Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Rindu.

Di kala hati merindu
Pujuklah hati,
Sesungguhnya yang layak menerima rinduku,
Dan sebaik-baik pengubat rindu,
Hanyalah padaMu Ya Allah.

Aku yakin,
Dengan merinduiMu,
Kau pasti menerima rinduku,
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
Belum tentu dia merindukan aku.

Di kala hati terluka,
Dan kecewa kehilangan sesuatu yang disayangi,
Pujuklah hati.

Ya Allah,
Hanya Engkau yang layak aku cintai,
Kalau aku cintakan manusia,
Manusia akan pergi,
Kalau aku cintakan dunia,
Dunia pasti rosak,
Malah akan merosakkan aku,
Tetapi sekiranya aku mencintaiMu,
Pasti selangkah ku rapat padaMu,
Seribu langkah Kau rapat padaku.

Di kala hati merasa sedih dan pilu,
Berpisah dengan yang disayangi,
Ubatilah hati..
Ajaklah hati berkata...
Ahh.. aku hanya berpisah dengan manusia
Bukankah Tuhan masih ada untuk aku gantungkan hatiku.
Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat aku mengadu.

Ya Allah, terimalah hati hambaMu ini.

Di kala hati merintih,
Kerana menerima ujian dan dugaan,
Didiklah hati.

Ya Allah,
Memang aku layak menerima kesusahan dariMu
Kerana hati ini banyak berdosa padaMu,
Juga sering mengulangi kesilapan lalu,
Aku pasti ya Allah,
Ujian dan kesusahan ini mengundang hikmah dan iktibar buatku,
Tanda kasih dan sayang Mu.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu,
Namun aku juga tak terdaya untuk menghadapi api nerakaMu,
Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau menerima taubat hambaMu.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku cintaMu,
Dan cinta orang yang cinta kepadaMu,
Dan cinta orang yg cinta kepada orang yang hampir kepadaMu,
Dan jadikanlah cinta itu yang boleh aku dambakan.

Sunday, 12 May 2013

Refleksi diri dari kucing.



Kepada kawan-kawan satu blok yg mengenali, mereka tahu bilik aku merupakan tumpuan para kucing. Walaupun aku tak letak signboard “Kucing, Sila Masuk”, kucing-kucing entah dari mana selalu menziarahi bilik. It’s not a big deal since aku pun suka buli kucing. Jadi ade la mangsa untuk melepaskan tension. Boleh juga aku nak membuat onar dekat mereka.

Disebabkan kucing tak putus-putus menziarahi bilik, ada ibrah yg aku dapat dari mereka. Muhasabah diri. Refleksi diri.

Suatu hari, ketika aku sedang menikmati hidup seorang diri, aku terdengar bunyi anak-anak kucing. Sila refer post aku sebelum ni, http://shauqiazmi.blogspot.com/2012/05/5-beranak-masuk-bilik.html

Waktu tu serabut gila. Bukan sebab tak suka kucing. Tapi yela kan, kalau dah jadi sarang kucing, mesti bilik akan berbau kurang enak. Kang diorang berak lagi. Tapi sebab tak sampai hati, aku biarkan saja.

Dan bermulalah hari-hari dengan mereka. Hari ni pun, dalam bilik aku, kucing yg sama, buat perkara yg sama walaupun aku dah bertukar bilik.

Hari Khamis lepas, aku tertidur dengan pintu tak berkunci. Pagi-pagi aku bangun nak pegi mandi, terkejut biawak melihat kucing berkenaan melahirkan anak lagi. Paling hampeh, dia beranak atas seluar aku. Bau dia takyah cakap la kan.

Dan macam biasa, kucing tu buat muka tak bersalah. Rasa macam nak belasah je.

Tapi, sebagai manusia yg ada akal, aku tak belasah. Aku biarkan saja. Rasulullah pun bersikap ihsan dgn kucing.

