Showing posts with label Ilmu untuk Dikongsi. Show all posts
Showing posts with label Ilmu untuk Dikongsi. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Final, oh final.


Assalammualaikum wbt.

Final exam dah dekat. Ada masa lagi nak menghupdate blog. Selalu tak manfaatkan masa sepenuhnya. Ish ish. Semester ni takla "seberat" sem-sem sebelum ni. Sem-sem sebelum ni pun sebenarnye tak la berat mana, cuma selalu study last minute. Tu yg jadi bengong tu. Korang pun lebih kurang je kan? Toksah nak tipu.. =P Sape yg study awal tu, saya hanya mampu kagum dengan mata bersinar-sinar.

Tapi bila study last minute ni, nampak sgt kan belajar sebab nak exam semata-mata. Most of us camtu rasanya. Bila la tabiat ni nak berubah. Macam mana nak dapat manfaat ilmu kalau camni. Takut nanti da abeh belajar macam serupa orang yg tak belajar. (-_-") Err..saya ni pun lebih kurang je. CGPA pun tak seberapa. Tapi CGPA pun belum tentu menjadi kayu pengukur ilmu seseorang, sebab ada je (segelintir, bukan semua) yg jenis bawak toyol dalam dewan exam..bukan semua terlibat bila buat group assignment. Assignment pun copy paste, pastu bangga dapat markah tinggi. Podah.

Semua dah tahu rasanya..kita kena belajar niat kerana Allah, jawab exam pun kerana Allah. Tak kira la ilmu apapun yg kita belajar. Tapi susah plak nak betulkan niat sebab belajar benda yg tak minat. *dush* Sebab tu kot susah nak hadam ilmu dunia ni. (T3T)

Bukan nak menyalahkan sape-sape, tapi sistem pendidikan sekarang ni memang menjurus kepada peperiksaan semata. Dalam kelas pun lecturer tekankan topik-topik yg penting, yg dijangka masuk exam je. Aplikasi ilmu pun kurang. Jadi, bukan salah ibu mengandung, tapi salah ayah yg tak boleh mengandung.

Apapun, perjuangan masih perlu diteruskan. sob sob.

Buat yg muslim. Waktu saya tengah buang masa kat pesbuk, terjumpa benda yg best ni. Tips untuk mudah belajar, menghafal, menuntut ilmu. Terjumpa dekat akaun pesbuk seseorang yg bernama Ibnu Batoota (UIB). So macam best je untuk dikongsi. Nah, moga ada manfaat.

Cara beliau menuntut ilmu :

1) Setiap hari taubat.

2) Sentiasa khimat mak ayah dan rayu minta doa dari ibu sebab doa ibu sangat mustajab!

3) Khidmat dan adab dengan ibu bapa dan guru.

4) Adab dan akhlak terhadap ibu bapa, guru dan ilmu itu yang paling penting.

5) Jangan tinggi suara depan ibu bapa dan guru.

6) Jangan pernah halakan kaki kepada ibu bapa dan guru2 bahkan jangan halakan kaki kepada mana2 ulama dan rakan2 yang hafiz quran sebab hormati ilmu dan quran dalam dada mereka.

7) Tak pernah halakan kaki kepada mana2 kitab agama dan tak pernah sentuh mana2 kitab agama termasuk lah pen dan kertas kosong yang diniatkan untuk guna menulis ilmu Allah TANPA WUDHU.

8) Tak pernah tunjuk bontot kat ustad, lepas cakap ngn ustad, keluar dengan berundur.

9) Setiap kali dengar hadis atau ilmu yang SUDAH TAHU, beliau akan tunduk dan cakap "ya Allah, aku belum tahu ilmu ni, aku masih jahil!"

10) Setiap kali dengar hadis atau ilmu, niat dalam hati untuk amal bukan untuk "kumpul ilmu".

11) Setiap kali belajar dan terlintas dalam hati yang belajar tu sebab nak jadi pandai, beliau akan terus stop belajar dan betulkan niat dulu sungguh2, baru sambung belajar balik.

12) Semua ulama yang beliau jumpa walau lebih muda dari beliau akan beliau hormati dan sanjung2 dia.

13) Setiap kali baca kisah sahabat, wali dan ulama hebat beliau akan doa dalam hati "ya Allah, aku bukan wali, aku bukan ulama, aku bukan org soleh, tapi mencintai mereka dan PERTAHANKAN AJARAN MEREKA dari virus2 dajal, maka ampunkan aku dan bukakanlah pintu ilmu utk ku"

14) Setiap kali dengar apa2 ilmu, beliau akan sentiasa bercakap dalam hati, "aku tak tahu, aku jahil, aku hina", bahkan selepas beliau faham pun, beliau akan tetap nafikan yang beliau paham. (Wallahi cara ini sgt berkesan untuk Allah buka lagi dan lagi kefahaman ttg sesuatu ilmu, dan pengalaman beliau , kalau beliau cakap "dah tahu" kepada ssuatu ilmu, kefahaman akan terhenti sampai situ je, beliau tak dapat faham lebih jauh lagi ttg sesuatu ayat quran atau hadis tu.)

15) Kalau orang puji beliau, beliau sangaaat takut dan istgfar, tapi kalau orang hina beliau atau cakap beliau bodoh, beliau saaaangat gembira, sebab tu cara tarbiah hati untuk tawadhuk dengan Allah, baru lah Allah bagi lagi banyak ilmu yang belum beliau ketahui.

