Saturday 22 September 2012

ke 2# tahun.

Assalammualaikum WBT.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Alhamdulillah. Tarikh keramat 21 September datang lagi dalam hidupku. Syukur, masih diberi kesempatan berada di muka bumi Allah ini. Sungguh, nikmat dariNya tak mampu ku hitung. Terima kasih Allah.

Genap umurku yg ke 2# tahun. Dah tua dah rasanya. Tapi takde la tua sangat, kan? =)

Malam sebelum 21 September 2012, bersamaan malam Jumaat. Malam yg penuh barakah. Hari jadiku tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Aku mulakan malam itu dengan solat Magrib berjemaah, kemudian bacaan Yasin secara berjemaah. Syukur sangat2 kerana diberi kesempatan sebegini.

Namun hatiku tidaklah segembira mana. Entah kenapa, setiap kali tiba ulang tahun kelahiranku, aku akan menjadi seorang yg tak ceria seperti selalu. Bad mood. Tak banyak cakap. Masam muka. Kurang senyum.

Aku renung sejenak. Semakin bertambah usia, semakin singkat usia yg tinggal. Adakah aku bersedia untuk menghadap Pencipta ku nanti? Bersediakah aku bertemu dengan Rasulullah? Bersediakah aku? Belum lagi rasanya. Selepas bacaan Yasin dan tazkirah ringkas dari sahabatku, kami solat Isyak berjemaah.

Teringat nasib seorang pelajar yg baru kehilangan ayah awal pagi 20 September. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Patutnya malam ni kami adakan tahlil, tapi entah kenapa bacaan tahlil tidak diadakan.

Mengenangkan nasib sendiri. Bila aku "pergi" nanti, adakah insan yg akan mengadakan majlis tahlil untuk ku? Adakah insan yg akan mendoakan aku? Adakah insan yg akan membaca Al-Fatihah untuk aku? Adakah yg akan menziarahi kuburku? Aku tak tahu.

Muhasabah diri. Apakah yg telah aku lakukan selama ini? Adakah aku telah menggunakan setiap detik usia ku dengan sebaiknya? Aku sedar sendiri, aku dah banyak sia-siakan masa yg diberi, aku dah banyak menzalimi diri sendiri. Sempatkah aku kembali? Aku termenung. 

Akhir-akhir ini, banyak ujian yg datang menguji diriku. Aku terkadang bagai "mayat hidup". Terbaring kaku mengenang nasib diri yg tak dibela. Aku susah tidur, hati resah gelisah. Keliru.

Terkadang aku mempersoalkan takdir yg menimpa diri. Seolah tidak dapat menerima hakikat. Aku persoalkan, "Kenapa begini nasibku?", "Kenapa Allah tak beri aku bahagia?", "Apa lagi yg Engkau nak uji aku?"..aku lemah ya Allah. Astaghfirullah..T-T

Tiap masa aku berdoa agar Allah beri aku kekuatan, ketenangan, dan kebahagiaan. Aku yakin Dia tahu yg terbaik buat diriku. Aku hanya mampu berserah dan berdoa. Walau aku tersenyum, ketawa dan ceria bila bersama orang ramai, tapi hakikatnya hati ku kosong. Aku paksa diri untuk tersenyum gembira.

Bila tiba hari lahirku, aku berharap akan ada sesuatu yg dapat "mengubah" segalanya, tapi ia tak seperti yg diharapkan. Keadaannya masih sama. Mungkin belum masanya. Namun aku yakin Dia sudah rancang yg terbaik buat ku dan kehidupanku. Aku hanya mampu berdoa mudah-mudahan Dia beri yg terbaik. InsyaAllah. Tiada apa yg mustahil bagiNya.

Macam biasa, aku tak boleh nak jadi serius lama-lama. Apa aku melalut kat atas ni? Adeh.

Takpela. Perasaan manusia kan. Aku pun bukan tetap sangat emosi ni. Kejap ok, kejap tak. Macam cuaca yg berubah-ubah. Tula aku. Kadang-kadang aku pun tak paham dengan diri sendiri. Bak kata "orang" itu, kagum la sape yg dapat bertahan dengan aku nih. =_="

Alhamdulillah, aku terima banyak ucapan selamat hari lahir di Facebook, henpon. Penat nak membalas setiap ucapan. Terharu jugak la sebab aku jarang gile kot nak wish besday kat orang lain. Tapi bila tiba hari jadi aku, masyaAllah. Terharu sekejap. Ada ucapan ringkas, ada yg panjang lebar, dan anugerah mesej ucapan hari jadi yg paling panjang lebar jatuh kepada sahabatku, Ramzi :P Apepun, terima kasih banyak-banyak atas ucapan dan doa dari semua yg mendoakan aku. Aku "amin"kan aje.heh.

Tak kurang jugak yg doakan aku cepat kawin la..ape la. Mudah-mudahan aku jumpa calon yg terbaik buat diriku, keluargaku dan agamaku. InsyaAllah. Masih menanti. Ecewah.

Terima kasih yg tak terhingga juga kepada adik-beradikku, Kak Ayu, Emi dan Nadia sebab menyambut besday ku bersama. Kak Ayu masak, beli kek, Emi jadi drebar, dan Nadia bagi hadiah. Eh. Aiman pun ade. Si kecil tu la yg nyanyi hepi besday berulang-ulang kali.heh. Sungguh, keluarga adalah aset yg tak ternilai. Umie, abah dan adik-beradik yg lain jugak wish besday dari jauh. =)


Apepun ceritanya, aku cuma berharap hari-hari yg mendatang akan lebih baik dari sebelumnya. Nasihat buat diri..Jangan hanya pandang ke hadapan, pandang juga ke belakang, supaya kita tak ulang kembali kesilapan sebelum ini, dan apa juga yg telah berlalu, sama-sama kita jadikan pengajaran untuk masa hadapan yg lebih baik. InsyaAllah =)

Hidup tidak selalu jadi seperti yg diharapkan. Kita hanya mampu merancang, tetapi yg menentukan hanyalah Dia. Yang penting sebagai umat akhir zaman, kita mestilah berusaha menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan yg lebih baik pada masa yg akan datang. Gunakan segala kesempatan, peluang dan ruang yg ada. Dunia hanya sementara, akhirat jugalah yg kekal selamanya.

"Barangsiapa yg tak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia", Mustafa Sadiq al-Rafi'il.

"jom guna sungguh2 masa muda yg ada sebaiknya. takdela tergagap nak jawab bila Dia tanye nanti. (^o^)V" - Pesanan ringkas dari penaja, a.k.a si ketot berketumbuhan di dagu.

Moga tercapai cita-cita dan impianku, dunia dan akhirat. InsyaAllah. =)


Hepi besday to me!!

Hadiah pertama =)

Tuesday 11 September 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta jika..

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumah tangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin..