Tuesday 29 May 2012

5 beranak masuk bilik

Cuaca cerah dan enak sekali di pagi Selasa ni. Jam menunjukkan pukul 10.11 pagi. Suasana hening, nyaman dan sangat menenangkan. Blok C tempat aku menghuni masih sunyi, hanya kadang-kadang orang melintasi bilik. Pintu bilik ku tak tertutup, memang sengaja aku buka seluasnya bagi membenarkan udara segar menyinggah ruang bilik. Dan aku kusyuk membaca novel yg aku jumpa, walaupun tak tahu siapa punya.

Langit indah, meski cahaya matahari menyucuk mata ku, udara pagi yg sangat mendamaikan hati, dengan alunan muzik Menanti Cinta nyanyian Krisdayanti, aku mengambil segenap ruang utk mencari ketenangan sebelum mengulangkaji pelajaran, sambil membaca novel dan terkadang melihat notification di Facebook dari katilku.

Aku sendirian dalam bilik, terbaring sepi. Kawan bilikku pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Sudah 2 hari aku bermalam sendiri, cuma malam tadi sahabatku dari kolej lain datang menemani. Selepas subuh jemaah bersama beliau, dia pulang semula ke kolej yg terletak sekitar 2km dari kolej ku.

Namun, pandangan aku terusik seketika dengan kehadiran sesuatu dalam bilikku.

Kucing. Ya, seekor kucing masuk ke dalam bilikku. Namun aku hanya buat tak endah kerana aku sudah biasa kucing masuk dalam bilikku utk bermain. Kucing memang sudah menjadi kegemaranku. Tapi kini aku sibuk melayani novel di tanganku.

Kemudian, dengan tidak semena-mena..aku terdengar suara indah bermain di telingaku. Lalu mencuri perhatian ku terhadap novel yg dari tadi aku tak lepaskan dari tangan ini. Aku mencari..

"meow..meow.."

Ok2, versi penulisan blog gaya novel berhenti disini. Lah, anak kucing?

Aku pun ape lagi, terus mencari. Mane plak datangnye anak kucing ni? Aku tengok mak kucing tu bawak seko-seko masuk bilik. Bertuah punye kucing, ape ko ingat ni rumah baru ko lepas bergaduh dengan suami?

Aku tengok bawah almari besi aku, aku kira-kira ade 4 ekor anak kucing dalam tu. Adeh. Comel plak seko-seko. Tapi warne sepesen je. Ade la seko tu warne hitam..yang lain warne kelabu belang-belang.

Seko-seko anak kucing tu aku tarik keluar dari almari. Bukan ape, kang kalau diorang buang najis dalam tu, tak ke harum semerbak bilik aku nanti? Tapi mak dia mengganggu urusan ku, dan dengan selamba badak beliau menayangkan puting susunye lalu menyusukan anak-anak beliau. Aku pun tak jadi nak kacau. Aku tak dapat menahan dari mengatakan, "Kiutnye.." (-_-")


Tapi perkara seperti itu tidak dapat dibenarkan. Aku harus kuatkan diri. Kendian aku tarik beg aku, tempat diorang landing kat bawah almari besi tu. Tapi anak-anak kucing tu still menyusu. Sekali lagi.. "Kiutnye.." (-_-*)

Lepas tu aku ambil kotak kasut aku, aku letak paper dan aku masukkan seko-seko dalam tu. Sekali mak diorang aku sumbat dalam tu. Ini hasilnya :


Sekarang aku mencari individu yg sanggup bertanggungjawab membela nasib ibu tunggal seperti beliau. Kalau berminat, silalah hubungi saya, atau ibu tunggal ini.

Semah binti Semak Samun
(Kampung Kucing Tersepit)

Sekian.

Friday 25 May 2012

Peminta Sedekah. Nak bagi ke tak?

Situasi ni berlaku waktu aku dan sahabatku, Ramzi hendak solat di masjid sekitar Johor. Siap parking, kami keluar kereta dan terus berjalan menuju ke masjid. Tapi aku patah balik ke kereta sebab nak ambik kain pelikat dalam kereta, aku pakai jeans je waktu tu. 

Aku tengok ade seorang brader datang mendekati aku dan Ramzi. Brader tu pakai baju masuk dalam, seluar jeans dan berkopiah.

"Assalammualaikum bang..", brader tu bagi salam.

"Waalaikummussalam..kenape bang?", aku tanye beliau.

"Bang, maaf ganggu abang kejap. Saya nak minta tolong..saya baru keluar dari jel. Sekarang saya nak balik kampung..tapi saya tak cukup duit bang. Nak RM3.00 je."

