Sunday, 16 December 2012

Dah bukan jodoh.

Assalammualaikum wbt.
(Entri ni macam tak berfaedah sgt. Kalau rasa nak buang masa, silakan baca.)

Hujung minggu baru-baru ini, my parents datang ke lembah Sintok tempat aku belajar. Baru tadi petang sebenarnya. Berpeluang jugak untuk jumpa umi abah terchenta sebelum final exam.

Dipendekkan cerita, waktu tengah sembang-sembang dengan umi..tetibe umi cakap something..

"Nurul dah kawin, 8hb hari tu.."

"Tahu..", aku balas ala-ala orang takde perasaan.

Memang dah lama tahu sebenarnya.

Nurul (bukan nama sebenar), haha (tetibe gelak sorang2). Nurul yg bukan nama sebenar tu sebenarnya bekas calon isteri pertama yg tak jadi. Hampir 5 tahun kami berkenalan. Kawan-kawan sekolah aku dulu semua dah kenal. Umi dan abah dua-dua dah berkenan nak jadikan dia sebagai menantu. Tapi hubungan kami putus sebelum kami diikat secara sah. Salah aku jugak yg kejam. Jahat gila aku nih. Kami berchenta jarak jauh. Jarang jumpa.

Eh, bukan nak cerita kisah aku dgn Nurul tu sebenarnya. Cumanya aku sedikit sebak bila umi cakap yg Nurul tu dah kawin. Kenapa eh? Padahal aku dah tahu lama yg dia nak kawin. Takdela sampai nak layan lagu-lagu melayu yg jiwang karat tak hengat tu. Jauh sekali nak terjun bangunan sebab frust.

Well, like i said earlier. Umi dgn abah dah berkenan sgt dengan Nurul tu. Bila umi tahu yg kami putus, bukan Nurul yg dituduh bersalah. Aku yg kena. Tak sempat nak cerita pun kenapa kami putus. sob sob.

Tapi kenape eh rase sebak?

Antara sebab yg aku tersedar, kalau boleh aku nak sangat tengok umi ngan abah seronok dgn apa yg aku buat. I mean, nak umi dgn abah suka la dengan pasangan yg aku pilih. Sebab umi dah sayang sangat kat Nurul yg bukan nama sebenar tu. Dan antara kriteria calon isteriku, dia mestilah sedap mata umi abah ku memandang. Eceh. So bila tak dapat nak bagi ape yg umi berkenan, jadi macam terkilan la pulak. Tapi soal ni bukan boleh ikut alasan tu. Sebab bukan umi yg nak menikah, aku yg nak menikah. What's the point if I marrying someone that I don't want?

I can't be with her anymore. Di antara kami dah banyak sangat masalah. Dia dah banyak sakit hati, aku pun dah banyak sakit hati. Sebab tu la aku cool je bila tahu Nurul tu dah nak kawin. Lagipula agak sukar bila nak bersama semula sebab masing-masing dah banyak terluka. I always said to my mom, "Dah tak boleh umi..nak buat macam mana.."

Aku ulang banyak kali dekat umi, dah bukan jodoh..tapi umi pulak balas, "yela..tak confirm lagi Nurul tu jadi dengan orang tu..". Adeh. Ye..ye..tunggu jela. And now, she's already married. Aku menang. hahah.

Sebenarnya, ape yg aku melalut ni? Motif? (-_-)

Dan kemudian, umi tanya soalan cepucemas..

"Dengan budak yg cakap hari tu macam mana?"

"Tak tahu la umi. Tunggu jela.."

...
menunggu jodoh yg tak kunjung tiba.hahah

9 comments:

Pabbura Hati said...

double whats? grr~ (LOL! :p)
sabo yer pck ku..
well mcm nasihat2 pck sebelum ni buat ku.. ingat2 balek la ye..
ya terus mnunggu apa salahnya bsabar utk mnanti yg terbaik kan? pasti akan datang padam pkataan "yg tak kunjung tiba" word set yg xbrpa nak betul hurm -_-' xsempat d'sini' iA d'sana' ^_^y pbetulkan kyakinan dlm diri.. sama2 kita koreksi diri ya pck ku.

F@R@H@Ny F@ThIL said...

calon isteri pertama yang tak jadi...ayt ko mang sadis bro...btw sabar laa mgkin jodoh ko dgn yg lebey baik lepas nie..

- Perantau. - said...

err..sy ok je.tak sedih pun.cool je nih =P insyaAllah aku akan jumpa yg terbaik. maybe bukan lebih baik, tapi yg terbaik.heh.thanks Yanis n Farah =)

aciredahje said...

oh oh! sabar sabar.
moga urusan senior dan budak T itu dimudahkan Allah.
:)

- Perantau. - said...

ye. sy sabar je ni =)
insyaAllah. hopefully.
thanks junior ^_^

Anonymous said...

bekas bakal isteri ye...
inshaallah jodoh awak sedang memperbaiki dirinya juga...
be gud to get a gud one,nanti sama2jadi baik...
prmpuan yg baik utk llki yg baik dan sebaliknya juga...
ok...
selamat~~~

Fr_anhydrous said...

tader jodoh..takper.syntax error la tu.check balik diri kita.ade la tu hikmah.

tp aku dpt rase woundless pain kat situ.bitter happines.sweet toture

- musafir. - said...

memang ada woundless pain. normal la kan. bukan mudah nak lupa. =)

insyaAllah. masih dalam proses membaiki diri. terima kasih =)

nuzamd said...

Cinta Fitrah
kasih sayang Fitrah
Fitrah suci.
Moga calon isterimu yg seterusnya mampu menyenangkan hati ummi dan abah :)

~01z/hijjah34h~