Tuesday, 16 October 2012

Sempurna itu, jika kamu bersyukur.

Menjadi seorang manusia yg nampak sempurna di mata manusia lain itu memang mustahil. Lagi pula bukankah Allah melihat pada hati dan keimanan yg ada pada diri, bukan pada luaran kita. Dan Allah juga tidak melihat pada banyaknya harta yg kita punya, sebagaimana rupa kita, atau setinggi mana pangkat kita di dunia ini.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada luaran kamu. Tetapi Allah melihat pada hati kamu." 
(HR. Muslim).

Namun hal yg terjadi kini, ramai manusia lebih mementingkan luaran dari dalaman. Kita ingin luaran yg sempurna, tetapi dalaman tidak dijaga. Kepada yg merasa luaran/rupa/wajahnya tidak sempurna, kenapa kalian berasa begitu?

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya.” [95:4]

Sempurna. Siapa yg sempurna? Tiada siapa yg sempurna, hanya Allah. Adakah kita mahu menjadi Tuhan? Kita hanyalah hamba, mana ada hamba yg sempurna. Oleh sebab itu, kesempurnaan itu tidak sesuai dimiliki oleh kita.


Di dunia ini sebenarnya tiada apa yg sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah. Bukan sempurna yg harus kita cari, tapi mencari yg terbaik. Dunia tidak perlukan kesempurnaan, tetapi ia perlukan penjagaan sebaiknya. Penjagaan tanda penghargaan. Erti kata lain, bersyukur.

Kesempurnaan itu hanya akan dapat dirasai, jika kamu bersyukur.

Apa guna punya telinga, tapi tidak mendengar sebaiknya?
Apa guna punya mata, tetapi tidak melihat dan menghayati kebesaranNya?
Apa guna punya mulut, tetapi hanya berdiam tanpa menyuarakan kebaikan?
Apa gunanya akal yg pintar, jika tidak mahu berfikir dan memahami?

Tiada guna kita miliki semua itu jika kita tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut. Lantas, jika yg diberi tidak disyukuri, apa lagi yg kita mahu?

Allah tak beri apa yg kita mahu, tapi Dia beri apa yg kita perlu. Kita tidak akan pernah sempurna, kerana kesempurnaan itu milik Dia. Dan kita adalah sebaik-baik ciptaan.

Wallahhu'alam.

P/s : sape tak faham, angkat kaki.

Thursday, 11 October 2012

Terkilan

Azan maghrib berkumandang. Aku kat bilik air lagi. Salah aku sebab lambat mandi. Aku pun persiapkan diri secepat mungkin. Aku nak berjemaah di masjid. Tapi masjid agak jauh dari kolej, dan aku dah lambat.

Aku keluar bilik dengan harapan ada motor kawan-kawan yg dapat aku pinjam. Memang dah rutin aku pinjam meminjam motorsikal kawan untuk pergi masjid. Kadang-kadang aku segan jugak sebab asyik meminjam motor orang. Tapi sebab teringat tuntutan untuk menyahut seruan azan, aku tebalkan muka. Dari bilik ke bilik, aku cari kawan yg ada motor. Aku tengok jam, aku takut tak sempat berjemaah.

"Assalammualaikum. Zeck ada? Motor ada tak?"

"Takde la. Zeck keluar."

"Oh, takpe2."

Aku pun pergi ke bilik kawanku yg lain. Namun hampa. Yang lain juga tiada di bilik. Aku lihat jam. Dah 20 minit sejak azan selesai. Aku taktau nak pinjam moto sape, aku termenung, aku terkilan..

Terkilan. 

Aku terkilan sebab "tak dipilih". 

Aku tak dipilih untuk berjemaah di rumah Allah kali ini. 

Sedih.

Aku pulang ke bilik dengan hampa. Aku lihat surau. Takde orang. Aku pun solat di bilik. Solat sorang-sorang.

Terkilan. Salah aku sendiri. Lambat siap nak pergi jumpa Pencipta. Aku malu dengan Dia sebab aku tak kuat nak berjalan kaki pergi ke masjid. Aku sedih sebab tak dapat pergi masjid. Rasa nak menangis.

Allah tak izin aku datang rumah Dia ke malam ni? Aku tahu aku ada buat dosa hari ni.. Sebab tu ke asbab aku tak dijemput ke rumah Dia? Aku dah mula fikir bukan2. Aku mengalirkan air mata. Aku minta ampun. Aku istighfar banyak2.

Aku cemburu. Aku cemburu dengan orang yg ada kenderaan. Mudah bagi mereka nak pergi beribadah di masjid. Tapi aku geram. Geram dengan orang yg ada kenderaan, tapi liat pergi ke masjid.

Paling geram, bila dah tahu tuntutan ke masjid, tapi menjawab "MALAS" bila diajak. Sangat terkilan.

Tapi sebab hal ni, satu hari aku bad mood. Aku kalah dengan ujian sekecil ni. Padahal sebab tak dapat gi masjid je pun kan?

If she read this, definitely she will said "rilek ah. tak bergaya langsung sedih2 camni"

Pasni kena siap awal2, jalan kaki je pasni. Nak seribu daya, taknak byk alasan pulak kan.

Sekian.