Showing posts with label Catatan Cuti Semester. Show all posts
Showing posts with label Catatan Cuti Semester. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

al-kisah kedai gunting rambut

Cuti pertengahan semester baru-baru ni, aku pergi menggunting rambut di kedai gunting rambut. Memangla, takkan nak gunting rambut kat stesen minyak pulak kan.

Bercakap soal kedai gunting rambut, aku amat trauma nak pegi gunting rambut kat kedai yg tak paham bahasa melayu. Penah sekali rambutku digunting ala mat rempit, jambul di depan, tobek di kiri kanan dan lain-lain lagi jenis yg pelik. Disebabkan banyak peristiwa hitam di kedai gunting rambut, aku lebih berhati-hati, kadang-kadang malas nak gunting rambut sampai rambut panjang macam pompuan.

Bila di kampung, aku tahu di mana kedai rambut melayu. As a muslim, kita kena cari kedai orang Islam. Kalau ada kedai orang Islam, tapi kita pegi kedai bukan Islam, ostad kata berdosa.

Hah. Dipendekkan cerita, aku pegi kedai gunting rambut yg jauh dalam 7km dari rumah. Kedai gunting rambut tu terletak kat bawah surau.

Sesampainya di situ, kelihatan ada dua orang pelanggan kat situ. Aku pun jenis tak suka duk diam bila menunggu, aku jalan-jalan la jap lepas tinggalkan helmet tanda aku tengah menunggu. Tak lama lepas tu aku masuk balik ke kedai tu. Aku perasan ada sorang pelanggan baru, seorang pakcik yg berusia dalam lingkungan 50an.

Selesai dua orang pelanggan tadi, aku pun nak la bangun untuk turn aku pulak. Dan dengan tanpa rasa bersalah, pakcik yg datang kemudian tu laju je bangun dan terus duduk di kerusi gunting rambut tu.

Oh. Panas hati.

Disebabkan saya ni seorang yg bersopan santun dan menghormati orang tua, saya biarkan saja. Padahal dalam hati tengah menyumpah seranah. Saya perasan brader gunting rambut tu pun macam kejelikan dan kehairanan kat pakcik tu sebab potong line. Tapi sebab kami dua-dua masih muda, kami diam je sebab hormat orang tua. Pakcik tu buat muke dek je.

Setelah beberapa ketika, pakcik tadi pun selesai menggunting dan terus, giliran aku pulak.

Waktu pakcik tu dah keluar kedai, tetiba rasa nak mengumpat pakcik tadi tu dengan brader berkenaan. Tapi disebabkan iman di dada, aku senyap je. Taknak bagi pahala free kat pakcik tu.

Aku duduk, dan kemudian bagitau nak gunting macam mana.

Waktu tengah gunting2 tu, aku dan brader barber tu ade la sembang-sembang, tapi aku tak ingat sangat apa yg disembangkan. Kecuali ada satu hal yg aku ingat sampai sekarang.

"Eh, panjang lagi ni.", kata brader berkenaan.

"Takpe la. Ok dah kot macam ni."

"Cikgu tak marah ke?"

"Hm? Ape dia bang?"

"Cikgu tak marah ke?"

"Err..cikgu? Tak kot.uhu."

Selesai menggunting, aku pun tanya berapa. RM3 je brader tu caj aku.

"Nah bang, ambik la. Baki simpan."

Lalu aku pun keluar dari kedai tersebut dengan hidung sehabis kembang.

Tu je nak cerita. Sekian.

Wednesday, 6 February 2013

Menggoreng ikan kering.

this is my third day staying at my brother-in-law's house with his mom, which i called "makcik". one of my purpose staying here is to accompany makcik when her son is working. makcik isn't well and cannot really standing and walking too much.

and everyday, makcik and i will preparing lunch together.

makcik told me to fry ayam goreng and ikan kering. after finish frying ayam goreng, i put ikan kering right away. this is my first time frying ikan kering. i really don't know what is the right time to stop frying.

oh, forgot to mention that i cooked using electric kitchen.

after frying for awhile, i check. and when i realised, the other side of ikan kering is already hangit. this is how it's look.

 "habisla aku.."

but the other side is like "ok la jugak" and doesn't look like anything bad happen.


so i put all the ikan kering on the plate, like this. the burnt side were hidden.

sungguh genius.

makcik ask me, "pandai tak goreng ikan kering?"

"pandai."

Saturday, 17 September 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (7)

"Cahaya" di Hujung yg Kelam

Ok, sambung cerita. Lepas memancing tu, mak angkat suruh pergi jeti tempat jual ikan, ade buat makan2 sikit sempena Ramadhan yg bakal menjelang. Mak angkat cakap tiap-tiap tahun memang buat majlis camni, persatuan nelayan kat sane yg buat. Ingatkan ade kenduri kawin dekat jeti.huhu. So, lepas terbangun dari terbongkang sbb memancing, aku dgn Ramzi terus pi melantak. Sedap jugak. Maklum la dah dekat jeti, ikan yg dimasak semua fresh2. Heh.

Setelah 4 hari menyibuk di rumah orang, aku dengan Ramzi meneruskan perjalanan ke Jerantut. Ade ape kat sane? Mak Ngah aku duk kat sane, kat Jengka 14. Saje je jalan2. Lama dah tak datang sane. Waktu kecik2 dulu selalu datang sane waktu cuti sekola. Lagipun Mak Ngah duk sorang2 je. Suami dia dah takde. Anak dia plak dekat Kuala Terengganu. So saje la nak memeriahkan suasana. Sian Mak Ngah duk sorang2.

Petang tu bertolak ke rumah Mak Ngah. Nape tah bertolak petang2, tak ingat plak. Perjalanan ke Jerantut dari Kuantan memakan masa dalam 2 jam. Sampai-sampai dah malam. Aku plak tak ingat jalan. Bukak GPS cari Jengka 14, tapi jalan ape tah yg GPS tu bagi. Mengarut2. Masuk jalan lalu kuil la, pastu ade plak kerbau pendek berlari-lari, dengan jalan rosak dan berliku-liku. Ditambah plak dengan jalan gelap. Tawakal je.

Alhamdulillah, jumpe pun Jengka 14. Lega. Tapi, rumah Mak Ngah plak tak ingat kat mane. Pulak dah.huhu. setelah setengah jam mencari, jumpe pun. Rumah Mak Ngah dah berubah 100%, dulu papan, sekarang dah jadi rumah batu. Patut la aku tak cam.

Aku cadang nak duduk sekejap je..setakat 2,3 hari..abang dengan kakak aku pun nak datang, so ingat nak tunggu diorang sekali, pastu baru balik Perak.

Tetibe dapat sms dari Kak Teh, anak mak angkat kat Balok. Kire kakak angkat aku jugak la. Terkejut jap bace. Mesej tu berbunyi,

“Ain da bersalin.”

