Sunday, 18 August 2013

Menangani kekecewaan di tempat kerja.

Wahai anakku,

Satu ketika dulu engkau tertanya-tanya tatkala menghadapi kekecewaan di tempat kerja:
1. Mengapa kamu melakukan kerja bodoh ini?
2. Terasa diri kamu tersepit?

Kini kamu menghadapinya semula. Masihkah engkau ingat akan jawapanku? Ingatlah anak kesayanganku, jika kamu merasa kecewa dan tidak gembira... kamu sebenarnya bukan mencari penyelesaian, tapi mencari lebih banyak masalah.
Aku berkata padamu penyelesaian amat mudahnya: kamu cuma perlu SENYUM dan BERIKANLAH SEGALANYA YANG ANDA MAMPU.

Kamu ternganga mendengar jawapan aku. “Begitu senang?” kamu bertanya kembali lalu aku menjelaskan mengapa.

Wahai anakku,
Manusia yang berusaha kuat dan rajin akan merasa yakin dan selesa pada dirinya sendiri. Mereka akan mengambil segala peluang untuk mengasah dan menambah kemahiran diri.

Akhirnya, mereka mendapat membina reputasi sebagai orang rajin dan sanggup berkorban. Atas sebab itu, ada kala dan ada orang yang terlihat dan kagum dengan sikap mereka lalu memberikan mereka kerja yang lebih baik.
Wahai anakku, 
jika kamu mengambil pendekatan mereka, satu hari nanti, kamu juga akan berasa yakin untuk melakukan demi kepentingan diri sendiri.

Wahai anakku,
Bagaikan dilanda ribut di tengah lautan, kamu usah berfikir benda lain ketika itu melainkan teruskan dayunganmu sekuat hati dan segala tenaga. Begitu juga di alam pekerjaan, bagilah segalanya yang kamu mampu, kerana ini kunci untuk membuatkan diri berasa positif dan menghindari pemikiran yang negatif. Ini juga adalah kunci untuk membuka peluang lain yang kamu tidak pernah sangka dan juga satu situasi yang baik untuk memperbaiki situasi yang ada.

Jikalaulah engkau seorang yang berfikiran begini:
"Kalau saya dapat satu kerja yang bagus, saya akan bekerja kuat... disebabkan saya dapat kerja teruk macam ini, lebih baik saya tidur saja”, kamu sebenarnya tersilap besar dan sikap ini tidak akan membawa kamu ke mana-mana.

Wahai anakku,
Di mana-mana sahaja, ingatlah asalkan kamu memberikan segalanya yang terbaik, insha-Allah ia akan membantu membuka peluang yang lain untuk kamu. Kadang-kala ia memakan masa, tapi yang pasti ia akan datang. Sesungguhnya, mereka yang berusaha, rajin akan lebih berjaya daripada mereka yang sering mencari alasan. Kamu nak jadi orang yang macam mana, wahai anak kesayanganku?

Senyum.

-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


Paksaan dan Pilihan.


Dalam hidup ini, kita terkadang bahagia, terkadang kita derita. Seperti lazimnya keadaan langit, terkadang cerah, terkadang gelap. Kehidupan kita juga begitu.

Sedar atau tidak, hakikatnya, sepanjang kehidupan kita ini, ada dua jenis kehidupan yang kita akan lalui dan tempuhi.

Pertama, hidup yang terpaksa.
Kedua, hidup yang dipilih.

Hidup yang terpaksa.

Hidup yang terpaksa selalunya adalah kehidupan yang menekan. Mahu atau tidak, kita terpaksa tempuhi. Ia bukan kehendak kita, tapi ia akan datang juga kepada kita. Sudah ketentuan Ilahi.

Contohnya seperti kesakitan, kesusahan, kesulitan, dan juga kematian.

Bila menyebut tentang keterpaksaan, sudah tentu kita akan terbayang perkara-perkara yang kita tidak sukai dan gemari. Walaupun kita cuba mengelak dari melalui keterpaksaan sebegitu, kita tiada kuasa untuk mengelaknya jika Allah sudah aturkan sedemikian rupa untuk kita.

Dalam keadaan ini, kita hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan kita dari keadaan-keadaan tersebut. Moga Allah memberi jalan untuk kita melalui keadaan-keadaan itu dengan cara yang terbaik. Tahu atau tidak, kita selalu membaca doa supaya Allah menyelamatkan kita dari kesulitan dan musibah yang Allah tetapkan buat kita, yakni dalam doa qunut yang selalu kita lafazkan ketika solat subuh.

Namun, ada juga keterpaksaan yang membawa kebahagiaan. Tidak semestinya keterpaksaan itu suatu yang kita benci.

Contohnya kehidupan kita sendiri. Kita tidak memilih untuk punya adik beradik, tapi Allah beri kita kebahagiaan melalui mereka. Kita juga tidak memilih untuk punya ibu bapa yang mengasihi dan menjaga kita, tapi Allah beri kita semua itu.

Mungkin dalam kehidupan kita, banyak perkara yang kita tidak tentukan. Banyak perkara yang kita tidak sangka kita akan lalui, tapi kita melaluinya tanpa sedari. Terkadang kita suka dengan kehidupan yang kita dapat, terkadang juga kita tidak suka dengan apa yang kita dapat.

Dalam kehidupan jenis keterpaksaan ini, ada cara untuk kita melaluinya, iaitu melalui sabar, syukur, ikhlas dan redha. Yakin, segalanya punya hikmah.

Hidup yang dipilih.

Hidup  ini punya pilihan. Itu kata-kata yang sering kita dengari. Betul, hidup ini punya pilihan. Kita boleh pilih untuk melakukan sesuatu, dan kita juga boleh untuk tidak melakukan sesuatu.

Contoh yang mudah, kita boleh memilih untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah, kita juga boleh memilih untuk hanya solat bersendirian di rumah. Kita boleh memilih untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan sebaliknya, dan sebagainya.

Namun, persoalannya, adakah pilihan kita itu, pilihan yang diredhai Allah?

Jawapannya sudah ada. Yakni dalam Al-quran dan as-sunnah.

Walaupun hidup ini punya pilihan, manusia sering sahaja tersalah dalam membuat pilihan. Mungkin lain yang dipilih, lain pula hasilnya. Tapi kita sentiasa mempunyai pilihan untuk membetulkannya semula. Lumrah manusia melakukan kesilapan. Janganlah terlalu bersedih hati bila segalanya tidak seperti apa yang kita rancang dan inginkan. Sentiasa ada jalan, Allah tak beri kita jalan buntu.

Allah juga sudah berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat melainkan mereka sendiri yang cuba untuk mengubahnya. Itu menunjukkan Allah memberi kita pilihan. Semoga kita tidak mudah berputus asa dengan kehidupan.

Allah telah menyediakan syurga dan neraka untuk kita pilih, dan pilihan kita di dunia ini yang akan menentukan pilihan kita di “sana” nanti. Seiringkan pilihan dengan amalan.

.....

Apapun jenis kehidupan yang kita lalui, sama ada terpaksa atau tidak, kita perlu redha dengan segala ketentuanNya. Hidup tidak semestinya seperti apa yang kita rancang dan inginkan, kerana kita hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik.

Susah dan sulit mana sekalipun kehidupan kita sekarang, yakinlah bahawa segalanya punya hikmah yang tersembunyi. Kita hanya akan merasai kesenangan selepas kesusahan. Jika tiada kesusahan dalam kamus hidup kita, kesenangan juga tidak akan wujud. Kesenangan dan kebahagiaan akan lebih indah setelah kita merasai jerih perih dalam kehidupan. Kerana manusia tidak akan mensyukuri nikmat senang jika tidak pernah susah, manusia tidak akan mensyukuri nikmat sihat jika tidak pernah sakit.

Bila kita dalam kesulitan, yakinlah bahawa pada masa akan datang, kita akan lebih bahagia. Tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. Kita boleh memilih untuk melaluinya dengan iman atau dengan amarah. Maka pilihlah untuk melaluinya bersama iman, redha dan ikhlas.

Sesungguhnya Allah telah menjamin akan memberi jalan keluar untuk setiap permasalahan bagi orang yang beriman.  Allah tidak pernah menjamin kehidupan kita akan sentiasa mudah. Namun, Allah sudah memberi panduan untuk kita ikuti.


Sentiasa ada jalan keluar untuk setiap kesulitan. Tiada jalan buntu bila bersamaNya. InsyaAllah.


Entah apa laa yg aku merepek ni.

Tuesday, 16 July 2013

Jika Aku Jatuh Cinta.

Ya Allah..
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku pada-Mu.

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbani..
jika aku jatuh hati
jagalah hati ku padanya agar tidak aku berpaling kepada-Mu.

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak aku lalai dalam merindukan syurga-Mu.

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah..
jika aku jatuh hati pada seseorang
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah..
jika kau halalkan aku merindui seseorang
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu.

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu
Telah berjumpa untuk taat kepada-Mu
setelah bersatu dalam dakwah-Mu
telah berpadu dalam membela syariat-Mu
Kukuhkanlah ikatannya.

Ya Allah..
kekalkanlah ikatannya
tunjukilah jalan-jalannya
penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar
lapangkanlah dada-dada kami dengan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal ke jalan-Mu
Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 17 June 2013

For me to be myself.



Leaning against the wall, I thought about myself the whole night.
Was it the right choice to go this way? I don’t know anymore.
I still can’t find the answer, but no matter where I am.
I have to desperately work my hardest.
I was looking down, but I lifted my head up slightly
And saw a clear morning.

For me to be myself.
What is the thing that I can’t afford to lose?
I can’t find the answer easily, it feels so painful, I can’t breathe.
Don’t keep brooding over that one mistake.
If I keep on walking, will I grow to love it?

Why is it that the more I want to cherish something
The further away it gets from me?
“I won’t go beyond this,” saying that, yet longing for it again.
Giving names like “dream” or “love” to those invisible things
And feeling a little proud when calling them by those names
Ah, but actually, that’s not what they’re about.

For me to be myself.
That sentence makes me confused.
I can’t find the answer easily, it feels so painful, I can’t breathe.
But at least, I should look up and walk on without dawdling.
I’m sure I can find what I’m looking for inside this world.

My thoughts couldn’t be conveyed, so I flung them aside.
I even wished for everything to be destroyed.
But that’s not it.
If even grief can be turned into kindness
Slowly but surely, I can start liking this world.

So..For me to be myself
Searching for what exactly I need.
Getting hurt, stopping in my tracks.
It feels so painful. But I’ll only live once.
So without brooding and blaming myself.
If I just keep on walking, I will be able to love my world.

Because I believe, that there is light on the road ahead.

Tuesday, 11 June 2013

Rindu.

Di kala hati merindu
Pujuklah hati,
Sesungguhnya yang layak menerima rinduku,
Dan sebaik-baik pengubat rindu,
Hanyalah padaMu Ya Allah.

Aku yakin,
Dengan merinduiMu,
Kau pasti menerima rinduku,
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
Belum tentu dia merindukan aku.

Di kala hati terluka,
Dan kecewa kehilangan sesuatu yang disayangi,
Pujuklah hati.

Ya Allah,
Hanya Engkau yang layak aku cintai,
Kalau aku cintakan manusia,
Manusia akan pergi,
Kalau aku cintakan dunia,
Dunia pasti rosak,
Malah akan merosakkan aku,
Tetapi sekiranya aku mencintaiMu,
Pasti selangkah ku rapat padaMu,
Seribu langkah Kau rapat padaku.

Di kala hati merasa sedih dan pilu,
Berpisah dengan yang disayangi,
Ubatilah hati..
Ajaklah hati berkata...
Ahh.. aku hanya berpisah dengan manusia
Bukankah Tuhan masih ada untuk aku gantungkan hatiku.
Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat aku mengadu.

Ya Allah, terimalah hati hambaMu ini.

Di kala hati merintih,
Kerana menerima ujian dan dugaan,
Didiklah hati.

Ya Allah,
Memang aku layak menerima kesusahan dariMu
Kerana hati ini banyak berdosa padaMu,
Juga sering mengulangi kesilapan lalu,
Aku pasti ya Allah,
Ujian dan kesusahan ini mengundang hikmah dan iktibar buatku,
Tanda kasih dan sayang Mu.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu,
Namun aku juga tak terdaya untuk menghadapi api nerakaMu,
Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau menerima taubat hambaMu.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku cintaMu,
Dan cinta orang yang cinta kepadaMu,
Dan cinta orang yg cinta kepada orang yang hampir kepadaMu,
Dan jadikanlah cinta itu yang boleh aku dambakan.

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru.

lebih kurang sebulan lagi, aku akan menamatkan hari-hari di universiti. insyaAllah.
tu pun kalau tak sangkut paper sem ni. heh.

perjalanan yg panjang.
bermula dari tadika. ketika berumur 6 tahun. di sungai pasir, kedah.
darjah 1 dan 2 di SK Sg. Pasir.
darjah 3 hingga 6 di SK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tingkatan 1 dan 2 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak.
tingkatan 2 hingga 5 di SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tambahan, 5 hari di tingkatan 4 di SMKA Slim River, Perak. ngee
satu hari di Tingkatan 6 di SMK Saint Anderson, Teluk Intan. hewhew
diploma 3 tahun di Politeknik Shah Alam, Selangor.
sarjana muda 2 tahun 6 bulan di UUM, Sintok, Kedah.

ramai yg telah membantu, mengajar, mendidik, mendorong
terutamanya umie dan abah. cikgu-cikgu, ustaz ustazah dari sekolah-sekolah yg pernah aku masuki. pensyarah-pensyarah. saudara-mara, abang-abang dan kakak-kakak. sahabat-sahabat, dan ramai lagi. terima kasih yg tak terhitung dariku.

dengan izin Allah, aku masih meneruskan pengajian
hasil dari jasa semua orang dalam hidupku. terutama kedua ibu bapaku.
mereka semua adalah guruku. moga aku jadi insan berguna.

selamat hari guru. =)

Sunday, 12 May 2013

Refleksi diri dari kucing.



