Hari ni aku pergi ke masjid dengan memakai serban. Dah lama sangat rasanya
tak melilit serban di kepala dengan berjubah putih. Kalau tak salah, kali terakhir
mengenakan serban adalah ketika tingkatan 1 dahulu.
Bila dah lama tak pakai, sudah tentu mengundang pandangan pelik
manusia.
Ni semua sebab waktu aku nak pergi kelas, helmet aku takde kat motor.
Sudah menjadi kezaliman kelaziman budak2 lelaki kat kolej ni ambil helmet yg
tak dikunci di motor utk kegunaan masing2. Helmet menjadi kegunaan
awam..aku redha (-_-“). Sebab dah lambat dan tak tahu nak pinjam helmet siapa,
aku mencapai serban sebagai ganti.
Natijahnya, kopiah aku elok dililit dengan serban. Dah lama tak pakai
serban sebenarnya. Tu pun kawan yg tolong lilitkan sebab dia pakar. Bila dah balik dari kelas, macam sayang pulak
nak bukak lilitan serban tu. Jadi aku pun biarkan je. Tu je kopiah yg aku suka pakai. Kopiah satu lagi ada sahabat pinjam.
Seusai solat Isyak berjemaah di masjid, dua tiga sahabatku menegur. Mereka
memuji-muji pemakaian serban aku sampai aku rasa segan. Dan bermulalah “usrah
pendek” bersama mereka.
“Alhamdulillah syeikh, kemaih pakai camni.”
“Hensem la ustaz..alhamdulillah dah berubah.haha”
Aku dah segan2. Tapi diorang memang camtu, kadang2
tak tau mana satu pujian, mana satu cacian. Tengah berbicara, tetibe aku
terluah sesuatu..
“Entah la Omar, kadang-kadang rasa macam munafik pun ade. Luaran nampak
elok, orang tengok macam baik-baik je. Tapi dalaman ni..Allah je yg tahu. Ilmu
dalam otak ni sikit sangat kot. Baca Quran pun tajwid tunggang langgang.”
“Hang takleh cakap camtu. Mana yg kita boleh beramal, kita beramal la. Tak
semestinya kena ada banyak ilmu baru pakai kemaih-kemaih macam ni.”
Aku diam je. Aku tahu semua tu. Tapi saje nak manja2 kena
tarbiyah dengan sahabat2.
“Aku nak tanya, kalau orang beli kereta, diorang selalu tengok body
kereta or enjin dulu?”
“Err..body kete kot?”
“Bukan..orang selalu tengok enjin dulu. Orang akan pilih enjin dulu. Luaran
tak penting.”
Aku tak berapa nak tangkap maksud beliau.
“Luaran kita tak penting..yg penting dalaman ni. Tapi mana yg kita
boleh beramal, kita beramal la. Aku pun tak la tinggi sangat ilmu, tapi belajaq
la. Perubahan luaran tu sedikit sebanyak akan membantu kita utk terus mencari
ilmu.”
“Ye..aku tahu..uhu.tapi..”
Seorang lagi mencelah, Firdaus nama beliau.
“Allah berfirman, ya ayyuhannass..Annas yg dimaksudkan dalam firman
Allah tu kalau diterjemahkan memang bermaksud manusia. Tapi dalam tafsiran
lain, ada ahli tafsir yg merujuk kepada “Wahai si pelupa..”, kerana kita ni
manusia yg pelupa. Jadi memang perlu selalu diingatkan.”
“Mencari ilmu ketika muda ni ulamak cakap, ibarat memahat ukiran di
batu. Maksudnya lebih kekal. Berbanding cari ilmu waktu dah tua, ibarat
mengukir sesuatu di ais. Salah ketuk, habis pecah. Kalau jadi pun, ais akan
cair. Susah nak kekal. Sebab tu kena cari ilmu waktu muda macam ni.”
Dan ade beberapa perbincangan yg aku dah tak berape nak ingat isinya. Tak
lama lepas tu, “usrah pendek” kami berakhir di situ.
Ya..memang betul apa yg dikatakan. Dan aku pun tahu hakikat tu. Tak perlu
nak tunggu dah berilmu macam para ulama’ untuk pakai serban, jubah dan
lain-lain.
The key point is, always improve ourself.