What? Adeh. Baru je sampai ke Jengka ni. Nak kene berpatah balik ke Kuantan. Ain tu anak family angkat juge. Baru je tahun lepas kawin rasenye. Rezeki diorang. Esoknye kami terus berpatah balik semula ke Kuantan sbb nak tengok kedatangan satu cahaya baru ke dunia ni. Heh.

kalau bayi keluar camni sekali dgn kulit telur, tak dapat nak bayang.huhu 

Dipendekkan cerita, kami sampai ke hospital Kuantan. Ape tah nama hospital tu, tak ingat pulak. Kak Teh pun ada sekali. Kak Teh pun membawa kami ke wad bersalin.

Sampai je kat wad, jumpe Ain. Laki dia pun ada sekali. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan. Alhamdulillah, anak yang dilahirkan sempurna sifat. Comel. Tapi aku terpelik sekejap bile tengok kat baby tu, ade bende pelik dekat pusat dia. Aku yg jakun ni pun tanye la, “eh, ade ketumbuhan ke??”, huhu. Bukan ketumbuhan la mangkuk, tu la tali pusat yg dipotong. Ahaha..buat malu je.

Hari tu jugak Ain dapat keluar wad dah. Laki dia pergi setel segala urusan nak keluar wad. aku seronok je bile tengok bayi yg baru lahir tu. Nama pun takde lagi. Aku pun suka2 panggil bayi tu “Aina”. Heh. Aku tanye, taknak letak nama lagi ke? Diorang takde nama lagi. So, aku pun suggest macam2 nama. Tapi ade satu nama yg aku bagi tu membuatkan leher ku dikarate oleh Kak Teh. Nama tu “Siti Fairuz Fuyyo”. Ahaha, ngokngek betul.

Siti Fairuz Fuyyo. hahah

Aku lihat bayi tu, aku lihat Ain dengan suami dia. Terfikir sekejap. Alhamdulillah, satu sinar baru sudah selamat tiba ke alam dunia ni setelah 9 bulan hidup di alam rahim. Masih baru, bersih dan suci seperti kain putih yg tiada noda. Semua manusia begini ketika tiba di fasa baru kehidupan ni. Aku terfikir bagaimana bayi ini akan jadi pada masa akan datang..bagaimana bayi ini akan dicorakkan, bagaimana acuan yg akan membentuk bayi ini. Besar tanggungjawab yg dipikul kedua ibu bapanya kerana mereka yg bertanggungjawab utk mencorak “kain putih” ini. Si suami sudah mempunyai amanah baru - sebagai seorang anak, suami dan bapa.

Aku lihat si ibu. Berat hatiku melihat keadaannya. Bukan senang melahirkan anak. Mukanya lesu, pucat, tapi bila melihat anaknya, terpancar senyuman kegembiraan seolah-olah tidak teringat langsung kesakitan yg dilaluinya ketika melahirkan anak tersebut. Betapa mulia dan besarnya pengorbanan yg dilakukan si ibu. Tak sanggup aku memikirkan keperitan yg dilaluinya. Tapi..adakah si anak akan mengingati dan menghargai jasa seorang ibu yg berkorban nyawa utk melahirkannya? Adakah si anak sanggup utk menjaga ibu seperti mana ibu menjaga dan melahirkannya? Sanggupkah si anak menyerahkan segala jiwa dan raga utk ibu yg bertarung nyawa utk melahirkannya apabila si anak sudah dewasa? Tanya diri sendiri..kita sebagai seorang anak, pernah ingatkah kita pengorbanan yg dilakukan oleh ibu kita? Kita tak mampu membalas jasa ibu walau diberi seisi dunia ini sebagai balasan sekalipun. Semoga kita menjadi anak yg soleh dan solehah, kerana syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Betapa mulianya martabat seorang ibu disisi Allah sehingga syurga sekalipun berada dibawah telapak kaki ibu..

“Hijrah kecil” kali ini membuatkan aku banyak tersedar dan insaf tentang kejadian diriku. Alhamdulillah, Dia memperlihatkan aku bagaimana asal diriku. Aku juga seperti bayi itu 21 tahun yg lepas. Bagaimana rupanya jika aku digambarkan di atas sehelai kain putih sekarang? Nauzubillah. Aku cuma berharap dan berusaha utk menjadi anak yg mengenang jasa, yg mampu menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku, yg mampu memberi cahaya kepada kedua mereka tika mereka di alam sana nanti..aku ingin membahagiakan mereka. Izinkan aku ya Allah.

Setelah semuanya selesai, kami berangkat pulang ke Balok sebelum aku dan Ramzi berpatah balik ke Jengka semula. Banyak pengajaran yg aku dapat hari ini. Alhamdulillah.

Perantauanku pada cuti kali ini semakin tiba ke penghujungnya. Tapi tercapaikah matlamat ku? Aku sendiri yg tentukan utk menghijrahkan diriku ini atau masih ditakuk yg lama..bukan senang utk berubah, tapi usaha itu penting. Hidayah Allah tidak datang bergolek, kita yg kena mencarinya..






Wednesday, 24 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (6)

Berusaha Menjadi Nelayan

Kampung Nelayan, Pantai Balok, Kuantan. Rumah keluarga angkat aku. Kenape aku datang sini? Of course la nak jalan-jalan, takde motif pun.hahah. Takdela. Sebenarnye nak cari pengalaman kat sini. Nak merasa hidup jadi nelayan macam mane. Kat Kedah dah pernah rasa cara hidup seorang penoreh, jadi kuli tarik skrap, penjual durian, jadi pekerja kantin dan learn the culture kat sane. So sekarang ni nak tukar environment plak. Kalau dekat Kedah tinggal kat rumah kampung dlm hutan, yg ni plak dekat tepi pantai. Tapi taktau la dapat merasa jadi nelayan ke tak. Nak kene mintak kebenaran ayah angkat dulu.

Tapi malangnya, kami datang waktu musim ikan tak banyak. Ramai nelayan tak turun laut sebab tak berbaloi. Kos nak ke laut tak mendatangkan pulangan sebab ikan tak banyak. Ayah angkat pun dah lama tak turun ke laut. Sedih gile. Aku dengan Ramzi try cucuk line family angkat Ramzi plak. Dan seperti yg dijangka, ayah angkat Ramzi tak bagi pergi sebab dia cakap bahaya. Takut jadi ape2 nanti, susah plak.

Frust gile den. Tapi aku dgn Ramzi tak puas hati lagi. Ramzi try tanya anak ayah angkat dia, abg ngah kami panggil beliau. Abg ngah ni sporting, ok dan baik hati. Dia cakap dia pun dah lame tak turun laut. Tapi demi kami yg selalu buat muke tak bersalah, dia janji nak bawak gi ke laut jugak. Yeay! Itu yg kite nak ye tuan2 dan puan2.hahah. Akhirnya dapat jugak=D tapi gi ke laut tu bukan jadi nelayan la, tapi juz gi memancing tgh laut. Jadi la kan, merasa gak turun ke laut.heh.

Dan hari yg dinanti pun telah tiba. Cewah. Rase gembira tak terhingga sampai dah macam orang gile dah. Abg ngah bagi life jacket sebagai langkah keselamatan. Takde la risau sangat kalo terjatuh dalam laut.

