Saturday 7 January 2012

Membetulkan yg "terpesong"

Sejak kelmarin, semangat aku masih tak kembali pulih. Kejutan dari peristiwa tak berdarah 5 Januari 2012. Aku sedar, aku terlalu memikirkan masalah tersebut sehingga menjadi tekanan yg amat dalam hidupku. Aku terfikir, kenapa rasa "sempit" sangat? Aku tahu sebenarnya apa punca hatiku makin sakit..cuma aku tak mampu nak keluarkan..

Aku buka Facebook. Ada mesej dalam inbox. Mesej tu berbunyi..

"udah2 lah melyn jiwa tu... tak baik terlalu meratap kesedihan. itu bkn atas tiket penyesalan atas apa yg berlaku tp dah jd bisikn syaitan dah agar kita terpesong jauh dengan qada dan qadar ALLAH.. kan setiap yg berlaku ALLAH yg aturkan.. kita Redha dahulu mungkin ada sesuatu yg ALLAH dah bekalkan utk kita..."

Betul apa yg dikatakan. Terima kasih Abg Faisal. Aku tersedar, aku terlalu ikut perasaan hingga jadi tak tentu hala. Semua ini ketentuan Allah, kenapa aku nak terlampau meratapinya sampai mengabaikan masa depan yg lebih penting? Aduh..lemahnya aku.

Memang..ujian yg aku hadapi sekarang ni agak berat bagiku. Ditambah pula dengan masalah-masalah lain. Sampai sekarang aku masih tak boleh terima apa yg dah jadi. Tapi atas kuasaNya, siapalah aku. Aku tak mampu nak berpatah balik dan betulkan keadaan.

Ada hikmah disebalik segalanya. InsyaAllah.


"I'll lose this feeling of being so helpless,
because my whole life is ahead of me."

Aku sedar, aku tak boleh jadi lemah. Perjuangan masih belum selesai. Yang dah berlalu tu, bukan alasan untuk tidak maju ke depan. Ujian sepatutnya menguatkan diri, bukan melemahkan lagi. Kenapa la aku bersikap lemah..rasa malu plak dengan diri sendiri.

Tika aku dilanda kemurungan ni, aku dapat lihat beberapa sahabatku yg mengambil berat dan bersamaku untuk memberi sokongan dan nasihat. Ada yg membuat panggilan, yg bertanya khabar melalui SMS, ada yg post kata-kata nasihat dekat Facebook, ada yg datang ke bilik bertanyakan masalah..sampai post macam-macam dekat wall Facebook aku semata-mata nak bagi semangat. Terima kasih Firdaus, video itu sedikit sebanyak beri aku kekuatan. Roommateku, Hamizi Ismail yg faham keadaan ku. Dan kepada Mila, yang bersabar dengan karenahku dan bersamaku untuk pulihkan semangatku, terima kasih sangat-sangat. Kak Ayu yg sentiasa memberi sokongan dan bantuan, terima kasih. Tak kurang juga yg suruh aku bersabar. Terima kasih atas perhatian kalian. Sedikit sebanyak terubat kekecewaan hatiku walaupun tak sepenuhnya. Aku bersyukur kerana punya insan seperti mereka.

Aku masih tak tahu apa nasibku, apa keputusannya. Aku harap segalanya akan selesai dengan baik. Ada hikmah untuk segalanya. InsyaAllah.

Langit tak selalu cerah, hidup tak selalu mudah. Kuatkan semangat, teruskan berjuang.

MY WHOLE LIFE IS AHEAD OF ME!!!


1 comment:

dak jus said...

bagusla .. tiap mnusi xpnh lepas dr mslh dan musibh..kamu ada teman y juga merasai apa y kamu rasai..syukurlah..dan skg,hadap apa y ada d depan skg..y da leps,lepskn..supaya kamu tidak melakukan kesilapn kedua kali nye..smile always,jgn pk kan lg, bke bku n stdy tok y akan dtg...peace ! ;)