Monday, 15 August 2011

Halfway to go..Layakkah aku?


Assalammualaikum..Salam Ramadhan al-Mubarak =)


Diam tak diam, perjalanan Ramadhan kali ini sudah berlalu separuh jalan. Pantas masa berlalu.. Terfikir sejenak, apakah amalan yg telah aku lakukan sepanjang perjalanan yg singkat ini?

Ramadhan. Aku merinduinya. Syukur ya Allah, kerana mengizinkan aku bertemu semula dengan bulan yg penuh barakah ini. Tetapi bila ia tiba, adakah aku benar-benar menghargai kehadirannya?..Tepuk dada, tanya iman.

Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Ramadhan. Hadiah dari Allah utk hambaNya. Medan untuk meningkatkan amalan, menghapuskan dosa yg telah lalu. Medan penggerak untuk mengubah diri menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih bertakwa. 

Malam al Qadar.

Mampukah aku mencapainya? Malam yg teramat istimewa. Malam yg lebih baik dari seribu bulan. Beruntunglah mereka yg mencapainya. Aku juga mendambakannya. Tapi, Layakkah Aku? Hanya Allah yg tahu. Cita-cita ku utk mencapai malam tersebut. Semoga diberi kesempatan. Dan beberapa hari lagi, setelah berlalu 2/3 Ramadhan, akan datanglah malam tersebut. Apa yg kita lakukan ketika itu?

Semakin tiba di penghujung Ramadhan, masih penuhkah saf-saf terawih di surau, di masjid? Atau hanya sibuk melakukan persiapan menanti tibanya Aidilfitri? Ramai diantara temanku yg menghitung hari menanti Aidilfitri, tetapi tidak ada yg menghitung hari-hari Ramadhan yg telah dibiarkan berlalu begtu saja. Tanya diri sendiri.

Aku mencari nikmat sebenar Ramadhan, tetapi aku juga sering terleka. Tanpa sedar, aku membiarkannya berlalu pergi begitu saja. Aku sedar, aku hambaNya yg lemah..namun aku masih mencari peluang di segenap ruang Ramadhan ini..

Pesan sahabatku,

Muda bukan syarat umur yg panjang, tua bukan syarat utk mati. Buatlah baik kepada siapa sahaja, berdoalah dan semoga terus berjaya dalam hidup yg singkat ini.”
-Mohamad Firdaus Mohamad.

Semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa menghargai dan mensyukuri segala nikmat Ramadhan yg telah dikurniakan. Terasa sedikit sangat peluang yg telah diambil sepanjang bulan ini. Semoga aku tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yg rugi. Sama-sama kita tingkatkan ibadah selagi diberi peluang..

Kerana aku tidak pasti..masih adakah Ramadhan untukku, selepas Ramadhan ini.


Sunday, 14 August 2011

Masa Depan, bagaimana?


Assalammualaikum wbt.


Sejak melepak kat rumah ni, macam-macam benda plak yg aku fikir. Ni semua gara-gara terbukak diari time sekolah dulu la ni (dulu selalu tulis diari, tak tahan betul...huhu). Tapi bila fikir-fikir balik, bagus jugak tulis diari ni since kita tak dapat nak ingat banyak benda bila dah meningkat dewasa. Bila kita baca balik, baru kita ingat diri kita macam mana sebelum ni. Diari tu aku tulis waktu 2005, sekarang dah 2011..dekat 6 tahun. Malu plak bila baca diari aku yg skema tu walaupun aku tak skema.

Baca-baca balik diari, rasa geli pun ade. Sape la yg tulis skema-skema dlm buku tu. Diari aku plak tu..(of coz la aku yg tulis). Nak bako, tapi tak sampai hati plak. Banyak kenangan dalam tu. Tapi kalau ade orang baca, memang aku takkan benarkan org tu hidup bahagia di dunia dan  akhirat. Paling kurang pun akanku pastikan mulut dia takleh bersuara dan tangan dia tak boleh menulis, apetah lagi bermain sms.