Brader tu nak mintak sedekah rupanya. Aku ingatkan kenapa. Dah banyak kali sebenarnya aku jumpa orang mintak duit macam ni. Selalu dekat stesen bas, malam tadi dekat stesen minyak, dan sekarang dekat masjid pula. Dalam hati, "Pandai betul nak cari duit kat tempat-tempat macam ni."

Aku renung tajam brader tu. Dia tunduk-tunduk mengelak dari melihat mata aku. Ramzi cakap tu tanda orang menipu. Aku pun bersuara kat brader tu.

"Bang, saya bukan ape. Dah banyak kali dah orang macam abang ni saya jumpa. Saya tak tahu la abang ni menipu ke ape, tapi abang nak balik mana?"

"Saya tak tipu bang..saya pun malu nak mintak duit orang ni. Takkan la saya nak tipu dekat depan rumah Allah ni bang. Saya dah insaf..malu dengan orang. Saya taknak mencuri dah. Duit haram tu bang..", brader tu membalas. tapi still tak tengok muke aku. Garang sangat ke muke aku ni? (-_-")

Aku tak percaya pun. Tapi aku cube bersangka baik. Takut betul-betul dia dalam musibah.

"Abang ni nak balik mane? Tambang berape ringgit?", aku tanye lagi.

"Saya nak balik kampung ni...tambang dalam RM3.50.."

Aku pun keluarkan dompet. Tapi sebelum aku bagi dekat brader tu, aku cakap macam ni.

"Hm..sebab kita ni sesama Islam, saya bagi. Saya bagi ni, terpulang la dekat abang nak buat ape. Saya tak tahu abang cakap betul ke tak, tu antara abang dengan Allah. Kalau abang tipu pun, terpulang la. Tanggungjawab saya lepas sampai sini je.", aku pun hulurkan duit.

"Nah, duit lebih abang simpan."

"Alhamdulillah..syukur. Terima kasih banyak-banyak bang. Allah je yang dapat balas. Terima kasih..alhamdulillah..", abang tu salam aku dengan Ramzi tanda terima kasih. Lepas tu aku ulang peringatan yg sama dekat dia.

Brader tu pun blah.

Ramzi : "Kenape ko bagi?"
Aku : "Saje."
Ramzi : "Baik beno.."
Aku : "Well.."

Berlagak plak aku. Takdelah. Ade sebab aku buat macam tu. Bukan aku tak penah kene dengan orang-orang macam tu. Selalu aku tak penah bagi pun. Tapi kali ni aku bagi. Sebab aku terfikir sesuatu.

Kenapa aku bagi?

Bagi aku, orang tu mungkin cakap betul, mungkin menipu. Tapi apepun situasinya, kalau betul-betul dia tengah sulit, kesian dekat dia. Biarlah kalau menipu pun, tu antara dia dengan Allah. Yang penting, tanggungjawab aku dah lepas. Sebab tu aku cakap macam tu kat brader tu tadi.

Motif? Bukan nak tunjuk baik. Tapi sekadar peringatan bersama. 

Kita mungkin pernah didatangi orang seperti tu, meminta wang dengan alasan yg sama. Pernah tak kita bagi? Mungkin dia betul-betul perlukan duit. Sape tahu..? Persoalannya, ape tanggungjawab kita?

Mungkin suatu hari nanti kita di tempat dia. Minta wang ke sane sini. Terdesak. Mungkin. Sape tahu kalau musibah nak datang, kan? Namun bukan aku mengharapkan balasan. Tapi memikirkan tanggungjawab sesama manusia, sesama muslim. Nabi pun ajar kita untuk bersangka baik. Bagi jela setakat yg kita mampu, niatkan sedekah kerana Allah. Kita tak rugi apepun. Rezeki itu bukan kita yg punya walaupun ada dalam poket sendiri. Mungkin duit itu untuk diberi kepada orang lain. InsyaAllah kita punya rezeki kita sendiri. Nabi kita sendiri bersifat pemurah. 

Namun, kalau rasa tak mahu ditipu atau diperbodohkan. Boleh ikut cara-cara di bawah.

1. Ikut orang tu pergi beli tiket @ apa-apa yg dia kata nak beli waktu minta duit dengan kita tu.

2. Beli sendiri keperluan orang tu kalau kita mampu.

3. Tanya dia soalan yg sama banyak kali, sampai dia fedup atau beri jawapan yg sama berulang kali.

4. Tanya dia selengkap dan sedalam boleh tentang dia.

5. Waktu bagi duit tu, ikut cara aku cakap dekat brader tu.

Lepas bagi tu, tawakal jela. Ikhlaskan diri seboleh mungkin. Doa pada Allah, andai benar dia dalam kesulitan, moga Allah bantu dia. Andai dia menipu, doakan moga dia diberi hidayah hasil dari duit kita tu. Hukuman dan balasan itu Allah yg tetapkan. Mudah-mudahan doa orang teraniaya menjadi doa yg mustajab. InsyaAllah.