Kepada kawan-kawan satu blok yg mengenali, mereka tahu bilik aku merupakan tumpuan para kucing. Walaupun aku tak letak signboard “Kucing, Sila Masuk”, kucing-kucing entah dari mana selalu menziarahi bilik. It’s not a big deal since aku pun suka buli kucing. Jadi ade la mangsa untuk melepaskan tension. Boleh juga aku nak membuat onar dekat mereka.

Disebabkan kucing tak putus-putus menziarahi bilik, ada ibrah yg aku dapat dari mereka. Muhasabah diri. Refleksi diri.

Suatu hari, ketika aku sedang menikmati hidup seorang diri, aku terdengar bunyi anak-anak kucing. Sila refer post aku sebelum ni, http://shauqiazmi.blogspot.com/2012/05/5-beranak-masuk-bilik.html

Waktu tu serabut gila. Bukan sebab tak suka kucing. Tapi yela kan, kalau dah jadi sarang kucing, mesti bilik akan berbau kurang enak. Kang diorang berak lagi. Tapi sebab tak sampai hati, aku biarkan saja.

Dan bermulalah hari-hari dengan mereka. Hari ni pun, dalam bilik aku, kucing yg sama, buat perkara yg sama walaupun aku dah bertukar bilik.

Hari Khamis lepas, aku tertidur dengan pintu tak berkunci. Pagi-pagi aku bangun nak pegi mandi, terkejut biawak melihat kucing berkenaan melahirkan anak lagi. Paling hampeh, dia beranak atas seluar aku. Bau dia takyah cakap la kan.

Dan macam biasa, kucing tu buat muka tak bersalah. Rasa macam nak belasah je.

Tapi, sebagai manusia yg ada akal, aku tak belasah. Aku biarkan saja. Rasulullah pun bersikap ihsan dgn kucing.

Hari-hari berlalu dgn mereka. Kadang-kadang kedengaran suara anak-anak kucing merengek dekat ibu mereka, kadang-kadang ibunya merengek dgn aku. Sabar jela Shauqi.

Aku terfikir, kenapa mesti kucing ni datang dekat aku?

Suatu ketika, ibu kucing yg aku bagi nama Semah tu, datang merengek dekat aku. Hadu..sangat bising. Meow..meow.. pang skali baru tau. Kalau anda pernah mendengar leteran seorang wanita, macam tula lebih kurang.

Bukan aku tak bagi makan, setiap masa aku bagi. Tah ape yg dia nak berbunyi lagi. Kalau la aku paham bahasa kucing.

Dah selalu macam tu, kadang-kadang aku hilang sabar. Dah lepas marah tu, rasa serba salah pula. Padahal kucing tu bukan paham pun aku marah. Tapi aku assume kucing pun ade perasaan kot. Rasa serba salah hasil dari marah kucing tu buat aku refleksi diri.

Kenape eh kucing tu datang? Mesti aku ke tempat dia menagih simpati? 

Aku lihat semua tu bagai mesej dari Tuhan.

Aku tersedar. Ni semua pengajaran dan mesej yg Allah nak sampaikan utk aku. Mungkin juga sebab Allah nak menguji dan mengajar aku.

Aku mempunyai keinginan utk bernikah. Keinginan yg sangat tinggi. Aku ingin beristeri, punya anak sendiri. Tapi aku lupa menanyakan soalan ini kepada diriku, “Sudah siapkah aku?

Siapkah aku untuk melayan karenah isteri?
Siapkah aku untuk bersabar dengan isteri?
Siapkah aku untuk memberi nafkah kepada isteri?
Siapkah aku untuk hidup berkeluarga?
Siapkah aku untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak?
Siapkah aku memimpin diri dan mereka ke syurga?

Aku mempunyai sikap kurang sabar yg teruk. Kadang-kadang aku tak mampu kawal. Kehadiran kucing-kucing ke bilik ku menyedarkan aku. Aku anggap itu tarbiyah dari Allah.

Antara refleksi diri yg aku dapat kembangkan.

Pertama, aku tak tahan bila Semah datang mengiau-ngiau tak henti. Dia inginkan sesuatu dari aku. Aku tak tahu. Meow meow je kan, mana aku nak paham. Selalu aku menyergah Semah macam ni, “NAK APE LAGI??”

Stress dibuatnya. Kemudian aku sedar, mungkin macam tu lah bakal isteriku. Aku sedar yg wanita susah dimengerti. Walaupun bahasanya aku fahami, mungkin aku tak fahami apa yg dia inginkan. Mungkin aku tak faham perasaan bakal isteriku nanti, yg akan membuatkan aku geram, sakit hati, hilang sabar dan lain-lain lagi.

Dari kucing itu aku belajar, untuk lebih memahami, untuk lebih memenuhi keperluan dan keinginannya. Dan yg paling penting, supaya aku lebih bersabar. Kerana sabar itu amat penting dalam ketahanan hidup berumah tangga.

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Mampukah aku bersabar? Mampukah aku memahami?

-------------------------------------------------------

Kedua, bukan setakat Semah, banyak lagi kucing-kucing yg datang. Meminta makanan dari aku. Kadang-kadang mereka datang waktu aku tengah makan. Aku jarang berkongsi, melainkan hanya sisa-sisa tulang belulang yg aku berikan. Sudah tentu hanya sedikit makanan yg kucing-kucing itu dapat dari aku. Tak mungkin mereka kenyang.

Dari situ aku sedar, hidup berumah tangga merupakan perkongsian hidup aku dan keluargaku. Aku tak boleh penting diri. Aku tak boleh makan sorang. Itu tak adil namanya.

Sebab taknak kucing-kucing mengganggu waktu makan aku, aku belikan mereka makanan kucing. Tapi itupun mereka nak kacau time aku makan. Stress. (=_=*)

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Siapkah aku berkongsi?”

-------------------------------------------------------

Ketiga,  waktu aku nak masuk bilik, ada seekor kucing yg aku tak pernah nampak duduk dekat dengan bilik. Dari gayanya, memang tersangat lapar hingga dia mengikut aku, seperti mengharapkan makanan dari aku. Takde masalah, sebab dekat bilik aku memang dah simpan makanan kucing. Jadi aku pun jemputlah dia masuk.