Hari-hari berlalu dgn mereka. Kadang-kadang kedengaran suara anak-anak kucing merengek dekat ibu mereka, kadang-kadang ibunya merengek dgn aku. Sabar jela Shauqi.

Aku terfikir, kenapa mesti kucing ni datang dekat aku?

Suatu ketika, ibu kucing yg aku bagi nama Semah tu, datang merengek dekat aku. Hadu..sangat bising. Meow..meow.. pang skali baru tau. Kalau anda pernah mendengar leteran seorang wanita, macam tula lebih kurang.

Bukan aku tak bagi makan, setiap masa aku bagi. Tah ape yg dia nak berbunyi lagi. Kalau la aku paham bahasa kucing.

Dah selalu macam tu, kadang-kadang aku hilang sabar. Dah lepas marah tu, rasa serba salah pula. Padahal kucing tu bukan paham pun aku marah. Tapi aku assume kucing pun ade perasaan kot. Rasa serba salah hasil dari marah kucing tu buat aku refleksi diri.

Kenape eh kucing tu datang? Mesti aku ke tempat dia menagih simpati? 

Aku lihat semua tu bagai mesej dari Tuhan.

Aku tersedar. Ni semua pengajaran dan mesej yg Allah nak sampaikan utk aku. Mungkin juga sebab Allah nak menguji dan mengajar aku.

Aku mempunyai keinginan utk bernikah. Keinginan yg sangat tinggi. Aku ingin beristeri, punya anak sendiri. Tapi aku lupa menanyakan soalan ini kepada diriku, “Sudah siapkah aku?

Siapkah aku untuk melayan karenah isteri?
Siapkah aku untuk bersabar dengan isteri?
Siapkah aku untuk memberi nafkah kepada isteri?
Siapkah aku untuk hidup berkeluarga?
Siapkah aku untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak?
Siapkah aku memimpin diri dan mereka ke syurga?

Aku mempunyai sikap kurang sabar yg teruk. Kadang-kadang aku tak mampu kawal. Kehadiran kucing-kucing ke bilik ku menyedarkan aku. Aku anggap itu tarbiyah dari Allah.

Antara refleksi diri yg aku dapat kembangkan.

Pertama, aku tak tahan bila Semah datang mengiau-ngiau tak henti. Dia inginkan sesuatu dari aku. Aku tak tahu. Meow meow je kan, mana aku nak paham. Selalu aku menyergah Semah macam ni, “NAK APE LAGI??”

Stress dibuatnya. Kemudian aku sedar, mungkin macam tu lah bakal isteriku. Aku sedar yg wanita susah dimengerti. Walaupun bahasanya aku fahami, mungkin aku tak fahami apa yg dia inginkan. Mungkin aku tak faham perasaan bakal isteriku nanti, yg akan membuatkan aku geram, sakit hati, hilang sabar dan lain-lain lagi.

Dari kucing itu aku belajar, untuk lebih memahami, untuk lebih memenuhi keperluan dan keinginannya. Dan yg paling penting, supaya aku lebih bersabar. Kerana sabar itu amat penting dalam ketahanan hidup berumah tangga.

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Mampukah aku bersabar? Mampukah aku memahami?

-------------------------------------------------------

Kedua, bukan setakat Semah, banyak lagi kucing-kucing yg datang. Meminta makanan dari aku. Kadang-kadang mereka datang waktu aku tengah makan. Aku jarang berkongsi, melainkan hanya sisa-sisa tulang belulang yg aku berikan. Sudah tentu hanya sedikit makanan yg kucing-kucing itu dapat dari aku. Tak mungkin mereka kenyang.

Dari situ aku sedar, hidup berumah tangga merupakan perkongsian hidup aku dan keluargaku. Aku tak boleh penting diri. Aku tak boleh makan sorang. Itu tak adil namanya.

