Saturday 28 April 2012

Bernasyid.

Bismillahhirrahmanirrahim..Salam alaik =)

Macam dah lame tak update blog ni dengan kisah benar tentang aku. Masuk sem baru ni macam bz sangat kan. Dengan tanggungjawab baru lagi..dengan kuliah lagi..macam menyesal plak pegang jawatan dalam kolej. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi selalu terbantut, pastu terlupa. Last-last, dah takde perasaan nak update blog ni. Sob sob.

-------------------------------------------------------------

Selalu duduk dalam bilik, aku dengar lagu nasyid. Memang nasyid peberet aku selain lagu jepun yg melalaikan. Sambil dengar tu sambil melalak. Melalak bagai lupe dunia. Sampai orang bawah pun dah hafal lagu yg aku nyanyi. Gile mental kalau jadi beliau.uhu. Tapi nak buat macam mane, sape suruh duduk bawah bilik aku.heh. Sebab aku kuat melalak dalam bilik, beliau pun menyuruh aku masuk nasyid. Adeh.

Aku pun dengan tak rela hatinye masuk la kan. Dah lama tak bernasyid ni. Last nasyid time orientasi hari tu. Atas beberapa kejadian yg memalukan waktu perform dekat Bukit Kachi waktu sem 1 tu, aku menjadi malas nak masuk nasyid dah.uhu. Tapi sebab takde orang, aku pun join jela kan.

And then, kami start la berlatih. Dengan gigihnya kami berlatih selama lebih kurang seminggu.

Dipendekkan cerita, sampai hari penentu segalanya, tekak aku plak rase perit. pedih. Aku da mula risau sebab ada part yg aku kena tarik tinggi..kalau time tarik suara tu tibe2 terkantoi, tak ke jatuh maruah aku di depan aweks yg memandang? Ye, aku dah cuak.

Namun aku melangkah pergi dengan penuh yakin, selepas kawan-kawan yg lain memberi sokongan dan dorongan. Aku tawakal je. Sampai belakang pentas, aku dah mula menggelabah. Tak senang duduk..sampai badan rase nak demam. Tapi luaran gua buat rilek je.uhu.

Sebelum naik pentas, kami berkumpul. Faiz, vokalis utama mengingatkan kami semua.

"Apepun keputusan, kita buat yg terbaik. Tak kisah lah apepun, yg penting niat masuk nasyid ni kita nak berdakwah. Kita lontarkan dalam bentuk nyanyian. Hayati nyanyian, macam kita nak sampaikan dakwah. Yang penting mesej dakwah kita tu sampai dekat penonton."

Satu pesanan yg sungguh bermakna. Aku tanamkan dalam hati ni, dalam-dalam.

Akhirnya tiba giliran kumpulan kami. Aku melangkah dengan muke seposen. Aku ambik mic, pandang audience. Tapi lampu spotlight terlampau terang sampai aku tak nampak jelas orang-orang di hadapan. Lampu spotlight terang sgt sampai aku rase bahang.

Lalu gendang berbunyi, kami pun mula melontarkan suara. Muka nampak cool, tapi jantung macam nak meletup je.


Dan tengah aku nyanyi solo, sampai part yg aku kene tarik, aku pun tarik, tapi bukan macam biase. Dah bunyi lain. Aku dah cuak, tak konfiden, tangan aku terus menggigil. Walaupun tak pecah time tarik tu, tapi ade lagi sekali aku kene ulang part tu. Aku dah berpeluh-peluh.huhu.


Disebabkan aku tarik lebih tinggi dari biasa, solo selepas aku, Faiz namanya, terpaksa menyanyi dengan nada yg lebih tinggi. Nasib baik beliau memang terer, tak la kantoi. Aku dah serba salah dah.

Akhirnya, selesai pun. Alhamdulillah. Fuh, lega! Aku pun meletakkan mic dengan muka sedikit penat sebab jantung berdegup macam tengah berjogging, membuatkan aku rasa letih. Kami pun turun pentas.

-------------------------------------------------------------

Hujan tak berhenti..sementara menunggu keputusan, dalam hati aku memang rasa kami tak akan menang. Sebabnya mic-mic kami bermasalah. Bila dengar balik rakaman, memang ade suara yg tak dengar, ada suara yg kuat. Tak sekata. Lagu pertama agak kurang, lagu pertama ok sikit sebab solo utama tukar mic.

Akhirnya, keputusan diumumkan dan kami tak dapat apa-apa anugerah. Sedikit kecewa, tapi keputusan tu memang dah dijangka. Bukan rezeki kami. Tapi kalau sebab bukan masalah teknikal, kami tak la frust sgt. dan jujurnya ada kumpulan nasyid yg guna gitar pun boleh dapat anugerah khas juri. Kami macam tak puas hati. Baik kami guna gitar je kalau macam tu. Entah la macam mana penghakiman dibuat. Yang suara pecah pun boleh menang..

Takpela. Dah diumumkan pun. Mungkin juri lebih mengetahui. Kami pun bukannye bagus sangat.

Apepun kami berpuas hati dengan diri sendiri walaupun tak menang.

Dan yang paling penting, nasyid itu merupakan satu dakwah. Bak kata seorang vokalis kami yg mantap..

"Nasyid itu satu dakwah..dan dakwah itu di indahkan lagi dengan nyanyian dan irama..semoga apa yang ingin disampai kan akan sampai..muhasabah diri dan betulkan niat."

Ye..itu yang paling tepat. Walaupun memang dalam mana-mana pertandingan, perkara utama yg dituju adalah kemenangan. Tapi berbeza dalam pertandingan yg berunsurkan keagamaan.

Pertandingan nasyid itu bagus, tapi jika diniatkan untuk menyampaikan dakwah, tak ke lagi bagus dan berpahala?

Ada hikmah untuk segalanya. Walaupun kami kecewa, tapi yg paling penting, moga mesej dari nasyid yg kami sampaikan tu, sampai kepada mereka yg mendengar. =)

Kumpulan lain berbaju melayu, tapi kami sempoi je pakai kemeja dgn jeans.huhu.

Ok, ini poyo. =P Faiz dgn Qamaruzzaman takde. Faiz balik kolej sebab sakit perut.uhu.

Apepun, tahniah buat semua.heh.

Monday 16 April 2012

Rahsia Tarikh Lahir



Kiraan ini biasanya tepat.

90% manusia susah nak ubah apa yang ada dalam kiraan ini kecuali kalau mereka betul-betul berusaha.

Gunakan kiraan ini untuk kenali anak-anak anda.

Wallahua'lam.

TARIKH LAHIR kita menerangkan

1. siapa kita,

2. apakah kelebihan kita dan

3. apakah kebolehan kita.

Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)

Contoh 2:
-------------
30 Oktober 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 6 (ROMANTIK)

Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut:

1 ---> KETULENAN
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.

- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.

- Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Raquel Welch

2 ---> PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
 
- Mereka tidak suka bersendirian.

- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Bill Clinton, Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3 ---> CERIA
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4 ----> KONSERVATIF
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.

- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5 ---> PERINTIS
-Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Keller dan Mark Hamil.

6 ---> ROMANTIK
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver, Meryl Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7 ---> INTELEKTUAL
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Michael Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8 ---> PENYELESAIAN
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. 

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9 ---> PELAKON
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley