Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru.

lebih kurang sebulan lagi, aku akan menamatkan hari-hari di universiti. insyaAllah.
tu pun kalau tak sangkut paper sem ni. heh.

perjalanan yg panjang.
bermula dari tadika. ketika berumur 6 tahun. di sungai pasir, kedah.
darjah 1 dan 2 di SK Sg. Pasir.
darjah 3 hingga 6 di SK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tingkatan 1 dan 2 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak.
tingkatan 2 hingga 5 di SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tambahan, 5 hari di tingkatan 4 di SMKA Slim River, Perak. ngee
satu hari di Tingkatan 6 di SMK Saint Anderson, Teluk Intan. hewhew
diploma 3 tahun di Politeknik Shah Alam, Selangor.
sarjana muda 2 tahun 6 bulan di UUM, Sintok, Kedah.

ramai yg telah membantu, mengajar, mendidik, mendorong
terutamanya umie dan abah. cikgu-cikgu, ustaz ustazah dari sekolah-sekolah yg pernah aku masuki. pensyarah-pensyarah. saudara-mara, abang-abang dan kakak-kakak. sahabat-sahabat, dan ramai lagi. terima kasih yg tak terhitung dariku.

dengan izin Allah, aku masih meneruskan pengajian
hasil dari jasa semua orang dalam hidupku. terutama kedua ibu bapaku.
mereka semua adalah guruku. moga aku jadi insan berguna.

selamat hari guru. =)

Sunday 12 May 2013

Refleksi diri dari kucing.



Kepada kawan-kawan satu blok yg mengenali, mereka tahu bilik aku merupakan tumpuan para kucing. Walaupun aku tak letak signboard “Kucing, Sila Masuk”, kucing-kucing entah dari mana selalu menziarahi bilik. It’s not a big deal since aku pun suka buli kucing. Jadi ade la mangsa untuk melepaskan tension. Boleh juga aku nak membuat onar dekat mereka.

Disebabkan kucing tak putus-putus menziarahi bilik, ada ibrah yg aku dapat dari mereka. Muhasabah diri. Refleksi diri.

Suatu hari, ketika aku sedang menikmati hidup seorang diri, aku terdengar bunyi anak-anak kucing. Sila refer post aku sebelum ni, http://shauqiazmi.blogspot.com/2012/05/5-beranak-masuk-bilik.html

Waktu tu serabut gila. Bukan sebab tak suka kucing. Tapi yela kan, kalau dah jadi sarang kucing, mesti bilik akan berbau kurang enak. Kang diorang berak lagi. Tapi sebab tak sampai hati, aku biarkan saja.

Dan bermulalah hari-hari dengan mereka. Hari ni pun, dalam bilik aku, kucing yg sama, buat perkara yg sama walaupun aku dah bertukar bilik.

Hari Khamis lepas, aku tertidur dengan pintu tak berkunci. Pagi-pagi aku bangun nak pegi mandi, terkejut biawak melihat kucing berkenaan melahirkan anak lagi. Paling hampeh, dia beranak atas seluar aku. Bau dia takyah cakap la kan.

Dan macam biasa, kucing tu buat muka tak bersalah. Rasa macam nak belasah je.

Tapi, sebagai manusia yg ada akal, aku tak belasah. Aku biarkan saja. Rasulullah pun bersikap ihsan dgn kucing.

Hari-hari berlalu dgn mereka. Kadang-kadang kedengaran suara anak-anak kucing merengek dekat ibu mereka, kadang-kadang ibunya merengek dgn aku. Sabar jela Shauqi.

Aku terfikir, kenapa mesti kucing ni datang dekat aku?

Suatu ketika, ibu kucing yg aku bagi nama Semah tu, datang merengek dekat aku. Hadu..sangat bising. Meow..meow.. pang skali baru tau. Kalau anda pernah mendengar leteran seorang wanita, macam tula lebih kurang.

Bukan aku tak bagi makan, setiap masa aku bagi. Tah ape yg dia nak berbunyi lagi. Kalau la aku paham bahasa kucing.

Dah selalu macam tu, kadang-kadang aku hilang sabar. Dah lepas marah tu, rasa serba salah pula. Padahal kucing tu bukan paham pun aku marah. Tapi aku assume kucing pun ade perasaan kot. Rasa serba salah hasil dari marah kucing tu buat aku refleksi diri.

Kenape eh kucing tu datang? Mesti aku ke tempat dia menagih simpati? 