Diari tu menyedarkan aku yg masa depan sukar dijangka..walaupun orang tu duduk kat Jengka, memang tak boleh. Kita taktau apa akan jadi seminit dari sekarang, sejam dari sekarang, sehari dari sekarang, setahun dari sekarang dan seterusnya. Banyak kisah aku dengan seseorang dalam diari tu. Bila baca balik, hati jadi sayu plak..tak sangka akan jadi sampai macam ni lepas 5 tahun bersama. Dulu pelbagai kata dan janji dibuat, tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Well, manusia berubah tanpa kita sedari, termasuk aku..Lumrah kehidupan, semua tu kehendak Tuhan..bukan salah sape2. maybe Dia nak bagi yg lebih baik.

Tutup pasal isi diari tu. Perkara lain yg aku tak pernah jangka akan terjadi dan memang tak pernah terlintas langsung kat esofagus aku nih, aku punye bidang berubah. Waktu sekolah dulu aku budak sains tulen dan subjek yg aku paling minat ialah Fizik. Dipendekkan cerita, aku tak perform time SPM dan aku terkantoi add math, dan aku tak dapat nak sambung benda yg aku minat since smua bidang sains dan teknikal nak kredit add math, tapi aku lulus je. Ditambah plak dgn kesilapan waktu isi borang UPU dan Politeknik. Tak sangka betul benda yg aku isi main-main jadi bende betul2. Dua bidang yg den dapek : asasi undang-undang kek uitm, dengan international business kek poli (gune loghat nogori sekejap). Semua bidang sastera. Hasil dorongan (bole jugak dikata sbg paksaan) abah, aku pergi daftar masuk poli. Sampai-sampai je poli, aku dah tak tentu arah. Dalam hati asyik terngiang-ngiang..BUSINESS..? Argh..Bidang yg memang tak pernah terlintas di hati sanubariku. Bukan waktu tu je aku murung, sampai aku habis belaja pun aku tak habis murung lagi. Sejak masuk degree ni je rase murung tu dah kurang.

Aku tak pernah terlintas pun nak ambik bidang ni. Semua cita-cita aku nak jadi ahli fizik, engineer, angkasawan, penjaga haiwan dan lain-lain lagi hilang macam tu je. Macam tajuk entry ni la, masa depan tak boleh dijangka. Nasib baik ade yg bagi semangat untuk teruskan ape yg aku dah mulakan.


Takdir? Suratan atau kebetulan?

Takpe la. Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya,”, kata seorang sahabatku. Walaupun ringkas, sedikit sebanyak semangatku bangkit dari kemurungan. Betul, Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. Walaupun kita tak nampak sekarang, tapi yakinlah yg Dia dah aturkan apa yg terbaik utk kita. Ada hikmah utk segala yg Dia takdirkan. Walaupun kita tak dapat apa yg kita inginkan, mungkin ada benda lain yg Dia nak bagi dan tunjuk dekat kita. Allah itu Maha Adil. Yang penting kita ambil segala peluang yg disediakan di depan mata, dan buat yg terbaik ketika ini. Rasa syukur itu penting. Dapat sambung belajar pun dah cukup bagus, sebab ramai lagi yg tak dapat peluang macam ni. Alhamdulillah, aku tamat diploma dgn sekalung pingat dan sekarang dah ke tahap ijazah.

Ok, abaikan keskemaan ayat-ayat utk perenggan di atas. Sebenarnya macam-macam lagi benda yg dah berubah dalam hidup aku, termasuk fi’il aku. Macam yg dikata, masa depan tak boleh dijangka. Hari ni kita tak suka, esok belum tentu. Walaupun mcm tu, kita kena buat yg terbaik utk hari ini dan hari-hari yg mendatang. Kita adalah kita pada hari ini yg dihasilkan oleh hari-hari semalam. Apa yg jadi pada masa lalu, jadikan iktibar dan pengajaran, bukan alasan untuk tidak maju ke depan. Sebab apepun yg dah berlaku pada masa lepas dan sekarang, kita masih tak dapat menjangka apa yg akan jadi pada masa depan. Mungkin hidup kita akan berubah 360 darjah di masa akan datang, kita tak tahu. Hidup tak semestinya seperti yg kita inginkan. Kerana kita hanya merancang, dan hanya Allah sebaik-baik perancang.


"Ada hikmah utk segalanya."