Dengan tak semena-mena, Semah, yg ketika itu berada dekat dengan pintu bilik, menerkam kucing asing itu. Mereka bercakaran hingga bulu kucing asing itu berguguran. Sebelum keadaan bertambah lebih teruk, aku leraikan, dan aku letak kucing asing itu kembali di luar.

Waktu tu aku sedar, aku tak boleh kawin dua.

hewhew.



P/s: Buat cik bakal zaujati, sy sedang mempersiapkan diri =)

Sy akan belajar menjadi suami yg terbaik untukmu dunia akhirat, dan bapa yg baik untuk anak-anak kita. InsyaAllah.

Terima kasih Allah atas tarbiyah. =)

Friday, 10 May 2013

Keinsafan Diri - Fursan

Di saat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan Yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi.

---------------------------------------

Lagu ni diberikan oleh seseorang. Pertama kali dengar, terus sy jatuh chenta. I mean, jatuh chenta dengan lagu ni. Rasa macam nak berjiwang2 dengan Tuhan pula.

Tuesday, 23 April 2013

Aku manusia lupa daratan


Dulu, aku manusia lupa daratan,
Bodoh merangkak di dalam kegelapan,
Walau cahaya berada di depan,
Aku tak pernah endahkan.

Sekian lama aku merangkak,
Aku tak endah tempat aku berpijak,
Sehingga duri menusuk enak,
Menyedarkan diri yg haprak.

Lalu, aku berusaha menutup kesakitan,
Kesakitan yg tidak kelihatan,
Dari luka yg sangat menyakitkan,
Aku merangkak keluar dari kegelapan.

Dulu, aku seperti manusia bertopengkan syaitan,
Aku lalai dan melanggar perintah Tuhan,
Tapi kini aku sedar hakikat hidup bertuhan,
Aku ingin pulang mencari kebenaran.

Tangan-tangan dari cahaya itu menyambutku girang,
Tangan-tangan yg dulunya sering aku tak pandang,
Tangan yg ingin membawa ku pulang,
Pulang ke kampung halaman yg aku tinggalkan berlalang.

Di ruang cahaya itu,
Aku lihat diriku,
Betapa aku malu,
Atas dosaku yg lalu.

Banyak sungguh luka dan dosaku,
Tapi Dia tak pernah meninggalkanku,
Dia yg menciptakanku,
Dia yg satu.

Tunjukkan aku jalan wahai Tuhan,
Aku ingin kembali menjalani kehidupan,
Kehidupan yg Engkau syariatkan,
Bersama Islam dan Iman.


Sunday, 21 April 2013

al-kisah kedai gunting rambut

Cuti pertengahan semester baru-baru ni, aku pergi menggunting rambut di kedai gunting rambut. Memangla, takkan nak gunting rambut kat stesen minyak pulak kan.

Bercakap soal kedai gunting rambut, aku amat trauma nak pegi gunting rambut kat kedai yg tak paham bahasa melayu. Penah sekali rambutku digunting ala mat rempit, jambul di depan, tobek di kiri kanan dan lain-lain lagi jenis yg pelik. Disebabkan banyak peristiwa hitam di kedai gunting rambut, aku lebih berhati-hati, kadang-kadang malas nak gunting rambut sampai rambut panjang macam pompuan.

Bila di kampung, aku tahu di mana kedai rambut melayu. As a muslim, kita kena cari kedai orang Islam. Kalau ada kedai orang Islam, tapi kita pegi kedai bukan Islam, ostad kata berdosa.

Hah. Dipendekkan cerita, aku pegi kedai gunting rambut yg jauh dalam 7km dari rumah. Kedai gunting rambut tu terletak kat bawah surau.

Sesampainya di situ, kelihatan ada dua orang pelanggan kat situ. Aku pun jenis tak suka duk diam bila menunggu, aku jalan-jalan la jap lepas tinggalkan helmet tanda aku tengah menunggu. Tak lama lepas tu aku masuk balik ke kedai tu. Aku perasan ada sorang pelanggan baru, seorang pakcik yg berusia dalam lingkungan 50an.

Selesai dua orang pelanggan tadi, aku pun nak la bangun untuk turn aku pulak. Dan dengan tanpa rasa bersalah, pakcik yg datang kemudian tu laju je bangun dan terus duduk di kerusi gunting rambut tu.

Oh. Panas hati.

Disebabkan saya ni seorang yg bersopan santun dan menghormati orang tua, saya biarkan saja. Padahal dalam hati tengah menyumpah seranah. Saya perasan brader gunting rambut tu pun macam kejelikan dan kehairanan kat pakcik tu sebab potong line. Tapi sebab kami dua-dua masih muda, kami diam je sebab hormat orang tua. Pakcik tu buat muke dek je.

Setelah beberapa ketika, pakcik tadi pun selesai menggunting dan terus, giliran aku pulak.

Waktu pakcik tu dah keluar kedai, tetiba rasa nak mengumpat pakcik tadi tu dengan brader berkenaan. Tapi disebabkan iman di dada, aku senyap je. Taknak bagi pahala free kat pakcik tu.

Aku duduk, dan kemudian bagitau nak gunting macam mana.

Waktu tengah gunting2 tu, aku dan brader barber tu ade la sembang-sembang, tapi aku tak ingat sangat apa yg disembangkan. Kecuali ada satu hal yg aku ingat sampai sekarang.

"Eh, panjang lagi ni.", kata brader berkenaan.

"Takpe la. Ok dah kot macam ni."

"Cikgu tak marah ke?"

"Hm? Ape dia bang?"

"Cikgu tak marah ke?"

"Err..cikgu? Tak kot.uhu."

Selesai menggunting, aku pun tanya berapa. RM3 je brader tu caj aku.

"Nah bang, ambik la. Baki simpan."

Lalu aku pun keluar dari kedai tersebut dengan hidung sehabis kembang.

Tu je nak cerita. Sekian.

Monday, 1 April 2013

t.i.i.a.s.u.u.m.

Assalammualaikum wbt.

27hb Mac yg lalu bersamaan hari Rabu, Umie ku tercinta telah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan kerana demam teruk. Later, dia didapati mempunyai jangkitan pada buah pinggang selain kencing manis dan beberapa masalah kesihatan yg lain. Hal itu membuatkan aku memutuskan untuk pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat petang walaupun takdak cuti.

Aku pergi melawat umie pada hari Sabtu, dan hari Ahad aku bergegas pulang ke UUM sebab ada assignment dan hari Isnin ada 3 kelas. Hari Ahad pun ada kelas, tapi aku dengan comelnya menghantar email kepada lecturer mengatakan yg aku tak dapat hadir kelas, dengan harapan dapat belas kasihan beliau. Tapi yg tak bestnya bila taip email, tak dapat nak buat kesan air mata tumpah dekat surat, apatah lagi kesan darah. So takla dramatik sangat surat tu. hew hew

Nak dijadikan tragedi, tiket bas dari Teluk Intan ke Alor Star habis. So, option yg ada naik bas sambil lompat2 la gamaknya.

