Assalammualaikum WBT.!
Uhuk. Dah lama tak update blog. Orang sibuk la katakan. Ecewah. Untuk tidak membuatkan blog ini nampak berhabuk, aku nak membuat cerita yg tidak dibuat-buat.heh.
Entry ini bukan bermotifkan penyakit jantung. Gambar curi semata-mata.
31 Januari 2012
Hari ini aku keluar dgn Abg Wan (abang sulungku yg masih single). Bukan nak promote abgku yg single mingle tu, tapi dunia aku "terdedah" bila dia mula bercerita.
Waktu tu dalam kereta, aku pun jarang sebenarnye nak sembang2 dgn dia. Aku kan pendiam.aha.
Dia baru berhenti kerja dekat LCCT. Aku pun konpius la sikit kan, aku tanye la dia kenape. Dia bagitau, banyak sebab kenapa dia berhenti kerja. Bukan sebab gaji tak mahal, tapi sebab lain. Katanya, tiada "life", soal persekitaran kerja. Betul, aku pun taknak kerja yg takde "life". Sebab hidup bukan semata-mata utk cari duit. Bagi aku la kan, kita kerja utk hidup, bukan hidup utk kerja. Buat apa kerja penat-penat, tapi tiada masa utk diri sendiri dan keluarga?
Aku dengan abg aku tu berfikiran sama. Kami tidak mahu kerja yg semata-mata "kerja". Kami mahukan kerja yg memberikan kami kehidupan, bukan kehidupan diberikan kepada kerja. Hidup ini utk apa sebenarnya? Tapi yg menarik tentang perbualan kami adalah pengalaman abgku di tempat kerja.
Malam ini merupakan malam perayaan Chap Goh Mei (kalau tak salah eja =P). Meriah malam tu dengan bunga api dan tanglung. Sebab nampak meriah dari kejauhan, kitorang pun berjalan-jalan ke tempat perumahan orang Cina, dekat Hutan Melintang.
Dah lama sebenarnya tak melalui kawasan perumahan Cina tu. Terkagum seketika dengan pembangunan dekat situ. Kali terakhir, tak ingat bila, kosong je tempat tu. Tapi sekarang dah macam hape je. Macam dah nak jadi bandar pun. Kekaguman kami, ape bahasa kekaguman entah aku tulis ni, membawa kami ke topik lapan belas bab sejarah. Cina, satu bangsa yg cepat membangun.
Persoalannya, bagaimana dengan bangsa Melayu..?
Perbualan kami diawalnya berunsur politik. Memang, Melayu hari ini sangat sibuk bersembang hal politik. Sembang bagai nak rak. Itu ini itu ini, last-last ape pun tak boleh. Bak kata Naib Canselor UUM, jangan la asyik membicarakan soal politik sampai ape kerja pun tak buat. Macam mana nak maju, asyik kondem sane, kondem sini. 24 jam bersembang pasal politik, tapi hasilnya? Tempat duduk je yg panas.
Cukup soal tu. Lagi satu perangai orang Melayu ni, nak kaya cepat je, usaha taknak. Ish, bukan nak kutuk bangsa sendiri, tapi fikirla sendiri. Mungkin pandangan aku ni salah, aku tak cakap aku je betul. Tapi tengok la dekat surat khabar pun. Rugi ribu riban sebab percaya skim pelaburan tu, pelaburan ni. Mudah tertipu. Memang la ade yg dah jadi jutawan, tapi ramai jugak yg jadi pokai.
Satu lagi masalah, kalau diberikan tender kat kontraktor Melayu ni, suka nak "sub-sub" kontrak. Projek yg sepatutnya RM10juta, di "sub-sub" sampai jadi RM5juta je. Semua nak untung atas angin. Tengok la jalan raya dekat Malaysia terchenta ni, cepat sangat rosak. Sebab ape? Sebab semua dah kena "cut cost". Jalan tar pun nipis, sekali lori balak lalu je dah terburai. Normal la kan, kontraktor pun nak untung. Bayangkan, projek yg sepatutnya RM10juta, jadi projek RM5juta je. Kalau la ade lagi RM5juta tu, mesti kontraktor yg di"sub" tu boleh beli bahan yg mahal dan berkualiti, dan kuantiti bahan binaan pun boleh diperbanyakkan. Jadi takde la kan jalan-jalan yg nipis dan mudah rosak. Sikap ni semua menjahanamkan negara, dan khususnya bangsa Melayu itu sendiri.