Catatan Cuti Semester 2011 (4)

Hari-hari Terakhir


Sedar tak sedar, dah seminggu aku merantau kat sini. Lusa ni aku dgn Ramzi nak bergerak ke Pahang plak. Finally, makcik tahu yg kami nak pergi tour. Ramzi yg bagitau kat mak dia. Takde la susah mane pun.

Macam biasa, lepas keje menimbang skrap, kami pergi ke Alor Star. Ramzi nak pasang tinted cermin kereta. Cermin kereta tu baru je tukar lepas pecah sebab eksiden. Adik dia yg langgar orang. Menakutkan betul. Sebelum pasang tinted tu, kami jenjalan naik Menara Alor Star.


Takde la best mane pun. Da la kene bayar RM6 sorang. Naik KLCC yg tinggi tu pun free je. Ingatkan ade something yg menarik, naik-naik takde apepun. Lagi best naik Gunung Jerai. Tapi sebab dah naik, nak buat camne kan. Enjoy the view jela. Tapi kepada mereka yg nak teringin nak naik menara tu, hentikan la. Bazir duit je sebab tak best mane pun. Kalau naik restoran kat atas lagi taktau la best ke tak. Kami just naik kat ruang memerhati je. Lepas habis pusing, baru la kami pergi memasang tinted. Nak jalan jauh, kalo tak pasang nanti takut panas plak. Selesai pusing-pusing, kami jalan-jalan sekitar Alor Star sebelum balik rumah.

Hari-hari terakhir di Kedah, terasa berat plak nak tinggalkan tempat nih. Padahal aku belajar kat Sintok je pun. Tak la jauh sangat dari kampung Pedu ni. Sebelum nak berangkat  hari Rabu ni, kami menghantar buah kat kakak aku yg duk kat area UUM jugak. Kak Ayu dengan suami teringin nak makan durian. Kat sini berlambak sampai tak termakan, so saya sebagai adik yg baik hati, hantar la durian dengan buah rambutan dan sedikit dukong (yeke dukong?tapi adik beradik langsat gak la kot). Tak boleh lupe, kami ikut jalan “berhantu” utk ke sane. Jalan tu singkat, tapi takde orang lalu. Dah la waktu bertolak tu dah maghrib. Kami tawakal je. Aku pesan kat Ramzi, “Ko jangan gelabah plak kalo nampak bende-bende. Orang selalu terbabas sebab terkejut. Ko buat rilek je..”, kata aku. Sebenarnya dalam hati aku, aku mengharapkan benda tu keluar depan mata. Aku yg cadangkan kat dia jalan tu. Sepanjang jalan asyik tengok signboard je. Mengira lagi berape KM. Alhamdulillah, takde ape yg pelik muncul. Tapi memang jalan tu horror jugak la. Dah la sunyi. Kalo jadi pape memang takleh nak buat pape la sebab line henpon pun takde. Cuak gak aku walaupun teringin nak tengok benda tu.huhu.

Dan tibalah hari utk berangkat dari sini. Ingat nak bertolak pagi, tapi makcik mintak tolong kat kantin sebab sorang pekerja dia cuti. So kami kena la menangguhkan perjalanan ke selepas Zohor. Sebelum nak bertolak, makcik bagi duit upah sikit sebab tolong dia kat kantin. Walaupun segan nak ambik, aku ambik jugak. Yela, da la perabih beras dia, duduk menumpang kat rumah plak tu. Tapi nak buat camne, dah terambik pun.huhu.

Balik rumah, mandi, siapkan barang semua, masuk dlm kereta, online sekejap dan tok Ramzi datang tengok kami. Dia pesan suruh hati-hati, dia tanya bila nak datang lagi. Aku cakap la taktau lagi..insyaAllah kalau ada masa. Pastu aku salam tok, aku cakap kat tok waktu salam tu,

“Tok, terima kasih byk2 ye.. Halalkan makan minum, doakan sy murah rezeki, berjaya dunia akhirat..Mintsk maaf kalau ade salah dan silap.Tok jaga diri ye..”

Aku tgk muke tok, tok sebak lepas aku cakap macam tu. Mata dia dah berair. Mata aku pun nak berair jugak tengok tok macam tu.Sedih gile kot.huhu. Sayu je hati ni..tok mengesat mata dia. Aku pun terus masuk kete. Sebelum masuk kete, aku bergambar jap dgn tok.



