Tuesday 27 March 2012

Topeng.

"Di mana akan ku temui satu hati yang tak punya satu luka?"

Aku bertanya tatkala angin dingin meniup diriku
Aku tak miliki jawapan untuk pertanyaan ini.

Seseorang hanya hidup, untuk dirinya sendiri.

Setelah kita tersadung dan terjatuh oleh musim yang dingin
Bersama kita melewati cahaya terik matahari
Di jalan yang kau pilih, aku harap kebaikan akan tiba
Sehingga kita mampu menyinari jalan masing-masing semula
di suatu hari nanti.

"Kau ingin hidup tanpa awan gelap, jadi jangan kau benci hujan itu lagi."
"Aku ingin hidup tanpa pembohongan, dan aku akan tempuh hidup sendiri."

Kesepian ini akan berakhir.

Cinta itu tersembunyi dalam hatimu,
sehingga kau mampu memberinya
ke satu tempat, satu hati, suatu hari nanti
Untuk selama-lamanya, sejak ia terlahir.

Kau, aku, dia dan sesiapa sahaja
Semuanya tercari-cari kata yang hilang
kerana kita tak mampu menterjemahkannya dengan kata-kata
moga hanya berharap kata-kata ini
akan difahami satu hari nanti.

Tak sanggup untuk berhadapan dengan orang ramai
Kita tak berdaya.
Atas nama kesepian, kita melihat musim berlalu
satu persatu.
Berharap untuk mati perlahan-lahan
tatkala melawan arus.

Menempatkannya dalam setiap sinar fikiran kita.

Terasa ingin melarikan diri
ke suatu tempat yang lain
Terasa ingin menjadi seseorang
yang bukan diri ku.

Saat aku memakai "topeng" menutup luka
dan tersenyum kepada semua.

Apa yang aku mahukan sebenarnya?
Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Melihat awan biru
setelah aku sedikit menangis
Aku melihat dari tanganku
aku melihat indahnya langit
dan menangis semahunya, sehingga hatiku terisi.

Aku tak perlukan mesin masa untuk kembali
aku hanya mahu menghargai saat ini, sepenuhnya.
Namun..tanpa melepaskan sesalan ini.

Satu hari nanti, jika aku boleh bersama seseorang
aku akan pilih untuk hidup sendiri
agar aku tidak jatuh dan menjadi kepingan yang tak berdaya
seperti masa lalu.

Ya, benar..
supaya satu hari nanti
ia akan melengkapi masa ku
sepanjang hidupku nanti.

Walaupun tak ada nama indah yang kau berikan kepadaku
Namun memori yang kau beri
masih melayang dengan aktif dalam langit kenangan

Kau temukan kesepian denganku
ketika aku telah kehilangan jalan
dan berkata pada ku bahawa

"aku akan bersamamu"
"tak salah untuk menangis lagi"
"semua ini akan baik-baik sahaja"

dan aku berusaha untuk tidak menangis
tak peduli betapa pedihnya perasaanku
tapi untuk kali ini, aku ingin menangis, semahunya.

Dengan segala kekuatan yang aku ada, aku ingin tersenyum
tanpa perlu memakai "topeng" di hati ini.


Tuesday 20 March 2012

Dengan kuasa Mu - Nur One

Dengan kuasa Mu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan kuasa Mu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahgiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya Dia, cuma Dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku, terus berdoa..

Dengan kuasa Mu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan kuasa Mu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu 
di ambang cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahgiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya Dia, cuma Dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku, terus berdoa..

Ok. Lagu ni tahu siapa yg nyanyi. =P Tak tahu pun kumpulan Nasyid ni ade. kumpulan baru rasanya. Kumpulan ni di bawah naungan Hafiz Hamidun.

Sunday 18 March 2012

Aku Ingin Mencintai Mu

Tuhan, betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering
membuat Mu kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau
beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakan Mu
betapa tak ada apa-apanya 
aku dihadapan Mu

Aku ingin mencintai Mu
setulusnya, sebenar-benar aku cinta

Dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu
dengan Mu ya Rabbi..