16) Beliau tidak ambil ilmu dari kitab dan ulama semata2, tapi beliau ambil ilmu dari segalanya, dari perkataan budak kecik,dari haiwan, dari kata2 kawan, isteri, ke­lakuan mereka, perubaha­n awan, langit dan hujan, semua yang berlaku depan mata beliau, beliau yakin allah nak bagi mesej, lalu beliau akn termenung fikir dan doa mintak allah bagi faham, pastu Allah akan bagi macam2 ilham dan kadang2 ilham yang terlampau banyak ni beliau limpahkan dalam fb, kadang dalam diari, kadang kat isteri.

17) Kena tahu kedudukan ilmu, bila susun kitab, akan susun ikut tahap, contohnya­ kitab mantik saya letak paling bawah, diikuti ilmu nahu, ilmu fiqh, ilmu tauhid, tajwid, h­adis, dan al quran paling tinggi.

18) Beliau sentiasa dahulukan pendapat ulama lama yang lebih warak dan dekat dengan nabi, dan beliau akan belakangkan sebelakang mungkin pendapat2 baru dari ulama baru yang hidup dalam zaman dajal ni.

Wallahhualam. Saya cuma sampaikan. Kalau ada nak tambah, sila la tambah =)

--------------------------------------------------

Next semester, cuba belajar dgn ikhlas. (err..sem lepas pun cakap camni jugak.uhu). Maafkan saya, saya masih berusaha membaiki diri..tapi selalu terbabas. T^T

Doakan saya, doakan semua rakan-rakan yg lain. Moga kecemerlangan milik kita. InsyaAllah..aamiin.

eh, aku bukan perempuan.

p/s : maaf kalau entry ni macam ditulis oleh orang tak matang. memang tak matang pun. tapi makin jadi tak matang sebab tekanan final exam. harap dimaafkan. dan jgn kutuk. nanti aku sumpah jadi jawapan final exam.

Friday, 3 August 2012

Adab Bermusafir Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wa Barakatuh Wa Maghfiratuh Wa Ridwanuh!

Lama gilak tak menghupdate blog. Takde feel nak menulis sejak dua tiga bulan nih. Nape tah, walhal banyak bende nak cakap. Bese la manusia, kejap semangat nak menulis, kejap tak semangat. Memang tak istiqamah langsung =="

Ramadhan kali ni banyak betul dugaan yg menimpa. Awal Ramadhan disambut dengan batuk yg melampau. Sakit tekak menahan batuk, and then demam, pening, sakit badan, and paling latest muntah-muntah. Bab muntah tu taktau kenape. Dugaan oh dugaan.

Alhamdulillah, banyak dugaan pun, puasa masih penuh walaupun ade hari yg umi suruh bukak puasa sebab terus muntah lepas sahur, tapi tetap puasa sebab muntah sebelum masuk Subuh. Masih diberi kekuatan untuk berpuasa, alhamdulillah.

Dan kemudian ujian datang menyerang. Yang ni ujian yg sangat menguji. Sampai sekarang masih sakit dengan ujian tu, but i'm recovering. InsyaAllah.

Pagi Jumaat nanti saya dan sahabat sejati bakal meninggalkan mukim Hutan Melintang ni buat sekian waktu, insyaAllah bakal dimasukkan dalam diari blog ini jika berkesempatan =)

Sebelum bermusafir, just nak berkongsi sedikit ilmu tentang sunnah Rasulullah ketika bermusafir. Thanks to TV Al-Hijrah, banyak menayang dan menerangkan tentang sunnah Rasul kepada penonton.

Jadi, sebagai perkongsian mengenai adab bermusafir mengikut sunnah. Buat manfaat kita bersama insyaAllah.


1. Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan tujuan, bukan main keluar je tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yg ingin dicapai.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” 
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat. Tapi saya dah terancang hari Jumaat plak. Patutnya hari Khamis, tapi tak jadi.uhu.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan ape tah lagi, tak ingat.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang. Kalau siangkan banyak kenderaan. Dan moga kita dijaga Allah.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. Macam naik kapal terbang pun macam tu jugak.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya tidak tension. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita since doa orang yg bermusafir lebih mustajab.

‎"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir." 
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.

-------------------------------------------------

Aa..itu je kot. Kalau salah tolong betulkan ye. Semua ni berdasarkan hadis yg sahih (cuma ada yg tak dinyatakan.uhu). Jadi, setiap perbuatan kita ketika bermusafir, kena niatkan setiap satu yg kita buat kerana ingin mengikut sunnah Nabi. InsyaAllah ada ganjaran di sisi Allah. Rugi kalau kita lakukan sesuatu itu tanpa mengetahui sesuatu itu merupakan sunnah.

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.” - al-Hadis.

Wallahhualam. Selamat bermusafir buat diriku ini.heh.


Monday, 16 April 2012

Rahsia Tarikh Lahir



Kiraan ini biasanya tepat.

90% manusia susah nak ubah apa yang ada dalam kiraan ini kecuali kalau mereka betul-betul berusaha.

Gunakan kiraan ini untuk kenali anak-anak anda.

Wallahua'lam.

TARIKH LAHIR kita menerangkan

1. siapa kita,

2. apakah kelebihan kita dan

3. apakah kebolehan kita.

Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)

Contoh 2:
-------------
30 Oktober 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 6 (ROMANTIK)

Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut:

1 ---> KETULENAN
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.

- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.

- Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Raquel Welch

2 ---> PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
 
- Mereka tidak suka bersendirian.

- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Bill Clinton, Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3 ---> CERIA
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4 ----> KONSERVATIF
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.

- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5 ---> PERINTIS
-Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Keller dan Mark Hamil.

6 ---> ROMANTIK
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver, Meryl Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7 ---> INTELEKTUAL
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Michael Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8 ---> PENYELESAIAN
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. 

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9 ---> PELAKON
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley