Final semakin tiba. Sekarang la masa yg paling sibuk. Nak makan pun takde masa. Assignment nak kene submit. Dengan event lagi. Kalau makan pun bawak bungkus je, makan dalam bilik. Tapi jangan tanya kenapa aku ade mase nak update blog ni.haha. Ade sedikit cerita yg nak dikongsi. heh.
Dua hari lepas, waktu balik kelas, aku terjumpa kawan yg baru balik kelas juge. Mereka ajak makan sekali. Aku pun ikut jela. Lagipun dah lama tak lunch dekat cafe.
Dua hari lepas, waktu balik kelas, aku terjumpa kawan yg baru balik kelas juge. Mereka ajak makan sekali. Aku pun ikut jela. Lagipun dah lama tak lunch dekat cafe.
Tengok lauk, ade lebih kurang je. Aku pun ambik jela ape yg ade. Dah bayar ape semua, aku duduk dan makan. Lauk-lauk yg aku ambik tu rasa tawar. Tak sedap. Aku pun complain la dekat kawan-kawan aku tu (nak complain dengan makcik cafe segan plak). Aku pun tak lalu nak makan. Entah macam mana, aku teringat kisah lama ketika aku belajar di Shah Alam dulu.
Dua tahun lepas.
Ketika itu aku pergi makan dengan kawan-kawan aku di Cafetaria. Makan dekat Shah Alam, al-maklumlah. Mahal. Tak macam harga dekat Sintok ni. Dekat sana nak makan pun kena cover-cover, takut termahal plak. Paling murah pun RM4. Paling mahal dekat RM6 aku kena. Bese la student, semua nak cut cost.
Dipendekkan cerita, waktu tu kami mula menjamah selera. Dengan lauk yg sedap, kami pun makan. Kemudian, datang seorang rakanku. Aziz namanya. Dia datang dari belakang dan menegur kami. Dia dah bungkus makanannya. Tapi sebab terjumpa kami, dia pun datang join nak makan sama. Kami pun mempersilakan. Lalu dia pun duduk dan buat keluar makanan dari plastik yg dibungkus dgn bekas polisterin.
Dia duduk disebelah aku. Mukanya sungguh ceria. Aku tertoleh ke arah dia ketika dia membuka bekas makanan polisterin tu. Aku tersentak. Ya Allah...
"NASI DENGAN KICAP JE..??"
Aku sebak. Lebih menikam dada, ketika dia membuka makanannya itu, raut wajahnya sungguh ceria dan tidak terpalit sedikit pun kekecewaan kerana hanya makan nasi dengan kicap. Dengan serta-merta, mata aku berair. Aku berasa sangat pilu kerana dia kawanku.
"NASI DENGAN KICAP JE..??"
Aku sebak. Lebih menikam dada, ketika dia membuka makanannya itu, raut wajahnya sungguh ceria dan tidak terpalit sedikit pun kekecewaan kerana hanya makan nasi dengan kicap. Dengan serta-merta, mata aku berair. Aku berasa sangat pilu kerana dia kawanku.
Aku bertanyakan dia,
"Weh. Kau takde duit ke? Kenapa tak beli lauk??"
"Takpe la Qi..ini je yg mampu..SYUKUR ALHAMDULILLAH..", sambil tersenyum melihat makanannya itu dan menyuapkannya dengan penuh selera.
Aku terkelu. Aku tak dapat tahan air mata. Aku menawarkan utk belikan lauk untuknya, tapi dia menolak. Sedih. Aku makan dengan mata berair T_T
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat kembali.
Peristiwa itu dah dua tahun berlalu. Hari ini aku teringat kembali bila makanan yg aku jamah ketika ini rasa tawar dan tak memenuhi selera aku. Mengenangkan peristiwa itu, mata aku kembali berair. Anda mungkin tak dapat merasai bila tidak melihat dengan mata sendiri. Hakikatnya, peristiwa itu sangat menyayat hatiku.
Teringat kembali.
Peristiwa itu dah dua tahun berlalu. Hari ini aku teringat kembali bila makanan yg aku jamah ketika ini rasa tawar dan tak memenuhi selera aku. Mengenangkan peristiwa itu, mata aku kembali berair. Anda mungkin tak dapat merasai bila tidak melihat dengan mata sendiri. Hakikatnya, peristiwa itu sangat menyayat hatiku.
“Dan ingatlah, tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
Selama ini kita complain ini tak sedap, itu tak sedap. Bila lauk tak sedap, kita makan tak habis. Kita lupa ketika itu ada manusia yg lagi susah. Yang makan tak cukup, makan takde, makan sekali sehari, mencari makanan dengan meminta sedekah. Kita yg Allah berikan rezeki ni, tak bersyukur bila rezeki di depan mata.
Marilah kita bersyukur dengan rezeki yg kita ada hari ini. Biarlah makanan yg kita beli tidak sedap, tapi habiskanlah tanda kita bersyukur. Ingat pada saudara-saudara kita yg lain, yg tak cukup makan. Letakkan kita di tempat mereka supaya kita lebih menghargai nikmat yg kita peroleh. Ingat mereka yg kais pagi makan bekpes, kais siang makan lunch.
Maaf. Terbuat lawak sikit.
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin.
P/s : bersyukur itu bukan dengan sekadar ucapan tahmid.
3 comments:
tetibe rasa macam nak nangis bila baca pasal 'nasi lauk kicap' je. :(
hopefully dia akan berjaya suatu hari nanti, susah2 dulu..senang2 kemudian. (^,^)
tula.sy ingat pun sedih je.harap2 begitu la.dah lame tak dengar khabar dye.
sometimes we do feel we had gone through the most hardest time of the life, but somehow there is many more people experience harder situation that we do..
Post a Comment