Sunday, 24 March 2013

Sejarah Hitam Gigi

Gigi merupakan aset berharga bagi semua makhluk. Gigi amat penting dalam menampilkan kecomelan diri ketika senyum tersengih-sengih. Sebab gigi ni memang kena ada kat manusia la sampai ada gigi palsu, gigi emas, gigi besi, dan beraneka jenis gigi yg lain lagi.

Dan ini, sejarah hitam gigi saya.

Kepada mereka yg tak mengenali, anda tidak akan tahu keadaan fizikal gigi saya. Gigi hadapan saya mengalami sedikit kecacatan, di mana ada satu gigi yg pendek, retak dan kelabu asap sikit.

Orang yg judgemental akan mengatakan,

"Ha, kuat merokok la tu sampai gigi hitam!"

Mungkin juga ada yg mengatakan,

"Tula..waktu kecik tak reti nak gosok gigi..kan dah.."

Tak dinafikan yang pujian-pujian itu membuatkan saya terasa sangat down. Seriously, saya sensitif gila bila orang puji gigi saya.

Jadi, saya terpanggil untuk menaip tentang gigi saya ni, as my teeth is one part of my very cute face. Sangat.

...

Beberapa dekad yg lepas, saya, seperti kanak-kanak yg lain, suka main kejar-kejar. Tempat bermain tak jauh pun dari rumah. Sebelah rumah je pun. Kat situ ada satu asrama kosong yg menunggu masa nak runtuh. Tapi sampai sekarang, asrama tu tak runtuh-runtuh pun sebab tiang utama dia masih teguh menahan walaupun dinding asrama berkenaan sudah lama hilang.

Seingat saya, waktu tu saya berumur 9 tahun, maybe 10 tahun.

...

Seperti petang-petang biasa, setelah cukup korum, bermulalah sesi kejar mengejar.

Dan kami bermain dengan bahagianya.

Dekat asrama tu ada satu tangga yg mana tiada pemegang atau penghalang. Jadi bole la lompat-lompat since tangga tu tak tinggi pun. Bawah tangga tu pulak ada satu ruang. Kami suka lari bawah tu sebab boleh gostan dan acah-acah kat situ. Tangga jadi shield utama nak kelirukan pihak musuh.

Plan asal kejadian.

Kat bahagian atas kami buat undang-undang tak bole lari naik atas. Sape naik atas kene jadi hantu. Tapi kat tengah tu antara zon selamat la jugak sebab boleh terus lompat, tapi since ada masa interval antara jarak waktu lompatan, mendarat dan pecutan, maka tak berapa bijak sebenarnya nak duduk kat zon berjaga-jaga tu sebab si hantu bole buat acah-acah nak naik atas, yg mana akan menyebabkan orang di atas terus lompat ke bawah. Jarak antara tangga dan tempat lompatan pun tak jauh. Bayangkan, nak pecut lagi lepas mendarat. Memang kena fleksibel habis untuk menyelamatkan diri.

And then, how it's lead to a tragedy?

Sila tengok rajah di bawah.

Can you expect what will happen, based on this image?

Seperti yg tertera dalam gambar, saya, orang lidi berwarna biru dikejar ke arah tangga, tapi saya tak naik pun, saya berlari di sebelah tangga dan kemudian melalui bawah tangga.

Nak dijadikan tragedi, budak kuning (bukan nama sebenar) tu gabra bila nampak si hantu semakin menghampiri. Berdasarkan teori masa interval antara lompatan, pendaratan dan pecutan yg diterangkan sebelum ini, akibat gabra dan kelam kabut, beliau melompat lebih awal walaupun si hantu tu tak naik tangga pun.

Dan menakjubkan apabila dia lompat betul-betul atas saya.

Menyebabkan saya tersembam di atas lantai, yang mana lantai tersebut dibina dari konkrit sepenuhnya.

Dan gigi saya patah separuh. Dan berdarah.

...

Ibarat kena voltan tinggi di gigi, gusi dan bibir. Sakit yang anda tak dapat nak bayangkan.

Forgot to mention that kakak saya pun main sekali time tu. Dan dialah yang marah budak yg lompat atas saya tu walaupun sebenarnya budak tu tak sengaja. Last-last kakak saya bergaduh dengan kakak dia. Padahal diorang sebaya dan kawan baik.

Protective betul kakak saya. Terharu. Terima kasih Siti Asma.

Balik rumah tu saya menangis non-stop. Yela, time tu baru 9-10 tahun kot. Dan kakak saya, Nurul Basirah memasak megi untuk saya sebab saya tak boleh nak makan nasi sebab sakit sangat.

But then, saya tak boleh nak suap pun sebab bila sudu tu tersentuh bibir dan gigi, terasa macam kena kejutan letrik.

Sakit berlarutan selama seminggu. Mungkin sebab tak makan seminggu tu kot yg jadi kurus sampai sekarang.

And later, saya pegi buat klinik gigi dengan abah dan betulkan gigi depan yang patah separuh tu. Lama kot rawatan nak betulkan gigi tu, dengan letak besi la, jambatan gantung la, berape kali kene bius. Seksa gila. (T_T)

Dan ini hasilnya.

Ta-da.

But sadly, after all the pain that I've going through, tak la jadi elok mana pun. Doktor gigi tu buat tak sama panjang dengan gigi sebelah. Doktor tu cakap later gigi tu akan tumbuh dan akan sama dengan sebelah gigi satu lagi.

But yet, up until now, after decade, it remains the same.

Lagi malang bila gigi yang ditambah untuk meratakan gigi yang patah separuh tu jadi hitam. Jenuh gosok gigi. Jadi lutsinar kot.

Dan kini, gigiku menjadi identiti dan bahan kutukan oleh insan-insan yg tak bertanggungjawab.

(T_T)

Kalau anda ada kenal doktor gigi yang comel dan berkaliber untuk membetulkan gigi hadapan saya ni, sila bagitau. Nanti tak la malu dengan anak-anak.

Sekian.

10 comments:

nur sakinah said...

tragis citernye -___-"

Cik Seni said...

so sweet bila kakak kamu marah budak tu...kakak yang protective... :)

Akak tak perasan lak gigi uqi camtu. Takpe...nanti bila dah ada duit, boleh buat rawatan gigi...teknologi skang dah canggih. :)

Pedulikan apa orang nak kata...diaorang pun bukannya perfect... =p

- musafir. - said...

tragis sangat kan? T_T

heh.kakak sy semua macam singa kengkadang.haha.

ye. kadang2 buat tak kisah je. dorg gurau kasar. tapi sensitip kot

p/s : belanje gi klinik gigi? ^^

Cik Seni said...

blanje gi klinik gigi?

aaaaa......

aaaaaaaaaaaaa......


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

=p

Anonymous said...

Brp rawatan utk gigi tu

Anonymous said...

ko tipu sokiii... xpcaye ah

mirazmi said...

erm.. Shauqi, well...try g imu(international medical universiti.) kat area bukit jalil n wat appointment ..call number ni 0327317688..cakap nak wat appointment nak betulkan gigi..
nnt time check dgn doktor tu, ckp nak buang gg yg hitam n tutup dgn yg colour putih. dulu sy kena gak...gigi patah, gigit epal keras..haha.. pastu doktor tampal. bhgn tampal tu jd colourless n kelabu. jd, sy g klinik gg, buang yg bhgn kena tampal tu n letak baru. itu time umur 15. sampai skrg, my gg nmpak ok jea.. hihi.

mirazmi said...

and...actually mn2 tmpat klinik gg pon boleh... :p

AzlinaMujir said...

apa yg jadi kat awak sama dengan apa yg jadi kat saya huhu tapi saya rasa saya punya lagi teruk kot, sebab gigi saya pun patah separuh lepastu yg patah tu dia masuk dalam bibir. fuh sakit dia memang unbearable and indescribable. ��

Anonymous said...

Cuba survey dulu.

Rasa tak de masalah tu ada penyelesaian kalau consult dentist.

Jangan biarkan kekurangan gg anda merendahkan self esteem anda.

Usaha tumpu jaya!