Sunday, 21 April 2013

al-kisah kedai gunting rambut

Cuti pertengahan semester baru-baru ni, aku pergi menggunting rambut di kedai gunting rambut. Memangla, takkan nak gunting rambut kat stesen minyak pulak kan.

Bercakap soal kedai gunting rambut, aku amat trauma nak pegi gunting rambut kat kedai yg tak paham bahasa melayu. Penah sekali rambutku digunting ala mat rempit, jambul di depan, tobek di kiri kanan dan lain-lain lagi jenis yg pelik. Disebabkan banyak peristiwa hitam di kedai gunting rambut, aku lebih berhati-hati, kadang-kadang malas nak gunting rambut sampai rambut panjang macam pompuan.

Bila di kampung, aku tahu di mana kedai rambut melayu. As a muslim, kita kena cari kedai orang Islam. Kalau ada kedai orang Islam, tapi kita pegi kedai bukan Islam, ostad kata berdosa.

Hah. Dipendekkan cerita, aku pegi kedai gunting rambut yg jauh dalam 7km dari rumah. Kedai gunting rambut tu terletak kat bawah surau.

Sesampainya di situ, kelihatan ada dua orang pelanggan kat situ. Aku pun jenis tak suka duk diam bila menunggu, aku jalan-jalan la jap lepas tinggalkan helmet tanda aku tengah menunggu. Tak lama lepas tu aku masuk balik ke kedai tu. Aku perasan ada sorang pelanggan baru, seorang pakcik yg berusia dalam lingkungan 50an.

Selesai dua orang pelanggan tadi, aku pun nak la bangun untuk turn aku pulak. Dan dengan tanpa rasa bersalah, pakcik yg datang kemudian tu laju je bangun dan terus duduk di kerusi gunting rambut tu.

Oh. Panas hati.

Disebabkan saya ni seorang yg bersopan santun dan menghormati orang tua, saya biarkan saja. Padahal dalam hati tengah menyumpah seranah. Saya perasan brader gunting rambut tu pun macam kejelikan dan kehairanan kat pakcik tu sebab potong line. Tapi sebab kami dua-dua masih muda, kami diam je sebab hormat orang tua. Pakcik tu buat muke dek je.

Setelah beberapa ketika, pakcik tadi pun selesai menggunting dan terus, giliran aku pulak.

Waktu pakcik tu dah keluar kedai, tetiba rasa nak mengumpat pakcik tadi tu dengan brader berkenaan. Tapi disebabkan iman di dada, aku senyap je. Taknak bagi pahala free kat pakcik tu.

Aku duduk, dan kemudian bagitau nak gunting macam mana.

Waktu tengah gunting2 tu, aku dan brader barber tu ade la sembang-sembang, tapi aku tak ingat sangat apa yg disembangkan. Kecuali ada satu hal yg aku ingat sampai sekarang.

"Eh, panjang lagi ni.", kata brader berkenaan.

"Takpe la. Ok dah kot macam ni."

"Cikgu tak marah ke?"

"Hm? Ape dia bang?"

"Cikgu tak marah ke?"

"Err..cikgu? Tak kot.uhu."

Selesai menggunting, aku pun tanya berapa. RM3 je brader tu caj aku.

"Nah bang, ambik la. Baki simpan."

Lalu aku pun keluar dari kedai tersebut dengan hidung sehabis kembang.

Tu je nak cerita. Sekian.

4 comments:

hawa said...

wahh..untung la muka awet mude..:D

hampeh said...

muka pak cik2 ada hati kata budak sekolah..ishk2......

- musafir. - said...

@hawa. untungkan?aha
@hampeh. toksah la jeles.hakikat okeh :P

Jedi Knight said...

Salaam.

Karangan punya panjang tapi sebenarnya nak citer part budak sekolah tu jer ek?

Ekekeke...