Abg ngah yg baik hati =)

Naik bot di pagi hari. Rase excited gile. Nyaman, cuaca pun tak panas sangat. Bila menuju ke laut, nampak garis infiniti yg tak berpenghujung. Luas alam ciptaan Allah. Tetibe rase nak jadi pengembara macam Ibnu Battuta. Berangan habis. Baru je 15 minit naik bot, rase macam loya sikit.huhu. Sebelum ni ok je bile naik bot @ berkayak tengah laut. Tapi kali ni taktau la kenape rase macam mual2 mengandung 3bulan. Tapi sebab taknak rase malu dgn abg ngah, aku cover macho macam takde pape.


Mula-mula kami cari umpan gune jala, cubaan pertama tak dapat papepun. Memang ikan tgh takde. Kami pergi ke tengah sikit. Tapi still tak dapat pape. And then kali ketiga kami pergi jauh lagi ke tengah laut, baru ada ikan melanggar jaring. Patutla ramai nelayan tak turun laut, memang musim ikan tak banyak.

Menjala umpan. Nampak tak ikan parang yg kecik tu?

Seronok memancing tgh laut. Damai je rasa hati ni. Pertama kali memancing tgh laut camni atas bot, memang gayat la jugak kadang2. Tapi takde rezeki kami, kami tak dapat ikan pun. Ikan yg tangkap gune jala tadi je yg ade. Jadi la. Bole gak goreng2.huhu. Walaupun umpan tak mengena, at least rase la jugak memancing tgh laut. Waktu menjala ikan tu pun tau la jugak sikit2 ilmu nelayan dari abg ngah.heh.

Sedikit sebanyak tau la jugak susah perit kehidupan nelayan ni. Macam kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malam? Waktu malam nelayan tak turun laut (serius tak lawak). Bukan senang hidup seorang nelayan. Rezeki dari laut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang tak. Di waktu kebanyakan manusia masih dibuai mimpi, mereka dah turun ke laut demi sesuap nasi. Walaupun kadang-kadang tak banyak hasil tangkapan, dan mereka kerugian kerana tak balik modal, mereka tak pernah terfikir nak hantar resume cari kerja baru kat mana2. Tabah sungguh mereka ni. Semoga Allah limpahkan rezeki kepada para nelayan di seluruh tanah Malaya ni. Alhamdulillah, merasa jugak pengalaman bersama nelayan walaupun sekejap. Thanks Allah for this nikmah.

Balik tu aku terus terbongkang tanpa rase bersalah. Kepale pening tak ingat.huhu.

...bace lagi ye kisah seterusnye. Kalau sudi la..tak pakse pun.heh.

(nak jugak masukkan gambar sendiri.heh)



Saturday, 20 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (5)

Dan..Perjalanan Seterusnya


Pagi 22 Julai 2011, kami bangun awal macam biasa. Siap-siap semua yg patut. Selepas sarapan dan memasukkan barang ke dalam kereta, kami memulakan perjalanan ke Pahang sambil mem”babai” kat Jai sekeluarga.


Memulakan perjalanan di pagi hari, hati sungguh berbunga2 sebab nak berjalan jauh. Tapi baru setengah jam perjalanan, aku dah menguap.huhu. Namun akan ku tahan mata ini(Ece..). Subhanallah, pemandangan alam di pagi hari sungguh menyegarkan. Lalu bukit bukau yg tinggi sampai menampakkan tasik yg luas. Cantik. Aku dan Ramzi dua2 rase seronok. Ramzi tak habis2 cakap, “Terima kasih la shauqi, kalau ko tak datang rumah aku, takde la aku merasa jalan2 camni..”, dan jawapan biase aku, “Ah, ko diam la.”. Aku biase cakap camtu dengan dia. Kadang2 rase macam kasar, tapi dia dah biase kene camtu dgn aku..

Namun, kegembiraan kami tak lama sebab minyak nak habis. Waa..mane nak cari minyak kat atas bukit ni? Ramzi gelabah, aku buat rilek je. Dia sampai nak patah balik cari pam minyak. Aku cakap la sempat lagi sebelum sampai Grik. Tapi dia tetap gabra macam tu. Alhamdulillah, lepas dia kene libas dengan aku kat tengkuk, dia akur.

Seperti yg diharapkan, kami sampai ke pekan Grik dan dengan hati yg gembira, kami mengisi minyak. Dan kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Jalan masih berbukit bukau. Tak boleh nak bawak laju sangat.

Kemudian kami melalui satu tempat yg macam RnR, nampak macam ramai je orang kat situ. Tapi kami dah terlepas la pulak. Aku ajak Ramzi patah balik. Tempat tu macam menarik je. Sampai2 je baru tahu yg kitorang dah dekat Hentian RnR Titiwangsa.



Sejuk kat situ. Boleh tengok pemandangan bukit bukau. Banjaran Titiwangsa kot. Kami lepak2 minum jap. Rehatkan kereta kejap sebelum bertolak. Jauh lagi perjalanan.

Dipendekkan cerita yg tak berape nak panjang sangat, kami sampai ke Kuala Terengganu. Ramzi tak pernah pergi Masjid Kristal lagi. Aku pun bawak la dia pegi sane alang2 dah sampai Terengganu ni. Jam pun dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Kami tak solat lagi. Sampai-sampai je tempat tu kami mengisi dulu perut yg berdangdut dari tadi, pastu baru kami solat jamak.


Selesai solat, kami pun keluar nak jalan2 kat area situ. Bese la jadi tourist ni, bergambar je lebih. Aku ambik gambar Ramzi dekat area masjid tu. Lepas tu kami ternampak sekumpulan lelaki dan perempuan ni. Diorang pun kusyuk ambik gambar. Aku tak kisah la nak bergambar tu, tapi agak2 la sikit. Dekat kawasan masjid, tapi ambik gambar macam dekat Genting Highlands. Aku tak dapat la nak terangkan macam mane, tapi ambik gambar rapat2, gedik2 laki pompuan tuh. Tu ok lagi..lepas tu azan berkumandang tanda Asar dah masuk. Kami dah jamak tadi. So aku dengan Ramzi tengok jela gelagat diorang. Sedih. Diorang buat taktau je, macam azan tu takde ape2 effect. Kalau setan terbako la jugak, tapi bile tengok diorang, hati aku ni yg terbako. Aku terus ajak Ramzi pergi dari situ. Sakit hati melihat orang Islam yg tak hormat kawasan suci sendiri. Terus aku takde mood.

Kami berjalan terus menuju ke Taman Tamadun Islam. Aku dengan Ramzi dua2 tak pernah masuk. So, kami pun meneruskan niat suci murni nak masuk sane. Kena bayar RM15 untuk tiket masuk. Mahal gilo. Tapi ade baucar beli cenderahati dan makanan yg berharga RM5, so tiket masuk RM10 jela sebenarnya. Cuma kena berbelanja RM5 dalam tu. Pandai betul diorang nak makan duit orang. Tap takpela, kami pun berjalan berdua-duaan. Kalau berdua-duaan dengan aweks ke takpela jugak..ni dengan laki. Down sekejap.huhu. Takpela, yg tak penting tak buat dosa.huhu.


