Saturday 28 January 2012

BAKSIS Kg. Tanjung

Pertama kali aku mengikuti program BAKSIS anjuran DPP tercinta =P Setelah berfikir panjang, aku dengan sukarela menyertai program ini kerana memang hajatku untuk mempunyai keluarga angkat yg ber”background”kan sawah padi (ye, aku suke merosakkan bahasa.). Akhirnya tercapai jugak.

Pagi 20hb Januari 2012, kami difahamkan bas akan bertolak jam 9.00 pagi Tapi jam 8.56 pagi baru aku terbangun. Well, aku memang suke buat kelam kabut.

Sampai sudah. ecewah

Kali ini jodohku bersama penduduk Kampung Tanjung, mukim Jeram. Setibanya di kampung ini, aku melihat kehenseman sawah padi yg luas terbentang. Hatiku berbunga-bunga. Tak sabar nak jumpe family angkat baru. Kot-kot la dapat family yg ade bendang, merasa jugak nak buat kerja dekat bendang.


Kehadiran kami dijemput mesra oleh penduduk di sini dan seterusnya penyerahan keluarga angkat. Namaku dipanggil, tapi malangnya keluarga angkat aku tiada kerana mereka tersalah tarikh dan ketika itu, mereka tiada di kampong. Sob sob.

Dipendekkan cerita, aku ditukar kepada family lain dan aku ditempatkan bersama Zuljamal dan Fakhrurazi. Pertama kali aku mendapat keluarga angkat yg tak berape sesuai nak panggil “ayah”. Aku dapat dengan Tokwan atau panggilan manja orang kampung, Paklong Chin. Otai kampung ni.heh.

Ini rumah Tokwan. yg sorang tu Makngah.heh.

Aku sampai ke rumah Tokwan, tapi Tokwan tak balik lagi. Aku pun merempat la dekat rumah belakang. Kat area situ ade 3 family yg ambil anak angkat. Aku pun menumpang la sementara di rumah Pak Ibrahim. Aku sembang-sembang dgn Azharudin, adik ipar Pak Ibrahim. Baru lepas SPM. Ada kisah duka tentang Pak Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Im.

Pak Im merupakan bapa tunggal. Isterinya baru meninggal akibat kanser. Pak Im tinggal bersama anak dan adik iparnya. Anaknya baru berusia 2 tahun, Annisa namanya. Begitu manja dengan ayahnya. Kesian anak kecil itu, diusia sebegitu sudah kehilangan kasih ibu.

Selepas beberapa ketika, Tokwan pun pulang. Aku memperkenalkan diri. Sembang sekejap, lepas tu bersiap-siap untuk ke masjid. Hari ni hari Jumaat.


Tokwan, dari luaran nampak sudah begitu uzur. Namun dia masih kuat berjalan, masih kuat mengayuh basikal. Umurnya mencecah 85 tahun, badannya sudah bongkok. tapi masih hensem berbaju Melayu.

Tokwan tinggal bersama seorang anak dan cucunya. Anaknya itu sudah berumur 60 tahun, aku panggilnya Makngah, anak kedua Tokwan. Makngah tidak berape sihat kerana kemalangan waktu dia kecil. 

Ringkasnya, selama 6 hari 5 malam aku berkampung di sini, banyak bende yg aku pelajari dan alami. Kemesraan warga desa sangatlah hensem. Hensem rasanya berada disini. Kampung ini lain dari kampung yg pernah aku pergi. Bagi aku, kampung ini sangat “hensem”. Sungguh harmoni penduduknya. Anak muda di sini masih ada di kampung, menjadi pelapis bagi meneraju generasi seterusnya.





Kampung ini indah. Aman dan tenang dengan kehijauan sawah padi. 6 hari 5 malam bagaikan tak cukup. Seronok berada di sini. Berbasikal di sawah, memancing di bendang dan parit, masuk bendang waktu main explorace, terjatuh waktu dekat bendang (memang best sangat) dan macam-macam lagi pengalaman yg hensem..


Baju Sintokkian Blogger =P



Ketika aktiviti memancing =D


Malam kebudayaan. Nyanyi tah pape je.huhu

Sesi memotong, memarang, memerah, mengorek dan meminum air kelape.

Di sini aku berkenalan dengan ramai orang. Makcik, Bang Chik, Paksu, Nurul, Abg Fadli, Makcik-makcik, pakcik-pakcik, kanak-kanak, remaja remaji, rumah orang belakang, rumah orang depan, dan ramai lagi. Semua baik-baik dan ramah. Semoga kita berjumpa lagi. Insya-Allah.


