Saturday 14 January 2012

19 Safar 1433

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Finally, my motivation has been recovered. Going back to normal, even not fully recover yet. There's still 3 papers to go before i can rest without worrying. Can't wait to reach the end.

Aish. Ape bende aku merepek dalam English ni. Konon terer cakap omputih.hahah. (jangan nak betulkan grammar aku tu). By the way, ketensenan yg melampau sejak dua menjak ni makin berkurang. Mood pun dah kembali normal. Dari malam tadi masa dihabiskan dengan membuang masa di atas talian (online). Tetibe rase nak update blog since hari ni besday aku.

19 Safar 1433.

Genap umurku 2# tahun.heh. Pertama kali aku melalui 19 Safar dengan mengetahui bahawa tarikh ini adalah hari lahir ku mengikut kalendar Islam. Syukur ya Allah. Nikmat Mu tak terhitung. Semoga hari-hari yg mendatang akan lebih bermakna dan lebih baik buat diriku. InsyaAllah. =)

Namun, adakah patut bergembira dengan usia yg bertambah dengan mengetahui amalan tidak bertambah? Patutkah berasa senang hati dengan ketibaan hari ulang tahun kelahiran bila mana persiapan diri masih tidak cukup utk menjamin keselamatan dan kesejahteraan di alam seterusnya? Bila usia bertambah, makin bertambah  lah dosa, makin bertambah lah tanggungjawab, makin berliku-liku lah kehidupan, makin sukar perjalanan, dan yg paling penting, makin dekat lah dengan "alam" seterusnya. Persoalannya, apa persiapan kita utk alam akhirat yg lebih penting? Apa nasib kita di alam yg kekal selamanya?

Terkadang takut sangat bila memikirkan. Tapi setakat takut sahaja masih belum cukup tanpa sebarang tindakan. Bila la aku nak berubah..T_T

Memang banyak dah kot yg aku berubah. Kalau tengok gambar je pun dah tau. Dari semalam aku tengok gambar2 IC yg sangat comel.heh. Nak upload, tapi macam segan plak sebab comel sangat.

Fikir-fikir balik, dari dulu sampai sekarang, macam tak terfikir langsung bila dah besar jadi sampai macam ni. Dulu waktu sekolah tak pernah terfikir pun, cuma ikut peredaran masa tanpa sedar yg aku dah membesar sampai macam ni sekali. Yela, selalu tengok cermin, mane la nak perasan ape yg berubah sebab perubahan dari hari ke hari sangat lambat. Tapi kalau hari ni kita kenang kembali 10 tahun lepas, pantas sangat masa berlalu.

Kalau ditengok balik lah. Imbas diri sekejap.

Ok, tergelak jap tengok muke sendiri dulu-dulu. Dulu muka inesen je.huhu. Terfikir balik..Adakah kita hari ini sama seperti apa yg kita kehendaki waktu kecil dulu? Adakah kita mengikut acuan ibu bapa kita atau tak?

Teringat waktu masih bersekolah dulu, umi dengan abah pernah menyatakan hasrat nak melihat aku menjadi "ustaz", menjadi seorang hafiz al-Quran. Tapi aku tidak menjadi seperti yg diinginkan. Salah aku kerana memilih jalan yg tak menuju ke sana. Maafkan anak mu ini T_T Andai boleh diputar masa..



Takpela. Exam tak habis lagi. Ade masa plak nak merapu-rapu dekat blog. Setakat ini sahaja.

Assalammualaikum.

No comments: