Thursday, 11 October 2012

Terkilan

Azan maghrib berkumandang. Aku kat bilik air lagi. Salah aku sebab lambat mandi. Aku pun persiapkan diri secepat mungkin. Aku nak berjemaah di masjid. Tapi masjid agak jauh dari kolej, dan aku dah lambat.

Aku keluar bilik dengan harapan ada motor kawan-kawan yg dapat aku pinjam. Memang dah rutin aku pinjam meminjam motorsikal kawan untuk pergi masjid. Kadang-kadang aku segan jugak sebab asyik meminjam motor orang. Tapi sebab teringat tuntutan untuk menyahut seruan azan, aku tebalkan muka. Dari bilik ke bilik, aku cari kawan yg ada motor. Aku tengok jam, aku takut tak sempat berjemaah.

"Assalammualaikum. Zeck ada? Motor ada tak?"

"Takde la. Zeck keluar."

"Oh, takpe2."

Aku pun pergi ke bilik kawanku yg lain. Namun hampa. Yang lain juga tiada di bilik. Aku lihat jam. Dah 20 minit sejak azan selesai. Aku taktau nak pinjam moto sape, aku termenung, aku terkilan..

Terkilan. 

Aku terkilan sebab "tak dipilih". 

Aku tak dipilih untuk berjemaah di rumah Allah kali ini. 

Sedih.

Aku pulang ke bilik dengan hampa. Aku lihat surau. Takde orang. Aku pun solat di bilik. Solat sorang-sorang.

Terkilan. Salah aku sendiri. Lambat siap nak pergi jumpa Pencipta. Aku malu dengan Dia sebab aku tak kuat nak berjalan kaki pergi ke masjid. Aku sedih sebab tak dapat pergi masjid. Rasa nak menangis.

Allah tak izin aku datang rumah Dia ke malam ni? Aku tahu aku ada buat dosa hari ni.. Sebab tu ke asbab aku tak dijemput ke rumah Dia? Aku dah mula fikir bukan2. Aku mengalirkan air mata. Aku minta ampun. Aku istighfar banyak2.

Aku cemburu. Aku cemburu dengan orang yg ada kenderaan. Mudah bagi mereka nak pergi beribadah di masjid. Tapi aku geram. Geram dengan orang yg ada kenderaan, tapi liat pergi ke masjid.

Paling geram, bila dah tahu tuntutan ke masjid, tapi menjawab "MALAS" bila diajak. Sangat terkilan.

Tapi sebab hal ni, satu hari aku bad mood. Aku kalah dengan ujian sekecil ni. Padahal sebab tak dapat gi masjid je pun kan?

If she read this, definitely she will said "rilek ah. tak bergaya langsung sedih2 camni"

Pasni kena siap awal2, jalan kaki je pasni. Nak seribu daya, taknak byk alasan pulak kan.

Sekian.

4 comments:

Pabbura Hati said...

Di uji lagi emosi dsitu =)

fatimah zaharah said...

jealous sbb anda ada perasaan macam tu.
maka, ambillah pengajaran. saya teringat pesan seorang kakak "Muslim tu kan urusannya teratur." Islam mengajar manusia untuk menjadi berdisiplin.
Lagi satu teringat kata2 seorang brother dalam surau "If you want to see how discipline a Muslim is, look at how he performs his prayer." Islam mengajar manusia punctual. Bukan jadi punctual saja, malah awal.
Eh. Manusia bercakap memang pandai ni. Hih.

- Perantau. - said...

jeles kenape?

insyaAllah. still trying to improve myself. jazakallahhukhairan =)

kuindah said...

nak seribu daya xnak seribu dalih....
kemalasan bersarang dalam minda yang lemah...
alhamdulillah...semoga tiada kesulitan untuk bertemu denganNYA...