Assalammualaikum wbt.
Sejak melepak kat rumah ni, macam-macam benda plak yg aku fikir. Ni semua gara-gara terbukak diari time sekolah dulu la ni (dulu selalu tulis diari, tak tahan betul...huhu). Tapi bila fikir-fikir balik, bagus jugak tulis diari ni since kita tak dapat nak ingat banyak benda bila dah meningkat dewasa. Bila kita baca balik, baru kita ingat diri kita macam mana sebelum ni. Diari tu aku tulis waktu 2005, sekarang dah 2011..dekat 6 tahun. Malu plak bila baca diari aku yg skema tu walaupun aku tak skema.
Baca-baca balik diari, rasa geli pun ade. Sape la yg tulis skema-skema dlm buku tu. Diari aku plak tu..(of coz la aku yg tulis). Nak bako, tapi tak sampai hati plak. Banyak kenangan dalam tu. Tapi kalau ade orang baca, memang aku takkan benarkan org tu hidup bahagia di dunia dan akhirat. Paling kurang pun akanku pastikan mulut dia takleh bersuara dan tangan dia tak boleh menulis, apetah lagi bermain sms.
Diari tu menyedarkan aku yg masa depan sukar dijangka..walaupun orang tu duduk kat Jengka, memang tak boleh. Kita taktau apa akan jadi seminit dari sekarang, sejam dari sekarang, sehari dari sekarang, setahun dari sekarang dan seterusnya. Banyak kisah aku dengan seseorang dalam diari tu. Bila baca balik, hati jadi sayu plak..tak sangka akan jadi sampai macam ni lepas 5 tahun bersama. Dulu pelbagai kata dan janji dibuat, tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Well, manusia berubah tanpa kita sedari, termasuk aku..Lumrah kehidupan, semua tu kehendak Tuhan..bukan salah sape2. maybe Dia nak bagi yg lebih baik.
Tutup pasal isi diari tu. Perkara lain yg aku tak pernah jangka akan terjadi dan memang tak pernah terlintas langsung kat esofagus aku nih, aku punye bidang berubah. Waktu sekolah dulu aku budak sains tulen dan subjek yg aku paling minat ialah Fizik. Dipendekkan cerita, aku tak perform time SPM dan aku terkantoi add math, dan aku tak dapat nak sambung benda yg aku minat since smua bidang sains dan teknikal nak kredit add math, tapi aku lulus je. Ditambah plak dgn kesilapan waktu isi borang UPU dan Politeknik. Tak sangka betul benda yg aku isi main-main jadi bende betul2. Dua bidang yg den dapek : asasi undang-undang kek uitm, dengan international business kek poli (gune loghat nogori sekejap). Semua bidang sastera. Hasil dorongan (bole jugak dikata sbg paksaan) abah, aku pergi daftar masuk poli. Sampai-sampai je poli, aku dah tak tentu arah. Dalam hati asyik terngiang-ngiang..BUSINESS..? Argh..Bidang yg memang tak pernah terlintas di hati sanubariku. Bukan waktu tu je aku murung, sampai aku habis belaja pun aku tak habis murung lagi. Sejak masuk degree ni je rase murung tu dah kurang.
Aku tak pernah terlintas pun nak ambik bidang ni. Semua cita-cita aku nak jadi ahli fizik, engineer, angkasawan, penjaga haiwan dan lain-lain lagi hilang macam tu je. Macam tajuk entry ni la, masa depan tak boleh dijangka. Nasib baik ade yg bagi semangat untuk teruskan ape yg aku dah mulakan.
Takdir? Suratan atau kebetulan?
“Takpe la. Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya,”, kata seorang sahabatku. Walaupun ringkas, sedikit sebanyak semangatku bangkit dari kemurungan. Betul, Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. Walaupun kita tak nampak sekarang, tapi yakinlah yg Dia dah aturkan apa yg terbaik utk kita. Ada hikmah utk segala yg Dia takdirkan. Walaupun kita tak dapat apa yg kita inginkan, mungkin ada benda lain yg Dia nak bagi dan tunjuk dekat kita. Allah itu Maha Adil. Yang penting kita ambil segala peluang yg disediakan di depan mata, dan buat yg terbaik ketika ini. Rasa syukur itu penting. Dapat sambung belajar pun dah cukup bagus, sebab ramai lagi yg tak dapat peluang macam ni. Alhamdulillah, aku tamat diploma dgn sekalung pingat dan sekarang dah ke tahap ijazah.
Ok, abaikan keskemaan ayat-ayat utk perenggan di atas. Sebenarnya macam-macam lagi benda yg dah berubah dalam hidup aku, termasuk fi’il aku. Macam yg dikata, masa depan tak boleh dijangka. Hari ni kita tak suka, esok belum tentu. Walaupun mcm tu, kita kena buat yg terbaik utk hari ini dan hari-hari yg mendatang. Kita adalah kita pada hari ini yg dihasilkan oleh hari-hari semalam. Apa yg jadi pada masa lalu, jadikan iktibar dan pengajaran, bukan alasan untuk tidak maju ke depan. Sebab apepun yg dah berlaku pada masa lepas dan sekarang, kita masih tak dapat menjangka apa yg akan jadi pada masa depan. Mungkin hidup kita akan berubah 360 darjah di masa akan datang, kita tak tahu. Hidup tak semestinya seperti yg kita inginkan. Kerana kita hanya merancang, dan hanya Allah sebaik-baik perancang.
1 comment:
same situation as mine..lebih kurang jgk lah situasinya..but as what u said.. masa depan xdapat dijangka n sentiasa berubah..
Post a Comment