"Sentiasa ada jalan, Allah tak pernah beri kamu jalan buntu."

Pagi Ahad tu aku bangun, dan terus kemas beg. Awis dan adik beradik yg lain masih belum bangun, Kak Ayu je yg dah bangun, tapi dia tak larat nak hantar pergi bus stand yang terletak lebih kurang 25km dari rumah.

Sebagai seorang adik yg baik dan tidak mahu mengganggu tidur abang-abang dan kakak yg lain, aku pun bercadang berjalan kaki menaiki bas shuttle yang dah lama aku tak naik. Kali terakhir naik rasanya waktu Tingkatan 5 kot. Dengan berjalan kaki sambil mengesat air mata di pipi dan menggalas beg mountain hike, aku pergi menunggu bas jam 9.10 pagi.


Alhamdulillah, sesampainya aku di bus stand, bus dah kelihatan. Takyah la tunggu lama-lama. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Selesai membayar duit tiket yang bernilai RM3, aku pun terus duduk.


Suasana dalam bas tu membuatkan aku berasa sedang melancong di Indonesia. Semua orang indon kot. Aku duduk pun sebelah orang indon.

Dalam perjalanan, ada seorang makcik dan tiga anak perempuan yg masih kecil menaiki bas. But sadly, takde sorang pun bagi makcik tu duduk. Orang indon ni takde human sense kot. Aku nak bagi makcik tu duduk, tapi aku jauh ke belakang, makcik tu kat depan. Dan sesuatu terlintas di benak esofagus aku..

"Mana suami makcik ni?"


Dan macam-macam andaian bermain. Kesian rasanya melihat makcik yg elok bertudung labuh terpaksa naik bas bersusah payah. Tak la tua sangat, sekitar 40an. Tapi still la kesian kan. Anak-anak beliau semua bertudung walaupun masih kecil, menunjukkan she's a good mom and muslimah.

40 minit perjalanan menaiki bas, akhirnya sampai di Terminal Bas Teluk Intan. Aku terus beli tiket ke Ipoh since tiket direct ke Alor Star dah habis. Musim cuti sekolah kan, ramai nak balik sekolah dah. Bas pukul 10 habis, bas pukul 11 la jawabnya. Tunggu sejam kat situ. Sempat la jalan kaki gi ATM jap. Tambang gi Ipoh tujuh ringgit tujuh kupang.


Jam 11 pagi aku meneruskan perjalanan ke Ipoh. Most of the time I slept in the bus sambil headbangang.

And then jam 1:00pm aku sampai kat Medan Gopeng. First time nak naik bas dari sini, taktau nak naik bas ape. Main tibai je beli tanpa berfikir panjang. And that's my biggest mistake. Patutnye beli tiket terus sampai ke Changlun, tapi terbeli tiket ke Alor Star. Dan tiket tu pukul 3 pm. Pas beli tu baru perasan ade bas ke sana yg lebih awal. Habis RM23.


Dua jam menunggu, aku sempat solat jamak, mengaji, guling-guling kat surau yg takde orang pun, makan tengah hari, baca novel Syahadat Cinta dan mengusha aweks di sana.muahaha.

Bas sampai 3:10 pm, bas lambat. Dah la lambat sampai. Pukul 3:30 pm baru nak gerak. Free seat. Tapi laki yg duk kat sebelah. Sungguh tak feeling.haha =P

And most of the time, I slept. Macam biasa, sambil headbangang.

Dalam bas tu aku tak senang duduk. Sebab aku kena kejar bas ke UUM. Bas terakhir pukul 7. Dan driver bas tu tersangatlah lambat. Siap berhenti buat ape tah kat Gurun. Jam dah pukul 6:15pm.

Menghampiri pukul 7, aku dah tak senang duduk. Waktu tu baru sampai Alor Star, tak sampai Shahab Perdana lagi. Aku pun putus harapan untuk menaiki bas sebab time tu jalan jem. Dalam hati, last option terpaksa la naik teksi yg tambang mahal 4 kali ganda tak hengat tu.

Tapi aku masih tak putus harapan dengan Allah. Aku baca "bismillahhi tawakkal tu A'laAllah" banyak-banyak. Tapi makin lama makin hilang harapan nak naik bas sebab dah pukul 7:05pm. And that's when I remember one's saying.

"Hek eleh. Doa jela. Bukan mustahil pun."

That's saying come out after I'm amazed when she told that she didn't skip her fast during the Ramadhan. I said, "Tipulah. Dah nak habis puasa kot." Then she replied dengan kereknya seperti dialog di atas.

So I pray. I thought in my mind that Allah already wrote that I will pray hardly at that time, and He shall grant my wish. Allah kan Maha Mengetahui. And He is the best planner. Believing in that, I pray hardly, hoping that the bus is still there, or maybe pakcik driver tu sakit perut ke pe, and then bas tu gerak lambat. Selalu sharp pukul 7 dah takde dah.

But at the same time I thought that even if the bus weren't there, Allah already wrote the best destiny for me. Tawakaltu A'laAllah is the best thing I could do at the moment.

7:15pm aku sampai kat Shahab. Terus aku berlari mencari bas terakhir ke UUM tu.

Surprisingly, the bus were still there. I smiled and my mouth keep saying "alhamdulillah..alhamdulillah" banyak kali. Sungguh rasa disayangi. Allah granted my prayer. (^_^)

I remember that antara doa yg mustajab adalah doa orang yg bermusafir. Waktu teringat tu terus doa banyak2 bagi Umie cepat sembuh dan sihat lebih dari biasa, doa-doa lain, dan paling penting doa cepat dapat jodoh untuk aku.haha

Alhamdulillah..perjalanan pulang ke UUM dipermudahkan. Tambang bas lima ringgit empat kupang. Selalunya lima ringgit je.

Tiket terakhir, untuk perjalanan yg panjang. =)

Terima kasih Allah.
Terima kasih kepada semua yg mendoakan.
Dan terima kasih kepada selipar sebab tak putus sepanjang perjalanan.
Dah sampai UUM baru putus.


Perjalanan yg lama, dari 9:10 pagi sampai 8:40 malam.
Total perbelanjaan tiket, makan dan lain-lain = RM60++.

Moral of the story? Cari sendiri.

Monday, 25 March 2013

Everlasting.