Aku lihat semua tu bagai mesej dari Tuhan.

Aku tersedar. Ni semua pengajaran dan mesej yg Allah nak sampaikan utk aku. Mungkin juga sebab Allah nak menguji dan mengajar aku.

Aku mempunyai keinginan utk bernikah. Keinginan yg sangat tinggi. Aku ingin beristeri, punya anak sendiri. Tapi aku lupa menanyakan soalan ini kepada diriku, “Sudah siapkah aku?

Siapkah aku untuk melayan karenah isteri?
Siapkah aku untuk bersabar dengan isteri?
Siapkah aku untuk memberi nafkah kepada isteri?
Siapkah aku untuk hidup berkeluarga?
Siapkah aku untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak?
Siapkah aku memimpin diri dan mereka ke syurga?

Aku mempunyai sikap kurang sabar yg teruk. Kadang-kadang aku tak mampu kawal. Kehadiran kucing-kucing ke bilik ku menyedarkan aku. Aku anggap itu tarbiyah dari Allah.

Antara refleksi diri yg aku dapat kembangkan.

Pertama, aku tak tahan bila Semah datang mengiau-ngiau tak henti. Dia inginkan sesuatu dari aku. Aku tak tahu. Meow meow je kan, mana aku nak paham. Selalu aku menyergah Semah macam ni, “NAK APE LAGI??”

Stress dibuatnya. Kemudian aku sedar, mungkin macam tu lah bakal isteriku. Aku sedar yg wanita susah dimengerti. Walaupun bahasanya aku fahami, mungkin aku tak fahami apa yg dia inginkan. Mungkin aku tak faham perasaan bakal isteriku nanti, yg akan membuatkan aku geram, sakit hati, hilang sabar dan lain-lain lagi.

Dari kucing itu aku belajar, untuk lebih memahami, untuk lebih memenuhi keperluan dan keinginannya. Dan yg paling penting, supaya aku lebih bersabar. Kerana sabar itu amat penting dalam ketahanan hidup berumah tangga.

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Mampukah aku bersabar? Mampukah aku memahami?

-------------------------------------------------------

Kedua, bukan setakat Semah, banyak lagi kucing-kucing yg datang. Meminta makanan dari aku. Kadang-kadang mereka datang waktu aku tengah makan. Aku jarang berkongsi, melainkan hanya sisa-sisa tulang belulang yg aku berikan. Sudah tentu hanya sedikit makanan yg kucing-kucing itu dapat dari aku. Tak mungkin mereka kenyang.

Dari situ aku sedar, hidup berumah tangga merupakan perkongsian hidup aku dan keluargaku. Aku tak boleh penting diri. Aku tak boleh makan sorang. Itu tak adil namanya.

Sebab taknak kucing-kucing mengganggu waktu makan aku, aku belikan mereka makanan kucing. Tapi itupun mereka nak kacau time aku makan. Stress. (=_=*)

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Siapkah aku berkongsi?”

-------------------------------------------------------

Ketiga,  waktu aku nak masuk bilik, ada seekor kucing yg aku tak pernah nampak duduk dekat dengan bilik. Dari gayanya, memang tersangat lapar hingga dia mengikut aku, seperti mengharapkan makanan dari aku. Takde masalah, sebab dekat bilik aku memang dah simpan makanan kucing. Jadi aku pun jemputlah dia masuk.

Dengan tak semena-mena, Semah, yg ketika itu berada dekat dengan pintu bilik, menerkam kucing asing itu. Mereka bercakaran hingga bulu kucing asing itu berguguran. Sebelum keadaan bertambah lebih teruk, aku leraikan, dan aku letak kucing asing itu kembali di luar.

Waktu tu aku sedar, aku tak boleh kawin dua.

hewhew.



P/s: Buat cik bakal zaujati, sy sedang mempersiapkan diri =)

Sy akan belajar menjadi suami yg terbaik untukmu dunia akhirat, dan bapa yg baik untuk anak-anak kita. InsyaAllah.

Terima kasih Allah atas tarbiyah. =)

Friday 10 May 2013

Keinsafan Diri - Fursan

Di saat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan Yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi.

---------------------------------------

Lagu ni diberikan oleh seseorang. Pertama kali dengar, terus sy jatuh chenta. I mean, jatuh chenta dengan lagu ni. Rasa macam nak berjiwang2 dengan Tuhan pula.