Dekat berape jam pusing2 kat dalam Taman Tamadun Islam. Ambik gambar je banyak. Penghayatan takde.huhu. Dah puas berjalan, bateri kamera pun dah habis, kami pun bertolak semula menuju ke destinasi yg dirancang.

Waktu nak keluar dari Taman Tamadun Islam tu, ternampak plak couple ni. Naik moto tak ingat dunia. Kalau letak kucing kat tengah-tengah diorang, kucing pun tak dapat bernafas. Aku cakap kat Ramzi, “Nama tempat ni je Taman Tamadun Islam, tapi macam takde tamadun je aku tengok orang2 Islam kat  sini. Aish.”, tension den.

Kami meneruskan perjalanan. Hari dah malam. Kami menuju ke Kerteh, Terengganu. Tibe2 terlintas nak pergi ziarah rumah abg aku kat sane, Sayuti nama beliau. Nak tengok anak2 buah. Lupe plak aku dah jadi pakcik, tapi perangai macam kanak2 tak baligh lagi.

Masa perjalanan ke sana, kami tersesat jalan. Waktu tu tibe2 jadi tekanan. Ramzi tgk GPS, aku tengok signboard. Hampir nak bertengkar gak kitorang time tu. Tapi hampir jela. Aku memang cepat panas baran kalau aku yg pegang stereng kete. Pastu keadaan jadi OK sebab dah jumpe jalan.heh.

Dalam pukul 8.30 malam kami sampai ke rumah abgku itu. Dia dah ada dua orang anak, yg sulung perempuan, baru nak masuk 4 tahun. Yg no.2 tak sampai setahun lagi, Soleh namenye. Dah lama aku tak jumpe abg aku ni. Dekat setahun. Anak dia yg sulung pun dah tak ingat aku. Sedih betul. (Hey Syifak, i’m your uncle ok.huhu)

Aku tengok abg aku tu jaga anak2 dia. Rase pelik muncul dibenak fikiran aku. Aku pun dah rasa janggal bile bercakap dengan abg sendiri. Cakap macam orang dewasa. Padahal dulu boleh main gurau2 macam hape je. Tapi sekarang, rase pelik. Macam baru lagi kami bergurau macam kanak2 ribena. Beza sgt dah waktu ni. Aku sedar, dunia disekeliling aku dah berubah. Cuma aku tak sedar tentang perubahan ni. Aku bukan budak sekolah lagi. Aku pun dah besar. Tapi tak sangka..cepat betul masa berlalu. (perenggan ni macam skema skit.sila abaikan.huhu)

Lepas makan malam kat rumah abg aku tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Balok, rumah family angkat aku time blaja kat Poli dulu. Jam dah pukul 10.00 malam. Takut plak mengganggu orang time malam2 macam ni. Tapi takpe la, redah jela.

Alhamdulillah, tepat pukul 11.00 malam kami sampai depan pintu rumah. Mata pun dah mengantuk. Lepas berbual-bual kejap, aku terus baring nak tido.

Jauh perjalanan hari ni. Aku juz harap perjalanan aku kali ni tak sia-sia. I want to learn something from this little journey. Dan aku taknak semua tu dilupakan macam tu je. Sejak tu aku terfikir nak buat blog. Sebagai diari perjalanan kali ni. Sebab manusia mudah lupa. Semoga aku tak lupa siapa aku pada hari ni..



sambung lain kali.


Sunday, 14 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (4)

Hari-hari Terakhir


Sedar tak sedar, dah seminggu aku merantau kat sini. Lusa ni aku dgn Ramzi nak bergerak ke Pahang plak. Finally, makcik tahu yg kami nak pergi tour. Ramzi yg bagitau kat mak dia. Takde la susah mane pun.

Macam biasa, lepas keje menimbang skrap, kami pergi ke Alor Star. Ramzi nak pasang tinted cermin kereta. Cermin kereta tu baru je tukar lepas pecah sebab eksiden. Adik dia yg langgar orang. Menakutkan betul. Sebelum pasang tinted tu, kami jenjalan naik Menara Alor Star.


Takde la best mane pun. Da la kene bayar RM6 sorang. Naik KLCC yg tinggi tu pun free je. Ingatkan ade something yg menarik, naik-naik takde apepun. Lagi best naik Gunung Jerai. Tapi sebab dah naik, nak buat camne kan. Enjoy the view jela. Tapi kepada mereka yg nak teringin nak naik menara tu, hentikan la. Bazir duit je sebab tak best mane pun. Kalau naik restoran kat atas lagi taktau la best ke tak. Kami just naik kat ruang memerhati je. Lepas habis pusing, baru la kami pergi memasang tinted. Nak jalan jauh, kalo tak pasang nanti takut panas plak. Selesai pusing-pusing, kami jalan-jalan sekitar Alor Star sebelum balik rumah.

Hari-hari terakhir di Kedah, terasa berat plak nak tinggalkan tempat nih. Padahal aku belajar kat Sintok je pun. Tak la jauh sangat dari kampung Pedu ni. Sebelum nak berangkat  hari Rabu ni, kami menghantar buah kat kakak aku yg duk kat area UUM jugak. Kak Ayu dengan suami teringin nak makan durian. Kat sini berlambak sampai tak termakan, so saya sebagai adik yg baik hati, hantar la durian dengan buah rambutan dan sedikit dukong (yeke dukong?tapi adik beradik langsat gak la kot). Tak boleh lupe, kami ikut jalan “berhantu” utk ke sane. Jalan tu singkat, tapi takde orang lalu. Dah la waktu bertolak tu dah maghrib. Kami tawakal je. Aku pesan kat Ramzi, “Ko jangan gelabah plak kalo nampak bende-bende. Orang selalu terbabas sebab terkejut. Ko buat rilek je..”, kata aku. Sebenarnya dalam hati aku, aku mengharapkan benda tu keluar depan mata. Aku yg cadangkan kat dia jalan tu. Sepanjang jalan asyik tengok signboard je. Mengira lagi berape KM. Alhamdulillah, takde ape yg pelik muncul. Tapi memang jalan tu horror jugak la. Dah la sunyi. Kalo jadi pape memang takleh nak buat pape la sebab line henpon pun takde. Cuak gak aku walaupun teringin nak tengok benda tu.huhu.

Dan tibalah hari utk berangkat dari sini. Ingat nak bertolak pagi, tapi makcik mintak tolong kat kantin sebab sorang pekerja dia cuti. So kami kena la menangguhkan perjalanan ke selepas Zohor. Sebelum nak bertolak, makcik bagi duit upah sikit sebab tolong dia kat kantin. Walaupun segan nak ambik, aku ambik jugak. Yela, da la perabih beras dia, duduk menumpang kat rumah plak tu. Tapi nak buat camne, dah terambik pun.huhu.

Balik rumah, mandi, siapkan barang semua, masuk dlm kereta, online sekejap dan tok Ramzi datang tengok kami. Dia pesan suruh hati-hati, dia tanya bila nak datang lagi. Aku cakap la taktau lagi..insyaAllah kalau ada masa. Pastu aku salam tok, aku cakap kat tok waktu salam tu,

“Tok, terima kasih byk2 ye.. Halalkan makan minum, doakan sy murah rezeki, berjaya dunia akhirat..Mintsk maaf kalau ade salah dan silap.Tok jaga diri ye..”