Sebab taknak kucing-kucing mengganggu waktu makan aku, aku belikan mereka makanan kucing. Tapi itupun mereka nak kacau time aku makan. Stress. (=_=*)

Jadi, aku bertanya diri sendiri, “Siapkah aku berkongsi?”

-------------------------------------------------------

Ketiga,  waktu aku nak masuk bilik, ada seekor kucing yg aku tak pernah nampak duduk dekat dengan bilik. Dari gayanya, memang tersangat lapar hingga dia mengikut aku, seperti mengharapkan makanan dari aku. Takde masalah, sebab dekat bilik aku memang dah simpan makanan kucing. Jadi aku pun jemputlah dia masuk.

Dengan tak semena-mena, Semah, yg ketika itu berada dekat dengan pintu bilik, menerkam kucing asing itu. Mereka bercakaran hingga bulu kucing asing itu berguguran. Sebelum keadaan bertambah lebih teruk, aku leraikan, dan aku letak kucing asing itu kembali di luar.

Waktu tu aku sedar, aku tak boleh kawin dua.

hewhew.



P/s: Buat cik bakal zaujati, sy sedang mempersiapkan diri =)

Sy akan belajar menjadi suami yg terbaik untukmu dunia akhirat, dan bapa yg baik untuk anak-anak kita. InsyaAllah.

Terima kasih Allah atas tarbiyah. =)

Tuesday, 19 March 2013

Munafikkah aku?


Hari ni aku pergi ke masjid dengan memakai serban. Dah lama sangat rasanya tak melilit serban di kepala dengan berjubah putih. Kalau tak salah, kali terakhir mengenakan serban adalah ketika tingkatan 1 dahulu.

Bila dah lama tak pakai, sudah tentu mengundang pandangan pelik manusia.

Ni semua sebab waktu aku nak pergi kelas, helmet aku takde kat motor. Sudah menjadi kezaliman kelaziman budak2 lelaki kat kolej ni ambil helmet yg tak dikunci di motor utk kegunaan masing2. Helmet menjadi kegunaan awam..aku redha (-_-“). Sebab dah lambat dan tak tahu nak pinjam helmet siapa, aku mencapai serban sebagai ganti.

Natijahnya, kopiah aku elok dililit dengan serban. Dah lama tak pakai serban sebenarnya. Tu pun kawan yg tolong lilitkan sebab dia pakar.  Bila dah balik dari kelas, macam sayang pulak nak bukak lilitan serban tu. Jadi aku pun biarkan je. Tu je kopiah yg aku suka pakai. Kopiah satu lagi ada sahabat pinjam.

Seusai solat Isyak berjemaah di masjid, dua tiga sahabatku menegur. Mereka memuji-muji pemakaian serban aku sampai aku rasa segan. Dan bermulalah “usrah pendek” bersama mereka.

“Alhamdulillah syeikh, kemaih pakai camni.”

“Hensem la ustaz..alhamdulillah dah berubah.haha”

Aku dah segan2. Tapi diorang memang camtu, kadang2 tak tau mana satu pujian, mana satu cacian. Tengah berbicara, tetibe aku terluah sesuatu..

“Entah la Omar, kadang-kadang rasa macam munafik pun ade. Luaran nampak elok, orang tengok macam baik-baik je. Tapi dalaman ni..Allah je yg tahu. Ilmu dalam otak ni sikit sangat kot. Baca Quran pun tajwid tunggang langgang.”

“Hang takleh cakap camtu. Mana yg kita boleh beramal, kita beramal la. Tak semestinya kena ada banyak ilmu baru pakai kemaih-kemaih macam ni.”

Aku diam je. Aku tahu semua tu. Tapi saje nak manja2 kena tarbiyah dengan sahabat2.

“Aku nak tanya, kalau orang beli kereta, diorang selalu tengok body kereta or enjin dulu?”

“Err..body kete kot?”

“Bukan..orang selalu tengok enjin dulu. Orang akan pilih enjin dulu. Luaran tak penting.”

