Saturday, 28 January 2012

BAKSIS Kg. Tanjung

Pertama kali aku mengikuti program BAKSIS anjuran DPP tercinta =P Setelah berfikir panjang, aku dengan sukarela menyertai program ini kerana memang hajatku untuk mempunyai keluarga angkat yg ber”background”kan sawah padi (ye, aku suke merosakkan bahasa.). Akhirnya tercapai jugak.

Pagi 20hb Januari 2012, kami difahamkan bas akan bertolak jam 9.00 pagi Tapi jam 8.56 pagi baru aku terbangun. Well, aku memang suke buat kelam kabut.

Sampai sudah. ecewah

Kali ini jodohku bersama penduduk Kampung Tanjung, mukim Jeram. Setibanya di kampung ini, aku melihat kehenseman sawah padi yg luas terbentang. Hatiku berbunga-bunga. Tak sabar nak jumpe family angkat baru. Kot-kot la dapat family yg ade bendang, merasa jugak nak buat kerja dekat bendang.


Kehadiran kami dijemput mesra oleh penduduk di sini dan seterusnya penyerahan keluarga angkat. Namaku dipanggil, tapi malangnya keluarga angkat aku tiada kerana mereka tersalah tarikh dan ketika itu, mereka tiada di kampong. Sob sob.

Dipendekkan cerita, aku ditukar kepada family lain dan aku ditempatkan bersama Zuljamal dan Fakhrurazi. Pertama kali aku mendapat keluarga angkat yg tak berape sesuai nak panggil “ayah”. Aku dapat dengan Tokwan atau panggilan manja orang kampung, Paklong Chin. Otai kampung ni.heh.

Ini rumah Tokwan. yg sorang tu Makngah.heh.

Aku sampai ke rumah Tokwan, tapi Tokwan tak balik lagi. Aku pun merempat la dekat rumah belakang. Kat area situ ade 3 family yg ambil anak angkat. Aku pun menumpang la sementara di rumah Pak Ibrahim. Aku sembang-sembang dgn Azharudin, adik ipar Pak Ibrahim. Baru lepas SPM. Ada kisah duka tentang Pak Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Im.

Pak Im merupakan bapa tunggal. Isterinya baru meninggal akibat kanser. Pak Im tinggal bersama anak dan adik iparnya. Anaknya baru berusia 2 tahun, Annisa namanya. Begitu manja dengan ayahnya. Kesian anak kecil itu, diusia sebegitu sudah kehilangan kasih ibu.

Selepas beberapa ketika, Tokwan pun pulang. Aku memperkenalkan diri. Sembang sekejap, lepas tu bersiap-siap untuk ke masjid. Hari ni hari Jumaat.


Tokwan, dari luaran nampak sudah begitu uzur. Namun dia masih kuat berjalan, masih kuat mengayuh basikal. Umurnya mencecah 85 tahun, badannya sudah bongkok. tapi masih hensem berbaju Melayu.

Tokwan tinggal bersama seorang anak dan cucunya. Anaknya itu sudah berumur 60 tahun, aku panggilnya Makngah, anak kedua Tokwan. Makngah tidak berape sihat kerana kemalangan waktu dia kecil. 

Ringkasnya, selama 6 hari 5 malam aku berkampung di sini, banyak bende yg aku pelajari dan alami. Kemesraan warga desa sangatlah hensem. Hensem rasanya berada disini. Kampung ini lain dari kampung yg pernah aku pergi. Bagi aku, kampung ini sangat “hensem”. Sungguh harmoni penduduknya. Anak muda di sini masih ada di kampung, menjadi pelapis bagi meneraju generasi seterusnya.





Kampung ini indah. Aman dan tenang dengan kehijauan sawah padi. 6 hari 5 malam bagaikan tak cukup. Seronok berada di sini. Berbasikal di sawah, memancing di bendang dan parit, masuk bendang waktu main explorace, terjatuh waktu dekat bendang (memang best sangat) dan macam-macam lagi pengalaman yg hensem..


Baju Sintokkian Blogger =P



Ketika aktiviti memancing =D


Malam kebudayaan. Nyanyi tah pape je.huhu

Sesi memotong, memarang, memerah, mengorek dan meminum air kelape.

Di sini aku berkenalan dengan ramai orang. Makcik, Bang Chik, Paksu, Nurul, Abg Fadli, Makcik-makcik, pakcik-pakcik, kanak-kanak, remaja remaji, rumah orang belakang, rumah orang depan, dan ramai lagi. Semua baik-baik dan ramah. Semoga kita berjumpa lagi. Insya-Allah.


Ketika Perasmian Penutup.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka yg telah berjaya menjadikan program ini berjaya dengan hensemnya. Kepada Pengarah Projek, Teha, tahniah diucapkan. Buat program susulan ye.

Jumpe lagi, Tokwan yg hensem.


1 comment:

Anonymous said...

good day shauqiazmi.blogspot.com owner discovered your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks service Take care. Jason