Amalkan memberi sedekah. Sesungguhnya sedekah itu amalan yg sangat digalakkan.

"Sedekah yg paling baik adalah sedekah yg diberi oleh seseorang yg punya sedikit."


p/s : entry ini sekadar perkongsian. tak bermaksud nak riak ke ape. nauzubillah. =_=

Thursday 24 May 2012

Melarikan diri.

Assalammualaikum wbt.

Semester ni tidak sesibuk seperti biasa. Sebab lagi sibuk dengan macam-macam hal. Adeh. Sebab dah tak mampu nak terima kesibukan yg melanda, aku pun kemas beg, beli tiket, aku lari dari universiti.

(konon-konon nak pergi tenangkan diri.lalala~)

Waktu aku kemas beg, member-member aku tanye.

"Weh, ko nak pegi mane?"

"Ade la..nanti aku fikir nak pegi mane." lalu aku mengemas beg. dengan muke seposen dan tak bersalah, aku siap-siap dan terus keluar bilik.

Member-member aku yg ade kat bilik aku waktu tu ingat aku main-main. Tapi aku dah siap kemas beg pun.uhu.

Destinasi? Konon-konon nak rahsia, last-last tak tahu la camne ade orang boleh tahu. (-_-")

...

Aku telepon sahabat baik aku. Aku cakap aku nak datang tempat dia. Dia pun takde hal hujung minggu tu. Nasib la kan. Kalau tak merempat sorang-sorang.

Perjalanan memakan masa separuh hari, akhirnya sampai jugak. Sakit pinggang duduk lame-lame dalam bas.

Sementara menunggu sahabat aku tu ambik, aku telepon kekasih gelap aku yg tak berape nak jadi kekasih gelap dulu. Aha. Sekarang dia dah kawin dan tengah mengandung 7 bulan dah pun. Sob sob. Saje je telepon tanye khabar. Pastu aku dengan selambenye baring dekat atas kerusi tu, dan aku tertido kat bus stand tu. Takpela, takde orang kenal pun. Buat selambe sudah. :P

Finally, sahabat aku tu pun datang. Sape lagi kalau bukan Ramzi. heh.

Aku menginap di UTM. Nasib la Ramzi tu pun memang duduk bilik sengsorang. Tak la rase segan sangat. Aku pun taktau la ape dalam kepala otak ni yg buat aku buang tebiat camni. Sampai-sampai je aku terus tido satu hari sampai solat Jumaat pun tak pegi. Musafir kan.uhu.

Malam tu Ramzi bawak aku pegi makan dekat Hutan Bandar. Kalau kat Kedah ni ade Hutan Kampung. Utara dengan selatan ni kontra kot. Saje nak manje-manje letak nama camtu.

Dan kami makan disini.


Lepas perut nak meletup gara-gara tamak binti haloba, kami pun blah. Pusing-pusing, last-last berhenti kat Danga Bay. Aku dah pernah datang tempat ni dua tahun lepas. Tapi saje je nak menggamit nostalgia dulu. Ecewah.

Esoknye kami pergi ke Pasir Gudang. Jumpa seorang lagi sahabat perjuangan waktu kat Poli dulu. Saje nak manje2. Dia ajak tido rumah dia. On the way pegi sane, aku dengan Ramzi singgah dekat Desaru. Nak pegi Tanjung Balau dengan Batu Layar, tapi aku taknak. Nanti aku sedih. uhu.


Time lepak-lepak dekat sane. Aku ternampak sesuatu. Aku pun tak pasti ape yg aku nampak tu sebab aku rabun jauh. Dalam hati, "Eh, dia ke tu??", sape dia tu? Seseorang dari masa silam aku. Ehem-ehem. Macam nak gugur jap jantung ni. Tapi aku pun tak pasti betul ke dia. Waktu tu Ramzi takde, dia pegi solat Asar, dan aku dah jamak tadi. Untuk dapatkan kepastian, aku pun menghampiri orang tu. Dengan jantung berdegup laju, aku menghampiri.

Jeng-jeng. Fuh, bukan. Aku tersalah orang. haha. (=_=")

Dah lebih dua tahun aku tak jumpe seseorang tu. Tetibe rase down bile teringat balik. Kenape dekat sini aku boleh teringat kat dia.? Adeh.

Lepas tu Ramzi datang, dan kitorang pun terus berangkat ke Pasir Gudang. Ingat nak singgah Bukit Waha, tapi tak jadi.uhu.

Malam tu aku, Ramzi dan seorang lagi, Nazmi berjalan-jalan dan lepak-lepak. Al-maklum la, dah lame tak jumpa si Nazmi ni. Baik betul bawak aku jalan-jalan ngan belanje makan. Macam nak peluk-peluk je lepas geram. Tapi nanti orang kata gay plak.


Ape tah name tempat kat atas ni. Yang aku tahu, sebelah kami tu Selat Tebrau. Selat yg memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura. Kat sini banyak orang Singapore datang, so pemandangan agak seksi untuk budak-budak bawah umur.

Lepas makan, kami jalan-jalan area JB. tapi sebab ade tempat yg sesak dengan kereta, kami tak jadi nak pegi beberape tempat. Last-last terus balik rumah Nazmi.

Esoknye, aku dengan Ramzi dah nak balik. Sebelum balik, kami dijemput utk bersarapan dekat rumah ehem-ehem Nazmi. Budak Poli jugak dulu..name beliau Amira Abd. Wahab. heh. Terima kasih kepada beliau. Jimat duit belanje makan aku. :D

Lepas makan, aku dengan Ramzi pegi tengok wayang, movie The Avenger. Macam teruja plak kan sbb hari tu tengok Captain America dekat bilik. The Avenger ni kirenye ade kesinambungan la dengan cerita Captain America tu sbb Captain America tu jatuh dalam ais, pastu beku. Bila dia terjaga je dia dah ade kat zaman lain. Kesian beliau sebab tak sempat nak dating dengan kekasih beliau waktu zaman dulu. Sob sob.

Habis wayang, kami pegi solat. Masjid mane tah. Aku pun tak ingat name masjid tu. Agak-agak orang Johor tahu la kot kalau tengok gambar di bawah ni.

Kat masjid ni ade citer lain plak. Tapi nanti-nanti la kot aku muatkan dalam post yg lain..

Akhirnya, malam tu aku pun balik ke kampus tercinta. Sebenarnya ade sebab aku datang ke selatan ni. Johor ni agak bagus la kalau nak dijadikan tempat untuk menetap.. Tak macam KL dengan Shah Alam. Pembangunannya lebih tersusun, jalan tak jem, tol pun takde. Yang penting dekat dengan laut. Tu yg buat rase macam nak menetap dekat sini. Cume kalau bandar ni lebih islamik, tak sosial dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir barat, memang macam mane pun, aku nak duduk sini. Aku taknak anak-anak aku nanti terpengaruh dgn gejala yg tak elok. Ecewah. huhu.

Masih membuat perancangan utk masa depan. Moga-moga Dia berikan yg terbaik. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Ramzi dan Nazmi, terima kasih banyak-banyak sebab entertain aku kat sini. Kalau takde korang, kopak la poket aku. Terima kasih banyak-banyak. Lain kali aku datang lagi.heh.


Sekian.

Wednesday 23 May 2012

Andai Aku.


Andai aku
Bisa mengulang kisah silam
Pasti ku mencuba
Mengukir kembali
Kisah kehidupan diri ini

Andai aku
Bisa diberikan peluang
Pasti ku mencuba
Menggapai impian
Yang selama ini ku cita

Namun hanya 
Harapan yang kita impikan
Tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika
Ia kan tetap berlalu

Harus aku
Biarkan semuanya berlaku?
Walau ku tersiksa
Hadapi segala
Sudah suratan yang Maha Esa

Redha menerima segala rintangan
Jadi pedoman kesilapan lalu
Kupohon restu cinta yang Satu
Kupercayakan pada KudratNya.

MIRWANA. Andai Aku.



Saturday 19 May 2012

Hati itu, kecewa lagi.

Assalammualaikum wbt.


Hm..Macam mana nak mula kata bicara ni. Blur sekejap. Maaf, entry ini agak personal. Bukan hendak mem"public"kan soal "personal", tapi aku rasa aku perlu jugak buat entry macam ni. Ambil apa yg baik, yg buruk tu jangan nak kecoh-kecoh plak.

Bila fikir-fikir balik, dari dulu sampai sekarang, banyak hati yg aku dah kecewakan. Bila sebut pasal hati, mesti perkara pertama yg terlintas adalah rasa kasih, rasa cinta sesama manusia.

Rasa cinta itu fitrah. Fitrah manusia. Allah tak ciptakan Hawa jika bukan kerana kesunyian yg melanda Adam. Fitrah manusia untuk hidup berpasangan. Jadi, tak salah jika manusia jatuh cinta. Cuma rasa cinta yg tak terkawal akan buat manusia jadi salah.

