Friday 17 August 2012

Pemergian di Bulan Ramadhan.


Aidilfitri bakal menjelang. Salah seorang anak perantauan, saudara kita bersiap-siap hendak pulang ke kampung. Dengan memikul 2 beg bersama, dengan menaiki motorsikal, saudara kita dengan gembira menuju ke kampung halaman tercinta. Wajah ibu bapa tersenyum ceria menanti kepulangan anak tersayang. Terbayang suasana ceria di hari raya kali ini. Baju raya dah dibeli, mungkin pulang bersama sedikit duit yg disimpan untuk diberikan kepada adik-adik sebagai duit raya. 3 hari lagi, Syawal bakal menjelang. Girangnya hati..setelah sekian lama merantau di tempat orang, akhirnya si anak menuju pulang. Walaupun dengan hanya bermotosikal.

Saudara kita yg lain di kampung pula, tak sabar menuju ke bandar untuk membeli keperluan di hari raya. Baju raya mungkin belum dibeli kerana gaji belum masuk. Bila gaji masuk, dengan segera terus menuju ke bandar. Tak sabar mungkin. Mungkin kerana takut stok habis, mungkin takut jalan sesak. Mungkin. Maka dengan pantasnya memecut kereta ke bandar. Lorong motosikal pun diredah kerana mahu memotong kenderaan dihadapan. Sifat manusia bila memandu, memang tak boleh dikawal.

Setelah 2 jam perjalanan menunggang motorsikal dari bandar, saudara kita itu makin gembira. Tak terbayang rasanya suasana di rumah. Teringat adik-adik kecil berlari ke arah si abang yang sudah lama tak berjumpa. Tak sabar rasanya nak melihat wajah-wajah ahli keluarga tercinta.

Tiba-tiba..tanpa diduga. Hentaman kuat kedengaran. Si penunggang motorsikal terpelanting. Bunyi deruman enjin motorsikalnya terhenti. Dunia yg bising tadi, tiba-tiba senyap sepi. Allah..Si penunggang itu terbaring kaku, tak mampu berdiri, tak mampu berkata-kata..sungguh Allah lebih menyayangi. Saudara kita tadi tak mampu berbuat apa-apa, selain melihat malaikat maut datang menjemput dirinya..

Innalillahhi wa innailaihi rajiun.

Maka, apa yg dibawa bersamanya untuk mengadap Penciptanya? :’(

Dunia ini hanya sementara. Akhirat juga lah yg kekal selamanya. Baju raya yg tak kesampaian dipakai. Duit raya yg tak sempat diberi. Kuih raya yg tak sempat dijamah. Allah..sungguh kehilangan di hari lebaran itu sangat berat. Bayangkan betapa hancurnya hati keluarga si arwah. Tiada lagi kelibat si arwah di Aidilfitri yg mendatang. Tiada lagi suaranya dapat didengar. Semoga ahli keluarga arwah tabah, dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Al-fatihah.

P/s : Sebenarnya, saya sendiri menyaksikan kemalangan maut yg menimpa seorang penunggang motorsikal, petang tadi. Sebak rasanya melihat beg-beg pakaian di jalan raya, dan si penunggang terbaring kaku dengan wajahnya ditutup dengan kain. Ya Allah..semoga Engkau merahmati si arwah dan ahli keluarganya. Amin ya rabb..:’(


Monday 13 August 2012

Ku Serahkan Cinta - In-Team

Ku serah segala ketentuan 
Biarlah masa yang berbicara 
Dipangku wajah yang layu 
Dan aku telah jemu 

Aku tidak mahu berpaling 
Pada yang mengganggu dan menggugat 
Sapanya meletihkan diri 
Hadirnya mengundang penat 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku semakin tidak peduli 
Apa yang mungkin akan terjadi 
Kerana gerak dan tindakanku 
Mahu bebas dari masalah 

Ku serahkan cinta ini 
Hanya padaMu, oh Tuhan 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku adalah aku sekarang 
Biar terbuang tetap berjuang 
Akan ku serahkan jiwa ini 
Sepenuh hati dengan keikhlasan 
Aku adalah aku yang sekarang 
Ku serahkan cinta ini ..


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



p/s : =)

Friday 3 August 2012

Adab Bermusafir Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wa Barakatuh Wa Maghfiratuh Wa Ridwanuh!

Lama gilak tak menghupdate blog. Takde feel nak menulis sejak dua tiga bulan nih. Nape tah, walhal banyak bende nak cakap. Bese la manusia, kejap semangat nak menulis, kejap tak semangat. Memang tak istiqamah langsung =="

Ramadhan kali ni banyak betul dugaan yg menimpa. Awal Ramadhan disambut dengan batuk yg melampau. Sakit tekak menahan batuk, and then demam, pening, sakit badan, and paling latest muntah-muntah. Bab muntah tu taktau kenape. Dugaan oh dugaan.

Alhamdulillah, banyak dugaan pun, puasa masih penuh walaupun ade hari yg umi suruh bukak puasa sebab terus muntah lepas sahur, tapi tetap puasa sebab muntah sebelum masuk Subuh. Masih diberi kekuatan untuk berpuasa, alhamdulillah.

Dan kemudian ujian datang menyerang. Yang ni ujian yg sangat menguji. Sampai sekarang masih sakit dengan ujian tu, but i'm recovering. InsyaAllah.

Pagi Jumaat nanti saya dan sahabat sejati bakal meninggalkan mukim Hutan Melintang ni buat sekian waktu, insyaAllah bakal dimasukkan dalam diari blog ini jika berkesempatan =)

Sebelum bermusafir, just nak berkongsi sedikit ilmu tentang sunnah Rasulullah ketika bermusafir. Thanks to TV Al-Hijrah, banyak menayang dan menerangkan tentang sunnah Rasul kepada penonton.

Jadi, sebagai perkongsian mengenai adab bermusafir mengikut sunnah. Buat manfaat kita bersama insyaAllah.


1. Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan tujuan, bukan main keluar je tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yg ingin dicapai.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” 
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat. Tapi saya dah terancang hari Jumaat plak. Patutnya hari Khamis, tapi tak jadi.uhu.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan ape tah lagi, tak ingat.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang. Kalau siangkan banyak kenderaan. Dan moga kita dijaga Allah.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. Macam naik kapal terbang pun macam tu jugak.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya tidak tension. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita since doa orang yg bermusafir lebih mustajab.

‎"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir." 
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.

-------------------------------------------------

Aa..itu je kot. Kalau salah tolong betulkan ye. Semua ni berdasarkan hadis yg sahih (cuma ada yg tak dinyatakan.uhu). Jadi, setiap perbuatan kita ketika bermusafir, kena niatkan setiap satu yg kita buat kerana ingin mengikut sunnah Nabi. InsyaAllah ada ganjaran di sisi Allah. Rugi kalau kita lakukan sesuatu itu tanpa mengetahui sesuatu itu merupakan sunnah.

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.” - al-Hadis.

Wallahhualam. Selamat bermusafir buat diriku ini.heh.