Aku tgk muke tok, tok sebak lepas aku cakap macam tu. Mata dia dah berair. Mata aku pun nak berair jugak tengok tok macam tu.Sedih gile kot.huhu. Sayu je hati ni..tok mengesat mata dia. Aku pun terus masuk kete. Sebelum masuk kete, aku bergambar jap dgn tok.



Kenang-kenangan. Seumur hidup, aku tak pernah merasa kasih seorang nenek. Alhamdulillah, Allah bagi peluang walaupun bukan nenek kandung.huhu.

Bertolak ke Kulim

And finally, kami gostan kete dan terus bergerak menuju destinasi seterusnye. Kami tak pergi terus ke Pahang, kami singgah ke Kulim dulu, singgah kat rumah sahabat seangkatan time kat Politeknik dulu. Jailani nama beliau. Sepanjang perjalanan, aku tertido je. Sedar-sedar dah sampai. Kami plan nak mandi air terjun kat Sedim, tapi terlewat sampai. Dekat pukul 6 dah waktu tu. Tertunda la program kami. Sampai-sampai je mak Jai pelawa kami minum petang. Mak Jai dgn suami dia jual ikan kat depan rumah. Ingat nak rembat buat BBQ, tapi aku rase macam over je nak buat camtu. Selesai minum petang, Jai bawak kami gi tempat air terjun, tapi bukan yg kami rancang nak pergi la. Air terjun Junjong name tempat yg Jai bawak tu. 


ni la mamat bernama Jailani tu. muke macam tak baligh lagi je.hahah

Lepak-lepak sekejap sambil sembang-sembang dekat batu hampar air terjun tu, kami pun pulang. Kat rumah Jai pun best jugak sbb ada Streamyx. Bahagia gile.hahah.

Esoknya seperti dirancang, kami bertolak ke Sedim. Kat sana menarik sebab ada “The Tree Topwalk”. Aku pun taktau ape yg menariknye. Ramzi cakap menarik, aku ikut jela. Malu nak cakap, tapi kami masing-masing taktau jalan camne nak pergi sane. Kami tersesat berape kali. Patutnye setengah jam je, tapi 2 jam lebih baru sampai. Sedih gile. Tu semua gara-gara malu bertanye dengan pandai-pandai cari jalan. Dah tau “malu bertanya sesat jalan”, taknak tanya orang jugak. Pastu dah tanya orang, baru la dapat petunjuk. Sampai-sampai je, terus la kami melempiaskan hajat kami menyegarkan diri dlm air terjun. Dah lebih seminggu keje buruh, dapat la jugak merehatkan badan.

Selesai mandi, kami salin pakaian dan terus menuju ke “The Tree Topwalk” tu. Nak masuk tu kena RM10 sorang utk tiket. Mahal gile. Tapi alang-alang dah sampai, kami masuk la jugak. Kat sini berjalan atas tiang besi, tinggi atas pokok. Tapi takde la tinggi mane, tak sampai 30 meter pun. Tapi kat situ dia tulis dlm unit mm, 10 meter pun jadi 10000mm, macam tinggi sangat je.

mereng seketika di atas besi

Dekat sana, aku terlihat 2 pasangan ni. Diorang tgh bergambar-gambar dekat signboard “The Tree Topwalk”. Mula-mula ok, tapi lama-lama makin menjadi-jadi. Ambik gambar sambil peluk-peluk pinggang lak..tak segan silu. Aku dengan Ramzi duduk je tengok diorang, bukan diorang tak perasan kitorang. Aku panas la sebab aku pun nak ambik gambar kat situ.huhu. Dah la lame diorang menggedik, buat maksiat terang-terang plak tu. Da la elok bertudung dua-dua minah tu. Takpe la, fikir positif. Suami isteri muda kot.

jadi monyet jap.hahah

Lepas tu kami pun balik. Nasib la nak balik tu dah tau jalan (sebab ade signboard, tadi otw datang takde). Macam yg dijangka, setengah jam dah sampai Kulim. Masing-masing dah keletihan dan mengantuk. Aku dengan Ramzi cadang nak bertolak ke Pahang malam tu, tapi kami taktau jalan. Cari jalan kat Google Maps je. Kami cari jalan dalam, nak avoid highways. Kalau ikut highway, habis duit dekat tol je. Tengok peta kena lalu jalan berbukit-bukit, kami pun menangguhkan perjalanan ke esok pagi sebab fikirkan keselamatan dan keselesaan. Mak Jai pun suruh gerak esok je. Dan kami pun mengikut kata, taknak jadi anak derhaka.huhu.

Jadi esok2 jela aku sambung cite ni.hahah.



Friday, 12 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (3)

Indahnya Alam, Indahnya Ikatan


Dan kemudian hari Jumaat tiba selepas 3 hari aku keje di kantin skolah. Hari Jumaat kantin tak buka sbb sekolah kat Kedah cuti. So aku pun ikut Ramzi buat keje tarik dan menimbang getah skrap. Keje ni under Paksu dia plak. Anda semua tahu tak keje ni camne? Cewah. Ok2, kan ade orang menoreh getah..getah tu menitik ke dalam bekas. Bila getah tu da byk dan mengeras (mengeras...?), diorang keluarkan getah tu dari bekas dan jual getah2 tu dekat pembeli. Bile kami dapat je call dari mereka yg nak menjual, terus bergerak ke dalam setiap pelusuk kampung dgn menaiki lori utk membeli getah skrap.

the best view yg aku nampak

Buat kerja pagi-pagi membuatkan jiwa aku rasa lapang. Dengan keindahan sawah padi yg hijau, udara pagi yg bersih. Subhanallah. Seronok tinggal kat kampung rupenye. Biase la..sekali sekala aku datang, tu yg berseri-seri je hati ni bila tgk keindahan macam ni. Taktau la kalau dah lama-lama nanti kan..tapi aku yakin, aku tak akan bosan dengan alam yg indah ciptaan Allah ni.

Sampai je kat tempat penjual getah, aku pun turun dengan gaya seorang kuli. Ade jugak yg tegur, “Eh, ni pekerja baru ke?”, aku senyum sambil membalas, “A’ah, kuli baru..”, mereka ketawa kecil dengar aku cakap macam tu.

