Friday, 17 August 2012

Pemergian di Bulan Ramadhan.


Aidilfitri bakal menjelang. Salah seorang anak perantauan, saudara kita bersiap-siap hendak pulang ke kampung. Dengan memikul 2 beg bersama, dengan menaiki motorsikal, saudara kita dengan gembira menuju ke kampung halaman tercinta. Wajah ibu bapa tersenyum ceria menanti kepulangan anak tersayang. Terbayang suasana ceria di hari raya kali ini. Baju raya dah dibeli, mungkin pulang bersama sedikit duit yg disimpan untuk diberikan kepada adik-adik sebagai duit raya. 3 hari lagi, Syawal bakal menjelang. Girangnya hati..setelah sekian lama merantau di tempat orang, akhirnya si anak menuju pulang. Walaupun dengan hanya bermotosikal.

Saudara kita yg lain di kampung pula, tak sabar menuju ke bandar untuk membeli keperluan di hari raya. Baju raya mungkin belum dibeli kerana gaji belum masuk. Bila gaji masuk, dengan segera terus menuju ke bandar. Tak sabar mungkin. Mungkin kerana takut stok habis, mungkin takut jalan sesak. Mungkin. Maka dengan pantasnya memecut kereta ke bandar. Lorong motosikal pun diredah kerana mahu memotong kenderaan dihadapan. Sifat manusia bila memandu, memang tak boleh dikawal.

Setelah 2 jam perjalanan menunggang motorsikal dari bandar, saudara kita itu makin gembira. Tak terbayang rasanya suasana di rumah. Teringat adik-adik kecil berlari ke arah si abang yang sudah lama tak berjumpa. Tak sabar rasanya nak melihat wajah-wajah ahli keluarga tercinta.

Tiba-tiba..tanpa diduga. Hentaman kuat kedengaran. Si penunggang motorsikal terpelanting. Bunyi deruman enjin motorsikalnya terhenti. Dunia yg bising tadi, tiba-tiba senyap sepi. Allah..Si penunggang itu terbaring kaku, tak mampu berdiri, tak mampu berkata-kata..sungguh Allah lebih menyayangi. Saudara kita tadi tak mampu berbuat apa-apa, selain melihat malaikat maut datang menjemput dirinya..

Innalillahhi wa innailaihi rajiun.

Maka, apa yg dibawa bersamanya untuk mengadap Penciptanya? :’(

Dunia ini hanya sementara. Akhirat juga lah yg kekal selamanya. Baju raya yg tak kesampaian dipakai. Duit raya yg tak sempat diberi. Kuih raya yg tak sempat dijamah. Allah..sungguh kehilangan di hari lebaran itu sangat berat. Bayangkan betapa hancurnya hati keluarga si arwah. Tiada lagi kelibat si arwah di Aidilfitri yg mendatang. Tiada lagi suaranya dapat didengar. Semoga ahli keluarga arwah tabah, dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Al-fatihah.

P/s : Sebenarnya, saya sendiri menyaksikan kemalangan maut yg menimpa seorang penunggang motorsikal, petang tadi. Sebak rasanya melihat beg-beg pakaian di jalan raya, dan si penunggang terbaring kaku dengan wajahnya ditutup dengan kain. Ya Allah..semoga Engkau merahmati si arwah dan ahli keluarganya. Amin ya rabb..:’(


2 comments:

Pak Det said...

sedih ,... meninggalkan ramadhan...
semoga berjumpe lg ramadhan akan dtg...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...


My recent post : Tajuk Elemen Penting dalam Meningkatkan SEO - Blogger Menjadi Terkenal

Cik Seni said...

sedihnya uqi bila akak baca cerita ni... :(

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman...