Monday, 20 February 2012

Istikarah.

Jika ku diberi pilihan memilih antara bulan dan bintang, akan ku solat di tengah-tengah mereka. Meminta petunjuk dari Allah. Jika Allah memberi ku kedua-duanya akan ku minta juga dari Allah, moga diberi kekuatan padaku.Sesungguhnya aku takut terlalai hati ini dengan sinar mereka, kerna aku tahu sinar itu hanya sementara. Yang Kekal hanya Allah. Moga Allah sinarkan Nur hidayah ke hatiku dan kehati orang-orang Islam. Hanya dia Maha Berkuasa.

Friday, 17 February 2012

Petang yg mencemaskan

Assalammualaikum WBT.

Petang tadi hujan turun. Waktu tu kami tengah mengemas bilik JKPS. Sedang asyik mengemas, tiba-tiba seorang siswi datang.

"Boleh tolong tak? Ada kucing lemas."

Ya Allah. Terkejut aku. Kami terus bergegas keluar. Kelam kabut kami nak menyelamatkan anak kucing yg terperangkap dibawah longkang tu. 

Waktu tu hujan lebat, air longkang penuh. Aku jenguk kepala aku ke bawah, ade dua anak kucing. Aku sedaya upaya mengangkat batu penutup longkang tu. Berat nak mampus. Tapi sebab kecemasan, aku cube sedaya upaya.

Tapi batu-batu tu tak boleh nak diangkat sebab dah melekat sekali dengan simen. Aku dapat angkat satu batu, tapi kucing tu jauh ke dalam.

 Ade antara kami yang menjolok dengan kayu sebab nak gerakkan kucing tu dekat dengan tempat bukaan longkang yang aku dah angkat. Tapi tak berjaya.

Aku terus menggapai anak-anak kucing. Basah pun basah la. Aku tarik kucing-kucing tu satu persatu. Akhirnya, anak-anak kucing tu berjaya dikeluarkan dari longkang.

Kami terus mengelap anak kucing yg kebasahan tu. Aku ambik seko, aku peluk habis-habis. Anak-anak tu menggigil kesejukan.


Aku bagai ayah kepada anak-anak, rase lega sebab dah selamatkan anak-anak dari maut. Aha. Apepun, anak-anak kucing tu berjaya diselamatkan. Alhamdulillah.

=D

Cinta Tak Berwarna.


Cinta menurutku tak berwarna

Ia menjadi jingga sebagai mana kau memaknainya

Ia menjadi kuning, biru dan merah

Sebagaimana kau menginginkannya

Cinta bagiku tak ubahnya erti

tentang kejujuran dan keberanian

tentang kemarahan dan kasih sayang

cinta adalah lukisan yang unik 

dan tak terungkapkan dengan kata-kata

kerana ia menenggelamkan kita

pada angan-angan dan mimpi yang abadi

dan cintaku padamu

adalah syurga yang tak bisa ku masuki

jika tanpamu.

ye. aku jiwang. =P