Getah skrap berbau busuk. Kalau kene badan, boleh membawa kegatalan yg amat sehingga menyebabkan kulit macam melecur dengan teruk (aku reka je). Tapi memang gatal la sbb aku dah terkena air getah tu.huhu. keje ni berat jugak la sebab nak kena timbang getah skrap tu berpuluh2 kilo gune bahu. Dapat yg 70kg pun da menggigil aku nak mengangkatnye.  Paling berat 100kg aku dapat. Memang merana la bahu lepas tu. Tapi sepanjang buat kerja ni, hati aku rase tenang dan seronok je..tak macam waktu aku keje jadi drebar tu. Walaupun tak semahal bayaran jadi drebar, aku rase cukup dgn ape yg aku dapat. Paksu Ramzi tu bayar aku RM0.026 sen bagi setiap kilo yg dikutip. Selalunye dapat dalam satu ke dua tan lebih. So, darabkan la satu tan dgn 2.6sen. dua hari keje da dapat rm60. Kalau keje drebar,sehari rm60.tapi nikmat tenang ni mahal..aku tak menyesal pun meninggalkan keje drebar tu.

menjadi seorang penimbang yg berjaya

Kerja ni habis dalam area pkul 12pm-1pm. Dah siap basuh lori dan guni dari sisa-sisa air skrap getah, da dapat makan free, kami pun terus pulang. Time ni dah exhausted gile dah. Hari Jumaat plak tu..nak kene pergi masjid plak. Balik-balik je rehat jap, mandi-mandi dan terus siap berbaju Melayu untuk ke masjid.

Di masjid, of course la mengantuk sebab penat buat keje. Tapi takde la tidur pun. Aku tengok tok khatib tu sungguh lemah lembut membaca khutbah. Sayu-sayu je suara dia. Makin kuat dugaan mengantuk ni. Aku selalu perasan, bila di kampung, imam-imam semua dah lanjut usia.  Beza plak keadaannya bila di bandar macam kat Shah Alam dan Puchong, imam-imamnye masih bole dikatakan muda. Aku terfikir sekejap. Mana imam-imam muda di kampung? Kat tempat aku pun macam tu jugak. Bukan nak kata salah atau tak betul. Tapi macam tu la senario sekarang. Imam yg muda jarang ada di kampung. Dan saya tahu, imam-imam sekarang pun ada segelintir yg mengejar harta (saya maksudkan “segelintir”, bukan semua). Yela, imam sekarang pun dah ade gaji, elaun. Ada yg bertelagah sebab nak jadi imam, ade yg tak puas hati bila jadi imam dan tak dapat bayaran. Macam-macam lagi la kalau nak cerita. Ape bendenye semua tu? Kalau imam pun dah macam tu, macam mana la nasib ummah akan datang.  Macam yg aku pernah baca waktu muda-muda dulu..Yakjuj Makjuj tak akan keluar selagi ada orang yg ikhlas mengalunkan azan.  Bila dah tiada yg ikhlas, waktu tu la akan datangnya kiamat. Tapi nak buat macam mane lagi..memang dunia dah menuju ke ambang kehancuran. Hanya tunggu masa.

Dan hari-hari aku semakin baik di kampung. Terisi dgn aktiviti-aktiviti berfaedah. Takde la membuta je macam kat rumah.  Walaupun ramai kawan-kawan seangkatan tgh bekerja di bandar, di pekan..dan aku hanya di kampung Pedu ni, aku tetap rase aku best kat sini.hahah. Tapi aku tak boleh lama dekat sini, aku nak teruskan perjalanan ke tempat lain. Walaupun aku seronok di sini, tapi aku tak boleh tinggal lama. Lagipun lagi 2 minggu je nak Ramadhan. Aku kena balik Perak waktu tu. Aku pun bagitau la dekat Ramzi yg aku nak ke Pahang plak. Dia pun dah tahu, dan dia pun sibuk nak ikut sama (Ramzi, aku gurau je.aha).

“Duduk la lama-lama dekat sini, puasa dekat sini ye..”, kata mak Ramzi dekat aku.

“Kalau boleh nak dekat raya nanti balik la. Nanti makcik belikan baju raya.”, sambung makcik lagi.

Alamak..dalam hati aku dah serba salah dah waktu ni. Ni kali ke berape tah makcik cakap kat aku bende yg same. Aku hanya mampu tersenyum je waktu makcik cakap macam tu. Nak cakap camne la yg aku nak pergi Pahang plak ni. Tak sangka plak makcik nak cakap macam tu kat aku. Ingat nak halau dah sebab duk lame sangat.

“InsyaAllah makcik..tengok la macam mane nanti ye..hehe”, balas aku macam takde agenda tersembunyi.

Aku tgk Ramzi, Ramzi pun buat muke tak bersalah. Aku tanye Ramzi,

“Weh, camne ni?”

“Takpe2, bole handle. Tapi ko nak bertolak hari ape?”

“Rabu ni la.”

“Okeyh.”

Makcik baik dengan aku. Satu family ni baik dgn aku. Nasib la makcik ni takde anak perempuan. Kalau tak, mesti dah dapat dekat aku (hahah). Makcik pun ada cadangkan suruh aku cari jodoh dekat area sini. Aku cakap la, “Makcik tolong la carikan..nanti boleh la saya datang sini selalu.heh.”, balas aku macam teringin jugak.aha. Tapi makcik tau aku main-main je. Mane penah serius aku ni. Aku pun dah ada pilihan hati sendiri. Petang tu (hari Sabtu) kami keluar satu keluarga pergi ke Tanjung Dawai dengan keluarga sebelah Paksu Ramzi. Makan besar.heh.

Seronok duk sini. Aku dah lama tak merasai betapa rapatnya dengan saudara mara..dengan tok, paksu, sedara mara yg lain.. diorang duduk dekat-dekat area sini je. Bila kat sini, aku dapat rase ukhuwah yg kuat dalam hubungan persaudaraan antara mereka. Dah lama aku inginkan keadaan macam ni. Tapi sedara mara aku jauh-jauh. Memang susah nak selalu bertemu, apetah lagi berkumpul ramai-ramai..dan sini aku hanya memerhati (observe)..dan menghayati..

P/s : aku masih mencari cara utk bagitau makcik yg aku nak blah dah.huhu~



next time sambung lagi.




Thursday, 11 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (2)

Di Sini, Hari Kedua

1st time keje kantin, aku just jaga kaunter. Jenuh nak ingat harga-harga barang ni. Sikit2 aku tanye mak Ramzi, “Maklong, ni berape ni?”..byk sgt bende nak ingat. Da la lemah ingatan aku ni.huhu..budak2 muslimah tengok2 aku plak..ade yg senyum,ade yg mengalihkan pandangan lepas aku pandang balik..dan ade jugak yg usha aku pelik.. Aku pun taktau nak analisis macam mane. Terkadang aku tersalah bagi baki.. selalunye terkurang bagi. Bile nak cari balik, budak tu da hilang. Aku pun tak ingat muka budak tu. So, aku ingat berapa baki duit dia tu dan aku niat nak sedekahkan dekat masjid since aku pun bukan sengaje. 10sen je aku terkurang bagi..tapi still akan dikira kat akhirat kelak. Takleh la nak ambik ringan walaupun nampak mcm ringan je, kan?

