Showing posts with label Ucapan YB =P. Show all posts
Showing posts with label Ucapan YB =P. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru.

lebih kurang sebulan lagi, aku akan menamatkan hari-hari di universiti. insyaAllah.
tu pun kalau tak sangkut paper sem ni. heh.

perjalanan yg panjang.
bermula dari tadika. ketika berumur 6 tahun. di sungai pasir, kedah.
darjah 1 dan 2 di SK Sg. Pasir.
darjah 3 hingga 6 di SK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tingkatan 1 dan 2 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak.
tingkatan 2 hingga 5 di SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
tambahan, 5 hari di tingkatan 4 di SMKA Slim River, Perak. ngee
satu hari di Tingkatan 6 di SMK Saint Anderson, Teluk Intan. hewhew
diploma 3 tahun di Politeknik Shah Alam, Selangor.
sarjana muda 2 tahun 6 bulan di UUM, Sintok, Kedah.

ramai yg telah membantu, mengajar, mendidik, mendorong
terutamanya umie dan abah. cikgu-cikgu, ustaz ustazah dari sekolah-sekolah yg pernah aku masuki. pensyarah-pensyarah. saudara-mara, abang-abang dan kakak-kakak. sahabat-sahabat, dan ramai lagi. terima kasih yg tak terhitung dariku.

dengan izin Allah, aku masih meneruskan pengajian
hasil dari jasa semua orang dalam hidupku. terutama kedua ibu bapaku.
mereka semua adalah guruku. moga aku jadi insan berguna.

selamat hari guru. =)

Sunday, 1 January 2012

Selamat Datang 2012

Assalammualaikum wbt. Brothers and Sisters.

Alhamdulillah. Masih bernafas di hari pertama 2012. Masih diberi peluang utk menikmati hari baru. Pancaindera masih berfungsi seperti biasa. Syukur ya Allah..nikmatMu tak terhitung. Pagi ini, dari tahun lepas 31.12.2011, hujan turun tak henti. Nyaman sungguh. Rahmat Allah di hari ini..subhanallah.=D

Namun, jangan lupa kepada mereka yg tak bernasib baik. Ada yg tidak diberi peluang utk bernafas lagi..ada yg kehilangan ahli keluarga tersayang..ada yg tak cukup sifat anggota badan kerana kecelakaan..dan macam-macam lagi musibah yg ditimpa tatkala tiba 01.01.2012. Moga rahmat Allah bersama mereka.

Setiap hari adalah episod baru dalam kehidupan manusia. Tak kiralah tahun baru atau tidak. Jika kita tidak mengambil peluang atas kesempatan yg diberi, tak kira datangnya tahun baru atau tidak, kita masih di takuk yg lama. Tiap hari adalah "tahun baru" andai kita pandai mengambil peluang dan menggunakan kesempatan dengan sebaiknya. Sungguh kita tidak tahu bila pengakhiran nafas kita.

Apapun, moga hari ini menjadi hari permulaan kita ke arah masa depan yg lebih baik. Mungkin ada diantara kalian yg meletakkan azam baru. Moga tercapai. Azam baru? heh.

Semoga hari-hari yg mendatang lebih baik. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.

All the Best!