Who are those playful tears for? 
Your voice shakes my heart 
"I can't find you" 
The truth is 
"I don't try to look" 

Even if I couldn't turn back 
Even if I lost sight of you 

Rather than have regrets for a time that won't come back 
I'll listen with my heart to that voiceless voice 
"I can't understand" 
The truth is 
"I won't understand" 

Even if I wander 
Even if I lost sight of you 
Forever 

Everlasting in your eyes 
I don't wanna give up saving you 
This faint warmth I feel 
Will someday become a single hope 
To light this darkness 

A gentle light shines on the open future 
Clearing away the clouds that shrouded my heart 
"I want you to hold me" 
"I'll hold you right now" 

Even if we're torn apart 
Even if I lost sight of you 
Forever 

Everlasting in your eyes 
I don't wanna give up saving you 
This faint warmth I feel 
Will someday become a single hope 
To light this darkness 

Everlasting in your eyes 
I don't wanna give up saving you 
This faint prayer I hear 
Will keep screaming, marking the sorrow 
To light this darkness

Sunday, 24 March 2013

Sejarah Hitam Gigi

Gigi merupakan aset berharga bagi semua makhluk. Gigi amat penting dalam menampilkan kecomelan diri ketika senyum tersengih-sengih. Sebab gigi ni memang kena ada kat manusia la sampai ada gigi palsu, gigi emas, gigi besi, dan beraneka jenis gigi yg lain lagi.

Dan ini, sejarah hitam gigi saya.

Kepada mereka yg tak mengenali, anda tidak akan tahu keadaan fizikal gigi saya. Gigi hadapan saya mengalami sedikit kecacatan, di mana ada satu gigi yg pendek, retak dan kelabu asap sikit.

Orang yg judgemental akan mengatakan,

"Ha, kuat merokok la tu sampai gigi hitam!"

Mungkin juga ada yg mengatakan,

"Tula..waktu kecik tak reti nak gosok gigi..kan dah.."

Tak dinafikan yang pujian-pujian itu membuatkan saya terasa sangat down. Seriously, saya sensitif gila bila orang puji gigi saya.

Jadi, saya terpanggil untuk menaip tentang gigi saya ni, as my teeth is one part of my very cute face. Sangat.

...

Beberapa dekad yg lepas, saya, seperti kanak-kanak yg lain, suka main kejar-kejar. Tempat bermain tak jauh pun dari rumah. Sebelah rumah je pun. Kat situ ada satu asrama kosong yg menunggu masa nak runtuh. Tapi sampai sekarang, asrama tu tak runtuh-runtuh pun sebab tiang utama dia masih teguh menahan walaupun dinding asrama berkenaan sudah lama hilang.

Seingat saya, waktu tu saya berumur 9 tahun, maybe 10 tahun.

...

Seperti petang-petang biasa, setelah cukup korum, bermulalah sesi kejar mengejar.

Dan kami bermain dengan bahagianya.

Dekat asrama tu ada satu tangga yg mana tiada pemegang atau penghalang. Jadi bole la lompat-lompat since tangga tu tak tinggi pun. Bawah tangga tu pulak ada satu ruang. Kami suka lari bawah tu sebab boleh gostan dan acah-acah kat situ. Tangga jadi shield utama nak kelirukan pihak musuh.

Plan asal kejadian.

Kat bahagian atas kami buat undang-undang tak bole lari naik atas. Sape naik atas kene jadi hantu. Tapi kat tengah tu antara zon selamat la jugak sebab boleh terus lompat, tapi since ada masa interval antara jarak waktu lompatan, mendarat dan pecutan, maka tak berapa bijak sebenarnya nak duduk kat zon berjaga-jaga tu sebab si hantu bole buat acah-acah nak naik atas, yg mana akan menyebabkan orang di atas terus lompat ke bawah. Jarak antara tangga dan tempat lompatan pun tak jauh. Bayangkan, nak pecut lagi lepas mendarat. Memang kena fleksibel habis untuk menyelamatkan diri.

And then, how it's lead to a tragedy?

Sila tengok rajah di bawah.

Can you expect what will happen, based on this image?

Seperti yg tertera dalam gambar, saya, orang lidi berwarna biru dikejar ke arah tangga, tapi saya tak naik pun, saya berlari di sebelah tangga dan kemudian melalui bawah tangga.

Nak dijadikan tragedi, budak kuning (bukan nama sebenar) tu gabra bila nampak si hantu semakin menghampiri. Berdasarkan teori masa interval antara lompatan, pendaratan dan pecutan yg diterangkan sebelum ini, akibat gabra dan kelam kabut, beliau melompat lebih awal walaupun si hantu tu tak naik tangga pun.

Dan menakjubkan apabila dia lompat betul-betul atas saya.

Menyebabkan saya tersembam di atas lantai, yang mana lantai tersebut dibina dari konkrit sepenuhnya.

Dan gigi saya patah separuh. Dan berdarah.

...

Ibarat kena voltan tinggi di gigi, gusi dan bibir. Sakit yang anda tak dapat nak bayangkan.

Forgot to mention that kakak saya pun main sekali time tu. Dan dialah yang marah budak yg lompat atas saya tu walaupun sebenarnya budak tu tak sengaja. Last-last kakak saya bergaduh dengan kakak dia. Padahal diorang sebaya dan kawan baik.

Protective betul kakak saya. Terharu. Terima kasih Siti Asma.

Balik rumah tu saya menangis non-stop. Yela, time tu baru 9-10 tahun kot. Dan kakak saya, Nurul Basirah memasak megi untuk saya sebab saya tak boleh nak makan nasi sebab sakit sangat.

But then, saya tak boleh nak suap pun sebab bila sudu tu tersentuh bibir dan gigi, terasa macam kena kejutan letrik.

Sakit berlarutan selama seminggu. Mungkin sebab tak makan seminggu tu kot yg jadi kurus sampai sekarang.

And later, saya pegi buat klinik gigi dengan abah dan betulkan gigi depan yang patah separuh tu. Lama kot rawatan nak betulkan gigi tu, dengan letak besi la, jambatan gantung la, berape kali kene bius. Seksa gila. (T_T)

Dan ini hasilnya.

Ta-da.

But sadly, after all the pain that I've going through, tak la jadi elok mana pun. Doktor gigi tu buat tak sama panjang dengan gigi sebelah. Doktor tu cakap later gigi tu akan tumbuh dan akan sama dengan sebelah gigi satu lagi.

But yet, up until now, after decade, it remains the same.

Lagi malang bila gigi yang ditambah untuk meratakan gigi yang patah separuh tu jadi hitam. Jenuh gosok gigi. Jadi lutsinar kot.

Dan kini, gigiku menjadi identiti dan bahan kutukan oleh insan-insan yg tak bertanggungjawab.

(T_T)

Kalau anda ada kenal doktor gigi yang comel dan berkaliber untuk membetulkan gigi hadapan saya ni, sila bagitau. Nanti tak la malu dengan anak-anak.

Sekian.

Tuesday, 19 March 2013

Munafikkah aku?


Hari ni aku pergi ke masjid dengan memakai serban. Dah lama sangat rasanya tak melilit serban di kepala dengan berjubah putih. Kalau tak salah, kali terakhir mengenakan serban adalah ketika tingkatan 1 dahulu.

