Assalammualaikum wbt.
Hm..Macam mana nak mula kata bicara ni. Blur sekejap. Maaf, entry ini agak personal. Bukan hendak mem"public"kan soal "personal", tapi aku rasa aku perlu jugak buat entry macam ni. Ambil apa yg baik, yg buruk tu jangan nak kecoh-kecoh plak.
Bila fikir-fikir balik, dari dulu sampai sekarang, banyak hati yg aku dah kecewakan. Bila sebut pasal hati, mesti perkara pertama yg terlintas adalah rasa kasih, rasa cinta sesama manusia.
Rasa cinta itu fitrah. Fitrah manusia. Allah tak ciptakan Hawa jika bukan kerana kesunyian yg melanda Adam. Fitrah manusia untuk hidup berpasangan. Jadi, tak salah jika manusia jatuh cinta. Cuma rasa cinta yg tak terkawal akan buat manusia jadi salah.
"Siapalah aku menolak cinta yg hadir di jiwa tanpa dipaksa."
Benar bait-bait lirik lagu nasyid In-Team ni. Hadir cinta itu tak siapa tahu. Rasa cinta itu juga tidak boleh dihalang. Aku tak boleh halang jika ada yg simpan hati dekat aku. Aku juga tak boleh nak halang hati aku dari jatuh cinta.
Namun, manusia sering kali tersalah tafsir soal hati sendiri. Suka itu tidak sama dengan sayang, sayang itu tidak sama dengan cinta. Tapi cinta merangkumi semua itu. Bila kita suka, kita rasa kita sayang, dan bila kita sayang, kita rasa itu cinta..lalu kita terikut-ikut sekelumit perasaan itu hingga menjadi tak terbendung.
"terkadang kita merasa kita jatuh cinta, padahal tidak. hanya nafsu yg menggelapkan akal dan hati hingga kita merasakan bahawa... ini cinta."
Ada yg sanggup berkorban demi cinta..ada yg sanggup berjuang demi cinta..tapi sedarkah hakikat cinta itu tak boleh dipaksa? Tahukah kamu soal hati ini? Tahukah kamu rasa hati ini? Tahukah kamu keinginan hati ini?
Cinta itu anugerah. Mungkin, cinta datang silih berganti. Jika dulu kita rasa kita boleh setia dengan satu hati, tapi bila masa berlalu, cinta itu semakin pudar dan akhirnya rasa cinta itu hilang. Kemudian tanpa semena-mena, rasa cinta itu hadir semula terhadap insan lain. Kenapa?
Bagi yg tak memahami, mungkin akan menyalahkan seseorang itu tak setia, main kayu tiga, curang dan sebagainya. Mungkin benar, cerita setiap orang tak sama. Tapi jangan mudah menghukum. Kerana soal cinta itu penuh dengan misteri dan tanda tanya.
Aish. Ape aku nak cakap sebenarnye ni? Blurr lagi. (-_-*)
Jika kamu terlalu inginkan aku, istikarahlah. Letakkan sepenuh pengharapan pada Dia. Doa itu mampu mengubah takdir, maka berdoalah. Hati kamu terlalu mahal untuk aku. Aku tahu, ada yg lebih layak menerimanya.
Jangan bersedih jika kita tak bersama. Sungguh aku tak tahu jodoh aku. Walaupun kita bersama sekarang, itu belum tentu menjadi jaminan yg kita akan bersama selamanya. Aku tak mahu penat bercinta, namun pengakhirannya kita tak bernikah.
Lagi sekali, apa yg aku nak cakap sebenarnya ni? (=_='')
Aish. Lain kali la aku sambung.huhu.
8 comments:
As salam: Kecewa?? Manusia & Kecewa tak penah terpisah... tapi kecewa membuatkan seorang tu jadi lebih dewasa, lebih waspada, lebih mengenali siapa sebenarnya diri mereka2 yg berada disekeliling kita... dah yang penting kita harus tahu... Allah bagi kita rasa kecewa kerana DIA sayangkan kita... :)
BW pagi2 bawak tahi lalat PCK >_< Ko ader?? kalau ada sila baca http://paripariputih.blogspot.com/2012/05/rahsia-tahi-lalat-kalau-terletak-di.html
wslm.betul jugak kan.tapi jgn la kecewa sbb sy. sy ni bukan baik pun. (-_-")
Menarik, insyaAllah ada sepatah dua yg juga dlalui. tkadang kita perlu lupakan sketika soal perasaan sbgini. bukan tidak meraihkan. xda sapa ble menidakkan yg namanya fitrah.pengalaman yg dlalui trasa topik ini amat menjenggelkan utk dfikirkan huh (-_-")
“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”
dulu akak pun pernah kecewa gak sebab cinta... :)
tapi bila masa berlalu, luka tu sembuh sendiri..skang tak rasa apa2 dah...sebab akak dah nampak hikmah di sebalik apa yang telah terjadi dulu...Allah Maha Mengetahui. (^,^)
Uqi ni ramai peminat la ni...ish! =p
Yanis Ibnu Abbas, tula..macam tu jugak sy rase..tp apekan daya..ade sebab kene buat camni..uhu
Mohamad Firdaus, insyaAllah. terima kasih byk2.heh
Cik Seni, tahu penah kecewa. Tah pape bekas pakwe kak dulu tu kan :P Sy tak la ramai peminat..tp ade la jugak.haha
Uhurrm... Me too
nice entry ^^, . Saya suka !
Saya sedang melalui benda yang sama . huhuh :'). Apa yang boleh cakap , kalau belum yakin dengan pilihan hati jangan bagi pengharapan pada seseorang . Kesudahannya kecewa . Betul kata awak , berilah pengharapan kepada Allah melalui Doa . Doa mampu mengubah takdir seseorang jika kita bersungguh sungguh kan ? InsyaAllah , Allah Maha mendengar dan akan makbulkan segala permintaan hambaNya . Samada cepat atau lambat , kita haruslah bersabar kan . :)
Post a Comment