Bila tiba waktu petang, aktiviti utama ialah kuak lentang beramai-ramai. Tapi duk kat rumah orang, takleh la nak buat perangai kat rumah. And the best thing yg ade kat rumah Ramzi ialah INTERNET..wuhhuuu..(dgn nada gembira..sebut ramai2..wuhhuuuu~! yeay =D) Dengan ade internet, ade jugak la aktiviti nak buat tika masa lapang. Tapi petang2 kami selalu keluar. Jalan-jalan pergi sana sini..dah macam Cuti-cuti Malaysia plak. Banyak tempat sekitar Kedah kami pergi..antaranya Muzium Padi, Menara Alor Star, Gunung Jerai, Masjid India dan beberapa tempat yg tak berape nak femes, tapi cantik.heh. (Mak Ramzi suruh kait buah rambutan kat belakang rumah, tapi lain kali ye makcik.hehe.)

Bila malam plak, aku selalu bersembang-sembang dengan Ramzi..macam-macam topik. Tentang dunia, tentang akhirat, tentang “dia”..ece. memang setiap malam kami tidur bersama. Bila bangun pagi je, mesti aku nampak dia dulu. Sampai satu tahap tu aku berkata seorang diri, “Argh..suck gile hidup. Bangun2 je nampak laki.huhu.”..tapi kami tak buat aksi berbahaya pun. Nabi mengaku umat lagi.heh. Pagi-pagi aku selalu terbangun awal. Tapi sedar-sedar je Ramzi yg gerak aku utk solat Subuh. Aku tertido balik lepas terbangun awal..Memang tak pernah “miss” subuh sejak kat sini..alhamdulillah. Dan aku tak tinggal solat-solat yg lain jugak macam sebelum ni..kene istiqomah la lepas ni. Itu pun sebab aku kan musafir, 3 hari pertama selalu buat jamak je. Tu yg tak pernah tinggal kot.

Kadang-kadang kami tidur di rumah nenek Ramzi. Dekat je, sebelah rumah Ramzi. Nenek @ Tok Ramzi ni baru je 2 bulan kematian suami. Malam-malam dia ajak kami tidur kat rumah dia..at least dia ade peneman. Takde la sunyi je. Malam tu kami sembang-sembang dgn tok. Seronok  je aku tgk tok bila kami datang..lemah lembut, cume bahasa loghat Kedah dia yg aku tak berape nak faham sgt. Kadang-kadang aku gelak, tapi aku tak faham pun kenape aku gelak. Aku tgk tok..sayu je mata ni memandang. Duk sorang-sorang, of course la sunyi..Betul la..dunia ni penjara bagi manusia. Kita nak pergi ke alam sana, tapi masih dihalang dunia. Yang muda-muda mcm aku ni mmg la rase dunia ni best lagi, tapi bila dah lanjut usia, lain plak yg kita rasa. So kepada mereka yg masih mempunyai ibu bapa, selalu la balik kampung..luangkan masa dengan mereka. Jangan baru nak tercari-cari bila mereka dah tiada.. Teringat umi abah dekat rumah..tapi time ni dorang gi Bangkok..huh (masih tak puas hati sbb tak dapat ikut.huhu)

Aku terfikir sejenak..apa yg akan jadi kepada ku kelak? Terbayang keadaan bila aku dah meningkat tua..Aku tak tahu..but i hope that i’ll be a better person..a better Muslim..insyaAllah.

Malam tu kat rumah tok Ramzi, aku sembang-sembang dgn Ramzi sebelum tidur..aku tanye dia..

“Ramzi, ko ingat tak 7 golongan yg dijamin syurga?”

“Yang mane satu?” tanya Ramzi balik. Aku menjawab..

“Pasal dua sahabat yg berkasih, kemudian mereka berpisah kerana Allah, berpisah semata-mata nak cari keredhaanNya, dan bertemu semula kerana redha Allah..”

“Oo..kenape?” Ramzi yg menjawab macam da mamai.

“Ko rase ade ke sahabat yg nak berpisah camtu? Contoh macam aku dengan ko ni la..takdenye nak berpisah, macam ayu sangat je. Aku rasa “sahabat” tu dimaksudkan utk dua orang yg bercinta. Faham tak? Contohnye macam ni la. Pasangan kekasih ni bercinta..(memangla bercinta, nama pun pasangan kekasih)..kebanyakan pasangan zaman sekarang, semua  tak tentu hala. Seciput je kot yg jaga batas. Sebab nak mencari redha Allah, mereka terpaksa berpisah..sebab kalau mereka teruskan, takut hubungan mereka dikawal oleh nafsu dan syaitan.”

“Aah..betul jugak tafsiran ko tu..ayat tu boleh ditafsirkan lagi kan..” Balas Ramzi.

Aku sambung lagi..

“Yela. Bukan senang nak berpisah, memang perlukan pengorbanan yg besar. Ko bukan faham pun Ramzi, ko tak penah bercinta..Lepas mereka berpisah dan bermujahadah buat sekian waktu..dan bila tiba masa dan ketikanya, mereka berjumpa kembali dan hubungan mereka terus diikat. Itu yg dimaksudkan dgn bertemu semula kerana Allah. Dah jadi suami isteri, senang nak cari redha Allah bersama..”

Ramzi tak cakap ape2, aku sambung lagi..

“Kalau aku pun, aku nak masuk syurga dengan orang yg aku cintai. Dalam syurga nanti, isteri kita tu la yg akan jadi ketua bidadari kepada para bidadari kita yg lain. Aku pernah terlintas nak buat macam tu..tapi susah sangat nak buat. Iman aku lemah lagi kot..”

“Aku ingat nak try jugak..harap2 ade la kekuatan. Tengok la camne nanti..Hm..”

“Eh,ko tak ngantuk lagi ke?”, aku tanye mamat tu.

“...........”

“ Ramzi..? Weh..”

Sungguh hampeh. Aku cerita sorang-sorang je rupenye..kurang hajarul aswad punye budak..

*Ramzi tido dgn berdengkur kuat tanda tak bersalah.



(bersambung lagi ye anak-anak..)



Monday, 8 August 2011

Catatan Cuti Semester 2011 (1)

Bermulanya "Hijrah" Kecil


Macam mane nak mule cerita ni ye..lemah betul aku nak buat pendahuluan karangan nih. Ok2,starting camni la..

Cuti semester bermula lagi..yeay =D (anggap la aku start tulis karangan ni waktu dua bulan lepas..) Sejak aku habis skola, ni la cuti yg terpanjang yg aku dapat waktu tgh blaja. 3 bulan..lame gile. Sebelum cuti nak mula, aku memang dah plan nak kerja sbb cuti lama sgt..dan memang dah ade kerja menanti aku.

Seminggu aku start cuti, aku dah meninggalkan rumah aku di Hutan Melintang untuk ke Puchong, rumah no.2 aku. Kerja yg aku bakal lakukan, jadi drebar.wuwu..tapi kerja ni not bad la since bayaran sehari dalam RM60. Agak tinggi la bagi student yg nak cari duit. Tu yg aku semangat nak keje. Aku keje ni pun dengan member aku. Ok la kan, keje dgn member. Dia yg bayar gaji aku. So alkisah bermula la keje aku sebagai drebar. Dipendekkan cerita, aku keje seminggu je. Aku tak tahan, aku berenti. Aku keje 5 hari, pastu aku cuti sebab konvo utk diploma aku. Pastu aku decide nak berhenti lepas tertekan sangat. 2 minggu tu merupakan hari2 yg paling tension dalam sejarah hidup aku. Sebabnye aku berhenti? Antaranye sebab mak dekat kampung suruh balik. Huhu..tapi ade la alasan lain.