Ketika Perasmian Penutup.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka yg telah berjaya menjadikan program ini berjaya dengan hensemnya. Kepada Pengarah Projek, Teha, tahniah diucapkan. Buat program susulan ye.

Jumpe lagi, Tokwan yg hensem.


Thursday 19 January 2012

19 January..

ISTIQARAH CINTA - Sigma

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

"Seindah gubahan pertama.."



Wednesday 18 January 2012

Nota#4 - MURTAD.

"SEKADAR PERKONGSIAN...JIKA ANDA ISLAM YG BUKAN HANYA PADA IC DAN KETURUNAN..TETAPI ISLAM DI HATI...SILA BACE SAMPAI HABIS.."



Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Surat khabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. 

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dalam kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri. 

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad?
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? 

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. 

Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian." 

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .. 

Butir asal permohonan.

.... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik.

Kita tak boleh buat apa-apa kerana article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: 

"Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah." 

Ini termasuklah hukum syara'. 

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu. Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian! 

Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina meringkuk dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu. Semasa masih terlantar kat hospital akibat dipukul, Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. 

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof. Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah. Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata, 

"Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." 

Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar. 

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali. 

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,"Allah hu Ahad".. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. 

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. 

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri? Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis Agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. 

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan; 

"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?", "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Kerana dia jual agamanya dengan nilai dunia." 

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 

"Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." 

Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40-an atau 30-an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya). Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Siapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. 

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: 

"Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam." 

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.. 

Macam mana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. 

Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. 

Pertama, melalui sistem pendidikan. 

Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40-an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan "garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. 

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. 

Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. 

Kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul. Diharap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah. 


"Ya ALLAH, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian... Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-MU menuju hidayah-MU!"

(semoga sama2 kita menjadi Islam yang sebenar dan bukan hanya pada keturunan dan kad pengenalan semata mata)

Saturday 14 January 2012

19 Safar 1433

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Finally, my motivation has been recovered. Going back to normal, even not fully recover yet. There's still 3 papers to go before i can rest without worrying. Can't wait to reach the end.

Aish. Ape bende aku merepek dalam English ni. Konon terer cakap omputih.hahah. (jangan nak betulkan grammar aku tu). By the way, ketensenan yg melampau sejak dua menjak ni makin berkurang. Mood pun dah kembali normal. Dari malam tadi masa dihabiskan dengan membuang masa di atas talian (online). Tetibe rase nak update blog since hari ni besday aku.

19 Safar 1433.

Genap umurku 2# tahun.heh. Pertama kali aku melalui 19 Safar dengan mengetahui bahawa tarikh ini adalah hari lahir ku mengikut kalendar Islam. Syukur ya Allah. Nikmat Mu tak terhitung. Semoga hari-hari yg mendatang akan lebih bermakna dan lebih baik buat diriku. InsyaAllah. =)

Namun, adakah patut bergembira dengan usia yg bertambah dengan mengetahui amalan tidak bertambah? Patutkah berasa senang hati dengan ketibaan hari ulang tahun kelahiran bila mana persiapan diri masih tidak cukup utk menjamin keselamatan dan kesejahteraan di alam seterusnya? Bila usia bertambah, makin bertambah  lah dosa, makin bertambah lah tanggungjawab, makin berliku-liku lah kehidupan, makin sukar perjalanan, dan yg paling penting, makin dekat lah dengan "alam" seterusnya. Persoalannya, apa persiapan kita utk alam akhirat yg lebih penting? Apa nasib kita di alam yg kekal selamanya?

Terkadang takut sangat bila memikirkan. Tapi setakat takut sahaja masih belum cukup tanpa sebarang tindakan. Bila la aku nak berubah..T_T

Memang banyak dah kot yg aku berubah. Kalau tengok gambar je pun dah tau. Dari semalam aku tengok gambar2 IC yg sangat comel.heh. Nak upload, tapi macam segan plak sebab comel sangat.

Fikir-fikir balik, dari dulu sampai sekarang, macam tak terfikir langsung bila dah besar jadi sampai macam ni. Dulu waktu sekolah tak pernah terfikir pun, cuma ikut peredaran masa tanpa sedar yg aku dah membesar sampai macam ni sekali. Yela, selalu tengok cermin, mane la nak perasan ape yg berubah sebab perubahan dari hari ke hari sangat lambat. Tapi kalau hari ni kita kenang kembali 10 tahun lepas, pantas sangat masa berlalu.

