Monday, 31 October 2011

Eh?


EH?

Baru teringat yg aku ade blog.hahah. Dah lama ghupenye tak update. (sebulan tu kire lame la kan?huhu) Semenjak dua menjak ni memang sibuk gile. Assignment berlambak, kuiz berlambak, midsem pun bersusun pas cuti..dengan meeting program lagi, berdating lagi.huhu. Tapi sebenarnye bukan tumpu semua tu pun. Sibuk main game ngan tido je sebenarnye.hahah. Kesian blog ini tak diupdate. Nak update cerita baru, tapi nanti2 la kot. =D

Terima kasih la kepada anda2 yg sudi membuka blog putih ni. (actually taktau nak design camne.buat putih jela tanpa background.huhu) Walaupun saya seorang blogger yg tak aktif, seribu penghargaan kepada mereka2 yg sudi mem"follow" blog saya ni. (baru 25 orang.heh.) Ok la kan. Baru buat blog berape bulan, tu pun tak update slalu. Tapi terfikir jap, kenape kisah sgt ade follower ke tak? Ramai ke tak ramai? Kadang2 terfikir, kenapa berblogging ni..? Kenape buat blog? Motif?

Terkadang waktu saya tgh blogwalking, ternampak komen2 yg mempromosikan blog sendiri, ade artikel baru la bagai, mintak follow blog dia balik, dan berbagai2 lagi. Pelik. Siap ade "page" dekat Facebook lagi. Motif? Nak jadi femes ke? Maybe sebab aku ni pun baru nak berjinak2 dengan dunia blog ni. Tu yg pelik kot. Well..Semua orang ada tujuan yg tersendiri kenapa mereka lakukan sesuatu perkara tu. Takpela, takde nak kondem mane2 pihak pun. Saja berfikir sekejap. Orang lain tu tak tau la kan. Tapi aku ni. Kenape aku buat blog?

.....

.....

.....

Hm.....

Nanti la aku fikir.hahah.

(ade sebenarnye, tapi tak cukup masa nak tulis kat sini sekarang.heh)



P/s : baru terperasan, kejap "aku", kejap "saya"..takde identiti betul aku nih.huhu




1 comment:

KeMBaRa iMaN said...

InsyaAllah skg da jumpa kot identiti tu, ne baru2 lagi mmg mcm tu, pandai lari kata ganti diri tu.teruskan bkongsi insyaAllah jadikan bloging ne sbg medan dakwah bukan meluahkan rasa semata2. Teruskan!