Friday 25 May 2012

Peminta Sedekah. Nak bagi ke tak?

Situasi ni berlaku waktu aku dan sahabatku, Ramzi hendak solat di masjid sekitar Johor. Siap parking, kami keluar kereta dan terus berjalan menuju ke masjid. Tapi aku patah balik ke kereta sebab nak ambik kain pelikat dalam kereta, aku pakai jeans je waktu tu. 

Aku tengok ade seorang brader datang mendekati aku dan Ramzi. Brader tu pakai baju masuk dalam, seluar jeans dan berkopiah.

"Assalammualaikum bang..", brader tu bagi salam.

"Waalaikummussalam..kenape bang?", aku tanye beliau.

"Bang, maaf ganggu abang kejap. Saya nak minta tolong..saya baru keluar dari jel. Sekarang saya nak balik kampung..tapi saya tak cukup duit bang. Nak RM3.00 je."

Brader tu nak mintak sedekah rupanya. Aku ingatkan kenapa. Dah banyak kali sebenarnya aku jumpa orang mintak duit macam ni. Selalu dekat stesen bas, malam tadi dekat stesen minyak, dan sekarang dekat masjid pula. Dalam hati, "Pandai betul nak cari duit kat tempat-tempat macam ni."

Aku renung tajam brader tu. Dia tunduk-tunduk mengelak dari melihat mata aku. Ramzi cakap tu tanda orang menipu. Aku pun bersuara kat brader tu.

"Bang, saya bukan ape. Dah banyak kali dah orang macam abang ni saya jumpa. Saya tak tahu la abang ni menipu ke ape, tapi abang nak balik mana?"

"Saya tak tipu bang..saya pun malu nak mintak duit orang ni. Takkan la saya nak tipu dekat depan rumah Allah ni bang. Saya dah insaf..malu dengan orang. Saya taknak mencuri dah. Duit haram tu bang..", brader tu membalas. tapi still tak tengok muke aku. Garang sangat ke muke aku ni? (-_-")

Aku tak percaya pun. Tapi aku cube bersangka baik. Takut betul-betul dia dalam musibah.

"Abang ni nak balik mane? Tambang berape ringgit?", aku tanye lagi.

"Saya nak balik kampung ni...tambang dalam RM3.50.."

Aku pun keluarkan dompet. Tapi sebelum aku bagi dekat brader tu, aku cakap macam ni.

"Hm..sebab kita ni sesama Islam, saya bagi. Saya bagi ni, terpulang la dekat abang nak buat ape. Saya tak tahu abang cakap betul ke tak, tu antara abang dengan Allah. Kalau abang tipu pun, terpulang la. Tanggungjawab saya lepas sampai sini je.", aku pun hulurkan duit.

"Nah, duit lebih abang simpan."

"Alhamdulillah..syukur. Terima kasih banyak-banyak bang. Allah je yang dapat balas. Terima kasih..alhamdulillah..", abang tu salam aku dengan Ramzi tanda terima kasih. Lepas tu aku ulang peringatan yg sama dekat dia.

Brader tu pun blah.

Ramzi : "Kenape ko bagi?"
Aku : "Saje."
Ramzi : "Baik beno.."
Aku : "Well.."

Berlagak plak aku. Takdelah. Ade sebab aku buat macam tu. Bukan aku tak penah kene dengan orang-orang macam tu. Selalu aku tak penah bagi pun. Tapi kali ni aku bagi. Sebab aku terfikir sesuatu.

Kenapa aku bagi?

Bagi aku, orang tu mungkin cakap betul, mungkin menipu. Tapi apepun situasinya, kalau betul-betul dia tengah sulit, kesian dekat dia. Biarlah kalau menipu pun, tu antara dia dengan Allah. Yang penting, tanggungjawab aku dah lepas. Sebab tu aku cakap macam tu kat brader tu tadi.

Motif? Bukan nak tunjuk baik. Tapi sekadar peringatan bersama. 

Kita mungkin pernah didatangi orang seperti tu, meminta wang dengan alasan yg sama. Pernah tak kita bagi? Mungkin dia betul-betul perlukan duit. Sape tahu..? Persoalannya, ape tanggungjawab kita?