Kalau ditengok balik lah. Imbas diri sekejap.

Ok, tergelak jap tengok muke sendiri dulu-dulu. Dulu muka inesen je.huhu. Terfikir balik..Adakah kita hari ini sama seperti apa yg kita kehendaki waktu kecil dulu? Adakah kita mengikut acuan ibu bapa kita atau tak?

Teringat waktu masih bersekolah dulu, umi dengan abah pernah menyatakan hasrat nak melihat aku menjadi "ustaz", menjadi seorang hafiz al-Quran. Tapi aku tidak menjadi seperti yg diinginkan. Salah aku kerana memilih jalan yg tak menuju ke sana. Maafkan anak mu ini T_T Andai boleh diputar masa..



Takpela. Exam tak habis lagi. Ade masa plak nak merapu-rapu dekat blog. Setakat ini sahaja.

Assalammualaikum.

Saturday 7 January 2012

Membetulkan yg "terpesong"

Sejak kelmarin, semangat aku masih tak kembali pulih. Kejutan dari peristiwa tak berdarah 5 Januari 2012. Aku sedar, aku terlalu memikirkan masalah tersebut sehingga menjadi tekanan yg amat dalam hidupku. Aku terfikir, kenapa rasa "sempit" sangat? Aku tahu sebenarnya apa punca hatiku makin sakit..cuma aku tak mampu nak keluarkan..

Aku buka Facebook. Ada mesej dalam inbox. Mesej tu berbunyi..

"udah2 lah melyn jiwa tu... tak baik terlalu meratap kesedihan. itu bkn atas tiket penyesalan atas apa yg berlaku tp dah jd bisikn syaitan dah agar kita terpesong jauh dengan qada dan qadar ALLAH.. kan setiap yg berlaku ALLAH yg aturkan.. kita Redha dahulu mungkin ada sesuatu yg ALLAH dah bekalkan utk kita..."

Betul apa yg dikatakan. Terima kasih Abg Faisal. Aku tersedar, aku terlalu ikut perasaan hingga jadi tak tentu hala. Semua ini ketentuan Allah, kenapa aku nak terlampau meratapinya sampai mengabaikan masa depan yg lebih penting? Aduh..lemahnya aku.

Memang..ujian yg aku hadapi sekarang ni agak berat bagiku. Ditambah pula dengan masalah-masalah lain. Sampai sekarang aku masih tak boleh terima apa yg dah jadi. Tapi atas kuasaNya, siapalah aku. Aku tak mampu nak berpatah balik dan betulkan keadaan.

Ada hikmah disebalik segalanya. InsyaAllah.


"I'll lose this feeling of being so helpless,
because my whole life is ahead of me."

Aku sedar, aku tak boleh jadi lemah. Perjuangan masih belum selesai. Yang dah berlalu tu, bukan alasan untuk tidak maju ke depan. Ujian sepatutnya menguatkan diri, bukan melemahkan lagi. Kenapa la aku bersikap lemah..rasa malu plak dengan diri sendiri.

Tika aku dilanda kemurungan ni, aku dapat lihat beberapa sahabatku yg mengambil berat dan bersamaku untuk memberi sokongan dan nasihat. Ada yg membuat panggilan, yg bertanya khabar melalui SMS, ada yg post kata-kata nasihat dekat Facebook, ada yg datang ke bilik bertanyakan masalah..sampai post macam-macam dekat wall Facebook aku semata-mata nak bagi semangat. Terima kasih Firdaus, video itu sedikit sebanyak beri aku kekuatan. Roommateku, Hamizi Ismail yg faham keadaan ku. Dan kepada Mila, yang bersabar dengan karenahku dan bersamaku untuk pulihkan semangatku, terima kasih sangat-sangat. Kak Ayu yg sentiasa memberi sokongan dan bantuan, terima kasih. Tak kurang juga yg suruh aku bersabar. Terima kasih atas perhatian kalian. Sedikit sebanyak terubat kekecewaan hatiku walaupun tak sepenuhnya. Aku bersyukur kerana punya insan seperti mereka.

Aku masih tak tahu apa nasibku, apa keputusannya. Aku harap segalanya akan selesai dengan baik. Ada hikmah untuk segalanya. InsyaAllah.

Langit tak selalu cerah, hidup tak selalu mudah. Kuatkan semangat, teruskan berjuang.

MY WHOLE LIFE IS AHEAD OF ME!!!


