua tu? Kalau imam pun dah macam tu, macam mana la nasib ummah akan datang. Macam yg aku pernah baca waktu muda-muda dulu..Yakjuj Makjuj tak akan keluar selagi ada orang yg ikhlas mengalunkan azan. Bila dah tiada yg ikhlas, waktu tu la akan datangnya kiamat. Tapi nak buat macam mane lagi..memang dunia dah menuju ke ambang kehancuran. Hanya tunggu masa.
Dan hari-hari aku semakin baik di kampung. Terisi dgn aktiviti-aktiviti berfaedah. Takde la membuta je macam kat rumah. Walaupun ramai kawan-kawan seangkatan tgh bekerja di bandar, di pekan..dan aku hanya di kampung Pedu ni, aku tetap rase aku best kat sini.hahah. Tapi aku tak boleh lama dekat sini, aku nak teruskan perjalanan ke tempat lain. Walaupun aku seronok di sini, tapi aku tak boleh tinggal lama. Lagipun lagi 2 minggu je nak Ramadhan. Aku kena balik Perak waktu tu. Aku pun bagitau la dekat Ramzi yg aku nak ke Pahang plak. Dia pun dah tahu, dan dia pun sibuk nak ikut sama (Ramzi, aku gurau je.aha).
“Duduk la lama-lama dekat sini, puasa dekat sini ye..”, kata mak Ramzi dekat aku.
“Kalau boleh nak dekat raya nanti balik la. Nanti makcik belikan baju raya.”, sambung makcik lagi.
Alamak..dalam hati aku dah serba salah dah waktu ni. Ni kali ke berape tah makcik cakap kat aku bende yg same. Aku hanya mampu tersenyum je waktu makcik cakap macam tu. Nak cakap camne la yg aku nak pergi Pahang plak ni. Tak sangka plak makcik nak cakap macam tu kat aku. Ingat nak halau dah sebab duk lame sangat.
“InsyaAllah makcik..tengok la macam mane nanti ye..hehe”, balas aku macam takde agenda tersembunyi.
Aku tgk Ramzi, Ramzi pun buat muke tak bersalah. Aku tanye Ramzi,
“Weh, camne ni?”
“Takpe2, bole handle. Tapi ko nak bertolak hari ape?”
“Rabu ni la.”
“Okeyh.”
Makcik baik dengan aku. Satu family ni baik dgn aku. Nasib la makcik ni takde anak perempuan. Kalau tak, mesti dah dapat dekat aku (hahah). Makcik pun ada cadangkan suruh aku cari jodoh dekat area sini. Aku cakap la, “Makcik tolong la carikan..nanti boleh la saya datang sini selalu.heh.”, balas aku macam teringin jugak.aha. Tapi makcik tau aku main-main je. Mane penah serius aku ni. Aku pun dah ada pilihan hati sendiri. Petang tu (hari Sabtu) kami keluar satu keluarga pergi ke Tanjung Dawai dengan keluarga sebelah Paksu Ramzi. Makan besar.heh.
Seronok duk sini. Aku dah lama tak merasai betapa rapatnya dengan saudara mara..dengan tok, paksu, sedara mara yg lain.. diorang duduk dekat-dekat area sini je. Bila kat sini, aku dapat rase ukhuwah yg kuat dalam hubungan persaudaraan antara mereka. Dah lama aku inginkan keadaan macam ni. Tapi sedara mara aku jauh-jauh. Memang susah nak selalu bertemu, apetah lagi berkumpul ramai-ramai..dan sini aku hanya memerhati (observe)..dan menghayati..
P/s : aku masih mencari cara utk bagitau makcik yg aku nak blah dah.huhu~
next time sambung lagi.
No comments:
Post a Comment