Lagu yang indah untuk dihayati. Tak tahu artis mana yg nyanyi. Sape tau? sila angkat dua-dua tangan. \o/

Saturday 17 March 2012

"Berubah"


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

17 Mac 2012
6C318 DPP Sime Darby
Universiti Utara Malaysia

Friday 16 March 2012

"Penyakit"

Assalammualaikum WBT.! 


Uhuk. Dah lama tak update blog. Orang sibuk la katakan. Ecewah. Untuk tidak membuatkan blog ini nampak berhabuk, aku nak membuat cerita yg tidak dibuat-buat.heh.

Entry ini bukan bermotifkan penyakit jantung. Gambar curi semata-mata.


31 Januari 2012

Hari ini aku keluar dgn Abg Wan (abang sulungku yg masih single). Bukan nak promote abgku yg single mingle tu, tapi dunia aku "terdedah" bila dia mula bercerita.

Waktu tu dalam kereta, aku pun jarang sebenarnye nak sembang2 dgn dia. Aku kan pendiam.aha.

Dia baru berhenti kerja dekat LCCT. Aku pun konpius la sikit kan, aku tanye la dia kenape. Dia bagitau, banyak sebab kenapa dia berhenti kerja. Bukan sebab gaji tak mahal, tapi sebab lain. Katanya, tiada "life", soal persekitaran kerja. Betul, aku pun taknak kerja yg takde "life". Sebab hidup bukan semata-mata utk cari duit. Bagi aku la kan, kita kerja utk hidup, bukan hidup utk kerja. Buat apa kerja penat-penat, tapi tiada masa utk diri sendiri dan keluarga?

Aku dengan abg aku tu berfikiran sama. Kami tidak mahu kerja yg semata-mata "kerja". Kami mahukan kerja yg memberikan kami kehidupan, bukan kehidupan diberikan kepada kerja. Hidup ini utk apa sebenarnya? Tapi yg menarik tentang perbualan kami adalah pengalaman abgku di tempat kerja.

Malam ini merupakan malam perayaan Chap Goh Mei (kalau tak salah eja =P). Meriah malam tu dengan bunga api dan tanglung. Sebab nampak meriah dari kejauhan, kitorang pun berjalan-jalan ke tempat perumahan orang Cina, dekat Hutan Melintang.

Dah lama sebenarnya tak melalui kawasan perumahan Cina tu. Terkagum seketika dengan pembangunan dekat situ. Kali terakhir, tak ingat bila, kosong je tempat tu. Tapi sekarang dah macam hape je. Macam dah nak jadi bandar pun. Kekaguman kami, ape bahasa kekaguman entah aku tulis ni, membawa kami ke topik lapan belas bab sejarah. Cina, satu bangsa yg cepat membangun.

Persoalannya, bagaimana dengan bangsa Melayu..?

Perbualan kami diawalnya berunsur politik. Memang, Melayu hari ini sangat sibuk bersembang hal politik. Sembang bagai nak rak. Itu ini itu ini, last-last ape pun tak boleh. Bak kata Naib Canselor UUM, jangan la asyik membicarakan soal politik sampai ape kerja pun tak buat. Macam mana nak maju, asyik kondem sane, kondem sini. 24 jam bersembang pasal politik, tapi hasilnya? Tempat duduk je yg panas.

Cukup soal tu. Lagi satu perangai orang Melayu ni, nak kaya cepat je, usaha taknak. Ish, bukan nak kutuk bangsa sendiri, tapi fikirla sendiri. Mungkin pandangan aku ni salah, aku tak cakap aku je betul. Tapi tengok la dekat surat khabar pun. Rugi ribu riban sebab percaya skim pelaburan tu, pelaburan ni. Mudah tertipu. Memang la ade yg dah jadi jutawan, tapi ramai jugak yg jadi pokai.

Satu lagi masalah, kalau diberikan tender kat kontraktor Melayu ni, suka nak "sub-sub" kontrak. Projek yg sepatutnya RM10juta, di "sub-sub" sampai jadi RM5juta je. Semua nak untung atas angin. Tengok la jalan raya dekat Malaysia terchenta ni, cepat sangat rosak. Sebab ape? Sebab semua dah kena "cut cost". Jalan tar pun nipis, sekali lori balak lalu je dah terburai. Normal la kan, kontraktor pun nak untung. Bayangkan, projek yg sepatutnya RM10juta, jadi projek RM5juta je. Kalau la ade lagi RM5juta tu, mesti kontraktor yg di"sub" tu boleh beli bahan yg mahal dan berkualiti, dan kuantiti bahan binaan pun boleh diperbanyakkan. Jadi takde la kan jalan-jalan yg nipis dan mudah rosak. Sikap ni semua menjahanamkan negara, dan khususnya bangsa Melayu itu sendiri.

