Friday 25 November 2011

"Little Things"


Assalammualaikum wbt brothers and sisters =)

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan utk menaip di sini. First of all, saya dilanda sedikit kemurungan gara-gara menukar address blog ini. "Data-data peninggalan" dekat post2 sebelum ni telah hilang. Tapi takpe la. Bende dah jadi..nak buat camne.uhu.

Tadi tengah belek-belek buku. Tetiba terjumpe satu quote yg menarik perhatian diriku ini :

"Watch over the little things. A small leak will sink a great ship."


Faham maksudnye? Perkara yg kecil akan memberi kesan yg besar jika tidak diendahkan. Interpret la sendiri ye. Saya tetibe teringat khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W waktu terbaca quote tu.. Khutbah tu berbunyi macam ni :

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

Lihat kaitan antara kedua-duanya. Nabi pun dah pesan kat kita semua supaya berhati-hati dengan perkara kecil. Sekecil-kecil pun perkara tu, jika tidak dibendung, sebesar-besar kapal pun boleh karam. Apatah lagi iman kita ni. Jika kita tidak berwaspada, iman kita akan sama nasibnya seperti kapal tersebut.

Kita boleh lihat sendiri, ramai yg tak berwaspada dengan perkara kecil. Dari perkara kecil itulah yg akan membawa kepada perkara yg lebih besar. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Macam dosa-dosa kecil, jika selalu diulang, akan jadi dosa besar jugak. Kita tak pernah perasan..tapi itulah hakikat yg kita tak tahu.

Perkara kecil tu macam mane? Fikirla sendiri =P Eh, tak2.huhu. Contoh paling mudah adalah menutup aurat, makan berdiri, membazir dsb.. Itu yg nyata. Banyak lagi sebenarnya perkara yg kita tak perasan. Perkara-perkara kecil yg kita selalu pandang remeh. Syaitan itu bijak dalam memesongkan manusia. Walaupun kita buat perkara baik, tapi dari perkara baik itu syaitan mampu mengeluarkkan ia menjadi sebaliknya.

Sebagai contoh, kita buat status yg Islamic dekat Facebook, pada mulanya dengan niat utk berdakwah. Lepas tu kita selalu tengok status tu, berapa banyak "Like" yg kita dapat. Bila banyak "Like", dalam diam kita merasakan sedikit "bangga" dengan jumlah "Like" yg kita peroleh. Bila timbulnya sebutir zarah perasaan riak dalam hati, maka sia-sialah amalan kita. Macam tu la jugak bila kita bersedekah, syaitan mula mengeluarkan rasa riak dalam hati. "Wah, kau dah bersedekah, engkau pergi ke masjid, tak macam orang lain. Orang melihat engkau sebagai orang yg mulia. Berbanggalah engkau."

Lihat. Bijakkan makhluk laknatullah tu? Dah jadi topik riak la pulak.huhu.

Contoh lain, kita buang puntung rokok atau sampah kecil dalam tandas. Lama-lama saluran dalam tandas tersumbat sebab bende kecil tu terkumpul. Lepas tu bertakung la air dalam tandas tu. Akhirnya ribuan wang ringgit terpaksa dihabiskan utk menyelenggara tandas. Nak betulkan saluran tersebut menyebabkan perbelanjaan yg besar. Hanya berpunca dari sampah yg kecil. Jika di tandas awam atau tandas kolej, kita dah menyusahkan dan merugikan orang lain. Secara tak langsung, kita dah dapat kredit dari situ. Apa perhitungannya di akhirat kelak?

Nah, nampak tak bahana perkara kecil yg tidak dibendung?

Sebaliknya, lakukanlah perkara kecil yg baik seperti membuang sampah di tempat sepatutnya, memberi salam, bersedekah, membuang objek yg terdapat di laluan orang ramai, berzikir dan sebagainya. Lama-lama akan bermanfaat buat kita.

Maka berwaspadalah terhadap perkara-perkara kecil yg merosakkan. Saya tahu ramai yg dah tahu pasal ni. Cuma kadang-kadang kita terlupa. Sekadar ingatan bersama di hari Jumaat ini. Saya pun tak terlepas dari kesilapan. Maklumat tambahan, sila klik link ni ;

http://daawah.com/links/islamtazkirahdosakeciljadibesar.html

Nak cakap banyak lagi sebenarnye.tapi next time jela. (sindrom malas sudah menular.aha)


Wallahualam. =)

1 comment:

Cik Seni said...

hai adik shauqi! ;p~

berilmu jugak blog kamu ni...i like... :)