Bila dah lama tak pakai, sudah tentu mengundang pandangan pelik manusia.

Ni semua sebab waktu aku nak pergi kelas, helmet aku takde kat motor. Sudah menjadi kezaliman kelaziman budak2 lelaki kat kolej ni ambil helmet yg tak dikunci di motor utk kegunaan masing2. Helmet menjadi kegunaan awam..aku redha (-_-“). Sebab dah lambat dan tak tahu nak pinjam helmet siapa, aku mencapai serban sebagai ganti.

Natijahnya, kopiah aku elok dililit dengan serban. Dah lama tak pakai serban sebenarnya. Tu pun kawan yg tolong lilitkan sebab dia pakar.  Bila dah balik dari kelas, macam sayang pulak nak bukak lilitan serban tu. Jadi aku pun biarkan je. Tu je kopiah yg aku suka pakai. Kopiah satu lagi ada sahabat pinjam.

Seusai solat Isyak berjemaah di masjid, dua tiga sahabatku menegur. Mereka memuji-muji pemakaian serban aku sampai aku rasa segan. Dan bermulalah “usrah pendek” bersama mereka.

“Alhamdulillah syeikh, kemaih pakai camni.”

“Hensem la ustaz..alhamdulillah dah berubah.haha”

Aku dah segan2. Tapi diorang memang camtu, kadang2 tak tau mana satu pujian, mana satu cacian. Tengah berbicara, tetibe aku terluah sesuatu..

“Entah la Omar, kadang-kadang rasa macam munafik pun ade. Luaran nampak elok, orang tengok macam baik-baik je. Tapi dalaman ni..Allah je yg tahu. Ilmu dalam otak ni sikit sangat kot. Baca Quran pun tajwid tunggang langgang.”

“Hang takleh cakap camtu. Mana yg kita boleh beramal, kita beramal la. Tak semestinya kena ada banyak ilmu baru pakai kemaih-kemaih macam ni.”

Aku diam je. Aku tahu semua tu. Tapi saje nak manja2 kena tarbiyah dengan sahabat2.

“Aku nak tanya, kalau orang beli kereta, diorang selalu tengok body kereta or enjin dulu?”

“Err..body kete kot?”

“Bukan..orang selalu tengok enjin dulu. Orang akan pilih enjin dulu. Luaran tak penting.”

Aku tak berapa nak tangkap maksud beliau.

“Luaran kita tak penting..yg penting dalaman ni. Tapi mana yg kita boleh beramal, kita beramal la. Aku pun tak la tinggi sangat ilmu, tapi belajaq la. Perubahan luaran tu sedikit sebanyak akan membantu kita utk terus mencari ilmu.”

“Ye..aku tahu..uhu.tapi..”

Seorang lagi mencelah, Firdaus nama beliau.

“Allah berfirman, ya ayyuhannass..Annas yg dimaksudkan dalam firman Allah tu kalau diterjemahkan memang bermaksud manusia. Tapi dalam tafsiran lain, ada ahli tafsir yg merujuk kepada “Wahai si pelupa..”, kerana kita ni manusia yg pelupa. Jadi memang perlu selalu diingatkan.”

“Mencari ilmu ketika muda ni ulamak cakap, ibarat memahat ukiran di batu. Maksudnya lebih kekal. Berbanding cari ilmu waktu dah tua, ibarat mengukir sesuatu di ais. Salah ketuk, habis pecah. Kalau jadi pun, ais akan cair. Susah nak kekal. Sebab tu kena cari ilmu waktu muda macam ni.”

Dan ade beberapa perbincangan yg aku dah tak berape nak ingat isinya. Tak lama lepas tu, “usrah pendek” kami berakhir di situ.

Ya..memang betul apa yg dikatakan. Dan aku pun tahu hakikat tu. Tak perlu nak tunggu dah berilmu macam para ulama’ untuk pakai serban, jubah dan lain-lain.

The key point is, always improve ourself.

Aku pakai kopiah, jubah, songkok..tu semua lebih kepada nak mengawal diri. Bila aku pakai macam tu, bukan bermaksud aku nak tunjuk yg aku ni baik. Tapi bila aku pakai macam tu, perangai aku lebih terkawal. Dengan pakai macam tu, aku lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri, ibarat mengingatkan diri sendiri. Tak kisah la orang nak tengok macam mana, tapi aku harap biarlah Allah redha memandangku.

Memang tak dinafikan, aku sedikit segan dengan manusia yg dah lama mengenali aku. Hanya mereka yg tahu betapa teruknya aku di masa lalu. Dulu macam setan, sekarang nampak macam malaikat. Tapi dari sibuk memikirkan pandangan manusia, aku teruskan apa yg aku dah mulakan.

This is my way to istiqamah in my changes. Cukuplah beberapa tahun aku bergelumang dengan dosa dan maksiat. Banyak benda yg aku nak betulkan dalam diri ni sebelum aku mati.

Walaupun tak semua kita dapat buat, tapi biarlah tak semua kita tinggalkan.
Walaupun masa silam tak akan hilang, masa depan sentiasa ada.

Hakikatnya ramai dari kita yg nak “kembali”, tapi masih belum kuat. Mungkin sebab mereka rasa apa yg aku rasa, atau mereka tidak menemukan jalan lagi. Tapi apapun alasannya, nak taknak, kita kena berusaha utk kembali dan memperbaiki diri, sebelum kita mati.

Dan aku menulis di sini bukanlah sebab nak nyatakan yg aku sedang berubah, bukanlah juga aku ingin manusia memahami aku, jauh sekali supaya mereka melihat aku sebagai seorang yg baik atau soleh. Aku sendiri ada benda yg aku belum dapat tinggalkan, cuma aku tak zahirkan di khalayak. Mungkin manusia mengenali kegelapan aku di masa lalu, tapi cukuplah Allah mengenali siapa aku kini. Walaupun aku tak tahu apa darjat aku disisiNya. Aku mengharapkan redhaNya.

Hijrahkan diri kerana Allah. Jangan lelah. Nasihat dan peringatan utk diri sendiri juga.

Moga dipermudahkan perubahan yg baik, insyaAllah.

Monday, 18 February 2013

Nantikan aku di batas waktu. #lirik#

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan
 
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu.



Artis : Edcoustic
Lagu/lirik : Deden Supriadi

**************************************************

Entah kenape tetibe aku nak masukkan lirik lagu ni dalam blog. Macam kena sikit2 je dengan aku.

podah.




Wednesday, 6 February 2013

Menggoreng ikan kering.

this is my third day staying at my brother-in-law's house with his mom, which i called "makcik". one of my purpose staying here is to accompany makcik when her son is working. makcik isn't well and cannot really standing and walking too much.

and everyday, makcik and i will preparing lunch together.

makcik told me to fry ayam goreng and ikan kering. after finish frying ayam goreng, i put ikan kering right away. this is my first time frying ikan kering. i really don't know what is the right time to stop frying.

oh, forgot to mention that i cooked using electric kitchen.

after frying for awhile, i check. and when i realised, the other side of ikan kering is already hangit. this is how it's look.

