Friday, 17 February 2012

Petang yg mencemaskan

Assalammualaikum WBT.

Petang tadi hujan turun. Waktu tu kami tengah mengemas bilik JKPS. Sedang asyik mengemas, tiba-tiba seorang siswi datang.

"Boleh tolong tak? Ada kucing lemas."

Ya Allah. Terkejut aku. Kami terus bergegas keluar. Kelam kabut kami nak menyelamatkan anak kucing yg terperangkap dibawah longkang tu. 

Waktu tu hujan lebat, air longkang penuh. Aku jenguk kepala aku ke bawah, ade dua anak kucing. Aku sedaya upaya mengangkat batu penutup longkang tu. Berat nak mampus. Tapi sebab kecemasan, aku cube sedaya upaya.

Tapi batu-batu tu tak boleh nak diangkat sebab dah melekat sekali dengan simen. Aku dapat angkat satu batu, tapi kucing tu jauh ke dalam.

 Ade antara kami yang menjolok dengan kayu sebab nak gerakkan kucing tu dekat dengan tempat bukaan longkang yang aku dah angkat. Tapi tak berjaya.

Aku terus menggapai anak-anak kucing. Basah pun basah la. Aku tarik kucing-kucing tu satu persatu. Akhirnya, anak-anak kucing tu berjaya dikeluarkan dari longkang.

Kami terus mengelap anak kucing yg kebasahan tu. Aku ambik seko, aku peluk habis-habis. Anak-anak tu menggigil kesejukan.


Aku bagai ayah kepada anak-anak, rase lega sebab dah selamatkan anak-anak dari maut. Aha. Apepun, anak-anak kucing tu berjaya diselamatkan. Alhamdulillah.

=D

7 comments:

Syadia Khalid~ said...
This comment has been removed by the author.
Fiqa said...

wweeeheee!! alhamdulillah. harap2 diaorg boleh hidup sampai besar! :DDDD
eh.. kau ngn kucing ada chemistry lah! :D

suhaila said...

comelnye.. kecik sangat lagi kucing ni.. nasib baik ayah dia cepat selamatkan..hehe..

Cik Seni said...

so sweet...insyaAllah dapat pahala besar sebab berjaya selamatkan nyawa anak-anak kucing ni. :)

adik-beradik uqi ni memang suka kucing kan...(^,^)

Anonymous said...

Nasib baik hidup anak2 kucing tue.... lepas ari tue xtaw dah citer pasal kucing tue..nak tnyer segan... mcm mana la rupa kucing tu skrunk? sihat ker x?? thanks to shauqi sanggup bersusah payah selamatkan kucing tu.... sampai buka jam dgn topi yang terlekat kat atas pale...

Anonymous said...

nak sekor! :P

- Perantau. - said...

anonymous.andakah orang yg beritahu pasal ade kucing lemas tu?huhu