Tuesday, 29 May 2012

5 beranak masuk bilik

Cuaca cerah dan enak sekali di pagi Selasa ni. Jam menunjukkan pukul 10.11 pagi. Suasana hening, nyaman dan sangat menenangkan. Blok C tempat aku menghuni masih sunyi, hanya kadang-kadang orang melintasi bilik. Pintu bilik ku tak tertutup, memang sengaja aku buka seluasnya bagi membenarkan udara segar menyinggah ruang bilik. Dan aku kusyuk membaca novel yg aku jumpa, walaupun tak tahu siapa punya.

Langit indah, meski cahaya matahari menyucuk mata ku, udara pagi yg sangat mendamaikan hati, dengan alunan muzik Menanti Cinta nyanyian Krisdayanti, aku mengambil segenap ruang utk mencari ketenangan sebelum mengulangkaji pelajaran, sambil membaca novel dan terkadang melihat notification di Facebook dari katilku.

Aku sendirian dalam bilik, terbaring sepi. Kawan bilikku pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Sudah 2 hari aku bermalam sendiri, cuma malam tadi sahabatku dari kolej lain datang menemani. Selepas subuh jemaah bersama beliau, dia pulang semula ke kolej yg terletak sekitar 2km dari kolej ku.

Namun, pandangan aku terusik seketika dengan kehadiran sesuatu dalam bilikku.

Kucing. Ya, seekor kucing masuk ke dalam bilikku. Namun aku hanya buat tak endah kerana aku sudah biasa kucing masuk dalam bilikku utk bermain. Kucing memang sudah menjadi kegemaranku. Tapi kini aku sibuk melayani novel di tanganku.

Kemudian, dengan tidak semena-mena..aku terdengar suara indah bermain di telingaku. Lalu mencuri perhatian ku terhadap novel yg dari tadi aku tak lepaskan dari tangan ini. Aku mencari..

"meow..meow.."

Ok2, versi penulisan blog gaya novel berhenti disini. Lah, anak kucing?

Aku pun ape lagi, terus mencari. Mane plak datangnye anak kucing ni? Aku tengok mak kucing tu bawak seko-seko masuk bilik. Bertuah punye kucing, ape ko ingat ni rumah baru ko lepas bergaduh dengan suami?

Aku tengok bawah almari besi aku, aku kira-kira ade 4 ekor anak kucing dalam tu. Adeh. Comel plak seko-seko. Tapi warne sepesen je. Ade la seko tu warne hitam..yang lain warne kelabu belang-belang.

Seko-seko anak kucing tu aku tarik keluar dari almari. Bukan ape, kang kalau diorang buang najis dalam tu, tak ke harum semerbak bilik aku nanti? Tapi mak dia mengganggu urusan ku, dan dengan selamba badak beliau menayangkan puting susunye lalu menyusukan anak-anak beliau. Aku pun tak jadi nak kacau. Aku tak dapat menahan dari mengatakan, "Kiutnye.." (-_-")


Tapi perkara seperti itu tidak dapat dibenarkan. Aku harus kuatkan diri. Kendian aku tarik beg aku, tempat diorang landing kat bawah almari besi tu. Tapi anak-anak kucing tu still menyusu. Sekali lagi.. "Kiutnye.." (-_-*)

Lepas tu aku ambil kotak kasut aku, aku letak paper dan aku masukkan seko-seko dalam tu. Sekali mak diorang aku sumbat dalam tu. Ini hasilnya :


Sekarang aku mencari individu yg sanggup bertanggungjawab membela nasib ibu tunggal seperti beliau. Kalau berminat, silalah hubungi saya, atau ibu tunggal ini.

Semah binti Semak Samun
(Kampung Kucing Tersepit)

Sekian.

15 comments:

Feza said...

kat blok aku lagi meriah populasi kucing. beranak je kejenya.

- Perantau. - said...

i do think we should develop or build a "cat housecare center" or something like that in uum. banyak sgt kucing.-_-

anishahuda said...

dah alang2 dia dok dalam bilik tu bela je la bukan selalu dapat anak angkat (^^,)

Rosi Nurrahmanina said...

ahahaha cute! tapi muka mama kucingnya mcam garang :))
anyway, itu kotak letak kucingnya kurang besar lah shauqi T__T

ch000tz axoera ヅ said...

suka kucing tapi tak boleh nak bela sebab sempooott >_<

- Perantau. - said...

@anishahuda : sy tak kisah nak bela. asalkan pandai keluar bilik kalau nak membuang. tu je.uhu.

@Rosi : A'ah. tak reti nak senyum langsung. (ade ke kucing pandai senyum?) hehe.nanti akan diusahakan kotak yg lebih besar.huhu

@ch000tz : semput?asma or alahan?

Rosi Nurrahmanina said...

hihi, *wondering ada kucing boleh senyum :)

- Perantau. - said...

ade.doraemon dan garfield.heh

Syakir Rahman said...

yea....follower ke seratus :)

- Perantau. - said...

haha.tahniah..nanti sy belanje roti canai.ehe.

Syakir Rahman said...

=="

ahh, apa2pun kene blanja gak...ngahahahaha...

Fiqa said...

kau bagi nama dia semah? oi! tu nama asmarashter! gila! tukar nama dia! bhahaha!
aku ada cara. tapi perlukan dana. bhahaha! kene hantar pergi vet. mandulkan semua kucing dekat sime darby.

cik tenggiling said...

perh, cara tulis sebijik mcm dlm novel..haha..

cik tenggiling said...

perh, cara tulis sebijik mcm dlm novel..haha..

ariana said...

walaupun hanya seekor kucing.., nk membelanya agk besar tanggung jwbnya Dik..