 "habisla aku.."

but the other side is like "ok la jugak" and doesn't look like anything bad happen.


so i put all the ikan kering on the plate, like this. the burnt side were hidden.

sungguh genius.

makcik ask me, "pandai tak goreng ikan kering?"

"pandai."

Wednesday, 16 January 2013

Pergaduhan dua benua.


Lagi sekali, tengah aku kusyuk study, tetibe ada suara orang terpekik-pekik. Mula-mula dengar dari jauh, lama-lama makin dekat. Aku ingat orang menjerit sebab stress study. Aku buat tak layan, tapi bila dengar betul-betul, eh, orang bergaduh ni.

Aku pun terus tengok dari tingkap, nampak dua kelibat. Aku dah tak senang duduk. Aku terus keluar bilik. Rupanya kawan aku sendiri. Aku pelik, bergaduh dgn siapa?

Aku pun ape lagi, terus la turun. 

"Woi, hang gi balik Somalia la! Dah la tak bayaq, kuang hajaq pulak!"

"Hey. Cakap English. Cakap English."

I don't know the other guy is Somalian, African or Canadian. Tapi dia tahu la cakap Melayu sikit-sikit.

Dan setibanya aku di bawah, kawan-kawan foreigner tu keluar sekali. Kami masing-masing cuba leraikan dua orang ni, sorang Malaysian, sorang foreigner.

"Kanapa? Kanapa?", foreigner tu tanya yg Malaysian ni.

"Wei p******, hang pegi ****, dah la tak bayaq, kuang hajaq. #*@!%$!!"

"Hey, I live her. Why should I go back??! Yooouur F*** #%*$@!!"

Ok, aku penat.

Blurr aku nak leraikan. Foreigner tu ganas gila. Sekali dengan kawan dia jadi mangsa. Dia tolak member dia sampai nak terjatuh, aku sekali kena tolak. Last-last foreigner tu gadoh dgn kawan dia plak. Kaki aku dah sakit dah sebab kena pijak.

Aku tanya yg Malaysian ni, "Awat?"

"*#$%@ tu la kuang hajaq, dah la makan tak bayaq, pastu nak kuang ajaq pulak!"

"Let me pay. Let me pay. How much?", kawan foreigner tu nak bayarkan.

"Hey, what's his problem??", foreigner tu tepuk dada tu aku tanya.

"Hey. Talk calmly, don't make things kalut."

Eh?

Takpe, dia macam paham. 

Tapi keadaan tetibe jadi makin genting (wah, genting tu) sebab pergaduhan dah bertukar tiga hala. Foreigner tu bengang, Malaysian ni bengang, kawan foreigner tu jadi bengang, aku pulak jadi bengong.

Dipendekkan cerita, aku suruh Malaysian tu bertenang. Cakap apa pun tak guna. Foreigner tu bukan paham pun hang nak maki dalam BM.

Last sekali pergaduhan antara Malaysian dan foreigner berkenaan dapat dileraikan. Tapi aku dengar foreigner tu tengah gaduh dengan member dia pulak. 

Can you imagine how complicated that cakar-cakar kucing since the bahasa masing-masing tak paham. Aku pun taktau nak guna bahasa mana dah ni.

Ok, aku nak sambung study. Tolong la jangan ade gangguan lagi.

Melembutkan Lembu


Sedang kusyuk aku study, tetibe jiran sebelah bilik aku datang. Dengan muka konfidennya, beliau menanyakan aku soalan.

"Shauqi, ko tau tak camne nak lembutkan daging lembu?"

"Em..Letak limau?"

"Salah."

"Letak pelembut?"

"Salah."

"Letak losyen?"

"Salah."

"Ludah dekat lembu?"

"Salah jugak. Dah habis teka?"

"Err..dah. Apa dia?"

"Tambah T."

"T?"

"Aah. Lembu + T = Lembut."

".... Zaid. meh sini."

Lalu beliau melarikan diri tanda bahagia dapat mengenakan aku.
Dah la tengah study, blur langsung pale otak. Terima kasih Zaid.

Sunday, 13 January 2013

Nak kawin.

Final exam dah hampir sampai ke penghujungnya.

Moga paper terakhir 17hb Januari ni baik-baik sahaja.

Jadi, mood sekarang ni asyik terfikir satu perkara.

Nak kawin.


Sunday, 6 January 2013

Radio Quran. Sangat reliable.

Assalammualaikum wbt.

Just nak share cara mudah nak dengar ayat-ayat suci al-Quran dari komputer anda tanpa perlu mendownload. Ada kawan yg kongsikan, sy pun nak berkongsi dgn anda semua.

Langkah-langkah:

1) Pergi kat Desktop

2) Right click, pastu select New



3) Select Shortcut

4) Pastu akan keluar window camni




5) Lepas tu, copy paste mana2 link dekat bawah ni dekat kotak tu. Tajuk dalam kurungan tu tak payah. Yang dihitamkan je.


( Public Radio - Broadcast to different reciters -)

mms://50.22.223.13/radio

....................................................

( Reciter - Maher Almaikulai - )

mms://50.22.223.13/maher

....................................................

( Reciter - Ahmed Al-Ajmi - )

mms://50.22.223.13/ajm

....................................................

( Reciter - Saud Al-Shuraim - )

mms://50.22.223.13/shur

....................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed - )

mms://50.22.223.13/basit

....................................................

( Reciter - Abdel Rahman Sudais - )

mms://50.22.223.13/sds

....................................................

( Reciter - Saad Al-Ghamdi - )

mms://50.22.223.13/s_gmd

....................................................

( Reciter - Mohammed Siddiq Al-Minshawi - )

mms://50.22.223.13/minsh

....................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed { Mujawwad } - )

mms://50.22.223.13/basit_mjwd

....................................................

( Reciter - Mashary Al-Afasy - )

mms://50.22.223.13/afs

....................................................

( Reciter - Khalid Al-Qahtani - )

mms://50.22.223.13/qht

....................................................

( Reciter - Fares Abbad - )

mms://50.22.223.13/frs_a

....................................................

( Reciter - Idris Abkar - )

mms://50.22.223.13/abkr

....................................................

( Reciter - Yasser Al-Dosari - )

mms://50.22.223.13/yasser

....................................................

( Reciter - Abu Bakr Ashatery - )

mms://50.22.223.13/shatri


5) Dah copy paste,

* select next
* rename shortcut. tak payah pun takpe.
* select finish

6) Finally anda akan lihat shortcut tadi jadi macam ni. Macam playlist lagu Windows Media Player 



Double click, and then the radio will start. Tapi kena ada internet connection la.

Selamat mencoba. =)