"Siapalah aku menolak cinta yg hadir di jiwa tanpa dipaksa."

Benar bait-bait lirik lagu nasyid In-Team ni. Hadir cinta itu tak siapa tahu. Rasa cinta itu juga tidak boleh dihalang. Aku tak boleh halang jika ada yg simpan hati dekat aku. Aku juga tak boleh nak halang hati aku dari jatuh cinta. 

Namun, manusia sering kali tersalah tafsir soal hati sendiri. Suka itu tidak sama dengan sayang, sayang itu tidak sama dengan cinta. Tapi cinta merangkumi semua itu. Bila kita suka, kita rasa kita sayang, dan bila kita sayang, kita rasa itu cinta..lalu kita terikut-ikut sekelumit perasaan itu hingga menjadi tak terbendung.

"terkadang kita merasa kita jatuh cinta, padahal tidak. hanya nafsu yg menggelapkan akal dan hati hingga kita merasakan bahawa... ini cinta."

Ada yg sanggup berkorban demi cinta..ada yg sanggup berjuang demi cinta..tapi sedarkah hakikat cinta itu tak boleh dipaksa? Tahukah kamu soal hati ini? Tahukah kamu rasa hati ini? Tahukah kamu keinginan hati ini?

Cinta itu anugerah. Mungkin, cinta datang silih berganti. Jika dulu kita rasa kita boleh setia dengan satu hati, tapi bila masa berlalu, cinta itu semakin pudar dan akhirnya rasa cinta itu hilang. Kemudian tanpa semena-mena, rasa cinta itu hadir semula terhadap insan lain. Kenapa? 

Bagi yg tak memahami, mungkin akan menyalahkan seseorang itu tak setia, main kayu tiga, curang dan sebagainya. Mungkin benar, cerita setiap orang tak sama. Tapi jangan mudah menghukum. Kerana soal cinta itu penuh dengan misteri dan tanda tanya.

Aish. Ape aku nak cakap sebenarnye ni? Blurr lagi. (-_-*)

Jika kamu terlalu inginkan aku, istikarahlah. Letakkan sepenuh pengharapan pada Dia. Doa itu mampu mengubah takdir, maka berdoalah. Hati kamu terlalu mahal untuk aku. Aku tahu, ada yg lebih layak menerimanya.

Jangan bersedih jika kita tak bersama. Sungguh aku tak tahu jodoh aku. Walaupun kita bersama sekarang, itu belum tentu menjadi jaminan yg kita akan bersama selamanya. Aku tak mahu penat bercinta, namun pengakhirannya kita tak bernikah.

Lagi sekali, apa yg aku nak cakap sebenarnya ni? (=_='')

Aish. Lain kali la aku sambung.huhu.

Wednesday 16 May 2012

Syair yg membuat Imam Ahmad bin Hanbal menangis.

Bismillahhirrahmannirrahim..
Salam Alaik.

Sekadar perkongsian. Waktu tengah surfing-surfing, tetibe terjumpa satu video yg dipost oleh seseorang. Bila jumpa video yg cambest, aku pun terus la mendownload. Video tu tajuk dia sama macam tajuk entry ni. Sebab tak ingat mana aku jumpa video tu, aku pun menaip balik isi-isi dalam video tu. Sekadar perkongsian dan muhasabah diri kita semua. =)

---------------------------------------------------------------

Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini.

Moga ia juga menjadi menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua.

InsyaAllah.

---------------------------------------------------------------

Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."

Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..

Seakan mati tidak akan menemuiku.

Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?

Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"

Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! 
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?

Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan
yg membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu, maka
kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku 
kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.

terjemahan oleh : Mujahid Nordin


wuwu.. :'(

Saturday 5 May 2012

Wahai Hati.


Wahai hati. Sedarlah bahawa hidup ini wajib ada nya dugaan.
Walaupun kau mampu lalui atau tidak. Hadapilah. 

Aku sedar dosa ku dengan dia, dengan mereka.
Maka ya Rabb..Engkau tunjukkanlah jalan bagiku..
Agar aku bisa mendapat kemaafan dari makhlukMu.

Tetapkanlah hati ku, dengan ketentuanMu.
Tunjukkanlah yg terbaik buatku, sungguh aku tak tahu.
Berilah aku kekuatan untuk menempuh hari yg mendatang.

Tetapkanlah hati ku untuk terus berada di bawah rahmatMu.
Sungguh aku selalu tersasar dari jalan redhaMu..
Pimpinlah aku..menuju kasihMu yg abadi.