Friday 6 January 2012

Soalan dan Jawapan

     Semalam, aku dilanda satu musibah yg sangat-sangat tak disangka. Walhal perkara itu terang-terangan di depan mata. Bagaimana aku boleh tersalah? Aku bagai nak gila bila memikirkan. Terasa bodoh, malu dengan diri sendiri. Aku tak tahu bagaimana boleh terjadi..tapi dengan kehendakNya, ia tetap terjadi. Lemahnya aku sebagai ciptaanNya.. Aku harap ada hikmah disebalik apa yg terjadi..kerana hati ku kini sedang sakit, kecewa, sesak dan teruji dgn dugaan ini T_T 


Allah itu Maha Berkuasa..Apabila Allah mengkehendaki sesuatu musibah berlaku ke atas hambaNya, maka dengan kuasaNya, tiada daya hambaNya utk mengelak musibah tersebut. walau perkara itu terang-terangan di depan mata, walau telah diawasi, ia tetap terjadi. maka ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..

Sekadar renungan. Motivasi utk diri sendiri. Terima kasih kepada sahabatku yg telah berkongsi email ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita selalu bertanya, tapi Al-Quran telah pun menjawabnya.. :


KENAPA AKU DIUJI?

Quran menjawab

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yg dusta."

- Surah Al-Ankabut Ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN?

Quran menjawab

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah Ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Quran menjawab

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah Ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?

Quran menjawab

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."

- Surah Al-Imran Ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Quran menjawab

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah Ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Quran menjawab

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.”

- Surah At-Taubah Ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Quran menjawab

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah Ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

Quran menjawab

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf Ayat 12


Tuesday 3 January 2012

"ku mencari.."



Hidup ini tanpa Mu oh Tuhan
Resah dan gelisah mendabik di dada
Hilang arah pedoman dan punca keredhaan
Di dunia yg serba dusta

Ku terleka dengan nikmat-nikmat Mu oh Tuhan
Keangkuhan menguasai di minda dan di jiwa
Sehingga ku tersungkur di dalam perjalanan
Rupanya itu semua hiasan dunia

Kini ku mencari cinta yg sejati
Untuk ku baluti rasa tercalar di hati
Mencari tercari di mana ku nanti?
Adakah bahagia atau resah yg dibalasi?

Hanya pada Mu ku pasrah dan mendamba
Hanya kepada Mu daku meminta
Beroleh barakah dan syafaat syahadah
Agar hidupku lebih bermakna

Ya Allah
Daku meminta
Dihindari menongkah lautan kejahatan
Limpahi rahmat-rahmat Mu yg Esa
Diberi kejayaan jiwa yg hakiki

Kini dan ku terleka.. by akuperantau


Heh. Dapat dengar tak? Itu hanya chorus (suara rakam.so sumbang sikit). Terjumpa file ni dalam simpanan.
Gambar kredit kepada abangku. Sayuti Azmi.
Era nasyid dahulu kala yg masih menjadi lagenda.heh.

Sunday 1 January 2012

Selamat Datang 2012

Assalammualaikum wbt. Brothers and Sisters.

Alhamdulillah. Masih bernafas di hari pertama 2012. Masih diberi peluang utk menikmati hari baru. Pancaindera masih berfungsi seperti biasa. Syukur ya Allah..nikmatMu tak terhitung. Pagi ini, dari tahun lepas 31.12.2011, hujan turun tak henti. Nyaman sungguh. Rahmat Allah di hari ini..subhanallah.=D

Namun, jangan lupa kepada mereka yg tak bernasib baik. Ada yg tidak diberi peluang utk bernafas lagi..ada yg kehilangan ahli keluarga tersayang..ada yg tak cukup sifat anggota badan kerana kecelakaan..dan macam-macam lagi musibah yg ditimpa tatkala tiba 01.01.2012. Moga rahmat Allah bersama mereka.

Setiap hari adalah episod baru dalam kehidupan manusia. Tak kiralah tahun baru atau tidak. Jika kita tidak mengambil peluang atas kesempatan yg diberi, tak kira datangnya tahun baru atau tidak, kita masih di takuk yg lama. Tiap hari adalah "tahun baru" andai kita pandai mengambil peluang dan menggunakan kesempatan dengan sebaiknya. Sungguh kita tidak tahu bila pengakhiran nafas kita.

Apapun, moga hari ini menjadi hari permulaan kita ke arah masa depan yg lebih baik. Mungkin ada diantara kalian yg meletakkan azam baru. Moga tercapai. Azam baru? heh.

Semoga hari-hari yg mendatang lebih baik. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.

All the Best!