Lepas tu aku pulang ke kampung dgn Faiz, anak pak janggut. Dia ni member dari sekolah rendah lagi. Mulut dia macam harem, tapi dia takde la jahat pun. Baik sebenarnya. (Faiz, jgn marah daku). Naik kereta dia sampai ke rumah, dia tak mintak sesen pun duit aku. Punye la tulus murni hati member aku nih walaupun aku da hulur duit minyak. Ok, dah sampai rumah tak sampai sehari, esoknye ayah aku outstation. Pastu aku kene patah balik Puchong sbb ayah aku suruh bawak mak dgn kakak aku pergi rumah kat sane. Ayah aku outstation area Nilai-Bangi..Dah kene patah balik..

Dan seterusnya aku menjalani hidup sehari-harian di kampung selepas seminggu lebih duduk Puchong..kat kampung takde la duduk saje..ade gak aktiviti lain yg aku kene buat. Tapi lama2, aku jadi tekanan sebab bosan sgt. Duduk rumah keje makan, tido, korek hidung kucing kesayangan n semua keje yg tak mencabar. Bosan kot.

Sepanjang duduk rumah, aku muhasabah diri..duduk diam2 dlm bilik, teringat semua cerita dulu2.. teringat zaman sekolah dulu. Aku banding dgn diri aku sekarang..banyak yg aku dah berubah. Aku tak semurni dulu.(ape punye ayat tah). byk laranganNya aku langgar. Nak tulis kat dlm karangan ni pun aku tak sanggup..tp senang cerita aku dah terleka la dgn dunia. Aku terlintas nak berubah balik.

Dalam beberapa hari aku menjadi tugu di rumah, akhirnya sumber ilham datang. Mak ayah aku nak pegi Bangkok bercuti selame 4 hari. Aku pun terkesima sekejap sebab mak aku yg suruh balik, last2 aku kene tinggal, bukan ikut sekali. Pastu aku pun mendapat inspirasi utk memulakan langkah. Aku sedar aku susah nak berubah kalau aku terperuk di rumah je. Setan2 dlm rumah ni semua dah kenal fi’il aku. Aku pun terfikir, kadang2 kita perlu berhijrah utk berubah (statement ni yg aku letak kat status fb waktu tu.heh) dan aku cakap dekat parents yg aku nak pergi rumah sahabat aku di Kedah, dan hari Isnin, 11hb Julai 2011, aku memulakan hijrah kecil aku.

Perjalanan Bermula

Aku menaiki bas Transnasional waktu tu..bas tak penuh. Dibelakang aku ada seorang lelaki ni..lengkap berkopiah dan berjubah putih. Tengok gaya macam tabligh je, aku pun segan nak tegur.  So aku duduk senyap2 jela sambil melihat ke luar dari bas. Macam tajuk lagu Nowseeheart tu, berjalan, melihat dan mentafsir.  Kalau aku tidur je dalam bas, mungkin ada perkara berharga yg aku terlepas. Tapi last2 aku tertidur jugak. Sedih gile. Tadi berapi ckp taknak tido. Bangun2 je bas dah sampai kat Ipoh, berhenti sebab nak ambik penumpang dekat sini. Aku pun turun la sebab nak terkucil. “Tabligh” yg kat belakang aku pun turun..aku tengok je dia. Keluar je bas, dia mengeluarkan rokok. Pergh..merokok rupenye. Kalau aku berpakaian macam tu, memang segan la nak buat benda2 yg tak manis dipandang. Apatah lagi bila dah bawa imej Islam pada diri tu..aku akui yg aku juga sebenarnye seorang perokok..aku rase jengkel melihat keadaan begitu, tp aku lupe plak aku pun same je dgn dia. cuma cara berpakaian yg membezakan kami..

Setelah bas berhenti selama lebih kurang 15minit, bas meneruskan perjalanan semula menuju ke Kedah.

Memasuki sempadan Kedah, bas berhenti di R&R. Nasib baik la, memang aku nak ke toilet. Bas berhenti je aku terus masuk toilet. Ramai orang plak dah..berbaris la sekejap tunggu giliran. Sementara menunggu giliran tu, ade plak pak lebai ni masuk..umo dalam 60-an ke atas. Dengan selambe dek je, dia kencing berdiri. Aku pun taktau la nak kata ape..tadi lelaki berjubah hisap rokok, sekarang pak lebai kencing berdiri plak. Betul la kata laki mak aku, don’t judge the book by it’s cover. Biarla berpakaian macam mana pun, ia belum tentu mencerminkan dalaman seseorang tu.

Tup tup tup, aku da sampai Alor Star..dan tak lama lepas tu, sahabatku datang menjemputku. Rumah dia sekitar 40minit nak sampai dari Alor Star. Dekat Pedu, Kuala Nerang. Ni bukan pertama kali aku datang..kali kedua rasenye.

Misi pertama, aku nak cari duit utk perjalanan aku yg seterusnye. Aku dah soal selidik Ramzi awal2 dah tanye keje ape yg ade..ade la 2,3 keje. Aku kena kerja since aku tak ade duit poket. Pokai dah kot. Memang kene kerja la..selain tu dapat jugak pengalaman baru..at least hijrah kecil aku ni bermakna dari sekadar makan angin semata-mata..walaupun aku tak pasti aku akan berubah menjadi lebih baik atau tak selepas hijrah ni tamat.

Pagi-pagi aku dah bangun solat subuh - perkara yg aku selalu tinggalkan sebelum ni. Alhamdulillah, selesai solat sarapan dah tersedia. Dengan tak mandinye, Ramzi ajak aku pergi ke dusun durian.



Suasana pagi di kampung Pedu ni memang teramat nyaman dan menenangkan..dalam perjalanan ke dusun, kami melalui sawah padi, meniti sungai, dengan atmosfera pagi yg sejuk, berkabus..Jap2, apsal macam makin skema je aku tulis karangan nih.adeh.terjiwang plak. (malas nak betulkan.huhu) Okeyh..sampai je kat dusun, aktiviti mengutip durian berlangsung. Tapi Ramzi je yg byk kutip, aku syok main ambik gambar je. Maklum la kat kampung aku takde dusun.heh. Alhamdulillah, penuh durian satu bakul. Bahagia gile pagi2. Memang betul yg pintu rezeki terbuka luas di pagi hari.

Durian sebakul =D

Memang rezeki kami. Selesai semua, kami menuju pulang. Pukul 8.30am nanti nak pergi keje kantin plak, tolong mak Ramzi. Mak dia ada bukak kantin dekat skolah SMA (Sekolah Menengah Agama)..

Setibanye di kantin, pandanganku melihat pelajar2 SMA..semua muke suci murni. Teringat zaman aku sekolah kat SMKA dlu. Bandingkan dgn sekarang, wallahualam..bagi mata org lain, aku nampak macam bese je..takdela teruk  mana..tapi diri aku..hanya Allah yg tahu..

(bersambung..heh)