Mungkin suatu hari nanti kita di tempat dia. Minta wang ke sane sini. Terdesak. Mungkin. Sape tahu kalau musibah nak datang, kan? Namun bukan aku mengharapkan balasan. Tapi memikirkan tanggungjawab sesama manusia, sesama muslim. Nabi pun ajar kita untuk bersangka baik. Bagi jela setakat yg kita mampu, niatkan sedekah kerana Allah. Kita tak rugi apepun. Rezeki itu bukan kita yg punya walaupun ada dalam poket sendiri. Mungkin duit itu untuk diberi kepada orang lain. InsyaAllah kita punya rezeki kita sendiri. Nabi kita sendiri bersifat pemurah. 

Namun, kalau rasa tak mahu ditipu atau diperbodohkan. Boleh ikut cara-cara di bawah.

1. Ikut orang tu pergi beli tiket @ apa-apa yg dia kata nak beli waktu minta duit dengan kita tu.

2. Beli sendiri keperluan orang tu kalau kita mampu.

3. Tanya dia soalan yg sama banyak kali, sampai dia fedup atau beri jawapan yg sama berulang kali.

4. Tanya dia selengkap dan sedalam boleh tentang dia.

5. Waktu bagi duit tu, ikut cara aku cakap dekat brader tu.

Lepas bagi tu, tawakal jela. Ikhlaskan diri seboleh mungkin. Doa pada Allah, andai benar dia dalam kesulitan, moga Allah bantu dia. Andai dia menipu, doakan moga dia diberi hidayah hasil dari duit kita tu. Hukuman dan balasan itu Allah yg tetapkan. Mudah-mudahan doa orang teraniaya menjadi doa yg mustajab. InsyaAllah.

Amalkan memberi sedekah. Sesungguhnya sedekah itu amalan yg sangat digalakkan.

"Sedekah yg paling baik adalah sedekah yg diberi oleh seseorang yg punya sedikit."


p/s : entry ini sekadar perkongsian. tak bermaksud nak riak ke ape. nauzubillah. =_=

4 comments:

fariQuE said...

kalau aku slalu ckap , xde duit kecik. lols, lepaih tuh , dye cakap , saya boleh pulangkan baki , and im just like " (-.-) errr "

Cik Seni said...

akak pun pernah kena camni kat stesen bas putra masa nak balik kampung time raya...

tetibe ada sorang pakcik tua ni datang kat akak cakap dia terlepas bas sebab dia lewat sampai. dia nak beli tiket bas yang baru tapi tak cukup duit rm15. akak rasa kesian je tgk muka dia, dgn pakai kopiah lagi tu...masa tu dah rasa dah macam dia menipu je, tapi memandangkan masa tu bulan puasa yang mulia dan akak bersangka baik...akak bagi jugak la rm15 kat dia...akak pikir kesian pulak kat pakcik ni kalo tak dapat balik raya dengan keluarga kat kampung sebab takde duit nak beli tiket bas... :(

lepas dah bagi duit tu...baru akak terpikir, 'kenapa akak tak ikut dia & belikan tiket untuk dia?'...kalo buat camtu, barulah tahu dia ni menipu ke tak kan....dush!!!huhu...tapi pakcik tu dah berlalu pergi...

sebulan dua lepas tu...mungkin Allah s.w.t nak tunjukkan kebenaran pada akak, akak balik kampung lagi. tetibe nampak pakcik ni lagi...akak dok perati je dari jauh...akak nampak dia pegi kat couple ni, couple ni macam student je...maybe dia buat2 cerita mende yang sama kat couple ni. akak pulak duduk selang 2-3 kerusi je dari couple ni. sebab akak sakit hati dengan pakcik ni yang dah terang2 menipu, akak pun pergi kat couple tu...akak cakap kat couple tu, 'pakcik ni menipu, jangan percaya kat dia'...bila pakcik tu nampak akak cakap camtu kat couple tu, terus dia blah...huhu...

tapi tak kisahla rm15 tu, yang penting niat kita baik nak tolong orang yang tengah susah...dosa pahala orang yang menipu tu, biarlah antara dia dengan Allah s.w.t. :)

ch000tz said...

kalau 1st time tgk pengemis tu dah rasa nak sedekah/simpati selalu akan bagi tapi kalau yang jenis tak faham bahasa mmg tak bagi pun....

umairah safiyyah said...

Betul2..
sy x kisah kalau pengemis tu tipu sy yg penting niat kite nak sedekah.itu je! selebihnya antara dia dgn Allah

slalu sgt org marah dgn sy sbb bagi tapi sy cakap dgn mereka kalau korang rasa si peminta sedekah ni penipu etc..smpai bila kita nak sedekah dekat orang kalau pemikiran kita mcm ni?!