Aku tak berapa nak tangkap maksud beliau.

“Luaran kita tak penting..yg penting dalaman ni. Tapi mana yg kita boleh beramal, kita beramal la. Aku pun tak la tinggi sangat ilmu, tapi belajaq la. Perubahan luaran tu sedikit sebanyak akan membantu kita utk terus mencari ilmu.”

“Ye..aku tahu..uhu.tapi..”

Seorang lagi mencelah, Firdaus nama beliau.

“Allah berfirman, ya ayyuhannass..Annas yg dimaksudkan dalam firman Allah tu kalau diterjemahkan memang bermaksud manusia. Tapi dalam tafsiran lain, ada ahli tafsir yg merujuk kepada “Wahai si pelupa..”, kerana kita ni manusia yg pelupa. Jadi memang perlu selalu diingatkan.”

“Mencari ilmu ketika muda ni ulamak cakap, ibarat memahat ukiran di batu. Maksudnya lebih kekal. Berbanding cari ilmu waktu dah tua, ibarat mengukir sesuatu di ais. Salah ketuk, habis pecah. Kalau jadi pun, ais akan cair. Susah nak kekal. Sebab tu kena cari ilmu waktu muda macam ni.”

Dan ade beberapa perbincangan yg aku dah tak berape nak ingat isinya. Tak lama lepas tu, “usrah pendek” kami berakhir di situ.

Ya..memang betul apa yg dikatakan. Dan aku pun tahu hakikat tu. Tak perlu nak tunggu dah berilmu macam para ulama’ untuk pakai serban, jubah dan lain-lain.

The key point is, always improve ourself.

Aku pakai kopiah, jubah, songkok..tu semua lebih kepada nak mengawal diri. Bila aku pakai macam tu, bukan bermaksud aku nak tunjuk yg aku ni baik. Tapi bila aku pakai macam tu, perangai aku lebih terkawal. Dengan pakai macam tu, aku lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki diri, ibarat mengingatkan diri sendiri. Tak kisah la orang nak tengok macam mana, tapi aku harap biarlah Allah redha memandangku.

Memang tak dinafikan, aku sedikit segan dengan manusia yg dah lama mengenali aku. Hanya mereka yg tahu betapa teruknya aku di masa lalu. Dulu macam setan, sekarang nampak macam malaikat. Tapi dari sibuk memikirkan pandangan manusia, aku teruskan apa yg aku dah mulakan.

This is my way to istiqamah in my changes. Cukuplah beberapa tahun aku bergelumang dengan dosa dan maksiat. Banyak benda yg aku nak betulkan dalam diri ni sebelum aku mati.

Walaupun tak semua kita dapat buat, tapi biarlah tak semua kita tinggalkan.
Walaupun masa silam tak akan hilang, masa depan sentiasa ada.

Hakikatnya ramai dari kita yg nak “kembali”, tapi masih belum kuat. Mungkin sebab mereka rasa apa yg aku rasa, atau mereka tidak menemukan jalan lagi. Tapi apapun alasannya, nak taknak, kita kena berusaha utk kembali dan memperbaiki diri, sebelum kita mati.

Dan aku menulis di sini bukanlah sebab nak nyatakan yg aku sedang berubah, bukanlah juga aku ingin manusia memahami aku, jauh sekali supaya mereka melihat aku sebagai seorang yg baik atau soleh. Aku sendiri ada benda yg aku belum dapat tinggalkan, cuma aku tak zahirkan di khalayak. Mungkin manusia mengenali kegelapan aku di masa lalu, tapi cukuplah Allah mengenali siapa aku kini. Walaupun aku tak tahu apa darjat aku disisiNya. Aku mengharapkan redhaNya.

Hijrahkan diri kerana Allah. Jangan lelah. Nasihat dan peringatan utk diri sendiri juga.

Moga dipermudahkan perubahan yg baik, insyaAllah.