Aku pun heran, nape bangsa Melayu masih tak maju? Ceh, cakap macam aku dah maju je. =P Aku bercakap dari aspek holistik, bukan individu. Jadi dari keseluruhannya, kenapa Melayu masih tak maju?
Aku punya pandangan sendiri. Pertama, sikap. Sikap yg bagaimana? Buat kerja atas angin, tak bersungguh-sungguh dan sekadar mencukupkan syarat. Paling teruk, sesuatu perkara itu dilepaskan kepada orang lain.
Abang aku tu menceritakan pengalamannya.
Waktu dia mula berkerja dekat syarikat logistik kat LCCT tu, banyak bende yg dia tak suka. Dia kerja dekat situ ikut syif. Kadang syif malam, kadang syif siang. Abang aku ni bukan je hensem, tapi rajin gile. Sebab dia rajin, dia tak suka orang malas. Tu yg dia tak suka sebab kawan sekerjanya jenis macam tu. Diorang suka melepak, buang masa, berborak, hisap rokok, main internet time keje, main game sampai main judi. Ish ish..Melayu tu. Kalau dah Melayu, of course la Islam. Rasenye abang aku tak cakap plak diorang murtad. =P
Dah la suka buang masa, pastu bila time buat kerja, macam nak taknak. Kerja yg senang pun boleh silap. Tak heran la kalau-kalau anda yg ada surat atau bungkusan dari luar negara dapat lambat, sebab diorang tersalah hantar bungkusan tu ke alamat lain. Kalau kalian mengalami perkara tu, mungkin sebab diorang. Nak cakap gaji tak cukup, dah terlebih rasenye sebab diorang dapat macam-macam elaun. Sampai elaun nak beli I-pad pun ade. Dah tu, ape yg tak cukup sampai malas buat kerja?
Perkara kedua, hasad dengki. Selalu tak puas hati dengan orang lain.
Pekerja dekat situ ade 6 orang, tapi abang aku rase macam 2 orang je yg buat kerja. Abang aku cakap la, bukan aku. Waktu dia tengah buat laporan kerja utk hari tu, ade sorang mamat ni datang. Pekerja senior la tu. Dengan hensem dan riaknye, mamat tu cakap camni;
"Ko ni, buat ape la kerja teruk-teruk macam ni. Tak payah nak rajin sangat la. Ape ko dapat kalau rajin-rajin macam ni?"
Dialog tu aku tambah bagi sedap sikit.aha. Ha..dah la tak buat kerja, pastu menghasut pulak. Kang aku tempeleng dua das baru tau. Macam mane la nak maju kalau camtu la sikapnye. Abang aku buat dono je. Dia tau dia hensem. (?)
Macam-macam lagi la sebenarnya. Dipendekkan cerita, aku dapat simpulkan beberapa "penyakit" yg banyak melanda manusia zaman sekarang umumnya, dan orang Melayu khususnya, yang mana menjadi asbab kenapa Melayu susah nak maju.
1. Buat kerja atas angin.
2. Tak berusaha utk maju ke depan.
3. Malas macam aku.
4. Dengki tengok orang lain maju, tapi diri sendiri tak pernah nak rajin.
5. Suka menjatuhkan orang lain, tapi tak suka nak bersaing.
6. Banyak buang masa macam aku.
7. Mentaliti yang tak matang.
8. Tak amanah.
9. Tak bersyukur.
10.Suka lepas tangan.
Itu secara umum. Yang paling utama, mereka tidak mengamalkan agama itu sepenuhnya.
Aku cakap-cakap ni bukan la bermaksud aku ni bagus sangat. Aku pun masih menuntut dan belajar. Sebagai peringatan bersama. Moga-moga kita tak jadi macam tu dan andai kata terjadi, sama-samalah kita bertegur sapa. =P
3 comments:
biasa la. bangsa melayu terlalu selesa dengan keadaan sekarang. aku pun melayu dowh.
oh ye,nt cakap kat abg awk,suruh dia ckp pd kwn2 sekerja dia tu, spy jgn lupa byr cukai utk elaun beli i-pad tu yer! Akta Cukai Pendapatan, S13(1)(a). ngeh3. ^_^
Menarik syukran perkongsiannya =)kisah benar yg mpunyai input scara tidak langsung memberikan pencerahan pada pembaca insyaAllah.Teruskan menulis akhi shauqi.
"Seorang mukmin adalah cermin saudarannya, jika dia lihat dalam cermin itu suatu cela maka dia akan memperbaikinnya." (HR. Bukhari)
Post a Comment