Kenang-kenangan. Seumur hidup, aku tak pernah merasa kasih seorang nenek. Alhamdulillah, Allah bagi peluang walaupun bukan nenek kandung.huhu.

Bertolak ke Kulim

And finally, kami gostan kete dan terus bergerak menuju destinasi seterusnye. Kami tak pergi terus ke Pahang, kami singgah ke Kulim dulu, singgah kat rumah sahabat seangkatan time kat Politeknik dulu. Jailani nama beliau. Sepanjang perjalanan, aku tertido je. Sedar-sedar dah sampai. Kami plan nak mandi air terjun kat Sedim, tapi terlewat sampai. Dekat pukul 6 dah waktu tu. Tertunda la program kami. Sampai-sampai je mak Jai pelawa kami minum petang. Mak Jai dgn suami dia jual ikan kat depan rumah. Ingat nak rembat buat BBQ, tapi aku rase macam over je nak buat camtu. Selesai minum petang, Jai bawak kami gi tempat air terjun, tapi bukan yg kami rancang nak pergi la. Air terjun Junjong name tempat yg Jai bawak tu. 


ni la mamat bernama Jailani tu. muke macam tak baligh lagi je.hahah

Lepak-lepak sekejap sambil sembang-sembang dekat batu hampar air terjun tu, kami pun pulang. Kat rumah Jai pun best jugak sbb ada Streamyx. Bahagia gile.hahah.

Esoknya seperti dirancang, kami bertolak ke Sedim. Kat sana menarik sebab ada “The Tree Topwalk”. Aku pun taktau ape yg menariknye. Ramzi cakap menarik, aku ikut jela. Malu nak cakap, tapi kami masing-masing taktau jalan camne nak pergi sane. Kami tersesat berape kali. Patutnye setengah jam je, tapi 2 jam lebih baru sampai. Sedih gile. Tu semua gara-gara malu bertanye dengan pandai-pandai cari jalan. Dah tau “malu bertanya sesat jalan”, taknak tanya orang jugak. Pastu dah tanya orang, baru la dapat petunjuk. Sampai-sampai je, terus la kami melempiaskan hajat kami menyegarkan diri dlm air terjun. Dah lebih seminggu keje buruh, dapat la jugak merehatkan badan.

Selesai mandi, kami salin pakaian dan terus menuju ke “The Tree Topwalk” tu. Nak masuk tu kena RM10 sorang utk tiket. Mahal gile. Tapi alang-alang dah sampai, kami masuk la jugak. Kat sini berjalan atas tiang besi, tinggi atas pokok. Tapi takde la tinggi mane, tak sampai 30 meter pun. Tapi kat situ dia tulis dlm unit mm, 10 meter pun jadi 10000mm, macam tinggi sangat je.

mereng seketika di atas besi

Dekat sana, aku terlihat 2 pasangan ni. Diorang tgh bergambar-gambar dekat signboard “The Tree Topwalk”. Mula-mula ok, tapi lama-lama makin menjadi-jadi. Ambik gambar sambil peluk-peluk pinggang lak..tak segan silu. Aku dengan Ramzi duduk je tengok diorang, bukan diorang tak perasan kitorang. Aku panas la sebab aku pun nak ambik gambar kat situ.huhu. Dah la lame diorang menggedik, buat maksiat terang-terang plak tu. Da la elok bertudung dua-dua minah tu. Takpe la, fikir positif. Suami isteri muda kot.

jadi monyet jap.hahah

Lepas tu kami pun balik. Nasib la nak balik tu dah tau jalan (sebab ade signboard, tadi otw datang takde). Macam yg dijangka, setengah jam dah sampai Kulim. Masing-masing dah keletihan dan mengantuk. Aku dengan Ramzi cadang nak bertolak ke Pahang malam tu, tapi kami taktau jalan. Cari jalan kat Google Maps je. Kami cari jalan dalam, nak avoid highways. Kalau ikut highway, habis duit dekat tol je. Tengok peta kena lalu jalan berbukit-bukit, kami pun menangguhkan perjalanan ke esok pagi sebab fikirkan keselamatan dan keselesaan. Mak Jai pun suruh gerak esok je. Dan kami pun mengikut kata, taknak jadi anak derhaka.huhu.

Jadi esok2 jela aku sambung cite ni.hahah.