Aku pakai kopiah, jubah, songkok..tu semua lebih kepada nak mengawal
diri. Bila aku pakai macam tu, bukan bermaksud aku nak tunjuk yg aku ni baik. Tapi
bila aku pakai macam tu, perangai aku lebih terkawal. Dengan pakai macam tu,
aku lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri, ibarat mengingatkan
diri sendiri. Tak kisah la orang nak tengok macam mana, tapi aku harap biarlah
Allah redha memandangku.
Memang tak dinafikan, aku sedikit segan dengan manusia yg dah lama
mengenali aku. Hanya mereka yg tahu betapa teruknya aku di masa lalu. Dulu macam
setan, sekarang nampak macam malaikat. Tapi dari sibuk memikirkan pandangan
manusia, aku teruskan apa yg aku dah mulakan.
This is my way to istiqamah in my changes. Cukuplah beberapa tahun aku
bergelumang dengan dosa dan maksiat. Banyak benda yg aku nak betulkan dalam
diri ni sebelum aku mati.
Walaupun tak semua kita dapat buat, tapi biarlah tak semua kita tinggalkan.
Walaupun masa silam tak akan hilang, masa depan sentiasa ada.
Hakikatnya ramai dari kita yg nak “kembali”, tapi masih
belum kuat. Mungkin sebab mereka rasa apa yg aku rasa, atau mereka tidak
menemukan jalan lagi. Tapi apapun alasannya, nak taknak, kita kena berusaha utk
kembali dan memperbaiki diri, sebelum kita mati.
Dan aku menulis di sini bukanlah sebab nak nyatakan yg aku sedang
berubah, bukanlah juga aku ingin manusia memahami aku, jauh sekali supaya
mereka melihat aku sebagai seorang yg baik atau soleh. Aku sendiri ada benda yg
aku belum dapat tinggalkan, cuma aku tak zahirkan di khalayak. Mungkin manusia
mengenali kegelapan aku di masa lalu, tapi cukuplah Allah mengenali siapa aku kini. Walaupun
aku tak tahu apa darjat aku disisiNya. Aku mengharapkan redhaNya.
Hijrahkan diri kerana Allah. Jangan lelah. Nasihat dan peringatan utk
diri sendiri juga.
Moga dipermudahkan perubahan yg baik, insyaAllah.
7 comments:
if im not mistaken,its not 'cari ilmu waktu dah tua ibarat mengukir atas ais,but ukir atas air.n its not ulama' saying,its an arab proverb-as far as i know.btw,may Allah ease whatever u r doing right now n intending to do in future.ganbatte! ^_^
nice,...
bak kata lect time kat poli dulu...'nak ikhlas susah...so kne paksa diri dulu...'
beramal dengan ape yang ada sambil menambah ilmu di dada...
'tuntut lah ilmu hingga ke liang lahat'
=)
istiqamah..walaupun payah
^^
kalau nak tunggu ikhlas entah bila akan wujud keikhlasan.. cuma kita sebagai umat akhir zaman ini... sentiasa perlu berwaspada dan mentarbiah diri ini.... sesuai dengan hadis riwat Bukhary dan Muslim
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ Iيَقُوْلُ:
(( إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ، وَ مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ )) [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري و ابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Dari Amīr al-Mu’minīn, Abū Hafsh ‘Umar bin al-Khaththāb t, dia menjelaskan bahwa dia mendengar Rasulullah r bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” (HR. al-Bukhāriy dan Muslim)
@anonymous,thanks..hopefully both of us shall get the best in our life ^_^
p/s : i'm still waiting.
Ain Rosli, yup. ikhlas tu perlu kepada latihan. =)
Nur Sakinah, insyaAllah..
Abg Pesal, terima kasih =)
A i M z, jzkk =]
huhu..tragis nye sejarah gigi awk kn..gigi awk pndek sebelah...gigi sy plak jarang antara 1 sama lain..gigi bhagian depan plk tue...memang malu klu nk senyum...nak pose amik gmbar pun cover gigi...huhu..nk g rapatkn kat klinik mahal ooo...so redha dgn kurniaan Allah...mgkin itu keistimewaan Allah beri pd sy...hehee..tp memang ktorg adik bradik gigi jarang pun....wink...
Post a Comment