Aku pun heran, nape bangsa Melayu masih tak maju? Ceh, cakap macam aku dah maju je. =P Aku bercakap dari aspek holistik, bukan individu. Jadi dari keseluruhannya, kenapa Melayu masih tak maju?

Aku punya pandangan sendiri. Pertama, sikap. Sikap yg bagaimana? Buat kerja atas angin, tak bersungguh-sungguh dan sekadar mencukupkan syarat. Paling teruk, sesuatu perkara itu dilepaskan kepada orang lain.

Abang aku tu menceritakan pengalamannya.

Waktu dia mula berkerja dekat syarikat logistik kat LCCT tu, banyak bende yg dia tak suka. Dia kerja dekat situ ikut syif. Kadang syif malam, kadang syif siang. Abang aku ni bukan je hensem, tapi rajin gile. Sebab dia rajin, dia tak suka orang malas. Tu yg dia tak suka sebab kawan sekerjanya jenis macam tu. Diorang suka melepak, buang masa, berborak, hisap rokok, main internet time keje, main game sampai main judi. Ish ish..Melayu tu. Kalau dah Melayu, of course la Islam. Rasenye abang aku tak cakap plak diorang murtad. =P

Dah la suka buang masa, pastu bila time buat kerja, macam nak taknak. Kerja yg senang pun boleh silap. Tak heran la kalau-kalau anda yg ada surat atau bungkusan dari luar negara dapat lambat, sebab diorang tersalah hantar bungkusan tu ke alamat lain. Kalau kalian mengalami perkara tu, mungkin sebab diorang. Nak cakap gaji tak cukup, dah terlebih rasenye sebab diorang dapat macam-macam elaun. Sampai elaun nak beli I-pad pun ade. Dah tu, ape yg tak cukup sampai malas buat kerja?

Perkara kedua, hasad dengki. Selalu tak puas hati dengan orang lain.

Pekerja dekat situ ade 6 orang, tapi abang aku rase macam 2 orang je yg buat kerja. Abang aku cakap la, bukan aku. Waktu dia tengah buat laporan kerja utk hari tu, ade sorang mamat ni datang. Pekerja senior la tu. Dengan hensem dan riaknye, mamat tu cakap camni;

"Ko ni, buat ape la kerja teruk-teruk macam ni. Tak payah nak rajin sangat la. Ape ko dapat kalau rajin-rajin macam ni?"

Dialog tu aku tambah bagi sedap sikit.aha. Ha..dah la tak buat kerja, pastu menghasut pulak. Kang aku tempeleng dua das baru tau. Macam mane la nak maju kalau camtu la sikapnye. Abang aku buat dono je. Dia tau dia hensem. (?)

Macam-macam lagi la sebenarnya. Dipendekkan cerita, aku dapat simpulkan beberapa "penyakit" yg banyak melanda manusia zaman sekarang umumnya, dan orang Melayu khususnya, yang mana menjadi asbab kenapa Melayu susah nak maju.

1.  Buat kerja atas angin.
2.  Tak berusaha utk maju ke depan.
3.  Malas macam aku.
4.  Dengki tengok orang lain maju, tapi diri sendiri tak pernah nak rajin.
5.  Suka menjatuhkan orang lain, tapi tak suka nak bersaing.
6.  Banyak buang masa macam aku.
7.  Mentaliti yang tak matang.
8.  Tak amanah.
9.  Tak bersyukur.
10.Suka lepas tangan.

Itu secara umum. Yang paling utama, mereka tidak mengamalkan agama itu sepenuhnya.

Aku cakap-cakap ni bukan la bermaksud aku ni bagus sangat. Aku pun masih menuntut dan belajar. Sebagai peringatan bersama. Moga-moga kita tak jadi macam tu dan andai kata terjadi, sama-samalah kita bertegur sapa. =P