Tuesday 27 September 2011

Kaki Melangkah.


Semalam, aku berjalan..aku ambil kesempatan dari pembatalan kelas utk mencari ketenangan bagi jiwaku yg kemurungan. Aku berjalan dari dewan kuliah utk balik ke kolej. Tapi aku mengambil jalan yg jauh. Perjalanan ke bilik sudah sedia jauh, tapi aku jauhkan lagi perjalanan itu. Memang fikiran betul2 tengah dibebani bebanan yg membebankan "bebanan" yg sedia ada di bebanan(ok, merepek sekejap).



Aku berjalan sendiri. Aku menyumbat telinga dengan earphone utk menghiburkan hati. Di awal langkah, ku rasakan beratnya kaki ini hendak melangkah. Terkadang aku berhenti tanpa sebab. Terkadang aku ingin berpatah balik utk hanya menaiki bas. Aku pandang ke atas, kemudian ke bawah, dan kemudian melihat sekeliling. Aku mengeluh dengan tekanan yg aku hadapi.

Aku runsing. Aku keliru. Aku gelisah. Aku tertekan. Kenapa bahagia itu hanya sekejap?

Aku teruskan berjalan, sambil melihat kehijauan alam di sekitar ku. Aku lalui jalan2 yg jauh dan sukar. Aku tak tahu apa yg akan aku temui. Namun aku teruskan melangkah.

 Aku muhasabah diri. Aku merenung masa silamku. Jika tersilap langkah, mungkin aku boleh berpatah balik, namun aku tak akan dapat utk memutar kembali masa yg telah berlalu. Aku tak mungkin berpatah balik utk membetulkan keterlanjuran ku pada masa lalu.

Hati mereka yg telah ku sakiti, hati sendiri yg telah ku zalimi..aku sebak. Berapa kali harus ku ulangi kesilapan yg sama sebelum aku berubah? Aku runsing. Imanku mudah goyah. Sampai bila aku harus berada di takuk yg sama?

Ketika aku berjalan, aku mengingati dosa-dosaku terhadap Allah, dosa terhadap mereka yg ada dalam hidupku. Dunia ini telah aku kotori dgn kemungkaran. Aku telah mengundang kemurkaan Allah. Aku zalim.

Aku berdoa kepada Allah agar diberikan ketenangan dan keampunan. Aku percaya Allah sentiasa ada, cuma aku yg terpedaya dgn dunia hingga Allah tidak ku ingati. Allah sentiasa mengingati hambaNya, tetapi hambaNya jarang mengingatiNya. Betapa hinanya diriku, hanya mencari Dia ketika kesempitan.

Aku terus melangkah. Tiba-tiba, langkahku terhenti. Angin tiba-tiba bertiup ke arahku. Angin yg mendamaikan. Sedikit sebanyak menyejukkan tubuhku yg berpeluh. Dari mana angin ini datang, sedangkan aku berada di tempat yg terlindung? Rahmat Allah ada dimana-mana sahaja.

"Hati, damailah.." (dipetik dari blog warna-warni kehidupan.heh)

Ketika langkahku terhenti, pandangan ku melihat alam di persekitaranku. Tiba-tiba aku tersentak. Aku tersedar dari lamunan. Sudah berulang kali aku melalui jalan yg sama, namun baru kali ini aku menyedari kewujudannya. Kenapa aku tak pernah sedar tentang ini, padahal aku selalu mencarinya dalam hidupku?

Aku terus berhenti di sini. Di bawahku mengalir air sungai yg keruh. Walaupun keruh, air itu masih mengalir. Aku ditemani kehijauan. Akhirnya fikiran ku tenang. Benar, hijau itu mendamaikan.

Aku berfikir sejenak. Aku tahu, kegelisahan hati ini adalah kurniaan Allah agar aku tidak terus menerus terhanyut. Allah sayangkan aku, Dia tidak membiarkan aku terus terleka. Dia sedang memberi pengajaran kepada ku. Aku sedar, tiap kali aku melakukan kesalahan, tiap kali aku melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, Dia akan mendatangkan musibah kepadaku yg aku anggap sebagai “nasib malang” ketika itu. Aku tak sedar, itulah rahmat Allah kepadaku. Alhamdulillah, aku tidak tergolong dalam golongan istidraj.

Dia biarkan aku keseorangan agar aku mencariNya sebagai teman. Dia berikan aku kedukaan agar aku tidak terleka dengan keseronokan dunia. Dia jauhkan aku dari orang yg aku cintai supaya aku dapat mengukuhkan cintaku terhadap Ilahi.

Tiba-tiba azan berkumandang. Aku pelik. Walhal aku sedang memekakkan telingaku dengan lagu-lagu yg ku dengar dari earphone. Alhamdulillah, aku masih mampu mendengar seruan Ilahi memanggil aku. Subhanallah. Aku terus menuju jalan pulang.

Tika langkah menuju pulang, aku sedar, rahmat Allah itu luas. Dia sentiasa mengingati aku. Tika aku mencariNya, Dia sudah ada disampingku.

Benar, perjalanan yg jauh lebih bermakna dari perjalanan yg singkat. Walaupun di awalnya jalan itu nampak sukar, tetapi pengakhirannya memberi kepuasan yg lebih baik. Jalan yg sedikit orang melaluinya, tak bermaksud jalan itu tidak perlu dilalui.

“Ada rahsia yg tak mungkin akan engkau fahaminya..” - Biarkan, NowSeeHeart .



2 comments:

NoYB said...

Muhasabah la diri... ^___^

my reCent POst : BLOG ku berTUKAR...!!!

- musafir. - said...

i will.huhu